Monday, July 04, 2011

ISU BERSIH: TITAH YANG DI PERTUAN AGONG MALAYSIA

TIPsNIAGA.COM - POLITICS - Post #326


ISU BERSIH: TITAH YANG DI PERTUAN AGONG MALAYSIA
APAKAH MAKSUD TITAH YANG DI SAMPAIKAN


SEDUTAN TITAH:
Titah Khas Agong Mengenai Perhimpunan Haram 9 Julai
03/07/2011 8:39pm - Bernama
KUALA LUMPUR — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.
Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:
  1. Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
  2. Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
  3. Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
  4. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
  5. Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
  6. Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.
  7. Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
  8. Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.
  9. Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. — Bernama
ULASAN EDITOR TIPsNIAGA.COM
  • Apabila membaca PERUTUSAN TITAH YANG DI PERTUAN AGONG MALAYSIA - DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj, ada beberapa PERKARA yang cuba di sampaikan melalui Titah tersebut.
  • Tetapi apabila ianya di baca "sekali-Lalu" sahaja, anda tidak akan dapat memahami apa yang cuba di sampaikan oleh Tuanku, dan untuk MEMAHAMI NYA anda perlu membuka MINDA dengan seluas-luasnya agar PERUTUSAN SEBENAR dapat DI FAHAMI dengan jelas.
  • TITAH atau PERUTUSAN DYMM itu DI TUJUKAN kepada DUA (2) PIHAK iaitu Pihak Kerajaan yang Memerintah dan kepada Rakyat Umum, mari kita berfikir dengan menganalisa TITAH TUANKU tersebut.
PENGANALISAAN TITAH DYMM
Di Ulas menurut Perenggan TITAH
Perenggan 1
  • DYMM Tuanku menunjukkan RASA KHUATIR dengan ISU BERSIH yang berlaku di dalam Tanah Air dan DYMM sedar Pihak Penganjur sedang cuba untuk Menyampaikan MEMORANDUM kepada TUANKU untuk Menyampaikan HASRAT RAKYAT mengenai PERILAKU yang sedang bergolak di dalam Tuntutan BERSIH berkaitan dengan SPR dan KERAJAAN yang memerintah.
  • Di sini menunjukkan DYMM Tuanku amat PRIHATIN terhadap APA yang sedang berlaku di dalam Negara dan dengan itu DYMM Tuanku menyampaikan TITAH tersebut sebagai PERINGATAN kepada Dua Pihak yang terlibat.
Perenggan 2
  • Dalam masa yang sama, DYMM Tuanku meletakkan KEYAKINAN PENUH terhadap KERAJAAN yang memerintah di bawah Tadbir-Selia Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak.
  • Didalam MENANGANI ISU BERSIH ini sebagai Sebuah KERAJAAN yang DI PILIH oleh RAKYAT secara MAJORITI dengan BERHEMAH, ADIL dan SAKSAMA.
Perenggan 3
  • Di Tujukan kepada Pihak Rakyat AGAR lebih berhati-hati di dalam melakukan Tuntutan terhadap Kerajaan yang Memerintah supaya tidak mengundang kepada KETIDAK-HARMONIAN yang boleh wujud JIKA di lakukan dengan CARA yang TIDAK BERHEMAH.
  • Seperti melakukan DEMONSTRASI GANAS yang boleh mengakibatkan KEHILANGAN NYAWA dan KEROSAKAN PERPADUAN RAKYAT dan KEHANCURAN kepada Sistem Negara.
Perenggan 4
  • DYMM Tuanku juga MENASIHATKAN agar Rakyat Malaysia TIDAK TERIKUT-IKUT dengan CARA yang di gunakan oleh Para Demonstrasi di negara-negara bergolak di Timur Tengah dan Negara-Negara Barat yang lain.
  • Kerana lebih BANYAK BURUK daripada yang BAIK jika Perkara atau Tindakkan yang sama di lakukan di dalam Negara
Perenggan 5
  • DYMM Tuanku telah MENGGESA Pihak Kerajaan yang Memerintah AGAR LEBIH PEKA terhadap APA juga Langkah-Langkah atau Cara-Cara yang di gunakan untuk MENANGANI ISU BERSIH berlandaskan AMANAH yang di berikan oleh RAKYAT kepada KERAJAAN.
  • Disini DYMM Tuanku "Melihat" Tindakkan Kerajaan yang Memerintah sekarang TIDAK menggunakan KEBIJAKSANAAN BERHEMAH di dalam mengatasi ISU BERSIH.
  • Dan "Melihat" Pendekatan yang "di ambil" oleh Pihak Kerajaan "Lebih Banyak" Menimbulkan Masaalah daripada Menyelesaikan nya secara BIJAK.
  • Dimana DYMM Tuanku MERASAKAN bahawa RAKYAT sedang MEMUSUHI KERAJAAN kerana GAGAL BERTINDAK CERMAT.
Perenggan 6
  • DYMM Tuanku di sini MENGGESA Pihak Kerajaan untuk MENGGUNAKAN PENDEKATAN yang BETUL melalui PENYELESAIAN MASAALAH yang lebih harmoni, lebih Bijak dan lebih Teratur.
  • Kerana Pihak Kerajaan memiliki Semua Kebijaksanaan sebagai Sebuah Kerajaan serta memiliki pelbagai KEISTIMEWAAN untuk di dengari oleh RAKYAT.
  • Di sini DYMM Tuanku di lihat "Tidak Berapa Bersetuju" dengan Tindakkan Kerajaan yang menggunakan Sudut-Sudut Perundangan yang maseh "Belum" perlu di gunakan sebagai PENYELESAI MASAALAH.
  • Dan DYMM Tuanku maseh YAKIN bahawa PERUNDINGAN secara HARMONI adalah pendekatan yang PALING SESUAI.
Perenggan 7
  • DYMM Tuanku TIDAK BERSETUJU dengan Pendekatan DEMONSTRASI JALANAN terpaksa di ambil oleh RAKYAT
  • Kerana maseh wujud CARA-CARA lain yang boleh di gunakan untuk MENUNTUT DEMOKRASI.
  • Ini menunjukkan bahawa DYMM Tuanku SEDAR bahawa RAKYAT di dalam keadaan TERPAKSA melakukan Demonstrasi Jalanan di sebabkan KEENGGANAN Pihak Kerajaan untuk MENDENGAR secara DEMOKRASI.
Perenggan 8
  • DYMM Tuanku lebih Gemar jika Pihak Kerajaan dan Rakyat BERSAMA-SAMA untuk berganding bahu di dalam Kerja-Kerja Memajukan NEGARA daripada BERTELAGAH sesama sendiri. Dan BUKAN untuk MENCIPTA MASAALAH dari Perkara Kecil sehingga menjadi BESAR
  • Di sini DYMM Tuanku MENYERU Pihak Kerajaan AGAR LEBIH PEKA di dalam menggunakan KUASA dan mahu Pihak Kerajaan BERTINDAK sebagai sebuah KERAJAAN yang Memajukan Negara dan bukan sebalik nya.
Perenggan 9
  • Di akhir Perenggan sekali lagi DYMM Tuanku MENYERU pihak KERAJAAN yang Memerintah untuk lebih MEMPAMERKAN SIFAT TOLAK ANSUR di dalam menggunakan KUASA KERAJAAN terhadap TUNTUTAN RAKYAT.
  • Dan DYMM Tuanku lebih SUKA Pihak Kerajaan "Membawa" ISU BERSIH ini KE MEJA RUNDINGAN dan DI SELESAIKAN dengan AMAN.
SEBAGAI RAKYAT DAN KERAJAAN
  • Secara PERIBADI Editor TIPsNIAGA.COM sememang nya TIDAK SETUJU dengan PENDEKATAN yang di gunakan oleh Pihak KERAJAAN yang Memerintah yang menggunakan KEKERASAN UNDANG-UNDANG yang maseh belum perlu di gunakan dalam keadaan sekarang
  • Dimana MENURUT ILMU PENTADBIRAN & PENGURUSAN, setiap MASAALAH itu harus DI TANGANI dengan RUNDINGAN di dalam SUASANA dan SIFAT YANG TERBUKA dan LAPANG FIKIRAN.
  • Dan maseh mahu melihat isu BERSIH ini dapat DI TAMATKAN DI MEJA RUNDINGAN dan KERAJAAN maseh MAMPU untuk BERUNDING
Editor

No comments:

Post a Comment