Sunday, July 17, 2011

KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA: APAKAH KESAN DI SUDUT EKONOMI

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS / ECONOMY - Post #346


KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA: APAKAH KESAN DI SUDUT EKONOMI
ADAKAH MAMPU MENYELESAIKAN KENAIKAN HARGA BARANGAN PENGGUNA


KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA
  • Yang di Ilhamkan Oleh Perdana Menteri Malaysia sebagai langkah untuk MENGATASI kenaikan harga-harga BARANGAN PENGGUNA.
  • Dengan SASARAN untuk menawarkan BARANGAN PENGGUNA dengan HARGA MURAH dari NILAI PASARAN.
  • Dan laporan daripada Syarikat MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD, setiap Barangan "Terpilih" dengan JENAMA 1MALAYSIA adalah 40% lebih Murah dari Nilai Pasaran.
  • 40% Lebih Murah adalah suatu PENJIMATAN YANG BESAR kepada Pengguna dan sememang nya di alu-alukan dan patut di sokong penuh.
JUGA KESUNGGUHAN MYDIN 
  • KESUNGGUHAN Syarikat MYDIN untuk membantu Rakyat Umum mendapatkan Barangan keperluan Asas dengan Nilai yang lebih Murah adalah sangat baik dan seharus nya DI PUJI.
  • Kerana Syarikat MYDIN telah menggunakan KEPAKARAN & PENGAMALAN mereka untuk mendapatkan BEKALAN dengan Harga PUKAL (trademark Mydin) dan mentransformasikan "Strategy Mydin" untuk Kedai Rakyat 1MALAYSIA.
  • Dan hasil nya, kini dapat di wujudkan Kedai Rakyat 1MALAYSIA dengan NILAI BARANGAN yang lebih rendah dari Pasaran.
STRATEGI KERAJAAN & KPDNKK 
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Penggunaan
  • Ingin menggunakan Konsep Kedai Rakyat 1MALAYSIA sebagai ALAT untuk MENYELESAIKAN KEMELUT EKONOMI yang berpunca dari DASAR KERAJAAN yang TIDAK RELEVAN dengan KEADAAN Ekonomi Rakyat Umum Malaysia.
  • Dan menggunakan KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA sebagai "TALIAN HAYAT" untuk "Mengurangkan Kemarahan Rakyat" terhadap Tindakkan Kerajaan.
  • Dimana PUNCA kepada SEMUA KENAIKAN HARGA BARANGAN adalah dari PENGURANGAN SUBSIDI kepada MINYAK PETROL dan BAHAN PEMBAKAR.
  • Dan Pengurangan SUBSIDI PETROL ini adalah BERTENTANGAN dengan AKTA & PERLEMBAGAAN KEWUJUDAN PETRONAS yang di khususkan KEUNTUNGAN NYA untuk memberi BANTUAN kepada KEPERLUAN RAKYAT UMUM dan NEGARA.
PELAN PERLUASAN KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA
  • Pihak KPDNKK dan MYDIN mensasarkan Pembukaan Kedai-Kedai Rakyat 1Malaysia ini yang bermula dari Ibu Negara dan yang Pertama di Kelana Jaya pada 22 June 2011 yang lalu.
  • Dan telah merancang untuk membuka 24 Buah Cawangan lagi di Kawasan Lembah Klang sehingga ke akhir Tahun 2011.
  • Pada Tahun 2012 pula KPDNKK & MYDIN merancang untuk membuka 60 Buah lagi Cawangan serta meluaskan nya ke Negeri Sabah & Sarawak
  • Pelan Perancangan tersebut di lihat sebagai "Kesungguhan" Pihak Kerajaan untuk MELUASKAN kewujudan Kedai Rakyat ini ke merata Negara.
TETAPI YANG MENJADI PERSOALAN BESAR
PERTAMA
Mengapa KPDNKK & KERAJAAN tidak mensasarkan Golongan Rakyat yang TERJEJAS TERUK dengan KENAIKAN HARGA BARANGAN PENGGUNA ialah dari Golongan :
  • Rakyat yang Berpendapatan yang Kurang dari RM1,200 Sebulan?
  • Dan Golongan ini pula Ramai berada Di Luar Bandar dan Ibu Negara
  • Seperti di Kampung Pendalaman di merata Negeri-Negeri di Malaysia
  • Dimana sebelum Kenaikan Harga Barangan berlaku, mereka sememang nya telah Hidup dengan Harga Barangan yang Lebih Mahal dari di Bandar-Bandar Utama dan Ibu Negara.
  • Disebabkan oleh Kurang nya Pemborong &  Pengedar Barangan Asas Pengguna untuk memasuki Kawasan-Kawasan Pendalaman atau di Pekan-Pekan Kecil di Seluruh Malaysia.
  • Maka Pihak Peruncit dari Kawasan-Kawasan tersebut perlu Keluar mencari Pemborong & Pengedar di Bandar-bandar Utama dan ini telah meningkatkan KOS OPERASI mereka dari segi Kos Pengangkutan.
  • Akhir nya, Harga Barangan yang di JUAL di Kawasan Pendalaman menjadi lebih Tinggi dari kawasan-kawasan bandar.
  • Kecuali Kawasan-Kawasan yang berdekatan dengan Sempadan Negara Thailand yang menikmati Harga Barangan yang lebih murah kerana mereka boleh membeli Barangan yang di import dari Thailand.
KEDUA
  • Mengapa KPDNKK &KERAJAAN memilih untuk membantu Orang Dalam Bandar-Bandar Besar yang Pendapatan Kasar mereka LEBIH daripada RM1,500 Sebulan?
  • Seperti Rakyat yang menetap di Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan yang di beri KEUTAMAAN PERTAMA dan Bukan Nya Rakyat yang berada Di Luar-Luar bandar?
  • Sedangkan Golongan ini memiliki Trend Berbelanja di Gedung-Gedung atau Pasar-Pasar Raya yang Besar-Besar seperti Tesco, Giant, Mydin dan Carrefour?
  • Dan kebanyakan nya memiliki Pendapatan TETAP seperti bekerja dengan Syarikat-Syarikat Swasta dan Kerajaan.
PEMILIHAN SASARAN PENGGUNA UNTUK KEDAI RAKYAT
  • PEMILIHAN Sasaran Pengguna atau Target Consumer yang di guna-pakai oleh Pihak KPDNKK & MYDIN ini di lihat sebagai "Langkah Selamat" untuk Kemajuan & Keuntungan Kedai-Kedai Rakyat 1Malaysia.
  • Dan BUKAN di lihat sebagai Langkah atau Strategi untuk MEMBANTU RAKYAT secara UMUM di dalam KES KENAIKAN HARGA BARANGAN PENGGUNA di Seluruh Negara.
  • Kerana jika di perhitungkan dari Sudut Perniagaan, adalah LEBIH SELAMAT & MENGUNTUNGKAN jika Kedai-kedai 1Malaysia di buka di dalam Bandar-Bandar Besar dan yang Utama kerana KEMAMPUAN PEMBELI atau PURCHASING POWER mereka TERBUKTI KUKUH jika di bandingkan dengan Pembeli & Pengguna di Luar-Luar Bandar.
INI JELAS KERAJAAN TIDAK 100% JUJUR & IKHLAS
  • Dengan menggunakan PENSTRATEGIAN seperti yang di sebutkan, Pihak Kerajaan melalui KPDNKK tidak di lihat sebagai IKHLAS & JUJUR untuk Membantu Rakyat secara KESELURUHAN.
  • Kerana maseh lagi MENGUTAMAKAN "UNTUNG & RUGI" di dalam memberi PERTOLONGAN & BANTUAN" kepada Rakyat Umum.
  • Juga langkah ini di lihat sebagai "Melindungi Kepentingan" MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD sebagai Keutamaan Kerajaan.
PERLANTIKAN MYDIN SEBAGAI SOLE OPERATOR
  • Apa yang di lihat sekarang, PERLANTIKAN Syarikat Mydin sebagai Pengendali Rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia di seluruh Negara adalah LANGKAH atau STRATEGI KERAJAAN untuk TIDAK PERLU MENGELUARKAN MODAL dari DANA KERAJAAN.
  • FAKTA ini berpandukan kepada Perlantikan MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD sebagai PENGENDALI (Operator) dan TIDAK DI MILIKI oleh KERAJAAN.
  • Kerana dengan perlantikan Syarikat Mydin, Pihak Kerajaan hanya perlu mengeluarkan "Guarantee" atau "Jaminan" kepada Pihak Bank yang memberi PINJAMAN MODAL PUSINGAN kepada Syarikat Mydin.
  • Dengan ini Perlaksanaan KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA hanya mengeluarkan MODAL IDEA dan SOKONGAN dari bentuk BIROKRASI yang di perlukan oleh Mydin untuk mempermudahkan segala Urusan Perlaksanaan yang di lakukan oleh Mydin.
STRATEGI MYDIN
No.1
Syarikat MYDIN pula menggunakan Strategi menghasilkan BARANGAN yang TIDAK BERJENAMA  yang di beli SECARA PUKAL dan hanya memerlukan BUNGKUSAN yang KURANG KOS seperti:
  • KOS PERCETAKAN BUNGKUSAN (kurang huruf & perkataan untuk di cetak)
  • KOS PENJENAMAAN atau BRANDING (sekitar 40% untuk HAK Perniagaan)
  • Dan menggunakan KEPAKARAN & KEMAHIRAN dari TENAGA KERJA MYDIN yang sediaada di dalam Operasi Rangkaian MYDIN
No.2
  • Apabila Rangkaian Cawangan Kedai-Kedai Malaysia mencecah Sasaran 50% daripada Sasaran Asal (22 buah dari 84 cawangan), Syarikat Mydin akan memperolehi keuntungan yang Maksima daripada HASIL-HASIL JUALAN kepada Cawangan & Peruncit Bebas.
  • Kerana Syarikat Mydin terkenal dengan KONSEP FRANCHISE untuk membuka Cawangan dengan JENAMA MYDIN.
  • Dimana Konsep FRANCHISE ini, Pihak yang menjadi FRANCHISEE yang mengeluarkan MODAL dan bukan nya Mydin.
  • Dengan sendiri nya KONSEP KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA ini bertukar kepada KONSEP PERNIAGAAN MONOPOLI oleh Syarikat MYDIN & KPDNKK
MASA HADAPAN KONSEP KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA
  • Selagi SUBSIDI ASAL untuk mengurangkan BEBANAN RAKYAT terhadap sebarang KENAIKAN kepada Barangan dan PUNCA Bahan Pembakar DI KURANG & DI HAPUSKAN, maka Konsep Kedai Rakyat 1Malaysia ini TIDAK AKAN BERJAYA untuk Jangka Panjang.
  • Dan Kedai-Kedai 1Malaysia akan menjadi seperti Kedai-Kedai RUNCIT YANG BIASA yang tidak dapat MEMBANTU Rakyat secara LANGSUNG.
  • Kerana KOS untuk BAHAN PEMBAKAR akan TETAP NAIK dan DI NAIKKAN sepanjang MASA & TAHUN dan ini akan menyebabkan KOS OPERASI untuk MENGHASILKAN apa juga Barangan ASAS Pengguna MENINGKAT.
SEBAB-SEBAB YANG LAIN
Pihak Kerajaan yang memerintah juga (UMNO/BN) di lihat GAGAL untuk MENYELARASKAN EKONOMI NEGARA di semua SUDUT EKONOMI RAKYAT seperti:
No.1: RAKYAT MASEH BERPENDAPATAN RENDAH
  • Kenaikan Harga Bahan Pembakar di lakukan di tengah-tengah PENDAPATAN RAKYAT maseh di PARAS RENDAH dan maseh JAUH di belakang Negara-Negara MAJU yang lain.
  • Tidak ADA Aras GAJI yang Munasabah untuk semua Pekerja di Semua Sektor dan Industri.
No.2: KURANG PEMBAYAR CUKAI YANG LAYAK
  • Ini boleh di lihat daripada KUTIPAN CUKAI PENDAPATAN yang di Pungut oleh Kerajaan yang hanya dari sekitar 2 JUTA PEMBAYAR CUKAI sahaja daripada TENAGA KERJA yang sekitar 10-12 JUTA ORANG.
  • Yang menghairankan ialah, Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Australia yang Berpendapatan Purata RM2,000 Sebulan berjumlah lebih 1.8 Juta orang. 
  • Tidak kah Angka ini agak mengelirukan apabila Kerajaan hanya memungut Cukai Pendapatan dari kurang 2 Juta orang?
  • Ini menunjukkan samaada Rakyat di dalam Negara tidak seorang pun LAYAK untuk membayar Cukai Pendapatan atau Rakyat yang bekerja di Luar Negara yang tidak layak.
No.3: MASEH KURANG INDUSTRI DALAM NEGARA
  • Dalam Negara maseh kurang Industri-Industri yang dapat memberikan Pekerjaan kepada Keseluruhan TENAGA BURUH dalam Negara.
  • Dan Pertumbuhan Industri itu pula AMAT BERGANTUNG kepada KEBIJAKSANAAN KERAJAAN-KERAJAAN NEGERI dan bukan dari Kerajaan Pusat atau Persekutuan.
  • Dimana Kerajaan Pusat lebih MENGUTAMAKAN Industri Petroliam, ICT serta Industri Berteknologi Tinggi di dalam Sektor Industri Berat dan ini tidak melayakkan Rakyat Umum yang hanya BERKELULUSAN MINIMA dan TIDAK BERKEMAHIRAN di dalam bidang tersebut.
  • Kerana itu Rakyat Malaysia di lihat terpaksa untuk memasuki Sektor Peruncitan & Perkhidmatan yang Kurang Berteknologi serta Mudah di lakukan.
No.4: PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI NEGARA - ETP
  • ETP juga di lihat lebih cenderung kepada INDUSTRI BERTEKNOLOGI TINGGI dan ini tidak dapat meliputi Rakyat secara keseluruhan.
  • Hanya segelintir Rakyat yang Berpendidikan di dalam Bidang-Bidang yang di bangunkan dalam ETP sahaja yang akan dapat meraih Kebaikan program ETP tersebut.
  • Dan juga banyak memberi MANFAAT kepada Syarikat-Syarikat yang Bertaraf Korporat dan Konglomerat dan bukan Syarikat-Syarikat yang DI BAWAH Taraf SME.
No.5: INDUSTRI PERBANKKAN & KEWANGAN NEGARA
  • Dalam Negara WUJUD banyak Bank-Bank dan Institusi Kewangan UTAMA termasuk yang di miliki oleh Kerajaan.
  • Tetapi jika di bentangkan Jumlah Peniaga & Usahawan baharu yang DI BANTU untuk membuka PERNIAGAAN adalah SANGAT RENDAH dan SEDIKIT JUMLAH NYA.
  • Dimana Pihak Perbankkan & Kewangan Swasta & Kerajaan lebih MENGUTAMAKAN Syarikat-Syarikat yang telah KUKUH di dalam Perniagaan daripada memberi DORONGAN kepada Para Usahawan yang Baharu.
  • Ini juga menjadi PENYEBAB mengapa Pertumbuhan USAHAWAN di Negara Malaysia amat Menduka-Citakan.
  • Semua ini adalah DASAR-DASAR KERAJAAN yang DI MAINKAN melalui BANK NEGARA MALAYSIA sebagai Perlaksana PROSEDUR Kewangan Peruncitan Bank.
RUMUSAN
  • SEMUA PERMASAALAHAN EKONOMI ini lah yang harus DI BERI PERHATIAN oleh Kerajaan yang Memerintah dan Anggota Sayap Kanan dan Kiri UMNO/BN.
  • BUKAN hanya menumpukan Persoalan Politik untuk bagaimana untuk MENGEKALKAN KUASA dan MENGEKANG Kemaraan Parti-Parti Pembangkang
  • Atau Membenteras Rakyat yang BERSUARA untuk MEMPERBETULKAN segala KEPINCANGAN & KELEMAHAN Pihak Kerajaan.
  • Dimana MASA & KOS UNTUK BERPOLITIK dan MEMPOLITIKKAN ISU-ISU REMEH ini sangat BESAR dan juga MEMBAZIR.
  • Dan segala SUMBER PENDAPATAN UMNO/BN itu juga datang nya dari HARTA & HAK RAKYAT UMUM
Editor
P/S: Semua Ramalan Editor TIPsNIAGA. COM terhadap Langkah-Langkah Kerajaan di dalam menangani ISU BERSIH 2.O semua nya telah berlaku dan di lakukan oleh Pihak kerajaan yang Memerintah!.

3 comments:

  1. bgus usaha kerajaan.. x guna kita menyalahkan pihak sana pihak cini.. cuba kita pikir apa usaha kita pada org ramai.. semut disebrang nampak, gjah depan mata x nampak.. :).. peace.....

    ReplyDelete
  2. salam...saya azreen azmi peniaga..saya amat berminat untuk francais kedai 1 malaysia..jadi macam mana saya hendak apply untuk kedai runcit 1 malaysia...

    email : achik8988@yahoo.com
    tel : 012-5438245

    ReplyDelete
  3. Wsalam..Untuk menjadi Peniaga Tuncit Kedai 1MALAYSIA anda boleh merujuk kepada KPDNKK di Semua Cawangan Negeri yang terdekat di tempat anda atau layari Website KPDNKK untuk maklumat lanjut.

    ReplyDelete