Wednesday, July 20, 2011

ISU BURUH: ANTARA RAKYAT DENGAN BURUH IMPORT

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #350


ISU BURUH: ANTARA RAKYAT DENGAN BURUH IMPORT
SIAPA YANG LEBIH PENTING DALAM EKONOMI NEGARA


TENAGA BURUH MALAYSIA
  • Di dalam Negara Malaysia, walaupun memiliki Tenaga Buruh sekitar 12 Juta Orang di kalangan Rakyat Tempatan tetapi beberapa Sektor Industri mengalami kekurangan Tenaga Buruh untuk di gaji kan sebagai Pekerja.
  • Industri yang terjejas teruk ialah di dalam Sektor & Sekmen Pertanian, Perladangan, Penternakan, Pembinaan, Restoran, Perhotelan, Perkhidmatan dan Peruncitan.
  • Kekurangan Tenaga Buruh untuk Sektor dan sekmen tersebut telah mendorong Para Majikan untuk mendapatkan bekalan Tenaga Buruh daripada Negara-Negara Asing seperti dari India, Bangladesh, Pakistan, China, Indonesia dan Thailand untuk Mengisi kekosongan yang di alami.
KEADAAN BERTAMBAH RUNCING
  • Kekurangan Tenaga Buruh ini amat di rasai di dalam Sektor dan Sekmen yang terlibat di sebabkan oleh Perubahan Dasar yang di lakukan oleh Pihak Kerajaan yang MEMBATASKAN kemasukan Pekerja-Pekerja Asing
  • Melalui Dasar baharu yang di kuat-kuasakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di dalam Meluluskan Permohonan Permit Pekerjaan kepada Buruh Asing.
  • Sebagai Langkah Kerajaan untuk Mengurangkan Kesan Gejala Sosial dan Jenayah yang melibatkan Pekerja-Pekerja Asing di dalam Negara.
  • Dimana langkah tersebut TIDAK SELARAS dengan Keperluan Ekonomi dalam semua Industri yang terlibat dengan pergantungan terhadap Buruh Asing.
  • Melalui Laporan terkini, Pihak KDN telah mengurangkan lebih dari separuh kelulusan untuk mendapatkan Tenaga Buruh Asing di dalam Peraturan yang baharu.
APA DESAKAN UNTUK MENGGUNAKAN TENAGA BURUH ASING
  • Di dalam Hakikat yang Nyata, semua Industri dan Sekmen yang di sebutkan itu Sangat Bergantung kepada Tenaga Buruh Asing di sebabkan oleh Jenis-Jenis Pekerjaan yang di tawarkan itu sangat "Rendah Taraf" serta "Bergaji Rendah"
  • Seperti Tenaga Buruh di dalam Sektor Pertanian & Perladangan yang menawarkan jenis pekerjaan yang banyak menggunakan tenaga dan dalam suasana pekerjaan yang tidak menyelesakan.
  • Begitu juga di dalam Sektor Restoran, Peruncitan dan Perkhidmatan, dimana pekerjaan yang di tawarkan menuntut kepada pekerjaan yang lasak, masa bekerja yang panjang tetapi bergaji rendah.
  • Dimana Tenaga Buruh dari kalangan Rakyat Tempatan tidak merasakan Jenis-jenis pekerjaan sedemikian sesuai dengan kelulusan yang mereka miliki dan tidak memberi Ganjaran Upah yang berpatutan.
  • Tetapi Sektor dan Sekmen tersebut memiliki Pasaran Perniagaan yang menggalakkan dari Sudut Ekonomi Perniagaan dan juga kepada Ekonomi Negara.
DARI SUDUT EKONOMI
  • Adalah tidak bertepatan untuk menaikkan Taraf Gaji di dalam Sektor dan Sekmen Industri yang terlibat kerana sebarang Aras Gaji yang di naikkan dari Nilai Pasaran sekarang AKAN memberikan IMPAK atau KESAN SAMPINGAN kepada NILAI HARGA PASARAN PRODUK yang di hasilkan.
  • Dimana sebarang Kenaikan daripada KOS OPERASI BURUH akan menyebabkan setiap Hasil Keluaran Produk itu MENINGKAT dan perkara ini akan menjejaskan DAYA SAING Produk-Produk tersebut di dalam Nilai Pasaran Bebas serta MERUGIKAN Para Pengusaha.
  • Dan sebarang kenaikan KOS akan menyebabkan Golongan Peniaga Gagal untuk bersaing dengan Nilai Pasaran di Peringkat Antarabangsa serta akan merugikan mereka untuk jangka masa panjang.
  • Para Usahawan yang terlibat berkemungkinan akan mengalihkan Operasi Perniagaan mereka ke Negara-Negara lain yang dapat menawarkan KOS Tenaga Buruh yang lebih murah seperti Negara China, India, Vietnam dan Indonesia.
  • Juga akan menaikkan Kadar Inflasi dalam Negara kerana Nilai Produk dan Perkhidmatan Asas Pengguna meningkat dengan Pesat.
TENAGA BURUH RAKYAT TEMPATAN
  • Pihak Kerajaan harus menggunakan Tenaga Buruh dari kalangan Rakyat Tempatan untuk Sektor Industri yang lebih Berteknologi dan yang dapat menawarkan Aras gaji yang lebih Lumayan.
  • Ini dapat di lakukan dengan Mengemas-kinikan Korikulum Pendidikan Negara ke arah memenuhi Syarat dan Piawaian Bekalan Tenaga Buruh yang lebih Berkemahiran di dalam Industri Berteknologi.
  • Dengan menyediakan lebih banyak RUANG kepada Para Pekerja dan Lepasan Sekolah untuk mendapatkan Pendidikan Tambahan yang berkenaan dengan sesuatu Industri.
  • Melalui Program-Program Latihan Teknikal di Institut-Institut Kemahiran Perindustrian kepada Para Golongan Pekerja yang tidak memiliki Kemahiran dan yang tidak mendapat Pendidikan Teknikal secara Formal.
  • Dan Menyediakan serta Menggalakkan Para Lepasan SPM untuk mengikuti Program-Program Pendidikan Teknikal sebelum mereka memasuki Alam Pekerjaan.
  • Langkah ini akan dapat memberikan Tumpuan Jelas kepada Pihak Kerajaan untuk Menilai TUNTUTAN SEBENAR keperluan kepada Pengimportan Tenaga Buruh Asing di dalam Industri yang Bertaraf Rendah.
  • Dan akan dapat MENENTUKAN JUMLAH TENAGA BURUH dari Tenaga Buruh Asing untuk Setiap Sektor Industri di dalam Negara.
  • Kerana Rakyat Tempatan di Fokuskan untuk Sekmen Pekerjaan yang Bertaraf Tinggi di dalam Semua Sektor Perindustrian dalam Negara.
  • Dengan itu Konflik atau Krisis di antara Rakyat Tempatan dengan Pihak Kerajaan mengenai PEMILIHAN JENIS PEKERJAAN yang sesuai untuk mereka dapat di hapuskan sama sekali.
  • Dimana sudah Tidak Wujud lagi ANDAIAN atau PERSEPSI Pihak Kerajaan yang mengatakan Ramai Rakyat "Tidak Mahu Bekerja" di Sektor-Sektor Industri yang bertaraf Rendah sedangkan PELUANG PEKERJAAN di dalam Sektor tersebut cukup banyak di tawarkan.
KERAJAAN HARUS MELAKUKAN PERUBAHAN
  • Pihak Kerajaan juga HARUS melakukan PERUBAHAN DASAR mengenai ISU TENAGA BURUH di dalam Sektor Industri yang Berteknologi Rendah ini.
  • Dengan HARUS menerima KENYATAAN SEBENAR bahawa Rakyat Malaysia pada Zaman ini sememang nya Dahagakan dan Sangat Memerlukan Peluang-Peluang Pekerjaan di dalam Industri Berteknologi Tinggi
  • Dimana Pihak Kerajaan HARUS lebih GIAT untuk membawa PELABURAN ke dalam Sektor Industri seperti ini untuk MENJANA PELUANG PEKERJAAN kepada Rakyat yang Bersesuaian dengan Taraf Pendidikan yang mereka miliki.
  • Pihak Kerajaan HARUS melakukan KESEIMBANGAN PELUANG PEKERJAAN di dalam Semua Sektor Industri, agar setiap Rakyat akan mendapat Peluang Pekerjaan yang bersesuaian.
  • Dan mengkhususkan Industri-Industri yang tidak memerlukan sebarang kemahiran kepada Tenaga Buruh Asing yang di import dari Negara-Negara Asing.
KERAJAAN JUGA HARUS BERSEDIA
  • Untuk MENANGANI segala KESAN SAMPINGAN daripada KEJUTAN BUDAYA dan MASAALAH SOSIAL yang akan wujud daripada Pembanjiran Pekerja-Pekerja Asing.
  • Dengan menyediakan Program-Program yang sesuai untuk Tenaga Buruh Asing yang berada di dalam Negara agar mereka tidak terlibat dengan sebarang AKTIVITI JENAYAH dan MASAALAH SOSIAL dengan Rakyat Tempatan untuk jangka panjang.
  • Langkah ini dapat di ambil dengan mendapatkan Kerjasama di antara Pihak Majikan dan Pihak Pekerja melalui PERSATUAN MASING-MASING.
  • Serta segala PERUNDANGAN BURUH yang melibatkan Pekerja Asing HARUS DI PERHALUSI agar dapat memenuhi Keperluan Industri dalam Negara TANPA memberikan IMPAK kepada PERTUMBUHAN EKONOMI PERNIAGAAN di dalam setiap Industri yang terlibat juga kepada Ekonomi Negara secara khusus nya.
KERANA
  • Di dalam HAL-HAL yang melibatkan EKONOMI, Pihak Kerajaan TIDAK HARUS melakukan sebarang PERUBAHAN DASAR terhadap Tenaga Buruh Asing HANYA BERSANDARKAN kepada KES-KES JENAYAH yang melibatkan mereka melalui DATA yang di kumpul oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)
  • Kerana Setiap PERUBAHAN DASAR yang di lakukan oleh Pihak KDN terhadap Pekerja Asing AKAN melibatkan dan menjejaskan segala USAHA yang di lakukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI) yang bertungkus lumus untuk mencari dan membawa pelaburan baharu ke dalam Negara 
  • Tetapi Usaha mereka terjejas kerana setiap Pengusaha yang melabur di dalam Negara mengalami masaalah Tenaga Buruh di sebabkan oleh Kementerian yang lain dalam Kerajaan.
  • Disini lah Peri Penting nya untuk Meng-Intergrasi-kan setiap Usaha MITI di dalam mewujudkan Pertumbuhan Ekonomi dengan Semua Kementerian dalam Kerajaan agar sesuatu Usaha itu tidak terbantut atau mengalami masaalah sampingan yang sepatut nya sudah boleh di jangka dan di selesaikan di Peringkat Perancangan Awal.
PENDAPAT EDITOR
  • Permasaalahan Tenaga Buruh yang berlaku di dalam Negara Malaysia ini adalah BERPUNCA daripada Kelemahan Kerajaan di dalam Hal-Hal Pentadbiran & Pengurusan Negara yang Tidak Seimbang di antara Semua Kementerian.
  • Dimana maseh Wujud Tindakkan-Tindakkan yang di ambil oleh mana-mana Kementerian BERCANGGAH di antara satu dengan yang lain seperti contoh-contoh yang berikut:-
CONTOH (sebahagian contoh)
  • Dasar yang di keluarkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Kementerian Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) yang menaikkan Harga Minyak Petrol dan Letrik yang tidak sejajar dan bercanggah dengan Proses Pertumbuhan Ekonomi yang di lakukan oleh MITI.
  • Dasar Kementerian Kewangan (KW) yang bertentangan dengan Dasar-Dasar MITI dan Kementerian Pendidikan (KP) yang maseh di dalam Proses Pembangunan Ekonomi dan Pendidikan Rakyat, dimana Pihak KW ingin melakukan sesuatu Dasar melangkau Pencapaian yang di lakukan oleh MITI dan KP yang akan melibatkan Cukai GST, Pengurangan Subsidi Barangan Asas Rakyat dan kenaikan-kenaikan Harga Barangan Asas Pengguna.
  • Ini termasuk Dasar Pihak KDN yang bertentangan dengan Dasar-Dasar MITI, KP, Kementerian Sumber Manusia dan banyak lagi PERCANGGAHAN yang berlaku di antara Kementerian.
  • Pihak Editor berpendapat bahawa PEMUSATAN Perancangan untuk Negara Malaysia tidak menyeluruh dan hanya di kuasai oleh Segolongan orang sahaja dan TIDAK DI LIHAT setiap Menteri di dalam semua Kementerian bekerja dengan SIFAT bertanggung jawap terhadap Tugas dan Tanggung Jawap yang sebenar.
  • Dan apa juga KEPUTUSAN yang di ambil oleh Perdana Menteri sebagai CEO NEGARA tidak MENEPATI KEPERLUAN kepada PERMASAALAHAN yang sebenar malah telah MENERBITKAN lebih banyak lagi MASAALAH kepada Rakyat dan Negara.
Editor

No comments:

Post a Comment