Wednesday, July 06, 2011

ISU BERSIH: APA DI SEBALIK 8 TUNTUTAN BERSIH 2.0

TIPsNIAGA.COM - POLITICS - Post #330


ISU BERSIH: APA DI SEBALIK 8 TUNTUTAN BERSIH 2.0
DAN KESAN NYA JIKA TIDAK DI PERBETULKAN SEKARANG


PERUTUSAN EDITOR
  • Ini adalah kali Ke-6 Pihak Editor menulis mengenai ISU BERSIH 2.0 kerana ISU ini sangat PENTING untuk Negara Malaysia pada HARI INI, ESOK dan HARI-HARI yang SETERUS NYA.
  • Dan banyak SUDUT telah di bentangkan untuk di Fikirkan oleh semua Pihak yang terlibat dan yang terutama nya Pihak Kerajaan yang Memerintah.
  • Kerana KERAJAAN yang MEMERINTAH adalah PEMERINTAH yang MENTADBIR-URUS Hal Ehwal Negara dari pelbagai Sudut Permasaalahan, Tugas dan Tanggung Jawap sebagai Anggota Kerajaan yang di AMANAHKAN oleh RAKYAT.
Ini adalah Link kepada Posting Terdahulu: (semak semula jika berminat)
  1. http://tipsniagacom.blogspot.com/2011/06/isu-bersih-kerajaan-malaysia-harus.html
  2. http://tipsniagacom.blogspot.com/2011/06/edisi-khas-kerajaan-malaysia-salah.html
  3. http://tipsniagacom.blogspot.com/2011/07/isu-bersih-titah-yang-di-pertuan-agong.html
  4. http://tipsniagacom.blogspot.com/2011/07/isu-bersih-dari-sudut-ilmu-pentadbiran.html
  5. http://tipsniagacom.blogspot.com/2011/07/kesan-tindakkan-kerajaan-dalam-isu.html
SETELAH PERJUMPAAN DENGAN DYMM YDPA
  • Setelah mendengar TAKLIMAT daripada Pengerusi BERSIH 2.0 dalam Pertemuan pada Hari Selasa 5hb July 2011, DYMM SPB YDPA Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj telah Berkenan untuk MENGIZINKAN agar PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 di ALIHKAN ke dalam Kawasan STADIUM
    DAN BERBALIK KEPADA 8 TUNTUTAN BERSIH 2.0
    1. Bersihkan Senarai Undi
    2. Mereformasikan Undi Pos
    3. Gunakan Dakwat Kekal
    4. Masa Kempen Minima 21 hari
    5. Akses Media Yang Bebas dan Adil
    6. Kukuh kan Institusi Awam
    7. Hentikan Rasuah
    8. Hentikan Politik Kotor
    CUBA FIKIRKAN FAKTA DAN FAKTOR BERIKUT
    No.1: Bersihkan Senarai Undi
    • Ini adalah kerana KELEMAHAN di dalam PENGURUSAN PENDAFTARAN di JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN)
    • SISTEM Pengurusan DATA untuk Kelahiran, Kematian dan Perpindahan Alamat Tempat Tinggal Terkini tidak menggunakan SISTEM yang Cekap dan Teratur untuk SETIAP RAKYAT.
    • Suatu SISTEM INDUK perlu di bina untuk MERANGKAIKAN semua MAKLUMAT ke dalam Sistem Berpusat yang boleh di lakukan di mana-mana sahaja seperti dari Hospital, Balai Polis, Pejabat Pos dan Balai Penghulu dalam Mendaftarkan setiap laporan Kelahiran, Kematian dan Perpindahan tempat Tinggal.
    • Bermakna Sistem ini akan MEMUDAHKAN setiap Rakyat untuk membuat Laporan di Lokasi yang terdekat dan Mudah untuk membuat sebarang laporan.
    • Dan Sistem untuk setiap Nombor Sijil Kelahiran dan Nombor Kad Pengenalan harus memiliki Kod Nombor Rahsia yang mengaitkan DATA DIRI seseorang Pemegang Kad Pengenalan dengan Kesan CAP JARI mereka supaya Mudah di kesan jika berlaku sebarang PENYELEWENGAN.
    No.2: Mereformasikan Undi Pos
    • Undi Pos melibatkan Penjawat Awam di dalam Angkatan Tentera, Polis, Anggota Keselamatan yang lain dan Rakyat di luar Negara untuk Membuang Undi.
    • Persoalan besar nya ialah KESAHIHAN KERTAS UNDI yang di lakukan oleh Penjawat Awam dari Pasukan Berunifom, dimana banyak KES berlaku Kertas Undi dari Kumpulan ini telah DI TETAPKAN PANGKAHAN PARTI
    • Dan Kertas-Kertas Undi sebegini di gunakan oleh mana-mana Parti yang Memerintah untuk di jadikan TAMBAHAN UNDI jika Kiraan Undi di Pusat-Pusat Undian di dapati KURANG MAJORITI yang boleh mengakibatkan KEKALAHAN.
    • Ini sangat berguna untuk UNDIAN yang di dalam Kiraan 45-50% sahaja tetapi tidak akan menjadi jika berlaku Perubahan Besar dalam Undian seperti melebihi kadar 55%
    • Setakat pada Zaman ini BELUM WUJUD suatu SISTEM yang boleh di katakan TELUS di dalam Penggunaan UNDI POS di seluruh Dunia yang melibatkan Penjawat Awam.
    • Hanya UNDI SECARA ELEKTRONIK yang boleh menyelesaikan Masaalah ini tetapi belum ada Negara di Dunia ini yang MAHU menggunakan Kaedah ini kerana langkah itu akan menjejaskan Peluang mereka.
    No.3: Gunakan Dakwat Kekal
    • Selain dari menggunakan Dakwat kekal, Sistem Pengesanan Elektronik yang mampu MENGESAN seseorang yang telah di CATAT telah Membuang Undi melalui Catatan menggunakan Kad Pengenalan yang di hubungkan ke dalam Bank Data Induk akan dapat menyelesaikan Masaalah ini.
    • Dengan kaedah ini tidak akan berlaku seorang Pengundi menggunakan Kad Pengenalan yang sama untuk Membuang Undi lebih dari sekali.
    • Tetapi Perkara No.1 harus di Kemas-kini-kan dahulu, jika tidak masaalah yang sama akan berulang.
    No.4: Masa Kempen Minima 21 hari
    • Pihak yang mencadangkan untuk di tambah masa berkempen dari 8-10 hari kepada 21 hari untuk memberi Ruang dan Masa kepada Parti-Parti Pembangkang untuk menyediakan keperluan kempen Pilihan Raya.
    • Kerana secara Lazim nya Pihak Kerajaan tidak menghadapi Masaalah untuk menyiapkan keperluan Kempen kerana meraka TAHU TARIKH sebenar Pilihan Raya dan boleh menempah apa juga keperluan sebelum Tarikh sebenar di Umumkan.
    • Masa 10 hari untuk menyiapkan pelbagai Keperluan Kempen amat TERBATAS untuk Pihak Pembangkang yang terpaksa bertungkus-lumus menyiapkan segala keperluan Kempen dalam masa yang singkat dari Tarikh yang di Umumkan.
    • Dan adalah Munasabah MASA ini di lanjutkan memandangkan Negara Malaysia ini Cukup Luas dari Utara hingga ke Selatan Tanah Air.
    No.5: Akses Media Yang Bebas dan Adil
    • KES ini adalah BENAR dan TEPAT dimana MEDIA ARUS NASIONAL yang di Kawal oleh Pihak Kerajaan yang Memerintah secara LAZIM NYA akan Menyembunyikan Berita-Berita mengenai Parti Lawan dengan SENGAJA.
    • Dengan TUJUAN untuk menghalang Rakyat daripada mendapat BERITA daripada Pihak Parti Lawan yang boleh MERUBAH PENDIRIAN RAKYAT untuk Mengundi Pembangkang.
    • Sememang nya di mana-mana Negara KES seperti ini adalah KES LAZIM yang di lakukan oleh Kerajaan yang Memerintah.
    • TERKECUALI Pihak Kerajaan memberikan IZIN untuk Pihak Pembangkang untuk mendapatkan PERMIT-PERMIT untuk Penerbitan Akhbar dan Television sendiri tetapi perkara ini MUSTAHIL boleh di lakukan dengan senang hati.
    No.6: Kukuh kan Institusi Awam
    • Ini bermaksud, setiap Penjawat Awam tidak harus di kongkong Siapa Parti Politik yang mereka ingin berikan Undi
    • Dan di hapuskan DISKRIMINASI terhadap Penjawat Awam yang memilih untuk Mengundi Parti Lawan
    • Juga BEBASKAN Penjawat Awam untuk di gembeling melakukan Kerja-Kerja yang berkaitan dengan Politik Parti yang Memerintah.
    • Dimana HAL seperti ini sudah menjadi BUDAYA dalam Parti yang Memerintah, yang sepatutnya Penjawat Awam adalah BEBAS POLITIK
    • Terutama Penjawat Awam di dalam Sistem Perundangan Negara seperti Para Hakim dan Anggota Polis.
    No.7: Hentikan Rasuah
    • RASUAH di dalam Pilihan Raya ada pelbagai CARA untuk di Sogokkan kepada Rakyat yang BUKAN sekadar memberikan Imbuhan Wang
    • Tetapi merangkum JANJI-JANJI untuk memberi, menyediakan atau mewujudkan sesuatu kepada Rakyat di dalam Kawasan Undi mereka dengan Tujuan memancing Undi.
    • Termasuk dengan PEMBERIAN atau PEMBINAAN sesuatu Projek sebelum Pilihan Raya di Umumkan oleh Kerajaan dengan Tujuan yang sama untuk memancing Undi Penduduk.
    • Juga termasuk Pemberian berupa WANG sebagai Imbuhan kerana Mengundi Parti yang Memerintah yang di lakukan secara SULIT.
    No.8: Hentikan Politik Kotor
    • Politik Kotor memberi maksud Tindak-tanduk Pihak Kerajaan yang menggunakan Media yang di dalam Kawalan mereka untuk memberikan Impak Buruk terhadap Imej Anggota dan Parti Lawan di mata rakyat.
    • Seperti yang berlaku pada Zaman ini dimana Pihak Kerajaan telah menggunakan segala kekuatan dan keistimewaan yang mereka miliki sebagai Kerajaan untuk memburuk-burukan Parti Lawan dengan pelbagai Tuduhan.
    • Lebih-lebih lagi di dalam Strategi Pihak Parti yang Memerintah di dalam MENYEMBUNYIKAN segala Kesalahan, Salah-Laku, Salah Guna-Kuasa dan Salah Guna Dana Awam dari pengetahuan Rakyat.
    JIKA 8 PERKARA INI TIDAK MAHU DI UBAH
    • Maka 8 JENIS BUDAYA POLITIK tersebut akan BERKEKALAN dan BERTERUSAN di amalkan.
    • Dan JIKA Kerajaan UMNO/BN sekarang TUMBANG dan Parti Lawan pula yang MEMERINTAH, maka TIDAK MENJADI SALAH untuk mereka MENYAMBUNG 8 BUDAYA TERSEBUT dan menggunakan nya ke atas Parti UMNO/BN yang pula menjadi Parti Pembangkang.
    • Maka APA KESUKARAN yang terpaksa di tempuh oleh Parti Pembangkang pada hari ini AKAN pula terpaksa DI TEMPUH oleh parti UMNO/BN pula.
    • Dan adakah pada ketika itu baharu Parti UMNO/BN mahu MENCADANGKAN AGAR 8 BUDAYA POLITIK tersebut DI UBAH???
    RUMUSAN POLITIK
    • APA yang di TUNTUT oleh Pihak NGO dan Parti-Parti Pembangkang pada HARI INI adalah SIFAT JUJUR mereka di dalam SISTEM DEMOKRASI untuk Generasi yang akan datang.
    • Dan jika parti yang Memerintah sekarang bersetuju untuk MERUBAH 8 TUNTUTAN tersebut dan di TAKDIRKAN pula mereka TUMBANG di dalam Pilihan Raya, Pihak Parti Pembangkang sekarang adalah SANGAT YAKIN mereka AKAN MEMENUHI 8 PERKARA tersebut di dalam Pemerintahan mereka dan YAKIN untuk berlaku ADIL
    • Walaupun 8 TUNTUTAN tersebut dari Sudut Politik nya tidak akan memberikan mereka sebarang keuntungan jika MEMERINTAH kelak.
    • FAKTOR ini harus di pertimbangkan dengan TELITI oleh Kerajaan sekarang di sebalik KE-RASIONALAN 8 TUNTUTAN tersebut.
    • Kerana 8 TUNTUTAN ini boleh menjadi RAHMAT jika di TAKDIRKAN UMNO/BN menjadi Pihak Pembangkang suatu masa kelak.
    • Dimana UMNO/BN tidak perlu lagi BERTUNGKUS-LUMUS berjuang untuk menuntut KEADILAN di dalam PROSES PILIHAN RAYA
    editor

    No comments:

    Post a Comment