Tuesday, May 31, 2011

SWOT #7 : MENGAPA JEPUN BOLEH BERJAYA - Post #277

TIPsNIAGA.COM - SWOT ANALYSIS - Post #277


MENGAPA JEPUN BOLEH BERJAYA
APA CORAK TADBIR-URUS YANG DI GUNAKAN


NEGARA JEPUN (Lanjutan Post #276)
  • Mula terkenal di Dunia melalui Pemerintahan Tokugawa Shogun (1600) sebagai Negara yang Kuat dengan Disiplin Ketenteraan Cara Shogun, yang menitik-beratkan Kesetiaan dan Pengorbanan kepada Negara, Setia kepada Raja dan Pemimpin, Organisasi dan melakukan sesuatu TUGAS yang di serahkan hingga berjaya.
  • Inilah Nilai-Nilai SHOGUN yang di terapkan ke dalam BANGSA JEPUN daripada Era Shogun hingga ke Abad ini.
JUMLAH PENDUDUK, BANGSA & AGAMA
  • Negara Jepun memiliki 126.6 Juta Orang Penduduk, dengan 98.5% dari Bangsa Jepun, 0.5% Bangsa Korea, 0.4% Bangsa China dan lain-lain Bangsa 0.6%.
  • 83.9% Beragama Shintoism (Agama versi Jepun), 71.4% Beragama Buddha, 2% Beragama Kristian dan 7.8% lain-lain Agama.
  • Negara Jepun juga di sebut sebagai Nihon-Koku atau Nippon -Koku oleh Orang-Orang Tempatan.
KEMERDEKAAN JEPUN
  • Secara Rasmi nya pada 3hb May 1947 sebagai Pembaharuan kepada Kemerdekaan Memerintah semenjak 29hb November 1890 sebagai Negara Jepun Moden. (di bawah Perlembagaan Meiji yang memperuntukkan Pemerintahan Sistem BERAJA)
  • Di bawah Perlembagaan Pemerintahan Sistem Demokrasi BERAJA yang di Kuasai oleh MAHARAJA AKIHITO
  • Dan Sistem Demokrasi yang di adaptasi daripada Sistem Demokrasi Eropah dan Barat dan Kerajaan di ketuai oleh seorang Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet.
EKONOMI JEPUN
  • Bergantung penuh terhadap SEKTOR INDUSTRI PEMBUATAN yang BERTEKNOLOGI Tinggi sebagai TERAS Ekonomi.
  • Seperti Sektor Kenderaan Bermotor untuk Darat, Laut & Udara, Peralatan & Perkasas Elektronik / Elektrikal, Jentera / Mesin Perindustrian, Keluli & Logam Campuran, Perkapalan, Kimia, Tenunan Kain dan Makanan di Proses.
  • Yang Berperanan sebagai Negara PEMBUAT, PEMBEKAL dan PENGEDAR kepada SEMUA PRODUK yang DI HASILKAN kepada seluruh DUNIA.
  • Dan SEMUA BAHAN ASAS & ASLI adalah DI IMPORT sepenuh nya ke dalam Negara, kerana Negara Jepun tidak memiliki Sumber Galian Bahan Asli.
  • Sektor Pertanian nya pula terlalu Kecil dan hanya Berperanan sebagai Tambahan kepada Import, terutama Hasil BERAS nya sendiri, yang lain seperti Hasil Sayuran, Buah-Buahan, Hasil Daging Ternakan,Telur dan Ikan.
  • Sektor Industri KEDUA Terbesar Negara Jepun ialah SEKTOR PERIKANAN dimana Negara Jepun adalah salah satu daripada yang TERBESAR di Dunia dengan Hasil Tangkapan sebanyak 15% daripada keseluruhan Pasaran Perikanan Dunia.
APA KEUNIKAN BANGSA JEPUN
KEUNIKAN Bangsa-Bangsa JEPUN terletak pada :
  • Sikap TAAT & HORMAT kepada Negara dan Raja serta Pemimpin.
  • Sikap RAJIN BEKERJA.
  • Sikap FIKIRAN TERBUKA
  • Sikap BERKUMPULAN yang Tinggi.
  • Sikap Suka Melakukan Sesuatu Dengan TERBAIK
  • Sikap TIDAK BERPUTUS ASA
  • Sikap PEMBERSIH dalam SEMUA HAL
  • Sikap PENYAYANG & MESRA kepada Masyarakat.
PENJELASAN
TAAT & HORMAT
  • Sikap Taat dan Hormat kepada Negara, Raja dan Pemimpin inilah yang membuat Orang-Orang Jepun lebih mudah untuk DI SATU-PADUKAN di dalam Merealisasikan sesuatu Agenda Syarikat dan Negara. Asalkan sesuatu yang ingin di lakukan itu BERMANFAAT kepada NEGARA dan BANGSA.
  • Dalam keadaan ini, mereka sanggup untuk MENGORBANKAN KEPENTINGAN DIRI hanya untuk melihat sesuatu Agenda untuk Syarikat Atau Negara itu tercapai dengan jaya nya.
  • Sikap ini dapat di lihat daripada Zaman Pemerintah SHOGUN dan di dalam Perang Dunia Kedua, dimana ramai askar mereka sanggup berkorban NYAWA.
  • Dan Orang Jepun lebih mudah untuk menerima KESILAPAN & KESALAHAN DIRI dan akan cuba memperbaiki nya.
  • berbeza di Zaman Shogun dimana setiap KESALAHAN SENDIRI yang GAGAL melakukan sebarang MISI atau OPERASI, Hukum nya ialah HARAKIRI iaitu Membunuh Diri Sendiri sebagai Simbol KETAATAN kepada Negara dan Raja.
RAJIN, FIKIRAN TERBUKA & BERPASUKAN DALAM KERJA
  • Sikap ini yang sukar di tandingi atau di miliki oleh kebanyakan Orang-Orang Asia dan Eropah, dan Bangsa yang Mirip kepada Sikap ini ialah Bangsa KOREA dan CHINA tetapi tidak SEHEBAT Bangsa JEPUN.
  • Bangsa Jepun akan bekerja melebihi 10 JAM dalam SE HARI dan apa yang di lakukan itu bukan kerana TERPAKSA atau DI PAKSA tetapi telah MENJADI BUDAYA KERJA mereka yang telah TERDIDIK DARI AWAL
  • Mereka juga Mudah untuk menerima TEGURAN dan SARANAN terhadap sesuatu Perkara yang melibatkan Pekerjaan kerana mereka berpendapat dengan melakukan sesuatu pekerjaan secara BERSAMA atau BERPASUKAN, Sikap KETERBUKAAN harus Wujud dan di Buka Luas untuk mengelakkan RASA KECIL HATI atau MENYUSAHKAN ORANG LAIN secara tidak sengaja.
  • Kerana itu Bangsa Jepun SUKA & BANYAK BERTANYA samaada sebagai Pemimpin atau pun sebagai Pekerja.
  • Ini juga menunjukkan KOMITMENT TINGGI mereka terhadap TUGAS & TANGGUNG JAWAP.
SUKA LAKUKAN YANG TERBAIK & TIDAK PUTUS ASA

  • Ini juga KELEBIHAN pada Budaya Kerja dan Sikap Semula Jadi Bangsa Jepun ini,dimana mereka akan melakukan sesuatu Pekerjaan SEBAIK YANG MUNGKIN.
  • Dan jika GAGAL mereka akan tetap berusaha untuk menjayakan nya tanpa wujud rasa jemu atau perasaan berputus-asa.
  • Sikap ini telah MELONJAKKAN Bangsa Jepun ke taraf yang Tinggi di dalam BUDAYA KERJA sehingga mereka dapat MENJIMATKAN BANYAK MASA untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
PEMBERSIH DALAM SEMUA HAL
  • Bangsa Jepun adalah suatu Bangsa yang sangat TERPIMPIN atau TERURUS di dalam melakukan sesuatu Hal atau Pekerjaan.
  • Dimana mereka suka kepada Suasana dan Keadaan Bekerja yang KEMAS & TERATUR dalam semua Hal dan di mulakan dengan ARAHAN yang JELAS untuk bagaimana melakukan sesuatu Jenis Pekerjaan.
  • Kerana dengan KEADAAN BERSIH sesuatu PEKERJAAN itu dapat di lakukan dengan CEPAT dan SEMPURNA serta TERHINDAR dari GANGGUAN untuk Pergerakan, Mata & Fikiran serta Jadual Pekerajaan. Di sebabkan itu Negara Jepun memperkenalkan 5S dalam SEMUA MANUAL OPERASI.
  • 5S = Seiri (susunan objek),  Seiton (larasan kerja) , Seiso (kaedah kerja) , Seiketsu (piawaian kerja) & Shitsuke (kepatuhan)
PENYAYANG DAN MESRA
  • MUNGKIN ramai yang tidak setuju dengan FAKTA ini di sebabkan oleh SEJARAH KEGANASAN Negara Jepun dalam PERANG DUNIA yang terkenal dengan Sikap Ganas dan Tidak Berperi-kemanusiaan.
  • Tetapi secara LUMRAH NYA, Bangsa Jepun sangat PENYAYANG dan MESRA kepada Masyarakat, walaupun Perwatakan WAJAH mereka nampak GARANG atau pun SERIUS.
  • Mereka berwajah Garang atau Serius kerana menjalankan Tugas & Pekerjaan yang di anggap sebagai ETIKA atau DISIPLIN BEKERJA, dimana CARA sebegini memang di ajar kepada semua Bangsa Jepun agar mereka TEGAS & TAAT untuk menjalankan Tugas & Tanggungjawap.
  • HAKIKAT SEBENAR, mereka ini sangat MESRA dan mudah di dekati serta mudah berkawan jika di bandingkan dengan Bangsa-Bangsa Eropah atau pun Barat
  • Tetapi Sikap ini hanya TERSERLAH DI LUAR WAKTU BEKERJA sahaja dan pada Waktu-Waktu ini anda akan dapat MERASAKAN kemesraan yang mereka miliki secara semula jadi.
SUDUT PSIKOLOGI
  • Apa juga SIKAP & SIFAT BEKERJA dan BERFIKIR yang di miliki Bangsa JEPUN ini, ianya bukan berlaku secara kebetulan atau di warisi secara keturunan sahaja.
  • Segala SIKAP & SIKAP tersebut adalah DI TANAM, DI SERAP & DI AMALKAN di dalam SEMUA PROSES PENDIDIKAN dari Alam Rumah dan dari Alam Sekolah sehingga kedalam Alam Pekerjaan SECARA BERTERUSAN.
  • ITU memberi maksud bahawa SIKAP & SIFAT yang BAIK itu HARUS di lakukan secara TETAP & BERTERUSAN untuk mendapatkan HASIL YANG TERBAIK.
  • Dan FALSAFAH INI telah menjadikan BANGSA & NEGARA JEPUN sangat MAJU di dalam BIDANG MELAKUKAN PEKERJAAN yang tidak dapat di tandingi oleh Bangsa-Bangsa lain.
DI NEGARA MALAYSIA
Dari Sudut Pandangan Bangsa Jepun di Bidang Pekerjaan (dalam banyak laporan) terhadap Pekerja-Pekerja MELAYU MALAYSIA. (Editor juga Berpendapat yang sama melalui pengalaman lalu)
  • Ada Sikap Malas bekerja
  • Suka Berbual sewaktu bekerja
  • Suka Mencuri Masa bekerja
  • Suka Bertukar-tukar kerja (kerja tidak tetap)
  • Kurang Visi untuk Memajukan Diri
  • Matlamat Bekerja hanya untuk Wang
  • Sukar menerima kesalahan diri apabila di tegur.
editor

No comments:

Post a Comment