APA ITU CONSUMER PRICE INDEX - CPI
APA MAKSUD NYA KEPADA EKONOMI NEGARA
DEFINASI CONSUMER PRICE INDEX - CPI
- CONSUMER PRICE INDEX (CPI) atau Indek Harga Pengguna adalah ALAT PENGUKUR atau INDIKATOR untuk mengetahui PARAS TURUN NAIK HARGA yang melibatkan BARANGAN KEGUNAAN & PERKHIDMATAN kepada PENGGUNA secara ASAS.
- CPI juga adalah STATISTIK yang di kumpul daripada Aktiviti Penggunaan Barangan & Perkhidmatan Pengguna secara Berkumpulan menurut sesuatu Kegunaan.
- Dimana STATISTIK tersebut di kumpul dengan mengkaji Perbelanjaan yang di lakukan oleh Rakyat di Luar dan Dalam Bandar.
APA KEGUNAAN CPI
Dalam sesebuah Negara, CPI di gunakan untuk mengukur dan menentukan KADAR :
- Kemajuan Ekonomi
- Kemunduran Ekonomi dalam Sektor yang lain
- Penilaian Terhadap Matawang
- Keberkesanan Setiap POLISI yang di Perkenalkan
- Dan sebagai ALASAN untuk melakukan sesuatu Pembaharuan dalam program-program Ke-ekonomi-an Negara.
- CPI ini juga di kenali sebagai Pengukur KOS SARA HIDUP dalam sesebuah Negara tetapi berbeza dari Kaedah melakukan Perkiraan untuk Kos Sara Hidup secara menyeluruh.
- Di MALAYSIA, laporan CPI di keluarkan secara BULANAN oleh Jabatan Statistik Malaysia.
APA PULA KEGUNAAN NYA KEPADA PELABUR & PENIAGA
- Para PELABUR dan PENIAGA akan Mengkaji & Meneliti Laporan CPI di dalam sesebuah Negara untuk menentukan KEADAAN EKONOMI sesebuah Negara itu berada di dalam keadaan yang BAIK atau BURUK sebelum melakukan sesuatu PELABURAN.
- Dimana melalui Laporan CPI ini keadaan Ekonomi sebenar dapat di ketahui serta akan dapat MENGENAL-PASTI Apakah Jenis-Jenis Barangan & Perkhidmatan Pengguna yang banyak di gunakan oleh Golongan Rakyat di sesebuah Negara.
- Ini akan MEMPERMUDAHKAN untuk melakukan sesuatu KEPUTUSAN untuk melakukan sebarang PELABURAN.
PARA PELABUR & PENIAGA JUGA AKAN MENELITI INDIKATOR EKONOMI
Yang melaporkan Perkara-Perkara seperti PENDAPATAN NEGARA dan SENARAI AKTIVITI EKONOMI seperti :-
- KADAR PENGANGGURAN
- KADAR PEMBERHENTIAN KERJA
- KADAR TANGGUNGAN HUTANG PENGGUNA
- KADAR PENGELUARAN PERKILANGAN
- KADAR BANKRUPSI
- KADAR KELUASAN BROADBAND
- KADAR JUALAN RUNCIT
- KADAR PASARAN SAHAM
- STATISTIK PERUMAHAN
- BEKALAN TUKARAN WANG
- CPI - Consumer Price index
- CPI - Untuk Minyak & Gas
- GDP - Gross Domestic Products
- GNI - Gross General Income
- Kesemua MAKLUMAT ini DI PERLUKAN untuk mengkaji BUSINESS CYCLE di dalam sesebuah NEGARA.
- Kerana jika berpandukan LAPORAN CPI sahaja, keseluruhan EKONOMI sesebuah Negara tidak akan dapat DI BACA atau DI RAMAL.
- Inilah DISIPLIN yang harus di ikuti oleh Pakar-Pakar Ekonomi di dalam menjalankan Tugas mereka.
DAN MENJADI TUGAS & TANGGUNG JAWAP PEMERINTAH
- Setiap PEMERINTAH yang menerajui sesebuah KERAJAAN juga HARUS menggunakan KAEDAH yang sama untuk MENGENAL-PASTI apa juga KELEMAHAN yang wujud di dalam EKONOMI Negara mereka.
- Dimana setiap PEMIMPIN KERAJAAN harus PEKA terhadap APA YANG MEREKA JANJIKAN kepada RAKYAT itu HARUS BERSESUAIAN dengan KEKUATAN KEWANGAN NEGARA yang di miliki.
- Banyak di antara PEMERINTAH YANG GAGAL di dalam MENTADBIR-URUS sesebuah KERAJAAN kerana mereka LEMAH di dalam PENGETAHUAN PENGURUSAN EKONOMI NEGARA.
- Dimana ada juga Negara-Negara MEMILIKI MEKANISMA yang cukup lengkap melalui KEMENTERIAN-KEMENTERIAN yang di wujudkan untuk menangani HAL-HAL EKONOMI dengan Pakar-Pakar Ekonomi yang Terdidik & Terlatih TETAPI masih juga GAGAL untuk membangunkan Ekonomi Negara secara berkesan.
- SEBAB NYA ialah kerana MEREKA (pemimpin) tidak MENURUTI apa juga nasihat dan petunjuk yang di sediakan melalui Pelbagai LAPORAN EKONOMI.
RUMUSAN
- Walau APA juga Bidang PENTADBIRAN & PENGURUSAN yang anda lakukan samaada sebagai Pemimpin-Pemimpin Keluarga, Syarikat, Persatuan, Pertubuhan, Yayasan, Negeri dan Negara, anda perlu FAHAM & TAHU apakah Tugas & Tanggung Jawap anda yang SEBENAR secara JELAS.
- Kerana SETIAP KESILAPAN yang anda lakukan AKAN memberikan KESAN-KESAN yang BESAR terhadap APA yang anda PIMPIN atau TERAJUI.
- Jika anda TERSILAP mungkin anda boleh DI GANTI oleh PEMIMPIN yang lain TETAPI apa juga KESAN yang DI RASAI melalui KESILAPAN yang anda lakukan, akan meninggalkan KESAN yang BURUK yang mungkin anda tidak dapat RASAKAN.
editor
No comments:
Post a Comment