Thursday, May 26, 2011

SWOT #1 : PASARAN BURUH DALAM NEGARA MALAYSIA - Post #271

TIPsNIAGA.COM - SWOT ANALYSIS - Post #271


PASARAN BURUH DALAM NEGARA MALAYSIA
ADAKAH ANDA TERJEJAS


PASARAN TENAGA BURUH MALAYSIA
  • Jika di di lihat PASARAN BURUH di dalam Negara Malaysia, anda akan dapati beberapa Kelemahan & Kekuatan nya yang tersendiri.
  • Dan setiap Kelemahan & Kelemahan tersebut akan menggambarkan segala Tindak-Tanduk yang di ambil oleh Pihak Kerajaan yang Memerintah di dalam Menangani dan Mengimbangi Bekalan TENAGA BURUH di dalam Negara.
TENAGA BURUH MALAYSIA
  • Pada Tahun 2011 Negara Malaysia memiliki seramai 11.0 - 12.0 Juta Orang Tenaga Kerja dari kalangan Lelaki & Wanita di dalam Pasaran Buruh.
  • Dimana Tenaga Buruh di kalangan Warga Wanita di Malaysia adalah sekitar 4.0 - 4.5 Juta Orang dan ini bermakna Kaum Lelaki dalam Tenaga Buruh adalah sebanyak 7.5 - 8.0 Juta Orang.
  • Dan Jumlah Pengangguran di anggarkan sekitar 48.8% (pelbagai sebab)
TARAF PELAJARAN
  • Dimana Taraf Pelajaran Akademik Menengah adalah sekitar 92%
  • Dan Taraf Pelajaran Akademik ke Peringkat Universiti adalah sekitar 10%
  • Ini menjadikan Malaysia KEKURANGAN Tenaga Buruh yang mencukupi untuk Sektor Perindustrian yang Berteknologi Tinggi.
  • Dan Malaysia maseh di dalam Penghasilan Tenaga Buruh yang lebih berkaliber melalui Program-Program Pendidikan yang di wujudkan melalui pelbagai Institusi Pendidikan.
SEKTOR TENAGA BURUH
Dan menurut Statistik yang di keluarkan pada Tahun 2007 (contoh) adalah seperti berikut :
  • Sektor Pembuatan & Pengilangan seramai 3.343 Juta Orang
  • Sektor Asas Tani & Perikanan seramai 1.378 Juta Orang
  • Sektor Kerajaan seramai 1.087 Juta Orang
  • Sektor Kewangan, Perbankkan, Insuran & Perkhidmatan seramai 0.791 Juta Orang
  • Sektor Pembinaan & Pembangunan seramai 0.766 Juta Orang
  • Sektor Pengangkutan, Pergudangan & Komunikasi seramai 0.622 Juta Orang
  • Sektor Perlombongan Bahan Mineral seramai 0.042 Ribu Orang
  • Sektor lain seperti Perbekalan Elektrik, Air, Gas, Peruncitan, Perhotelan dan Restoran seramai 3.334 Juta orang
SEKTOR INDUSTRI POPULAR DI MALAYSIA
  • Perkhidmatan
  • Pengilangan & Pembuatan
  • Teknologi Maklumat (IT)
  • Pembinaan Insfrastruktur
  • Kewangan & Perbankkan
  • Telekomunikasi
  • Penghantaran & Logistik
  • Peruncitan & FMCG (fast moving consumer goods)
  • Perlancungan & Penginapan
  • Asas Tani & Bio-Teknologi
    APA KEKUATAN MALAYSIA
    • Kekuatan Malaysia terletak pada Hasil Minyak & Gas Negara yang menyumbang 40% kepada Hasil Kasar Negara (GDP)
    • Dan Perkhidmatan Keperluan ASAS seperti Sektor Elektrik, Air dan Gas yang juga peyumbang MANTAP kepada GDP Negara.
    • Juga daripada Sektor ASAS TANI yang dari dahulu lagi menjadi Tunjang Ekonomi Negara Malaysia
    APA KELEMAHAN MALAYSIA

    • Kekurangan Tenaga Buruh yang Berkemahiran Teknikal di Peringkat Pertengahan di dalam Sektor Pengilangan & Pembuatan yang Berteknologi Tinggi.
    • Sistem Penghasilan Tenaga Buruh yang berkemahiran yang belum MANTAP melalui Sistem Pendidikan Teknikal
    • Tenaga Buruh yang LEMAH di dalam Komunikasi Bahasa Inggeris
    • Intergrasi Kemudahan dan Kawasan Industri Pengilangan dengan Pelabuhan dan Lapangan Terbang maseh belum cukup Cekap dan berjauhan di sesebuah Negeri, ini menaikkan Kos untuk Pengangkutan Darat.
    • Malaysia memiliki banyak HASIL CIPTAAN untuk Industri Pembuatan, Pengilangan dan Teknologi TETAPI kekurangan Pendedahan untuk di KOMERSIALKAN atas sebab-sebab sekatan MODAL.
    • Dari 11.0 - 12.0 Juta Orang Tenaga Buruh, hanya 1.8 Juta Orang yang layak untuk Membayar Cukai Pendapatan, ini menunjukkan Tenaga Buruh di Malaysia maseh di Paras RENDAH.
    APA JENIS ANCAMAN YANG WUJUD
    • Sistem Politik yang tidak begitu MANTAP di sebabkan Kadar Rasuah maseh lagi Besar.
    • Kerajaan yang Memerintah di dalam Keadaan TERANCAM kedudukan mereka dalam Kerajaan di sebabkan oleh Tekanan yang di berikan oleh Pihak PARTI PEMBANGKANG yang mahu kan Reformasi Pentadbiran & Pengurusan Negara dari segi Rasuah dan Kewangan.
    • Perkara ini telah menjejaskan peluang Malaysia untuk mendapatkan lebih banyak PELABURAN dari Peringkat Antarabangsa dalam Sektor yang tertentu.
    • Dan Ramai yang Berpendidikan Tinggi pergi bekerja di Luar Negara dan menyebabkan di dalam Negara Ketandusan Karyawan yang berkaliber, ini di sebabkan oleh KURANG NYA PELUANG untuk mendapatkan pekerjaan dengan GAJI yang setimpal.
    APA PELUANG YANG WUJUD
    • Pada KESELURUHAN NYA maseh banyak PELUANG-PELUANG untuk mewujudkan sesuatu jenis Perniagaan di Negara Malaysia
    • Peluang-Peluang tersebut WUJUD di dalam semua Sektor Industri Perniagaan kecuali Sektor Minyak, Gas, Air dan Elektrik yang di kuasai dan di kendalikan oleh Agensi-Agensi Kerajaan.
    RUMUSAN
    • Dengan Angka-Angka & RUJUKAN yang di bentangkan, sedikit sebanyak telah menjejaskan Pertumbuhan sesuatu jenis Perniagaan yang di jalankan di dalam Negara pada masa sekarang
    • Terutama di dalam Sektor Pengilangan & Pembuatan di mana BANYAK JENIS-JENIS TEKNOLOGI PEMBUATAN maseh lagi KETINGGALAN dari Negara-Negara Maju yang lain.
    • Dan KOS-KOS untuk Mengejar & Mendapatkan Teknologi tersebut AGAK TINGGI, dimana Ramai Peniaga & Usahawan mendapatkan Teknologi seperti daripada Negara China, Russia atau pun Taiwan untuk Menjimatkan KOS, ini telah menjejaskan MUTU Produk.
    • Kerana itu juga Sektor PERKHIDMATAN menjadi TUMPUAN UTAMA Para peniaga & Pelabur masa kini kerana tidak melibatkan Teknologi yang tinggi.
    • Untuk Tahun 2011 sehingga Tahun 2020, Pertumbuhan yang sebenar mengenai KEMAJUAN MALAYSIA maseh di dalam Perlaksanaan dan akan bergantung penuh terhadap KEBIJAKSANAAN Kerajaan sekarang untuk membangunkan Ekonomi.
    editor

    ***Sumber-Sumber Fakta & Data dari CIA World Factbook, Skor Career, MIDA, Jabatan Statistk Malaysia dan lain-lain.

    No comments:

    Post a Comment