Saturday, May 21, 2011

FAKTOR Y #31 - APA KESAN MELABUR KE LUAR NEGARA - Post #261

TIPsNIAGA.COM - Faktor Y - Post #261


APA KESAN MELABUR KE LUAR NEGARA
APAKAH KESAN BURUK DAN BAIK NYA


GLOBALISASI
Ini adalah Perkataan yang di gunakan untuk menjelaskan Aktiviti Perniagaan yang pergi menjalankan Perniagaan di Negara-Negara Luar dan di sebut sebagai GLOBALIZATION.
Globalisasi ini termasuk kepada semua SEKTOR di dalam PERNIAGAAN yang termasuk ;
  • Peruncitan Tradisional
  • Peruncitan Franchise
  • Perkhidmatan Kepakaran & Kemahiran
  • Pembuatan & Pengilangan
  • Pelaburan Kewangan
Yang di lakukan DI LUAR NEGARA sendiri.

FAKTOR PENDORONG KE LUAR NEGARA 
WUJUD beberapa FAKTOR yang mendorong RAMAI PENIAGA, USAHAWAN & PELABUR untuk ke Luar Negara dan berikut adalah sebab-sebab ialah untuk:-
  • Mengurangkan KOS Pembuatan & Pengilangan dengan TUJUAN untuk Menstabilkan Harga Jualan dimana melalui Negara Luar tersebut segala KOS OPERASI lebih rendah termasuk pelbagai Keistimewaan Potongan Cukai dan sebagai nya.
  • Kerana Produk & Perkhidmatan Syarikat mereka sangat di perlukan di Luar Negara di sebabkan Syarikat mereka yang memegang PATENT atau HAK PERDAGANGAN.
  • Juga kerana Jenama Perniagaan di minati ramai di seluruh Dunia  dan mereka mengambil kesempatan tersebut untuk melakukan Globalisasi.
  • Ada juga yang TERPAKSA untuk memindahkan Operasi Perniagaan ke Negara-Negara lain di sebabkan segala Keistimewaan beroperasi di dalam Negara sudah TAMAT TEMPUH atau semakin tinggi.
  • Atau mereka SENGAJA tanpa ada ALASAN DALAMAN untuk berpindah ke Luar Negara dan semata-mata ingin mengambil PELUANG yang lebih LUMAYAN di Peringkat Antarabangsa.
  • Atau mereka DI PELAWA atau DI BERI PELUANG untuk berniaga di Luar Negara atas PELAWAAN RASMI oleh Pihak-Pihak yang tertentu
  • Bagi kategori PELABUR KEWANGAN sahaja, kegiatan MELABUR secara GLOBAL adalah ASAS PERNIAGAAN dan perkara ini tidak dapat di pertikaikan kerana sememang nya ia berkonsep GLOBAL dimana tidak melibatkan sebarang PEMINDAHAN Teknologi, Kepakaran, Tenaga Kerja dan Kilang secara Fizikal.
KESAN BAIK KEPADA PENIAGA & USAHAWAN
  • Peniaga & Usahawan yang Bijak MEMINDAHKAN Operasi Perniagaan dengan ALASAN untuk MENGURANGKAN KOS, akan mendatangkan Kebaikan & Keuntungan kepada Syarikat dalam jangka masa Panjang.
  • Dan Produk & Perkhidmatan yang mereka HASILKAN akan dapat DI KAWAL sebarang KOS KENAIKAN HARGA PEMBUATAN dan lantas akan MENSTABILKAN HARGA DI PASARAN.
  • Dan KOS OPERASI Syarikat mereka juga dapat DI KEKALKAN di paras yang MUNASABAH dengan nilai Produk & Perkhidmatan yang di keluarkan.
  • Perniagaan yang memasuki GLOBALISASI ini pula akan lebih TERKENAL serta mendapat PASARAN yang lebih LUAS.
  • Dan TARAF Perniagaan mereka juga dapat di TINGKATKAN daripada Syarikat TEMPATAN kepada TARAF Syarikat Antarabangsa.
  • Secara Tidak Langsung, mereka akan MENAIKKAN PERTUMBUHAN EKONOMI di dalam Negara yang mereka beroperasi dengan menyediakan Peluang-Peluang Pekerjaan kepada Rakyat Tempatan.
KESAN BURUK NYA
  • Globalisasi sangat TIDAK BAIK untuk Negara dari segi PUNGUTAN CUKAI-CUKAI yang berkenaan dengan Operasi Perniagaan, Barangan & Perkhidmatan serta Export.
  • Dimana Pihak Negara ASAL akan KEHILANGAN PENDAPATAN daripada Sumber-Sumber CUKAI yang sebelum ini dapat di pungut di dalam Negara
  • Rakyat TEMPATAN juga akan KEHILANGAN PEKERJAAN jika yang memindahkan Operasi Perniagaan itu melibatkan Operasi Pengilangan & Pembuatan yang menggunakan Ramai Tenaga Kerja.
  • Negara akan mengalami KADAR PEMBERHENTIAN KERJA yang meningkat dan boleh menggerakkan INDEK INFLASI di sebabkan Kemampuan atau Kuasa Membeli Rakyat berkurangan di sebabkan Hilang Punca Pendapatan.
  • Pihak Kerajaan pula akan TERPAKSA mencari Pelabur-Pelabur Baharu dari Dalam dan Luar Negara bagi menggantikan Sumber Pekerjaan untuk Rakyat yang telah hilang.
TERKECUALI JIKA
  • Peniaga & Usahawan yang melakukan GLOBALISASI itu masih MENGEKALKAN Syarikat Utama atau Induk atau Anak Syarikat mereka di dalam Negara.
  • Seperti yang berlaku di dalam Perniagaan yang Berkonsepkan FRANCHISE, tetapi Konsep Franchising mereka itu harus lah Mengutamakan Pasaran Dalam Negara terlebih dahulu dan kemudian ke Luar Negara sebagai langkah Pembesaran lanjut.
PELABURAN KE DALAM NEGARA
  • Apa juga PELABURAN yang DI PELAWA oleh Pihak Kerajaan ke DALAM NEGARA dalam bentuk PERINDUSTRIAN yang berbentuk PEMBUATAN & PENGILANGAN sesuatu PRODUK, itu adalah LANGKAH untuk mewujudkan Sumber Pekerjaan kepada Rakyat Tempatan.
  • Semakin besar Jumlah PELABURAN yang di lakukan oleh sesebuah Syarikat yang datang MELABUR ke dalam Negara, maka akan semakin BANYAK PELUANG PEKERJAAN yang dapat DI SEDIAKAN.
  • Di samping itu, Pihak Kerajaan juga akan MEMPEROLEH PENDAPATAN dari Cukai-Cukai Perniagaan yang sediaada menurut Kadar-Kadar yang tertentu.
TETAPI
  • Jika Rakyat Tempatan di dalam Negara yang di dalam ISTILAH PERINDUSTRIAN di sebut sebagai TENAGA BURUH tidak memiliki Kemahiran, Kepakaran dan Pendidikan yang bersesuaian dengan sebarang Industri Berteknologi Tinggi yang di bawa masuk oleh Kerajaan, maka Pihak Industri tersebut TERPAKSA mengambil juga TENAGA BURUH dari LUAR sebagai Ketua, Penyelia, Teknisen, Jurutera dan Pengurus kepada Operasi Pengilangan mereka .
  • Dan ini TIDAK BAIK untuk Syarikat dari segi KOS dan TIDAK BAIK juga untuk Rakyat Tempatan kerana tidak dapat mengecapi Jawatan-Jawatan yang lebih MENCABAR dan Tinggi Kedudukan.
  • Maka di dalam SOAL ini PENDIDIKAN ASAS di dalam sesuatu NEGARA itu harus di SESUAIKAN dengan KEHENDAK PASARAN MASA INI, terutama dari segi BAHASA KOMUNIKASI yang kebanyakan nya menggunakan BAHASA INGGERIS.
  • Ini yang menyebabkan Para Pelabur yang memandang ke Asia lebih cenderung untuk bertapak di Negara-Negara yang Rakyat Tempatan nya MENGUASAI Bahasa Inggeris.
  • Jika di Asia Tenggara, Negara-Negara seperti Filipina, Thailand dan Singapura adalah lebih kehadapan di dalam soal penguasaan Bahasa Inggeris.
RUMUSAN
  • Samaada anda MELABUR di dalam atau d luar Negara, pastikan Negara Asal anda tidak di tinggalkan secara langsung.
  • Kerana Ekonomi Rakyat dan Negara sangat bergantung kepada Anda sebagai Peniaga, Usahawan dan Pelabur.
  • Ini lah yang di huraikan di dalam Posting #256 mengenai TANGGUNG JAWAP SOSIAL yang perlu di pikul oleh Peniaga, Usahawan, Pelabur dan Kerajaan sebagai Pemerintah.
editor

No comments:

Post a Comment