APA KESAN SAMPINGAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI
DAN APAKAH KESAN SAMPINGAN YANG BOLEH DI JANGKAKAN.
TANGGUNG JAWAP SOSIAL
- SETIAP PERGERAKKAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI (ETP) yang di lakukan oleh sesebuah Negara termasuk Negara Malaysia, akan wujud beberapa KESAN SAMPINGAN daripada PERUBAHAN yang di lakukan.
- KESAN-KESAN SAMPINGAN itu pula, jika tidak di beri PERHATIAN YANG KHUSUS akan pula memberikan KEBURUKAN atau MASAALAH SOSIAL yang akan membebankan semua pihak, terutama beberapa Golongan Rakyat Bawahan serta termasuk KERAJAAN.
- Posting kali ini adalah kesinambungan daripada Post #241 dan sebagai huraian tambahan untuk memahami KONSEP kepada PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI.
- Walaupun Artikel ini tidak akan menyenangkan Pihak-Pihak yang berkenaan tetapi adalah menjadi TANGGUNG JAWAP SOSIAL untuk menjelaskan nya untuk di jadikan sebagai PENGETAHUAN AM dan juga sebagai PANDUAN untuk bersedia menghadapi nya.
- Dan Artikel ini JANGAN di anggap sebagai SUATU PENENTANGAN atau TIDAK MENYEBELAHI mana-mana PIHAK atau PIHAK BERKUASA kerana hanya MENGHURAIKAN KESAN-KESAN BURUK nya.
APAKAH KESAN SAMPINGAN NYA
1...KENAIKAN KES PSIKOLOGI RAKYAT
2...KENAIKAN KES KOS SARA HIDUP
3...KENAIKAN KES HARGA HARTANAH
4...KENAIKAN KES BEBANAN HUTANG
5...KENAIKAN KES PERCERAIAN & PERPECAHAN KELUARGA
6...KENAIKAN KES JENAYAH
7...KENAIKAN KES MASAALAH WARGA EMAS
1...KENAIKAN KES PSIKOLOGI RAKYAT
- Secara Lazim nya Golongan Rakyat akan sedikit sebanyak merasakan TEKANAN dari segi PERASAAN kerana KEPESATAN yang berlaku di dalam AKTIVITI EKONOMI Negara.
- Yang MENUNTUT kepada Aktiviti Ekonomi yang AGRESIF di dalam semua KEADAAN dan dalam semua Sektor & Industri Perniagaan.
- Dimana sesiapa yang tidak mengikut ARUS PERUBAHAN akan KETINGGALAN dan akan memberikan TEKANAN yang buruk kepada mereka.
- Yang terburuk ialah kenaikan Kes-Kes Psikologi yang Berat dan Kes Membunuh Diri
2...KENAIKAN KES KOS SARA HIDUP
- Seiringan dengan Pertumbuhan Ekonomi akan juga memberikan KESAN terhadap KOS SARA HIDUP yang akan terus meningkat.
- Dimana akan berlaku KENAIKAN HARGA terhadap PRODUK & PERKHIDMATAN ASAS kerana faktor PERMINTAAN yang TINGGI dengan kekuatan KUASA MEMBELI Rakyat yang mula BERTAMBAH.
- Kenaikan KOS SARA HIDUP ini tidak akan dapat di elakkan di dalam Proses Pembangunan Ekonomi kerana dengan memiliki Aktiviti Ekonomi yang RANCAK akan banyak PEMBANGUNAN Prasarana & Insfrastruktur dengan NILAI TAMBAH menurut Nilai Pasaran Semasa.
- Ini akan melibatkan NILAI Produk-Produk KEPERLUAN ASAS meningkat di sebabkan KENAIKAN PENDAPATAN PEKERJA di semua Sektor Industri dimana Kerajaan tidak akan MAMPU lagi untuk memberikan SUBSIDI.
- Termasuk Kenaikan untuk KOS RAWATAN KESIHATAN & PENDIDIKAN yang paling ASAS.
3...KENAIKAN KES HARGA HARTANAH
- Melalui Ekonomi yang RANCAK juga NILAI sesuatu HARTANAH akan MENINGKAT, juga di sebabkan oleh KENAIKAN PENDAPATAN ASAS PEKERJA dan BAHAN-BAHAN BINAAN ASAS dan semua Perkhidmatan SOKONGAN yang ada.
- Kenaikan ini BAIK untuk PEMAIN HARTANAH tetapi mendatangkan KESAN BURUK kepada BAKAL PEMBELI yang sebagai PENGHUNI HARTANAH tersebut atau Golongan Rakyat.
- Dimana KENAIKAN NILAI HARTANAH pada masa 10 Tahun akan datang boleh menjangkau hingga 50-100% atau lebih.
- Rakyat yang KETINGGALAN dalam Proses Pembangunan Ekonomi seperti ini akan menerima KESAN yang paling TERUK.
4...KENAIKAN KES BEBANAN HUTANG
- Dengan pelbagai KENAIKAN KOS SARA HIDUP & HARTANAH, sudah boleh di jangkakan KENAIKAN BEBANAN HUTANG akan berlaku dengan PESAT.
- Dimana akan Ramai Rakyat akan terpaksa melakukan PINJAMAN dari Institusi Kewangan untuk di gunakan dalam pelbagai URUSAN bagi menangani Kes Keperluan ASAS.
- Dan KES-KES TUNTUTAN di Mahkamah untuk Proses MUFLIS juga di jangka akan meningkat kerana secara LAZIM nya akan ramai yang tidak dapat MEMBAYAR KEMBALI di dalam Jangka Masa yang di tetapkan.
5...KENAIKAN KES PERCERAIAN & PERPECAHAN KELUARGA
- Dalam Negara juga akan berlaku kenaikan KES-KES PENCERAIAN dan KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN di sebabkan MASAALAH KEWANGAN dari BEBANAN HUTANG.
- Serta dari PERSAINGAN yang HEBAT dalam Aktiviti Ekonomi yang sedang RANCAK dimana setiap Individu tidak boleh bersikap SAMBIL LEWA atau LALAI didalam Pengurusan Kewangan & Ekonomi masing-masing.
- Disebalik itu juga akan wujud MASAALAH KERUNTUHAN AHLAK terhadap Anak-Anak yang terlibat dari Golongan Keluarga yang mengalami masaalah.
- Seperti kenaikan Kes Penyalah-gunaan DADAH, Anak Luar Nikah, Sumbang Mahram dan yang berkaitan.
- KES-KES JENAYAH juga akan meningkat di semua PERINGKAT USIA, JANTINA, BANGSA dan AGAMA.
- Dimana TEKANAN HIDUP dan KEGAGALAN untuk BERSAING di dalam keadaan EKONOMI yang RANCAK akan memaksa mereka melakukan Jenayah.
- Akan ramai yang terjerumus kedalam Kes-Kes Penipuan, Rompakan, Kecurian, Pecah Rumah, Rogol, Bunuh dan sebagai nya.
7...KENAIKAN KES MASAALAH WARGA EMAS
- Apabila Pembangunan Ekonomi berlaku di dalam sesebuah Negara, akan wujud Masaalah WARGA EMAS atau WARGA TUA yang tidak lagi dapat menyumbang TENAGA di dalam Pertumbuhan Ekonomi Negara.
- Jika mereka GAGAL untuk MENJANA PENDAPATAN atas Faktor Usia, maka mereka akan menghadapi pelbagai masaalah untuk MELUNASKAN pelbagai Bil-Bil untuk Sara Hidup Harian dan Kos-Kos Perubatan.
- Dan Kes-Kes Warga Emas di tinggalkan oleh anak-anak juga akan bertambah dan keperluan untuk Pusat Penjagaan Orang-Orang Tua juga kan meningkat.
- Kedudukan Warga Emas di dalam Pasaran Buruh juga terjejas , dimana mereka tidak akan mendapat pekerjaan yang baik, kecuali di dalam bidang-bidang Perkhidmatan seperti sebagai Pembersih Bangunan & Kawasan, Pencuci Bilik Air, Pengawai Keselamatan, Pembantu Restoran QSR yang menawarkan gaji yang rendah serta tidak memerlukan sebarang kemahiran.
ULASAN
- ITU SEMUA adalah SEBAHAGIAN daripada KESAN SAMPINGAN daripada PEMBANGUNAN EKONOMI di dalam sesebuah Negara.
- Dan SEMUA INI adalah KES BIASA yang sememang nya AKAN WUJUD walau di Negara mana juga pun PEMBANGUNAN Ekonomi itu di lakukan.
- Dan telah banyak CONTOH-CONTOH yang sedang berlaku di Negara-Negara yang telah mencapai TARAF NEGARA MAJU mengalami nya.
- Dan ada juga yang mengejutkan Pihak Pemerintah kerana BANTAHAN RAKYAT terhadap Sistem Ekonomi yang di RASAKAN tidak menyebelahi Golongan Bawahan Rakyat.
APAKAH LANGKAH PENCEGAHAN UNTUK MENGELAKKAN KESAN SAMPINGAN ITU MENJADI LEBIH BURUK
OLEH INDIVIDU & KETUA KELUARGA
- PENGURUSAN KEWANGAN yang mementingkan MASA HADAPAN
- Dengan Program SIMPANAN WANG & PELABURAN KEWANGAN jangka panjang yang menyeluruh hingga ke USIA yang lanjut.
- Termasuk Perlindungan INSURAN terhadap Diri dan Seluruh Keluarga terhadap perkara-perkara yang tidak di jangka.
- Pendidikan yang SEMPURNA untuk Anak-Anak di dalam Bidang Pendidikan yang bersesuaian dengan kehendak Ekonomi di masa hadapan dan pastikan jangan ada yang KECICIRAN.
- Juga Peningkatan Pengetahuan untuk Diri Sendiri bagi menghadapi masa-masa sukar yang tidak di jangkakan dengan mempelajari Kemahiran-Kemahiran Tambahan sebagai PERSEDIAAN.
- Rujukan berguna di sini : http://www.bnm.gov.my/view.php?ch=109&pg=824&ac=21&fname=file&dbIndex=0&ex=1305336452&md=%A0%C0%D5gdE%DF%86%DA%DCgV%D21%09T
OLEH SYARIKAT & PENIAGA / USAHAWAN
- Memantapkan Persediaan MENTAL & FIZIKAL terhadap Perubahan-Perubahan didalam Fizikal Ekonomi yang akan di tempuh
- Latihan-Latihan Komprehensif untuk Tenaga Kerja harus di wujudkan sebagai persediaan untuk Pekerja mengharungi perubahan yang akan berlaku.
- Sentiasa MENGUBAH-SUAI PENDEKATAN & STRATEGI Syarikat dengan Keadaan SEMASA dengan terus menerus MEMERHATIKAN segala PERUBAHAN dalam PASARAN dan PANTAS untuk mengambil langkah PENYESUAIAN DIRI.
- Yang TERPENTING ialah PERSEDIAAN KEWANGAN untuk jangka masa panjang agar Syarikat akan dapat terus BERTAHAN dalam Arus Pembangunan Ekonomi yang RANCAK.
- Dimana Program SIMPANAN & PELABURAN yang BIJAK amat di perlukan dan harus di mulakan dengan SEGERA.
- Kerana anda harus MENJANGKAKAN KENAIKAN SEGALA KOS seperti Kos Tenaga Buruh, Hartanah, Cukai, Faedah Bank serta KOS PENGILANGAN & PEMBUATAN.
- Dan akan wujud PERSAINGAN yang baharu apabila Negara-Negara yang sedang dalam Proses membangun akan mengambil-alih PERANAN sebagai PEMBUAT & PENGELUAR Produk dan perkhidmatan yang kurang Berteknologi.
- Juga anda sebagai Peniaga & Usahawan HARUS MENGELUARKAN MODAL TAMBAHAN yang banyak untuk KEKAL BERSAING
PIHAK KERAJAAN
- Di Pihak Kerajaan pula akan menerima pelbagai TEKANAN apabila beberapa Golongan Rakyat yang tidak Merasai atau Mengecapi Kemajuan dan Perubahan Pesat Ekonomi sehingga Kehidupan mereka TERJEJAS TERUK akan mula MENYALAHKAN & MENENTANG KERAJAAN.
- Pihak Saintis Ekonomi juga akan merasa TERTEKAN apabila semua PELAN PERANCANGAN yang mereka LAKARKAN menurut Kaedah & Sudut ke-ekonomi-an TIDAK di gerakkan oleh Pihak Pemerintah BUKAN BERDASARKAN KEPUTUSAN EKONOMI tetapi di buat keputusan melalui KEPUTUSAN POLITIK.
- Dan apabila sesuatu PERANCANGAN EKONOMI di lakukan secara TIDAK SEIMBANG di semua BAHAGIAN kerana terjejas dengan keputusan-keputusan politik, maka perubahan Ekonomi tidak akan berlaku menurut JANGKAAN dan ini lah yang menjadi FAKTOR UTAMA kepada KERESAHAN & TENTANGAN dari Golongan Rakyat yang terjejas.
NOTA:
- Pada kebiasaan nya, setiap KAJIAN & SARANAN para Saintis Ekonomi mengenai Pembangunan Ekonomi Negara di lakukan berdasarkan DATA & FAKTA daripada KEADAAN EKONOMI secara FIZIKAL yang di kumpul daripada SEGALA AKTIVITI PERNIAGAAN yang berlaku di dalam sesebuah Negara.
- Kerana setiap SARANAN melalui PELAN TRANSFORMASI adalah bukan berdasarkan POLITIK KE-PARTI-AN.
- POLITIK KE-PARTI-AN sepatut nya yang menjadi TUNJANG untuk MENYOKONG segala PROSES TRANSFORMASI dan bukan menjadi sebalik nya.
- Tetapi jika sesebuah KERAJAAN memilih SIKAP untuk MENGUTAMAKAN RAKYAT daripada mengutamakan kepentingan PARTI dan PEMIMPIN, maka akan banyak KESEJAHTERAAN RAKYAT akan dapat di Bela dan KERESAHAN serta MASAALAH-MASAALAH Ekonomi Rakyat dapat DI HINDARKAN.
editor
Thanks for writing this valuable articles. It will assist in my project paper with the reality life of people..
ReplyDelete