APA CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA
APA SIFAT-SIFAT YANG TERSEMBUNYI MEREKA MILIKI
APA yang akan di bentangkan melalui Posting kali ini tidak akan di sukai oleh ramai pembaca TETAPI apa yang akan di bentangkan ini ADALAH suatu PERKARA yang benar-benar WUJUD.
DAN ramai PENULIS-PENULIS di dalam bidang Perniagaan TIDAK MENDEDAHKAN Perkara ini kerana DI ANGGAP sangat SENSITIF dan TIDAK MENARIK.
WALAU apa juga Reaksi daripada Pembaca dan Pelajar-Pelajar di dalam Bidang Perniagaan, FAKTA terhadap keadaan sebenar tidak akan dapat di ubah KERANA apa yang berlaku itu adalah yang sebenar-benar nya WUJUD.
APA yang boleh di lakukan oleh semua ialah, MENJADIKAN segala MAKLUMAT mengenai FAKTA CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA ini sebagai PANDUAN untuk membentuk dan melakar KEPERIBADIAN untuk DIRI SENDIRI agar sesuatu yang TIDAK BAIK itu tidak menjadi AMALAN YANG BURUK.
PEMBERITAHUAN & AMARAN AWAL
- PERBENTANGAN mengenai FAKTA-FAKTA ini di ambil dan di kumpul melalui Pemerhatian, Pergaulan, Percampuran dan Temubual dengan Usahawan-Usahawan yang di kategorikan sebagai BERJAYA dari Jenis-Jenis Perniagaan yang berlainan dan memiliki KEKAYAAN & ASET yang sangat besar dan lumayan.
- DAN Usahawan yang terlibat adalah dari pelbagai BANGSA dari pelbagai NEGARA serta dari pelbagai Pegangan AGAMA.
- TETAPI Identiti dan Syarikat Perniagaan mereka TIDAK DAPAT di siarkan atas sebab DAPATAN ini di kumpul dan di dapati TANPA PENGETAHUAN mereka yang terlibat, dan segala MAKLUMAT ini di kumpul melalui PENGALAMAN sepanjang 30 TAHUN yang lalu.
- EDITOR TIPsNIAGA.COM tidak akan bertanggung jawap terhadap apa juga KESAN NEGATIF daripada Perbentangan FAKTA-FAKTA melalui Blog ini. KERANA Tujuan TIPsNIAGA.COM adalah SUDUT PANDANGAN YANG BEBAS dan TIDAK BERKEPENTINGAN secara Peribadi.
- BERANI
- YAKIN DIRI
- TIDAK TAKUT
- PENTINGKAN DIRI
- TAMAK
- LOKEK & KEDEKUT
- KEJAM
- DENGKI
- TIDAK PERCAYAKAN ORANG LAIN
- MENINDAS ORANG LAIN
- MENIPU & TIDAK JUJUR
- MURAH HATI & DERMAWAN
- PEMIKIRAN YANG OPTIMISTIK DENGAN TINDAKKAN YANG DRASTIK
KESEMUA CIRI-CIRI yang menyentuh sesuatu SIKAP, SIFAT & PERASAAN di atas inilah yang juga akan MEMBENTUK sesuatu :
- VISI PERNIAGAAN
- MISI PERNIAGAAN
- MATLAMAT PERNIAGAAN
- POLISI PERNIAGAAN
- PROSEDUR PERNIAGAAN
- PERUNDANGAN PERNIAGAAN
- ETIKA PERNIAGAAN
DIMANA semua Perkara di atas akan WUJUD di dalam Corak PENTADBIRAN & PENGURUSAN sesebuah SYARIKAT samaada ia berskala kecil mahupun yang berskala besar.
INI mencerminkan bahawa CIRI-CIRI yang di sebutkan itu BUKAN SAHAJA TERBENTUK di dalam DIRI seseorang USAHAWAN tetapi ia juga MEMBENTUK & MEMPENGARUHI CORAK PENTADBIRAN & PENGURUSAN yang di perlihatkan dalam segala URUS-TADBIR PERNIAGAAN yang di jalankan.
SAMAADA Usahawan yang MEMPENGARUHI Syarikat atau SYARIKAT yang MEMPENGARUHI Usahawan akan bergantung kepada SIAPA yang WUJUD DAHULU.
KERANA ada Syarikat yang WUJUD DAHULU daripada USAHAWAN, dimana USAHAWAN seperti ini selalu nya MEMBELI sesebuah Syarikat yang telah MATANG & WUJUD daripada PENGUSAHA yang lain melalui Proses Pembelian atau Pengambil-alihan.
BAGAIMANA DAN DIMANA CIRI-CIRI TERSEBUT BERFUNGSI?
BERANI
- Setiap Usahawan yang berjaya adalah Orang-Orang dari jenis yang BERANI untuk mengambil sebarang RISIKO yang berbentuk BAHAYA serta jarang di lakukan oleh orang lain.
- Mereka sangat BERANI untuk mengambil RISIKO KERUGIAN jika sesuatu PERCUBAAN akan GAGAL
- Dimana RISIKO KERUGIAN tersebut telah mereka buat beberapa PERHITUNGAN lebih awal melalui pelbagai Pemerhatian, Kajian dan Penganalisaan.
YAKIN DIRI
- Usahawan yang Berjaya adalah tergolong di dalam Orang-Orang yang sangat YAKIN pada DIRI sendiri.
- Mereka sangat Percayakan APA yang ingin mereka lakukan TANPA PERLU untuk BERKIRA-KIRA dengan pelbagai ANDAIAN seperti Orang Awam yang biasa.
- Inilah KELEBIHAN mereka untuk melakukan sesuatu dengan PENUH KEYAKINAN
TIDAK TAKUT
- Usahawan yang Berjaya juga TIDAK mudah MERASA TAKUT terhadap APA juga yang PERLU DI TEMPUH kerana mereka sangat MAHIR di dalam sesuatu KEADAAN yang SUKAR.
- Dimana KEMAHIRAN yang mereka miliki itu BERPUNCA daripada Perjalanan Pengalaman mereka yang BERANJAU sepanjang menceburi diri dalam Bidang Perniagaan.
- Juga kerana PERSEDIAAN dari pelbagai Sudut SOKONGAN KEPAKARAN yang mereka miliki di dalam Organisasi yang mereka TERAJUI.
PENTINGKAN DIRI
- Usahawan yang Berjaya juga memiliki SIFAT Mementingkan Diri sebagai LANGKAH atau KAEDAH untuk MEMPERMAJUKAN Perniagaan yang di usahakan.
- Dimana mereka TIDAK BOLEH bersikap LEMAH SEMANGAT atau CEPAT MENGALAH di dalam menghadapi pelbagai PERSAINGAN di dalam Perniagaan.
- Dengan FORMULA mengutamakan diri sendiri maka mereka MAMPU untuk BERDIKARI dan membentuk kejayaan demi kejayaan untuk Syarikat.
TAMAK
- Usahawan yang Berjaya juga memiliki SIKAP TAMAK di dalam menjalankan Perniagaan mereka.
- Kerana jika mereka tidak memiliki Sikap TAMAK ini, mereka tidak akan memiliki DAYA SAING untuk mendahului Para Pesaing Perniagaan.
- Tanpa Sikap TAMAK juga akan mengakibatkan banyak PELUANG-PELUANG Perniagaan tidak dapat di miliki dan akan sentiasa TERLEPAS kepada Para Pesaing Perniagaan.
- Selalu nya mereka akan MENCUBA untuk mendapatkan seberapa BANYAK PELUANG yang boleh demi menjana EKONOMI Syarikat untuk jangka masa panjang.
LOKEK & KEDEKUT
- Usahawan yang Berjaya juga Bersikap LOKEK & KEDEKUT dalam HAL KEWANGAN.
- Dimana AMAT SUKAR untuk mendapatkan Apa-Apa Pinjaman Wang daripada mereka TANPA sebab-sebab yang SANGAT MUNASABAH.
- Kerana mereka HARUS MENDAHULUI KEPENTINGAN Syarikat mereka dahulu daripada Hal-Ehwal Orang lain.
- Sikap LOKEK & KEDEKUT ini juga yang menjadikan Pengurusan KEWANGAN Syarikat mereka di dalam keadaan yang sangat TERATUR.
- Dan TIDAK akan BERBELANJA kepada Perkara-Perkara yang TIDAK PERLU atau yang Memungkinkan KERUGIAN kepada Syarikat.
KEJAM
- Usahawan yang Berjaya juga memiliki Sifat KEJAM di dalam menjalankan Perniagaan mereka.
- Dimana Sifat KEJAM itu akan DI TONJOLKAN ketika menjalankan Usaha untuk MEREBUT sesuatu PELUANG Perniagaan.
- Kerana Sifat KEJAM itulah yang MEMBOLEHKAN mereka untuk MENGHINDARKAN segala PERASAAN KASIHAN terhadap PESAING Perniagaan yang lain yang MUNGKIN terdiri daripada Saudara Mara, Sahabat Handai atau Orang-Orang yang mereka kenali.
- Tanpa Sifat KEJAM, meraka akan GAGAL untuk BERTAHAN di dalam Dunia Perniagaan yang menuntut seseorang itu untuk sentiasa di hadapan daripada para Pesaing.
- Di sinilah Peri Penting nya KEBIJAKSANAAN untuk meletakkan sesuatu KEUTAMAAN di dalam mengejar MATLAMAT Perniagaan.
DENGKI
- Usahawan yang Berjaya juga mengamalkan SIKAP DENGKI, dimana dalam sesuatu HAL mengenai KEPENTINGAN kepada Syarikat dan Perniagaan, mereka HARUS untuk MENJATUHKAN atau MENYISIHKAN PESAING dalam sesuatu PEREBUTAN PELUANG.
- Dimana STRATEGI, HELAH dan PENDEKATAN untuk merebut sesuatu peluang itu menuntut mereka untuk melakukan SESUATU agar PELUANG yang mereka fikirkan sangat PENTING untuk Syarikat dan Perniagaan tercapai.
- Dan Corak Strategi atau Helah untuk melakukan KEDENGKIAN itu selalu nya di lakukan menurut Sudut Perundangan yang paling MINIMA atau di luar sesuatu Perundangan.
- Semua nya akan bergantung kepada SIAPA dan APAKAH Jenis seseorang Usahawan tersebut.
TIDAK PERCAYAKAN ORANG LAIN
- Usahawan yang Berjaya juga AMAT SUKAR untuk mempercayakan Orang Lain secara 100%.
- Ini di sebabkan dari Pengalaman mereka yang lalu yang sering DI TIPU dan menyebabkan banyak KERUGIAN dan KEGAGALAN.
- Dan melalui pengalaman-pengalaman tersebut, mereka sudah ARIF dan Mudah untuk MENGENAL-PASTI orang-Orang yang JUJUR atau pun Orang yang dari jenis suka MENIPU.
- Usahawan yang Berjaya juga memiliki Sifat untuk MENINDAS ORANG LAIN jika mereka FIKIR PERLU.
- Jika mereka MERASAKAN seseorang atau Pesaing PERLU DI TINDAS kerana di dapati akan MENGGUGAT apa juga Kepentingan Perniagaan mereka, Orang tersebut akan DI TINDAS menurut sesuatu keadaan.
- PENINDASAN merupakan Suatu STRATEGI di dalam URUS-TADBIR SYARIKAT yang sangat TIDAK POPULAR tetapi SENJATA yang sangat BERKESAN untuk menjaga KEPENTINGAN SYARIKAT.
- Dimana melalui KEBIASAAN nya, Penindasan terhadap Pesaing akan di lakukan jika perniagaan Pesaing di lihat telah MENGGUGAT PELUANG PERNIAGAAN syarikat mereka.
- Penindasan seperti ini berupa Pengambil-alihan Syarikat Pesaing secara TOTAL atau dengan MEMBELI sejumlah besar kepentingan di dalam Syarikat Pesaing TANPA Pesaing KETAHUI.
MENIPU & TIDAK JUJUR
- Usahawan yang Berjaya juga selalu nya TIDAK JUJUR di dalam MENGELUARKAN APA-APA FAKTA atau DATA mengenai Syarikat mereka.
- Mereka selalu nya akan MENYEMBUNYIKAN PERKARA sebenar mengenai APA yang mereka miliki seperti Saiz Syarikat, Asets, Pegangan Saham dan sebagai nya.
- Ini termasuk di dalam PENGISTIHARAN PENDAPATAN & KEUNTUNGAN untuk Proses membayar CUKAI kepada KERAJAAN.
- Perkara seperti ini adalah LUMRAH dan di sebabkan oleh Sifat-Sikap lain seperti Sikap TAMAK, MEMENTINGKAN DIRI, BERANI, YAKIN DIRI DAN TIDAK TAKUT dan LOKEK & KEDEKUT.
MURAH HATI & DERMAWAN
- Usahawan yang Berjaya juga maseh memiliki Sifat MURAH HATI dengan BANYAK melakukan PENDERMAAN & BANTUAN kepada Badan-badan yang tertentu seperti Pihak-Pihak Universiti atau Pusat Pengajian, Badan-Badan Bantu Diri atau Organisasi yang tertentu.
- Dimana Sikap MURAH HATI itu di lakukan dengan STRATEGI untuk menjaga KEPENTINGAN Syarikat di MATA KERAJAAN dan MASYARAKAT.
- Kerana dengan STRATEGI tersebut BRANDING terhadap NAMA Syarikat mereka akan menjadi LEBIH KUKUH dan akan di kenali ramai.
- Ini akan memberikan mereka banyak PELUANG untuk jangka masa panjang di dalam Dunia Perniagaan.
- Kesemua Usahawan yang Berjaya memiliki Pemikiran yang sangat OPTIMISTIK di dalam Apa juga KEPUTUSAN yang di lakukan untuk Syarikat.
- Dan TINDAKKAN mereka dalam MENETAPKAN sesuatu MATLAMAT yang ingin di capai juga kelihatan sangat DRASTIK.
- Dimana Usahawan yang biasa tidak mampu untuk MENCONTOHI nya.
RUMUSAN
- APA juga PERKARA yang telah DI HURAIKAN mengenai CIRI-CIRI kepada SIFAT & SIKAP di dalam Usahawan yang Berjaya ini, HARUS lah di lihat dari SUDUT PEMIKIRAN yang SANGAT POSITIF dan JANGAN terlalu CEPAT untuk MENYELITKAN NILAI-NILAI KEAGAMAAN sebagai RUJUKAN kepada ETIKA TUNTUTAN AGAMA.
- KERANA sesuatu URUS-TADBIR sesebuah Syarikat, Organisasi atau apa juga Jenis PEMERINTAHAN, harus di lihat dari SUDUT INSTITUSI sendiri dari Rupa Bentuk nya yang yang ASAL iaitu SYARIKAT.
- Dimana seseorang USAHAWAN itu pula SELALU NYA akan BERBEZA KEAHLAKAN nya jika mereka di nilai secara INDIVIDU, dan KES seperti ini sememang nya WUJUD di dalam Dunia Perniagaan di sepanjang Zaman.
- JADI, Apa yang di HURAI kan pada kali ini MERUPAKAN Suatu INTIPAN ke dalam NILAI-NILAI yang TERSEMBUNYI yang TIDAK DAPAT DI LIHAT oleh Pandangan Mata Kasar, dan di bentangkan melalui PENULISAN dalam Bentuk PENERANGAN supaya KEFAHAMAN mengenai SENI ILMU PERNIAGAAN ini menjadi lebih JELAS.
editor
No comments:
Post a Comment