Wednesday, May 25, 2011

FAKTOR Y #38 - APA ITU SEKTOR PASARAN HALAL - Post #268

TIPsNIAGA.COM - Faktor Y - Post #268


APA ITU SEKTOR PASARAN  HALAL
APA PELUANG YANG BOLEH ANDA TEROKAI


PERNIAGAAN SEKTOR HALAL
  • SEKTOR HALAL adalah cukup luas untuk di terokai oleh Para Peniaga & Usahawan pada Zaman ini, kerana SEKTOR HALAL adalah SEKTOR TERKECIL di dalam Dunia Perniagaan TETAPI memiliki PASARAN YANG BESAR.
  • Dimana SEKTOR HALAL ini merangkum lebih kurang 1.5 hingga 2.0 Billion UMAT ISLAM di seluruh DUNIA.
  • Dan keseluruhan UMAT MANUSIA di seluruh Dunia pula di anggarkan berjumlah 7.0 Billion Orang pada Tahun 2011.
  • Kedua-dua ANGKA tersebut adalah TERUS MENINGKAT dari masa ke semasa.
APA PELUANG PERNIAGAAN DALAM SEKTOR HALAL
Peluang-Peluang yang Wujud di dalam Sektor HALAL ini berupa BEKALAN & PEMBUATAN 
  • DAGING-DAGING TERNAKAN
  • MAKANAN & MINUMAN yang sudah DI PROSES
  • BAHAN-BAHAN ASAS untuk membuat MAKANAN & MINUMAN
  • BAHAN-BAHAN ASAS untuk membuat BARANGAN KEPERLUAN ASAS
  • BARANGAN KEPERLUAN ASAS yang sudah DI PROSES
  • BARANGAN KESIHATAN yang berbentuk PERUBATAN
  • PERKHIDMATAN SOKONGAN yang menurut SYARIAT ISLAM
SEKMEN PERNIAGAAN HALAL
Kesemua KEPERLUAN ASAS untuk UMAT ISLAM datang nya dari SEKMEN yang berikut :-
1...ASAS TANI
  • Hasil Pertanian
  • Hasil Ternakan
  • Hasil Perikanan
Yang menghasilkan Produk-Produk MAKANAN & MINUMAN untuk SEKTOR HALAL yang menurut SYARIAT ISLAM.

2...BAHAN-BAHAN ASAS
  • Yang di perlukan untuk membuat Jenis-Jenis Makanan & Minuman daripada SUMBER ASAS TANI tetapi SUCI daripada Bahan-Bahan yang HARAM.
  • Termasuk Bahan-Bahan ASAS yang di gunakan untuk membuat KEPERLUAN ASAS Umat ISLAM yang BUKAN dalam bentuk Makanan & Minuman. 
  • Seperti yang berbentuk BARANGAN yang di gunakan secara HARIAN PENGGUNA.
  • Juga Bahan-Bahan ASAS untuk membuat HASIL UBAT-UBATAN yang benar-benar SUCI daripada penggunaan Bahan-Bahan yang HARAM.

APA KEPERLUAN PENYEDIAAN BARANGAN HALAL
1...HASIL TERNAKAN
  • Harus DI SEMBELIH menurut Syariat Islam
  • DI PROSES menurut Syariat Islam
  • Dimana SEGALA Peruntukkan dalam SYARAK di patuhi dengan TEPAT & SEMPURNA.
2...PROSES PEMBUATAN
Segala PROSES PEMBUATAN untuk MENGHASILKAN sesuatu BAHAN ASAS harus di pastikan :
  • Tidak Wujud PENGGUNAAN Bahan-Bahan dari Sumber yang HARAM
  • Seperti Penggunaan Ekstrak dari Khinzir, Organ Manusia atau dari Hasil Binatang Ternakan yang tidak di Sembelih menurut Syariat Islam.
  • Atau Penggunaan Bahan-Bahan yang BER-ALKOHOL atau dari DADAH-DADAH yang di Haramkan.
3...PIAWAIAN PEMBUATAN
  • Segala PROSES PEMBUATAN untuk menghasilkan PRODUK-PRODUK HALAL harus menuruti PIAWAIAN atau STANDARD yang di keluarkan oleh JABATAN-JABATAN HAL EHWAL ISLAM di Negeri dan Negara masing-masing.
  • Langkah ini SANGAT PERLU untuk mendapatkan PENGESAHAN HALAL serta SIJIL-SIJIL PENGAKUAN HALAL yang di keluarkan oleh JABATAN-JABATAN tersebut.
  • Dengan PENSIJILAN tersebut maka segala PRODUK yang anda HASILKAN dapat menggunakan LOGO HALAL di dalam setiap BUNGKUSAN PRODUK.
  • Ini akan memberikan KEYAKINAN terhadap PENGGUNA ISLAM di Seluruh Dunia TANPA WAS-WAS.
PASARAN HALAL
  • PASARAN HALAL sangat LUAS, anda hanya perlu untuk membuat KAJIAN & PENYELIDIKAN mengenai PENDUDUK-PENDUDUK yang BERAGAMA ISLAM di Seluruh Dunia melalui MEDIA INTERNET.
  • Atau melalui BANTUAN daripada KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN & PERDAGANGAN ANTARABANGSA di Negara masing-masing.
  • Atau daripada AGENSI HUB HALAL yang mengkhususkan Perniagaan HALAL di Negara masing-masing
  • Dapatkan BANTUAN & MAKLUMAT mengenai Negara-Negara yang memiliki Umat Islam daripada mereka, supaya anda akan mengetahui SAIZ sebenar PASARAN HALAL ini.
PERANAN DAN PENGLIBATAN DALAM SEKTOR HALAL
ADA beberapa CARA atau PERANAN untuk anda mengambil PELUANG PERNIAGAAN di dalam SEKTOR HALAL ini.
  • Berfungsi sebagai PENYEDIA ASAS TANI
  • Berfungsi sebagai PEMPROSES untuk menyediakan BAHAN ASAS Makanan & Minuman
  • Berfungsi sebagai PEMPROSES untuk menyediakan BAHAN ASAS Barangan Asas.
  • Berfungsi sebagai PEMBUAT & PENGILANG PRODUK Makanan, Minuman dan Barangan
  • Berfungsi sebagai WAKIL PEMASARAN 
  • Berfungsi sebagai WAKIL PENJUALAN
  • Berfungsi sebagai PEMBORONG
  • Berfungsi sebagai PENGEDAR
  • Berfungsi sebagai PENJUAL
  • Berfungsi sebagai PENGEKPORT
  • Berfungsi sebagai PENGIMPORT
RUMUSAN
  • PERANAN tersebut boleh anda terokai berdasarkan KEMAMPUAN MODAL & KEWANGAN yang anda miliki di samping PENGETAHUAN & KEMAHIRAN anda di dalam Sekmen-Sekmen yang di pilih.
  • Kerana segelintir Sekmen tersebut memerlukan MODAL yang CUKUP BESAR untuk di lakukan, kerana itu PASTIKAN anda memilih Sekmen yang bersesuaian dengan Kemampuan Kewangan anda.
  • Yang PASTI ialah PERMINTAAN untuk SEKTOR HALAL sangat TINGGI serta BESAR dan maseh BELUM DI TEROKAI secara SEPENUH NYA.
  • Dan anda TIDAK SEMESTI NYA Peniaga &Usahawan yang BERAGAMA ISLAM untuk menceburkan diri dalam SEKTOR HALAL ini, kerana ia TERBUKA kepada SEMUA PENIAGA & USAHAWAN.
  • Dimana KEPERLUAN untuk MENGHASILKAN sesuatu PRODUK itu hanya HARUS mengikuti PIAWAIAN atau STANDARD yang di TETAPKAN oleh ISLAM melalui HUKUM SYARAK
editor

No comments:

Post a Comment