Friday, May 20, 2011

FAKTOR Y #27 - APA & SIAPA ITU PAKAR EKONOMI - Post #257

TIPsNIAGA.COM - Faktor Y - Post #257


APA & SIAPA ITU PAKAR EKONOMI
YANG PERLU ANDA FAHAMI & KETAHUI


APABILA menyentuh HAL-HAL EKONOMI 
  • Yang melibatkan SYARIKAT dan KERAJAAN akan juga tersentuh PERSOALAN mengenai APAKAH dan SIAPAKAH ORANG-ORANG yang berada di BELAKANG TABIR yang membantu USAHAWAN dan KERAJAAN untuk melakarkan PEMBANGUNAN EKONOMI.
  • Dan Orang-Orang yang terlibat adalah GOLONGAN PAKAR EKONOMI yang TERDIDIK serta TERLATIH di dalam BIDANG EKONOMI sebagai KERJAYA mereka dan juga di kenal sebagai KARYAWAN EKONOMI atau Economist Expert
APAKAH TANGGUNG JAWAP PAKAR EKONOMI
Seorang PAKAR EKONOMI terdidik dan terlatih telah mempelajari segala Aspek mengenai :
  • AKTIVITI URUS NIAGA
  • AKTIVITI PASARAN
  • AKTIVITI KEWANGAN PENGGUNA
  • AKTIVITI KEWANGAN SYARIKAT
  • AKTIVITI KEWANGAN KERAJAAN
  • AKTIVITI PERNIAGAAN
PECAHAN TUGAS &TANGGUNG JAWAP
  • Dan mereka BEKERJA di dalam pelbagai SEKTOR seperti di dalam Syarikat Swasta, Syarikat Kerajaan atau pun sebagai Anggota Kerajaan.
  • Tugas dan Tanggung Jawap UTAMA mereka juga akan bergantung kepada SIAPA MAJIKAN mereka, jika mereka bekerja di dalam Syarikat seperti di INSTITUSI KEWANGAN, Tugas mereka akan lebih cenderung kepada MEMBANTU Pihak Bank untuk melakukan PELABURAN dengan TEPAT dan BETUL.
  • Jika mereka di ambil bekerja di mana-mana UNIVERSITI pula, mereka akan lebih banyak melakukan KAJIAN & PENYELIDIKAN yang berkaitan dengan HAL-HAL EKONOMI Pasaran, Negara dan Dunia.
  • Dan jika mereka bekerja dengan KERAJAAN, Tugas mereka akan lebih banyak membantu Kerajaan untuk MELAKAR STRATEGI PEMBANGUNAN EKONOMI dan pelbagai PERUNDANGAN yang berkaitan dengan segala URUS NIAGA di Dalam dan Luar Negara
KEUTAMAAN TUGAS PAKAR EKONOMI
MENGKAJI DATA KEWANGAN
  • Kebanyakan Pakar Ekonomi akan MENGANALISA dan MENGKAJI Data-Data Kewangan dari pelbagai Pihak yang berkaitan dengan Tanggung Jawap mereka bekerja.
  • Dengan mendapatkan seberapa banyak MAKLUMAT mengenai Orang Ramai Berbelanja, mereka akan dapat memberikan NASIHAT kepada Pembuat Dasar Ekonomi Syarikat atau Kerajaan.
  • Dan DAPATAN mereka akan di jadikan sebagai LANDASAN untuk melakukan Pelbagai STRATEGI PEMBANGUNAN yang selanjut nya.
MELAKUKAN RAMALAN / UNJURAN
  • Kebanyakan Pakar Ekonomi juga bertanggung jawap untuk MELAKARKAN RAMALAN atau sesuatu UNJURAN terhadap KEDUDUKAN EKONOMI yang akan berlaku di masa-masa hadapan berlandaskan KAJIAN & PENYELIDIKAN yang mereka lakukan.
  • Jika di dalam Sektor Pelaburan, Pakar Ekonomi akan terlibat untuk menentukan kedudukan PASARAN PELABURAN samaada Trend sesuatu PELABURAN itu NAIK atau pun TURUN.
  • Jika di dalam Sektor Kerajaan pula, mereka akan MENTERJEMAHKAN TREND KEWANGAN RAKYAT melalui Data-Data Perbelanjaan untuk membantu Pemerintah MENGUBAH-SUAI apa juga POLISI Kerajaan untuk Kebaikan Rakyat dan Negara.
MENJANGKAKAN KESAN
  • Pakar-Pakar Ekonomi juga bertanggung jawap untuk melakukan JANGKAAN terhadap sesuatu KESAN daripada apa yang AKAN di lakukan oleh Pihak Syarikat atau Kerajaan.
  • JANGKAAN ini sangat PERLU bagi sesebuah Syarikat atau Kerajaan SEBELUM mereka mengambil sesuatu KEPUTUSAN samaada untuk meneruskan atau membatalkan sesuatu AKTIVITI EKONOMI.
  • Bagi Pihak Kerajaan pula, mereka akan menggunakan JANGKAAN tersebut untuk melakarkan APA JUGA IMPLIKASI yang bersangkutan dengan PERUNDANGAN NEGARA dan akan melibatkan Anggota Pembuat DASAR dari segi Undang-Undang untuk mengambil Tindakkan SUSULAN.
  • Begitu juga di dalam Proses untuk MELAKAR BUDGET NEGARA, segala PENDAPAT & JANGKAAN yang di berikan oleh Pakar-Pakar Ekonomi akan DI AMBIL KIRA kerana untuk SESUATU BUDGET itu di luluskan oleh CABINET atau PARLIMEN memerlukan SOKONGAN DAPATAN PAKAR.
MENYIAPKAN BUDGET - Anggaran Perbelanjaan
  • Pakar Ekonomi yang bekerja dengan sesuatu KERAJAAN atau PEMERINTAH akan TURUT SERTA TERLIBAT di dalam MELAKARKAN BUDGET NEGARA
  • Kerana KEPAKARAN & KEMAHIRAN mereka di dalam Bidang Ekonomi sangat-sangat DI PERLUKAN untuk menyediakan BUDGET yang MUNASABAH berdasarkan keadaan Ekonomi semasa.
  • Dan membantu Kerajaan untuk bagaimana menggunakan SUMBER-SUMBER DANA NEGARA secara berkesan dan berhemah.
MELAKUKAN PENYELIDIKAN
  • Semua Pakar-Pakar Ekonomi secara LAZIM nya melakukan banyak KAJIAN & PENYELIDIKAN terhadap KEADAAN PASARAN.
  • Dan akan cuba MENGENAL-PASTI setiap FAKTOR yang menyebabkan sesuatu keadaan Ekonomi itu BERUBAH dan mencari HURAIAN untuk menyelesaikan nya.
PERKARA UTAMA YANG DI KAJI SELIDIK
  • FAKTOR PENETAPAN HARGA
  • FAKTOR TURUN & NAIK HARGA
  • FAKTOR OPERASI PERNIAGAAN
  • FAKTOR OPERASI PENGILANGAN
  • FAKTOR PELABURAN
  • FAKTOR RISIKO
  • FAKTOR PERSAINGAN PASARAN
  • FAKTOR PERUNDANGAN
  • FAKTOR KEADAAN
  • FAKTOR POLITIK
INI LAH yang menjadi INTIPATI FAKTOR yang di jadikan BAHAN untuk MENGKAJI SELIDIK sesuatu KEADAAN EKONOMI.

RUMUSAN
  • ITULAH SEBAB NYA di dalam SEKTOR PERNIAGAAN samaada di SEKTOR SWASTA dan NEGARA, khidmat dan penglibatan PAKAR-PAKAR EKONOMI di perlukan.
  • TETAPI sekali lagi DI TEGASKAN, APA juga DAPATAN, JANGKAAN, UNJURAN dan SARANAN daripada Pakar Ekonomi kepada sesebuah Syarikat atau Kerajaan, Tidak Akan BERJAYA di laksanakan JIKA sesuatu TINDAKKAN di campur-adukkan dengan URUSAN POLITIK.
  • KERANA Pakar-Pakar Ekonomi BEKERJA berdasarkan DATA & FAKTA EKONOMI yang sebenar.
  • TERKECUALI jika PAKAR EKONOMI tersebut menjadi AHLI POLITIK sepenuh masa dan bercita-cita Politik yang TINGGI, maka Hasil Tindakkan mereka tidak mencerminkan lagi sebagai PAKAR EKONOMI secara PROFESIONAL.
editor

No comments:

Post a Comment