APA KESAN INFLASI PADA PERNIAGAAN & UMUM
DIMANA KEDUDUKAN INFLASI DI DALAM BUDGET ANDA
SUSULAN DARI POSTING #245 & #246
- RAMAI yang bertanya mengenai FAKTOR INFLASI secara khusus di dalam PERNIAGAAN dan kepada RAKYAT UMUM kerana Dua (2) Artikel yang lalu lebih menyentuh kepada PENJELASAN EKONOMI YANG LEBIH LUAS (macroeconomic).
- KERANA itu Artikel lanjutan mengenai INFLASI ini di lanjutkan untuk memberikan beberapa HURAIAN yang RINGKAS dan SETEPAT yang mungkin.
- Sebenar nya Subjek INFLASI ini tidak berapa di gemari oleh Ramai Orang kerana pembelajaran INFLASI ini yang BERADA di dalam Struktur ILMU EKONOMI banyak memerlukan Pengkajian & Pengumpulan DATA & FAKTA daripada semua AKTIVITI EKONOMI.
KEDUDUKAN INFLASI dan JENIS-JENIS NYA
KEWUJUDAN NYA di sebabkan oleh : (ringkasan)
- KENAIKAN & PENURUNAN Faktor KEHENDAK & BEKALAN sesuatu Produk & Perkhidmatan dalam PASARAN yang sebenar.
- POLISI setiap KERAJAAN di dalam MENETAPKAN apa juga STRATEGI untuk menjana Pertumbuhan Ekonomi sesebuah Negara, samaada yang BER-POLISI untuk membangunkan Ekonomi Rakyat secara UMUM atau ingin memperbaiki KEROSAKAN SISTEM KEWANGAN NEGARA yang MERUNCING kerana KESILAPAN daripada Perancangan yang Asal.
- KEADAAN POLITIK DUNIA yang KACAU-BILAU kerana Wujud nya Elemen PEPERANGAN atau BENCANA ALAM yang menjejaskan PENGELUARAN BAHAN-BAHAN MENTAH daripada SUMBER ASLI.
- PERBUATAN yang Tidak Bertanggung Jawap oleh sesebuah KERAJAAN yang memerintah kerana MENCETAK &MENGEDARKAN WANG Negara ke dalam Pasaran TANPA menurut BATAS dan PERUNDANGAN ANTARABANGSA.
KESAN NYA KEPADA PERNIAGAAN
- APABILA kesemua Elemen-Elemen yang menyebabkan KADAR INFLASI Melonjak atau Menurun, maka Hal-Hal yang berikut AKAN TERPAKSA di tanggung oleh Para Peniaga dan Rakyat Umum, seperti
- Apabila Wang Peruntukkan untuk MEMBELI BAHAN MENTAH yang BIASA di Peruntukkan untuk di gunakan untuk membeli (Contoh) 1,000 jenis Bahan Mentah dengan Nilai RM1,000 pada Kadar Inflasi BELUM berlaku tetapi
- Setelah INFLASI wujud, Syarikat anda kini perlu MEMBAYAR dengan Nilai RM1,200 untuk 1,000 jenis Bahan Mentah yang sama.
- Ini KENAIKAN Nilai sebanyak 20% untuk Bahan Mentah yang sama dan dengan Jumlah yang sama.
- KENAIKAN 20% ini pula di namakan sebagai INFLASI, yang telah MENGAKIBATKAN KUASA MEMBELI anda menjadi KURANG kerana BAHAN MENTAH telah menjadi MAHAL.
- Dan apabila KADAR INFLASI ini berlaku dalam OPERASI PERNIAGAAN, secara LAZIM nya Pihak-Pihak Peniaga AKAN menaikkan HARGA JUALAN kepada BARANGAN yang di hasilkan sebagai LANGKAH untuk MENGAWAL KADAR KEUNTUNGAN.
KESAN NYA KEPADA PENGGUNA YANG JUGA RAKYAT UMUM
- AKAN merasakan perkara yang SAMA dimana JUMLAH WANG yang biasa mereka MILIKI sudah TIDAK BOLEH untuk MEMBELI sesuatu BARANGAN atau PERKHIDMATAN dengan HARGA yang BIASA.
- SEDANGKAN segala UNSUR PENDAPATAN mereka yang kebanyakan nya sebagai PEKERJA yang BERGAJI TETAP maseh Tidak Berubah dan kekal dengan Pendapatan Bulanan yang di terima.
- KEADAAN ini pula akan MENYEBABKAN seseorang itu AKAN mengalami KEKURANGAN WANG untuk BERBELANJA kepada segala KEPERLUAN ASAS yang biasa mereka BELI dalam setiap hari, minggu atau setiap bulan.
- AKHIR NYA mereka TERPAKSA untuk MENGETATKAN PERBELANJAAN hanya untuk Perkara-Perkara yang di rasakan perlu sahaja.
- Dan akan TERPAKSA untuk mencari Usaha-Usaha daripada SUMBER yang lain bagi MENAMBAH Sumber PENDAPATAN.
- TERKECUALI Sumber Pendapatan mereka di MAJIKAN yang sama mendapat KENAIKAN GAJI setaraf dengan KENAIKAN HARGA BARANGAN dan INFLASI.
PENJELASAN
- SESUATU ELEMEN KENAIKAN HARGA jika ianya berlaku, ia akan MELIBATKAN SEMUA JENIS BARANGAN dan PERKHIDMATAN
- Daripada dan di dalam SEMUA SEKTOR INDUSTRI PERNIAGAAN yang berada di dalam sesebuah Negara.
- Kerana itu sesebuah KERAJAAN yang MEMERINTAH harus TAHU untuk bagaimana MAHU MENURUNKAN HARGA dengan mengambil langkah-langkah PENCEGAHAN yang BERSESUAIAN dan BERTEPATAN dengan sesuatu GEJALA KENAIKAN.
- Di sinilah KEPAKARAN PAKAR-PAKAR & PENASIHAT EKONOMI KERAJAAN di perlukan untuk MENASIHATI & MENGAJAR KERAJAAN dengan Cara-Cara dan KAEDAH yang sesuai.
- TETAPI secara lazim nya, banyak Pemerintah TIDAK 100% MENURUTI NASIHAT dari Pakar-Pakar Ekonomi di sebabkan TERIKAT dengan POLISI KE-PARTI-AN dan IDEOLOGI POLITIK yang di mainkan oleh sesuatu KERAJAAN yang Memerintah.
- Gejala seperti ini lah yang MENJADIKAN Pakar-Pakar Ekonomi yang BERURUSAN dengan sesuatu Pemerintah kelihatan seperti Pakar Ekonomi yang BODOH.
editor
No comments:
Post a Comment