Sunday, May 01, 2011

REVIEW #31 : 5 FAKTOR PEMUSNAH DIRI & PERNIAGAAN - Post #221

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #221


5 FAKTOR PEMUSNAH DIRI & PERNIAGAAN
APAKAH FAKTOR PEMUSNAH TERSEBUT DAN DI MANA KEWUJUDAN NYA


SETIAP PENIAGA dan USAHAWAN adalah Manusia Biasa yang memiliki Sifat & Sikap Kemanusiaan yang terbentuk dari KEHENDAK & KEPERLUAN sebagai seorang Manusia secara SEMULA JADI.


Dari Sudut Psikologi Kemanusiaan, Elemen KEHENDAK & KEPERLUAN inilah yang telah MEMBENTUK DIRI & KEPERIBADIAN seseorang Manusia KEARAH APA yang:
  • APA YANG DI PERLUKAN di dalam KEHIDUPAN nya sendiri dan
  • DI LAKUKAN NYA atas KEHENDAK nya sendiri
Dimana jika Elemen KEHENDAK & KEPERLUAN ini tidak di sertakan dengan Etika Adat, Adab dan Perundangan Negara & Agama, maka APA yang di lakukan akan menuju kearah KEHANCURAN di dalam Kehidupan yang di jalani.

DALAM DUNIA PERNIAGAAN
Di dalam Dunia Perniagaan, telah WUJUD 5 FAKTOR PEMUSNAH yang berlaku secara SENYAP di dalam DIRI seseorang Peniaga dan Usahawan, jika mereka tidak MEMILIKI sesuatu ETIKA yang menjadi PEDOMAN HIDUP

Dan APAKAH 5 FAKTOR PEMUSNAH TERSEBUT?
1...ARAK
2...JUDI
3...PEREMPUAN
4...DADAH
5...RASUAH

APA MAKSUD daripada 5 FAKTOR tersebut?
1...ARAK
  • Jika seseorang Peniaga dan Usahawan mula berjinak-jinak dengan ARAK, lama kelamaan mereka akan menjadi KETAGIH
  • Apabila KETAGIHAN berlaku, maka KESTABILAN FIKIRAN mereka akan MULA GOYAH untuk Menjaga DIRI dan Urusan Perniagaan nya secara WARAS
  • Dan akhirnya mereka akan MELANGGAR segala ETIKA dan PERATURAN Syarikat dengan mula Memesongkan Kewangan dan Menyalah-Gunakan Kuasa di sebabkan PERTIMBANGAN di dalam Fikiran sudah tidak wujud lagi.
2...JUDI
  • JUDI juga jika di amalkan oleh seseorang Peniaga dan Usahawan akan mengakibatkan banyak Musibah bukan hanya setakat kepada Diri sendiri tetapi terhadap Perniagaan dan juga Keluarga nya
  • Dimana ramai Orang tahu jenis-jenis MUSIBAH yang di timbulkan oleh Masaalah JUDI dan JUDI juga sama PARAH nya dengan ARAK.
  • Dimana Wang dan Harta Syarikat boleh menjadi MANGSA nya
  • Terlebih lagi jika Amalan BERJUDI ini di Amalkan dengan Amalan meminum ARAK, maka KEMUSNAHAN nya akan berlipat kali ganda.
3...PEREMPUAN
  • Maksud Perempuan di sini bukan untuk mengatakan semua jenis Perempuan itu jahat atau tidak baik, tetapi apa yang di maksudkan ialah Gejala Melanggani Perempuan di dalam Dunia perniagaan yang di sediakan sebagai Bahan Penghibur oleh ramai Ahli-Ahli Perniagaan dalam Temu-Niaga mereka.
  • Walaupun jika di lihat dari Sudut Fizikal, Orang Perempuan BUKAN lah suatu BAHAYA kepada Kaum Lelaki tetapi melalui STATISTIK tidak rasmi, telah ramai Ahli Perniagaan DI JATUHKAN melalui Kaedah ini. Di Perangkap menggunakan Perempuan.
  • Dimana dalam Dunia Perniagaan STRATEGI seperti ini adalah suatu SENJATA untuk Memerangkap sesorang itu dengan SKANDAL PEREMPUAN yang sangat di takuti oleh seseorang Ahli Perniagaan.
  • Dalam lain perkataan, Strategi ini di anggap sebagai PERAS UGUT untuk memalukan seseorang dengan BUKTI kepada UMUM jika sesuatu Permintaan mereka tidak di penuhi.
4...DADAH
  • Gejala DADAH ini banyak mempengaruhi Ahli-Ahli Perniagaan yang gemar mendapatkan Hiburan di Kelab-Kelab Hiburan, Kelab Malam atau di Tempat-Tempat Hiburan yang di lakukan secara Peribadi
  • Jika DADAH-DADAH Canggih ini selalu di ambil oleh mereka yang terlibat, lama kelamaan pengaruh Dadah ini akan MEROSAKKAN Daya Pemikiran mereka dalam jangka masa panjang
  • Apabila pemikiran mereka itu telah ROSAK, maka Kebijaksanaan mereka di dalam Urus-Tadbir Niaga akan terjejas dan akhirnya perniagaan mereka akan menjadi Musnah.
  • Walaupun ada yang mengatakan bahawa DADAH yang di ambil oleh mereka itu hanya dari jenis yang RINGAN.
5...RASUAH
  • Gejala RASUAH ini telah saya perkatan di Posting yang lalu tetapi Gejala RASUAH ini sememang nya berada di dalam 5 FAKTOR PEMUSNAH
  • Dimana Gejala Rasuah ini bukan sahaja MENYALAHI UNDANG NEGARA & AGAMA tetapi ia akan MEROSAKKAN PERNIAGAAN yang di jalankan
  • Kerana di dalam Faktor RASUAH ini akan Wujud 4 Faktor yang di sebutkan di atas sebagai suatu PAKEJ untuk menjadikan Kaedah RASUAH itu Menarik Perhatian Mangsa
ULASAN
Sebenarnya SEMUA ORANG samaada PENIAGA dan USAHAWAN atau Orang Biasa / Awam HARUS MENHINDARI dari melakukan 5 PERKARA tersebut di dalam KEHIDUPAN HARIAN dan BUKAN HANYA harus di hindari oleh para Ahli Perniagaan sahaja.

Dimana SETIAP MANUSIA di unjurkan untu melakukan 3 PERKARA berikut di dalam APA JUGA yang mereka lakukan:-
  • IKHLAS dalam melakukan sesuatu
  • TEKUN dalam menjalankan sesuatu
  • SABAR dalam menghadapi sesuatu
editor

No comments:

Post a Comment