Sunday, May 15, 2011

FAKTOR Y #16 - APA KESAN NILAI MATAWANG PADA INFLASI - Post #246

TIPsNIAGA.COM - Faktor Y - Post #246


APA KESAN NILAI MATAWANG PADA INFLASI
BAGAIMANA UNTUK MEMAHAMI NYA


MELALUI Posting #245
  • Telah di huraikan mengenai TIGA (3) JENIS INFLASI yang lain selain dari INFLASI seperti DEFLATION, HYPERINFLATION & STAGFLATION yang membawa kepada PENGERTIAN yang berbeza terhadap sesuatu KEADAAN.
  • PADA kali ini akan di bentangkan mengenai PENGARUH NILAI MATAWANG terhadap PENURUNAN & KENAIKAN TAHAP INFLASI.
  • PERKARA seperti ini amat KURANG DI FAHAMI oleh Orang Ramai kerana perkara seperti ini DI BAWAH TUGAS & TANGGUNG JAWAP sesebuah Pemerintah yang Menerajui KERAJAAN dan Pihak Pemerintah TIDAK AKAN semesti nya untuk memberitahu kepada Orang Ramai kecuali atas Alasan-Alasan yang TERTENTU.
INFLASI vs MATAWANG
  • Negara Malaysia menggunakan Matawang RINGGIT yang DI IKAT NILAI NYA dengan Matawang DOLLAR AMERIKA.
  • Pada Hari Ini (15/5/2011 - 1USD = RM3.007)
  • Dimana KENAIKAN NILAI RM meningkat dari Bulan November 2010 hingga terkini (Nov 2010 - 1USD = RM3.1584)
  • Ini akan Mempengaruhi KENAIKAN kepada NILAI BARANGAN dan MENURUNKAN Angka PERMINTAAN
APA KESAN KENAIKAN NILAI RINGGIT vs USD
  • ITU membawa Maksud bahawa KENAIKAN kepada SEMUA NILAI BARANGAN & PERKHIDMATAN yang wujud di dalam NEGARA.
  • KENAIKAN NILAI itu hanya DAPAT DI RASAKAN apabila seseorang itu menggunakan Matawang USD untuk BERBELANJA & BERURUS-NIAGA di Malaysia.
  • Dimana mereka yang menggunakan Matawang USD akan TERPAKSA MEMBAYAR LEBIH dari kebiasaan nya.
  • INFLASI dari faktor kenaikan NILAI MATAWANG ini TIDAK BAIK untuk Aktiviti IMPORT dari Luar Negara Malaysia TETAPI BAIK untuk Aktiviti EXPORT oleh PENIAGA TEMPATAN.
  • Kerana kenaikan Nilai RINGGIT akan membuat PEMBELI LUAR NEGARA untuk mengelakkan diri untuk berurus-niaga dengan Peniaga Malaysia dan akan mencari Alternatif BEKALAN dari Negara yang lain.
  • JUGA akan menyebabkan EKONOMI NEGARA jadi MENURUN di sebabkan Aktivi EXPORT yang menjadi LEMBAB dan mengurangkan Pendapatan dari CUKAI.
INFLASI JUGA BERLAKU APABILA TERLALU BANYAK RINGGIT DALAM EDARAN
  • INI membawa maksud bahawa JUMLAH WANG yang BANYAK dalam EDARAN di dalam dan Luar Negara TETAPI Faktor PERMINTAAN untuk menggunakan Urus-Niaga dalam Matawang RINGGIT Kurang atau Tiada.
  • Dimana RAKYAT yang memiliki WANG tidak begitu GHAIRAH untuk BERBELANJA dan melakukan PEMBELIAN.
  • Gejala ini AKAN MEMAKSA NILAI MATAWANG RINGGIT MENURUN.
  • Juga kerana PERUNTUKKAN JUMLAH WANG yang LEBIH BANYAK daripada JUMLAH PRODUK & PERKHIDMATAN yang wujud dalam PASARAN.
  • Seperti langkah sesebuah KERAJAAN yang MENCETAK & MENGEDARKAN lebih banyak WANG ke dalam Pasaran yang pada ASAL nya untuk TUJUAN MENGIMBANGI KADAR INFLASI yang Bekalan Produk MELEBIHI JUMLAH WANG.
  • Dimana perkara seperti ini sering berlaku di Negara-Negara yang BERMASAALAH BESAR dari segi KEWANGAN Atau yang baharu terlepas daripada sesuatu BENCANA KERUNTUHAN sesuatu SISTEM POLITIK.
  • Atau KESILAPAN dalam MEMBACA KEADAAN PASARAN yang MEMPENGARUHI INFLASI yang di lakukan oleh sesebuah Pemerintah
KESAN KEPADA PERNIAGAAN
  • KENAIKAN & PENURUNAN KADAR INFLASI yang di sebabkan oleh NILAI MATAWANG ini akan menjejaskan KEMAJUAN & PERTUMBUHAN INDUSTRI Pembuatan & Pengilangan.
  • Dimana di antara BAHAN-BAHAN MENTAH yang PERLU DI IMPORT akan terjejas dengan sesuatu KENAIKAN NILAI MATAWANG daripada Negara sendiri atau pun Negara Luar PENGEKSPORT.
  • Dan SECARA LANGSUNG akan menyumbang kepada KENAIKAN HARGA sesuatu BARANGAN yang di hasilkan oleh mereka.
  • Gejala ini juga akan menyebabkan NILAI MATAWANG di dalam Negara menjadi MENGECIL NILAI nya untuk membeli sesuatu BARANGAN.
FUTURE & FOREX TRADERS
  • Tetapi GEJALA INFLASI ini TIDAK akan MENJEJASKAN segala URUS-NIAGA yang melibatkan Pembelian Futures dan Forex KERANA segala Urus-Niaga mereka tidak bersandarkan kepada sesuatu BARANGAN.
  • Dimana setiap INVESTORS untuk Urus-Niaga ini tidak akan MEMEGANG sesuatu PORTFOLIO dalam waktu yang LAMA kerana mereka AKAN MENJUAL pada Nilai Meningkat dan AKAN MEMBELI pada Nilai Menurun.
  • Kerana ITULAH bentuk Urus-Niaga yang mereka lakukan di dalam SEKMEN ini dan RISIKO mereka yang TERBESAR ialah FAKTOR KESILAPAN MENTAFSIR & MEMEGANG sesuatu PORTFOLIO terlalu LAMA.
  • Dimana dalam SETIAP SAAT sesuatu NILAI itu BERUBAH-RUBAH menurut PERMINTAAN dari Investors di seluruh Dunia di Sekmen yang sama.
  • TETAPI jika sekali mereka mengalami KERUGIAN, mereka akan terus MUSNAH dan sukar untuk kembali dalam Jenis Urus-Niaga seperti ini kerana penglibatan MODAL yang sangat BESAR samaada BERJUTA atau BERBILION (dalam USD)
  • Di sebabkan oleh Jenis Urus-Niaga mereka yang tidak melibatkan BARANGAN (kecuali Komoditi), Urus-Niaga seperti ini di anggap sebagai PERMAINAN atau Money Games
  • Namun di dalam keseluruhan Industri ini maseh lagi mengambil kira semua perkembangan INFLASI di seluruh Dunia untuk memastikan jenis-jenis Portfolio yang SIHAT.
editor

No comments:

Post a Comment