Wednesday, June 01, 2011

SWOT #8 : PERPINDAHAN TEKNOLOGI MODEL JEPUN - Post #278

TIPsNIAGA.COM - SWOT ANALYSIS - Post #278


PERPINDAHAN TEKNOLOGI MODEL JEPUN
APA YANG BOLEH DI PELAJARI


PERINDUSTRIAN JEPUN 
  • Sebagai sebuah Negara Perindustrian yang menguasai Sektor Pembuatan & Pengilangan Berteknologi Tinggi, Negara Jepun mengalami pelbagai MASAALAH untuk mendapatkan BEKALAN LOGAM dan SUMBER GALIAN ASLI yang lain untuk membuat BAHAN-BAHAN atau KOMPONEN untuk sesuatu Produk.
  • Ini di sebabkan oleh penggantungan penuh terhadap IMPORT segala Sumber Galian Asli & Logam tersebut.
  • Dimana Masaalah ini telah menjadikan NILAI atau HARGA segala Komponen & Produk yang di hasilkan menjadi MAHAL dan Tidak Kompetitif.
  • Kerana KOS TENAGA BURUH di dalam Negara Jepun telah MENINGKAT dengan PESAT berdasarkan DASAR NEGARA untuk Memajukan Rakyat kepada PENDAPATAN TINGGI sebagai Langkah memasuki Taraf Negara MAJU DUNIA.
APA CARA PENYELESAIAN JEPUN
Untuk MENGATASI MASAALAH IMPORT untuk mendapatkan BEKALAN Bahan-Bahan Mentah dari seluruh Dunia, juga untuk MENGURANGKAN KOS PEMBUATAN & OPERASI, Negara Jepun telah melakukan TRANSFORMASI terhadap Sektor Pembuatan & Pengilangan nya yang di mulakan sekitar Tahun 1970an
  • PERTAMA: Mereka telah melakukan KENAL-PASTI Sekmen-Sekmen Pembuatan yang BERTARAF TEKNOLOGI RENDAH untuk di keluarkan dari Pengilangan di dalam Negara.
  • KEDUA: Mereka Mengenal-pasti Negara-Negara yang sedang MEMBANGUN di Seluruh ASIA untuk di jadikan LOKASI kepada PROSES PEMBUATAN Barangan dan Komponen Berteknologi Rendah.
  • KETIGA: Lokasi di sesebuah NEGARA yang DI PILIH itu pula, di SYARATKAN memiliki KEMUDAHAN untuk Tenaga Buruh yang mencukupi, Kawasan Perindustrian yang sesuai, Politik Negara yang Stabil serta Mudah dan Kemudahan untuk mendapatkan BEKALAN Bahan-Bahan ASAS.
OPERASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI
Setelah Pihak Kerajaan Jepun BERPUAS-HATI dengan Langkah-Langkah untuk MEMINDAHKAN TEKNOLOGI RENDAH ke luar Negara dan merasa pasti langkah ini tidak akan MENJEJASKAN Peluang & Ekonomi Rakyat Awam, maka Operasi PEMINDAHAN Teknologi tersebut di mulakan secara berperingkat. 
NEGARA YANG DI PILIH
  • SINGAPURA
  • MALAYSIA
  • INDONESIA
  • THAILAND
  • FILIPINA
NEGARA PALING UTAMA
  • SINGAPURA telah di jadikan sebagai Negara Utama PEMINDAHAN Teknologi Rendah Jepun pada awal 70an - 80an KERANA Negara Singapura pada waktu tersebut baharu MEMBUKA Negara mereka kepada PELABURAN ASING selepas MERDEKA dari MALAYSIA.
  • Dan dalam banyak-banyak Negara pada waktu tersebut, Singapura di lihat MAMPU untuk MENYEDIAKAN Kawasan Perindustrian yang BERSEPADU di kawasan Perindustrian yang KHUSUS.
  • Ini telah MEMUDAHKAN segala Bentuk Operasi Kilang Pembuatan & Pengilangan seperti yang DI RANCANG oleh Pemerintah Singapura berdasarkan PELAN Transformasi Negara Singapura sebagai sebuah Negara PERINDUSTRIAN.
  • Dan perkara ini telah MENEPATI SASARAN Negara Jepun di dalam Pemindahan Teknologi Rendah Negara mereka.
  • Di samping TENAGA BURUH SINGAPURA di lihat sebagai lebih Berkelayakan, Terlatih serta Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik daripada Tenaga Buruh di Negara-Negara Asia yang lain.
  • Serta Sokongan Pemerintah kepada PELABUR & PENGUSAHA dari Luar Negara dari segi Pengecualian Pelbagai Cukai-Cukai sebagai INSENTIF PELABURAN di Singapura pada waktu tersebut.
  • Kemudahan PENGANGKUTAN DARAT, LAUT dan UDARA yang bersepadu dan berada di Lokasi-Lokasi yang berdekatan.
  • Juga PERANAN PEMERINTAH Singapura menyediakan Tenaga Buruh yang Bersistematik dari Peringkat Persekolahan yang di serap melalui POLISI PENDIDIKAN NEGARA mereka.
APAKAH JENIS TEKNOLOGI YANG DI PINDAHKAN
Negara Jepun MEMINDAHKAN Sektor Industri Pembuatan yang:
  • Menghasilkan Komponen-Komponen Sokongan kepada Produk UTAMA yang maseh di PASANG di dalam Negara Jepun.
  • Yang tidak memerlukan penggunaan Teknologi Tinggi di dalam Operasi Pengilangan.
  • Dan yang memerlukan Tenaga Manusia secara langsung untuk menjaga dan menggerakkan Jentera atau Mesin-Mesin Pengilangan.
  • Hanya sebahagian KECIL Jentera & Mesin yang Berteknologi Tinggi di bawa masuk untuk kegunaan sesuatu Proses Pembuatan tetapi di kendalikan oleh Tenaga Kerja daripada Jepun.
JENIS PRODUK YANG TERLIBAT
Pada permulaan nya, pembuatan untuk menghasilkan Komponen-Komponen Utama untuk Produk-Produk seperti:
  • Radio
  • Kipas Angin
  • Television
  • Peti Sejuk
  • Penghawa Dingin
  • Kenderaan (Lori, Bas, Kereta,Motosikal)
  • Komponen Elektronik
YANG MELIBATKAN SEKMEN SEPERTI
  • Metal Stamping
  • Injection Moulding
  • Precision Engineering
  • Tool Making
  • Die Casting
  • Pre-Assembly Process
Di awal 70an - 80an, Teknologi untuk Sekmen tersebut hanya di peringkat Rendah tetapi di tingkatkan berdasarkan kesesuaian semasa yang kebolehan Tenaga Buruh di Singapura. Dan SEMUA PROSES AKHIR PEMASANGAN di lakukan di Negara Jepun.

APA YANG JEPUN NIKMATI
Melalui PROGRAM PEMINDAHAN TEKNOLOGI ke Luar Negara tersebut, Negara Jepun telah dapat:
MENGURANGKAN 
  • KOS Tenaga Kerja
  • KOS Operasi
  • KOS Cukai Import Bahan Galian Asli & Logam
  • KOS PEMBUATAN secara KESELURUHAN.
MEMUDAHKAN
  • Proses Operasi Pengilangan
  • Mendapatkan Bekalan Asas 
  • Pembangunan Teknologi lebih Tinggi di dalam Negara Jepun 
  • Dan mempercepatkan Proses Globalisasi Jepun
  • Proses Pengedaran Produk
HARGA & PASARAN PRODUK
  • Yang lebih Murah
  • Yang lebih Kompetitif
  • Yang lebih Bermutu
PEMINDAHAN SELANJUT NYA
  • Negara Jepun telah MEMINDAHKAN banyak Sektor Pembuatan & Pengilangan yang Berteknologi Tinggi ke Negara Singapura pada Awal Tahun 90an KERANA Kemajuan yang di miliki oleh Tenaga Buruh Singapura Meningkat dengan Pesat, di mana Negara Jepun banyak memberikan bantuan & sokongan kepada Kerajaan Singapura.
  • Dimana Kerajaan Jepun telah MENASIHATKAN Kerajaan Singapura mengenai PERMINTAAN & KEPERLUAN mengenai Jenis-Jenis Tenaga Buruh yang Paling Di Kehendaki di dalam PASARAN BERTEKNOLOGI TINGGI.
  • Melalui NASIHAT tersebut, Pihak Kerajaan Singapura telah menyediakan Pelbagai MATA PELAJARAN dari Pelbagai KEJURUAN PERUSAHAAN kepada Pelajar dan Rakyat sebagai persediaan untuk memasuki Pasaran Buruh Berteknologi Tinggi.
PERPINDAHAN SETERUS NYA
  • Setelah Negara Singapura dapat menguasai Perusahaan yang Berteknologi Tinggi dari semua aspek Operasi Pengilangan dan Tenaga Buruh, Pihak Jepun telah MEMINDAHKAN Sekmen-Sekmen yang sudah Tidak RELEVAN beroperasi Di Singapura ke Negara-Negara Asia yang sedang membangun yang lain seperti ke Malaysia, Indonesia, Vietnam, Filipina, Thailand dan juga ke Negara China dan India.
  • Langkah ini sebagai PROSES untuk MENGEKALKAN KOS PEMBUATAN & OPERASI yang serendah mungkin bagi memastikan sesuatu HARGA JUALAN untuk Produk-Produk mereka tetap RELEVAN di PASARAN Dunia.
APA YANG BOLEH KITA PELAJARI
Melalui semua Langkah, Program dan Kaedah yang di tunjukkan oleh Negara Jepun, kita boleh PELAJARI beberapa LANGKAH seperti:
PERTAMA
  • PENJIMATAN KOS PEMBELIAN BAHAN MENTAH
  • PENJIMATAN KOS TENAGA BURUH
  • PENJIMATAN KOS OPERASI SYARIKAT
KEDUA
  • KAEDAH KEPADA PROSES GLOBALISASI
  • PEMINDAHAN TEKNOLOGI BERSISTEMATIK
  • PEMINDAHAN & PERKONGSIAN PENGETAHUAN
KETIGA
  • MENGEKAL DAYA SAING NILAI & HARGA PRODUK
  • PENGUASAAN PASARAN DI DALAM SEKMEN PRODUK
  • KECEKAPAN PENTADBIRAN & PENGURUSAN SERANTAU
KEEMPAT
  • MEMBANTU NEGARA SEDANG MEMBANGUN UNTUK MAJU
  • MEMBANTU TENAGA BURUH DI SESEBUAH NEGARA MENJADI MAJU
  • MEMBANTU MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN KEPADA NEGARA LAIN DAN NEGARA SENDIRI
KELIMA

  • MENGERATKAN PERHUBUNGAN ANTARABANGSA ANTARA NEGARA
  • MENGERATKAN PERHUBUNGAN ANTARA SESUATU BANGSA
  • MENINGKATKAN PERTUMBUHAN EKONOMI SESAMA NEGARA
YANG PASTI
NEGARA JEPUN TIDAK TAMAK DAN TIDAK LOKEK UNTUK BERKONGSI ILMU PENGETAHUAN DAN KEKAYAAN DENGAN NEGARA LAIN.

editor

No comments:

Post a Comment