KESAN LANJUTAN CUKAI GST
DIMANA DAERAH YANG AKAN MENERIMA KESAN
LANJUTAN DARI POSTING #244
- ARTIKEL ini adalah lanjutan dari HURAIAN mengenai CUKAI GST yang telah di lakukan melalui Post #244 dan di dalam posting kali ini akan DI JELASKAN di manakah KESAN PERLAKSANAAN GST ini akan MELANDA di Seluruh Negara.
- Juga sebagai JAWAPAN kepada SOALAN Orang Ramai yang ingin TAHU lebih lanjut mengenai KESAN-KESAN nya di dalam NEGARA Am nya dan RAKYAT secara khusus nya.
RINGKASAN GST
- GST atau GOODS & SERVICES TAXES (GST) adalah Transformasi daripada KAEDAH CUKAI yang di mulakan dengan Nama VALUE ADDED TAX (VAT)
- VAT mula di KONSEP KAN di Negara EROPAH sekitar tahun 1918an untuk MEMUNGUT CUKAI-CUKAI yang berbentuk Penggunaan daripada Penjualan sesuatu Produk & Perkhidmatan yang di jalankan dalam Perniagaan TETAPI HANYA mula di guna-pakai di Negara PERANCIS pada tahun 1954.
- Ini bermakna mereka mengambil MASA selama 36 TAHUN untuk melakukan Pelbagai KAJIAN & PENGUBAH-SUAIAN sebelum di perkenalkan kepada RAKYAT UMUM bagi menggantikan Sistem VAT
- TETAPI CUKAI tersebut DI BAYAR & DI TANGGUNG oleh PENGGUNA samaada sebagai PENGIMPORT atau sebagai PENGGUNA.
PENULARAN KESAN GST - CONTOH
Cukai GST ini tidak mengambil kira KENAIKAN HARGA yang di sebabkan oleh FAKTOR-FAKTOR yang lain yang berlaku dalam sesuatu Masa.
1...MINYAK PETROL - Contoh 1 (Ron95)
- Jika Minyak Petrol Ron95 yang bernilai RM1.90 Seliter dan di Tambah Cukai GST sebanyak 5% (contoh), maka Ron95 akan menjadi RM1.995 Seliter.
- Yang bermakna TAMBAHAN RM0.095 itu adalah CUKAI GST.
- Jika sekali anda mengisi Minyak dengan Nilai RM50.00, bermakna anda HANYA mendapat Nilai Minyak Ron95 RM47.50 sahaja dan RM2.50 adalah Cukai GST.
- Jika anda TERPAKSA mengisi Minyak sebanyak 5 KALI dalam Sebulan, itu bermakna anda telah membayar sebanyak RM250.00 dengan Cukai GST sebanyak RM12.50 sebulan. (ini jika Pengguna Peribadi)
- Jika seorang PENIAGA harus MENGISI Minyak sebanyak 15 KALI dalam Sebulan kerana Kenderaan di gunakan untuk Tujuan Perniagaan, maka mereka akan MEMBAYAR RM50.00 x 15 x 5% = RM787.50, dengan Cukai GST nya sebanyak RM37.50.
- Dimana KOS Cukai GST ini TIDAK DAPAT untuk di jadikan sebagai PENAMBAHAN kepada PENDAPATAN PERIBADI atau PENDAPAT SYARIKAT, dan bermakna TAMBAHAN KOS tersebut HARUS DI SERAP kedalam Budget Perbelanjaan.
TINDAK BALAS PENIAGA
Jika mereka DAPATI kesan daripada Cukai Tambahan ini (GST) menjejaskan segala KOS OPERASI di dalam KOS PENGANGKUTAN, secara LOGIK nya mereka akan MENAIKKAN
- KOS HARGA JUALAN
- KOS PENGHANTARAN
- DAN DI SERAP OLEH PENGGUNA / PEMBELI
2...BAHAN ASAS MAKANAN - Contoh 2
Seperti Gula, Susu, Tepung, Minyak Masak, Gas Memasak, Letrik, Bijirin dan yang lain-lain.
- Semua BAHAN ini adalah BAHAN KEPERLUAN ASAS MANUSIA untuk MENYIAPKAN MAKANAN & MINUMAN secara ASAS di Rumah Masing-Masing atau di mana-mana Kedai Makanan & Minuman di seluruh Negara.
- Jika SETIAP BAHAN menerima KENAIKAN CUKAI TAMBAHAN GST ini, maka PENGGUNA akan HARUS MEMBAYAR GST kepada SETIAP BARANGAN dengan Tambahan Nilai CUKAI yang di tetapkan oleh Kerajaan (katakan 5%)
- Jika untuk MEMBUAT Satu MENU MAKANAN anda memerlukan 10 BAHAN ASAS dan 5 daripada BAHAN tersebut di kenakan CUKAI GST, itu bermakna anda terpaksa membayar 5% x 5 kali GST untuk SATU MENU.
- Jika (contoh) KOS untuk menyiapkan MENU tersebut sebanyak RM50.00 (untuk 4-6 Orang), adakah PERKIRAAN Cukai GST tersebut RM50.00 x 5% (untuk keseluruhan cukai) sahaja ATAU harus di kira RM50.00 x 5 BAHAN x 5% (GST)...???.
- PERKIRAAN nya SUDAH TENTU akan DI KIRA berdasarkan CUKAI GST yang DI KENAKAN pada SETIAP BAHAN ASAS melalui JUMLAH PEMBELIAN & RESIT PERBELANJAAN KESELURUHAN.
- Dimana SETIAP BAHAN ASAS itu akan BERLAINAN HARGA PEMBELIAN dan akan membayar 5% (contoh) Cukai GST nya sendiri.
RUNGKAIAN KIRA-KIRA
- Jika 5 Bahan TIADA CUKAI GST maka Cukai GST keseluruhan untuk Baki 5 Bahan lagi adalah 25%.
- Oleh itu RM5.00 x 25% = RM6.25
- RM6.25 + RM25.00 (tiada cukai) = RM31.25
- RM31.25 + RM25.00 (bahan bercukai GST) = RM56.25
- TETAPI Angka Cukai GST keseluruhan maseh dalam 5%
- Ini Angka Cukai GST untuk membuat sesuatu MENU dan belum di masukkan Nilai-Nilai Cukai GST di dalam Bahagian-Bahagian lain seperti Kos-Kos Letrik, Air, Pekerja, Pembungkusan, Penghantaran dan Pengurusan yang juga terlibat dengan Cukai GST dan tidak dapat di KIRA melalui PEMBUATAN sesuatu MENU MAKANAN secara LANGSUNG.
- KERANA Kos-Kos ini kedudukan nya berada di dalam kategori Indirect Cost kepada penghasilan MENU tersebut, yang akan DI AMBIL KIRA di dalam PENYATA KEWANGAN secara KESELURUHAN di lain PENYATA.
- Dimana BUKAN SEMUA pertambahan CUKAI GST akan dapat untuk DI SERAPKAN kepada PEMBELI atau PENGGUNA seperti yang DI MATLAMATKAN oleh Sistem Cukai GST ini.
APABILA TERCETUS KENAIKAN HARGA DI LUAR ELEMEN GST
- KERANA sebab-sebab yang di huraikan, AKAN BERLAKU kenaikan-Kenaikan HARGA JUALAN kepada BARANGAN & PERKHIDMATAN yang TIDAK DAPAT DI ELAKKAN oleh Para Peniaga.
- MAKA akan banyak BARANGAN & PERKHIDMATAN yang DI SEDIAKAN oleh banyak SYARIKAT meletakkan KENAIKAN HARGA melepasi NILAI GST (5% contoh).
- Dimana LANGKAH tersebut di lihat sebagai LANGKAH untuk MENYERAP Segala Cukai-Cukai GST terhadap Indirect Costs yang lain dan juga untuk MENGEKALKAN MARGIN KEUNTUNGAN kepada PARAS yang lebih KOMPETITIF agar tidak beroperasi DI BAWAH PARAS KEUNTUNGAN.
- Dan KENAIKAN sebegini TIDAK AKAN DAPAT DI KAWAL oleh Pihak Kerajaan kerana WUJUD Elemen KESAHIHAN KENAIKAN di dalam semua KOS OPERASI Syarikat yang perlu DI AMBIL KIRA oleh sesebuah Syarikat.
RUMUSAN NYA
- CUKAI GST tetap menjadi suatu MEKANISMA yang sangat BERKESAN UNTUK memungut Cukai Barangan & Perkhidmatan kepada SETIAP RAKYAT tanpa terkecuali peringkat Usia, Jantina, Bangsa, Agama, Kedudukan, Pendapatan, Daerah / Kawasan dan Negeri dalam Negara.
- TETAPI Cukai GST ini akan mendatangkan BANYAK MASAALAH EKONOMI dalam Jangka Masa panjang JIKA Pihak Kerajaan TIDAK melakukan IMBANGAN di dalam Struktur Ekonomi RAKYAT melalui Potongan-Potongan Cukai dalam BENTUK LAIN dan BANTUAN-BANTUAN terhadap RAKYAT yang TERJEJAS TERUK.
- Dan secara IRONI nya TIDAK AKAN BERLAKU PENURUNAN HARGA kepada semua Barangan & Perkhidmatan Pengguna TETAPI akan menjana KENAIKAN HARGA yang BERTERUSAN.
- Dimana SEJARAH daripada NEGARA-NEGARA pengamal Cukai GST boleh di jadikan RUJUKAN.
editor
No comments:
Post a Comment