Monday, May 09, 2011

FAKTOR Y #4 - KENAPA BANYAK IKLAN TIDAK BERKESAN - Post #234

TIPsNIAGA.COM - Faktor Y - Post #234


KENAPA BANYAK IKLAN TIDAK BERKESAN
DIMANA KESILAPAN YANG SERING BERLAKU


PENGIKLANAN
Ada banyak JENIS IKLAN yang di gunakan untuk MEMPROMOSIKAN pelbagai PRODUK & PERKHIDMATAN yang ingin anda DEDAHKAN kepada UMUM.
TETAPI Ramai Pengiklan melakukan BANYAK KESILAPAN ketika MELAKAR IKLAN-IKLAN samaada yang di iklankan di dalam :

  • SURAT KHABAR
  • MAJALAH
  • BUKU
  • LEAFLETS
  • RADIO
  • TELEVISION
  • INTERNET
  • PAPAN TANDA (Billboard)
  • Dan Lain-Lain Jenis Pengiklanan
TUJUAN ASAL IKLAN
  • Tujuan Asal nya ialah untuk MEMBERI PENERANGAN mengenai BERITA TERBAHARU kepada sesuatu PRODUK & PERKHIDMATAN yang BELUM DI KETAHUI oleh Orang Ramai.
  • Dan BERITA yang DI TERANGKAN pula berbentuk PENERANGAN mengenai Isi kandungan Bahan-Bahan yang di gunakan, Spesifikasi Reka Bentuk dan Saiz, dan Cara Menggunakan.
  • Selebih nya akan menyentuh mengenai FAEDAH kepada PENGGUNAAN Produk & Perkhidmatan yang di pasarkan.
  • Kesemua nya DI TULIS dengan menggunakan Kaedah memberi Informasi Asas yang hanya berdasarkan kepada Informasi dari Spesifikasi ASAL.
  • Kebiasaan nya IKLAN seperti ini di sediakan oleh Pihak Pengeluar sesuatu Produk
  • Dan IKLAN seperti ini adalah TUNTUTAN UNDANG-UNDANG yang paling MINIMA bagi setiap Pengeluar Produk & Perkhidmatan Harus PATUHI
GAYA IKLAN BERUBAH APABILA 
  • GAYA PENULISAN & PERSEMBAHAN sesuatu IKLAN berubah apabila sesuatu Produk & Perkhidmatan itu DI AMBIL ALIH oleh Bahagian PEMASARAN.
  • Ini di sebabkan oleh FUNGSI sesebuah Bahagian / Jabatan PEMASARAN ialah untuk MENARIK PERHATIAN Golongan SASARAN terhadap Produk & Perkhidmatan yang di pasarkan.
  • Dengan TUJUAN untuk MEMBERIKAN IMPAK yang BERKESAN terhadap Golongan Pelanggan & Pengguna.
  • Dimana SETIAP AYAT & GAMBAR yang DI TONJOLKAN melalui IKLAN yang di Cipta itu AKAN MENJURUS kepada Menimbulkan atau Menerbitkan RASA untuk MEMILIKI Produk & Perkhidmatan yang di pasarkan.
  • KAEDAH ini pula DI SESUAIKAN dari ILMU PSIKOLOGI KEMANUSIAAN yang menjurus kepada PERASAAN atau EMOSI MANUSIA.
KENAPA ADA IKLAN TIDAK BERKESAN?
Sesuatu IKLAN menjadi TIDAK BERKESAN apabila sesuatu Iklan itu di reka & di tulis :-
  • Tidak bertepatan AYAT yang di gunakan dengan Produk yang cuba di tonjolkan.
  • Penggunaan BAHASA yang JANGGAL dan Sukar DI FAHAMI.
  • Penggunaan AYAT dan GAMBAR yang bertentangan MAKSUD nya.
  • Penggunaan AYAT yang MELAMPAUI BATAS sehingga kelihatan TIDAK LOGIK.
  • Penulisan AYAT-AYAT yang terlalu PANJANG & PADAT sehingga SUKAR untuk di baca.
  • Persembahan & Penonjolan FAEDAH yang KETERLALUAN sehingga menampakkan Gimik yang di sengajakan.
  • Iklan yang MEMUATKAN Dalil-Dalil Faedah & Kebaikan yang TIDAK BERKAITAN dengan Produk & Perkhidmatan yang di SYORKAN.
  • Penggunaan WARNA yang Tidak Bersesuaian dengan Reka Bentuk Iklan atau Jenis Produk yang cuba di ketengahkan.
  • Penggunaan FONT atau Reka Bentuk HURUF yang tidak menarik PERHATIAN kepada AYAT yang cuba DI UTAMAKAN.
CONTOH-CONTOH KESILAPAN & PENGELIRUAN
KATEGORI PROMOSI PRODUK KESIHATAN & KECANTIKAN
  • Penggunaan AYAT & INFORMASI yang KETERLALUAN melampaui FAKTA SEBENAR.
  • Sehingga sesuatu Produk & Perkhidmatan yang DI TONJOLKAN seakan-akan BOLEH MENYEMBUHKAN SEMUA PENYAKIT.
  • Maklumat Kajian Saintifik yang TIDAK RELEVAN dengan Keupayaan Produk yang di pasarkan.
  • Testimoni atau Pengakuan yang SENGAJA DI ADA-ADAKAN dan bukan berdasarkan KES-KES SEBENAR.
  • Penggunaan FAKTA yang MENGELIRUKAN dan mendatangkan BANYAK PERSOALAN UMUM.
KATEGORI PROMOSI PENGAMBILAN AHLI UNTUK SYARIKAT
Selalu di gunakan oleh Syarikat Direct Selling & Multi level Marketing (MLM)
  • Penggunaan FAKTA & DATA yang Mengelirukan dari TAWARAN yang SEBENAR.
  • Status Syarikat yang SAMAR-SAMAR samaada BERLESENKAN FRANCAIS atau MLM
  • Penonjolan SISTEM yang KETERLALUAN sehingga menimbulkan banyak TANDA TANYA.
  • Penggunaan AYAT AL QURAN & HADITH sebagai KILLER WORDS untuk Menarik Perhatian Ramai.
  • Semua nya dengan TUJUAN untuk MENARIK SASARAN untuk DATANG kepada MAJLIS TAKLIMAT yang SEBENAR, dimana IKLAN awal hanya BERTUJUAN untuk MENARIK seberapa ramai Orang untuk menghadiri nya.
  • Dan melalui MAJLIS TAKLIMAT yang sebenar itu pula baharu di lakukan PROSES PENGAMBILAN dengan menggunakan pelbagai Kaedah MEMPENGARUHI.
KATEGORI PROMOSI PERKHIDMATAN RESTORAN & MAKANAN
  • Penonjolan sesuatu MENU yang KETERLALUAN sehingga menggambarkan semua MENU di paparkan sebagai terlalu SEDAP & HEBAT.
  • Penonjolan SERVICE yang kelihatan terlalu HEBAT dan terlalu BERMUTU
  • Pemaparan Senarai MENU MAKANAN yang tidak WUJUD.
  • Tetapi di dalam KEADAAN yang SEBENAR nya ia BERTENTANGAN dengan MUTU dan MENU yang sebenar.
KATEGORI PROMOSI PRODUK KEGUNAAN PENGGUNA
Yang termasuk segala Peralatan Elektrik, Elektronik, Perkakas & Peralatan Rumah Tangga.
  • Penggunaan AYAT & INFORMASI yang TIDAK RELEVAN dengan Produk.
  • Penggunaan AYAT yang MENGGAMBARKAN sesuatu Produk itu seperti MULTI PURPOSE & TAHAN LAMA tetapi keadaan sebenar tidak begitu.
  • Penonjolan IKLAN yang MENGAIBKAN & MERENDAHKAN produk Syarikat PESAING.
  • Penggunaan HELAH dengan TAWARAN BONUS yang MENGELIRUKAN Pengguna dengan tujuan untuk MENIPU.
KATEGORI PEMASARAN INTERNET 
Yang MENSASARKAN BISNIS ONLINE
  • PENYEMBUNYIAN TUJUAN sebenar Syarikat untuk mencari AHLI dengan SENGAJA memberikan MAKLUMAT yang tidak tepat dan mengelirukan, Seperti menonjolkan TIDAK MENJUAL PRODUK atau TIDAK PERLU MENCARI ORANG tetapi keadaan sebenar adalah sebalik nya.
  • KENYATAAN yang mengatakan TIDAK PERLU MEMBAYAR atau MEMBELI tetapi apabila ingin mendaftar DI KEHENDAKI MEMBAYAR & MEMBELI PRODUK sebagai SYARAT.
ULASAN
  • ITU SEMUA adalah CONTOH-CONTOH terhadap IKLAN-IKLAN yang banyak melakukan KESILAPAN dan IKLAN yang berunsurkan PENGELIRUAN terhadap Golongan SASARAN.
  • KERANA SEBAB-SEBAB tersebut, pada Zaman ini Orang Ramai sudah mula untuk BERHATI-HATI terhadap IKLAN yang sangat KETERLALUAN dan cuba menghindari nya.
  • Dan hanya IKLAN yang KELIHATAN JUJUR di dalam PENONJOLAN FAKTA & DATA akan lebih menarik PERHATIAN PEMBACA.
  • KERANA itu, jika anda INGIN melakukan sebarang PENGIKLANAN melalui apa juga bentuk MEDIA, anda harus lebih BERHATI-HATI agar apa yang cuba anda TONJOLKAN & GAMBARKAN itu tidak MENIMBULKAN RASA SYAK WASANGKA daripada para PEMBACA.
  • KERANA TUJUAN ASAL IKLAN yang untuk MENARIK PERHATIAN PENGGUNA dan BUKAN untuk MENIMBULKAN RASA TAKUT, RASA SYAK & SANGKAAN yang BURUK terhadap Syarikat anda.
editor

No comments:

Post a Comment