Monday, May 09, 2011

FAKTOR Y #5 - KENAPA PRODUK TEMPATAN GAGAL - Post #235

TIPsNIAGA.COM - Faktor Y - Post #235


KENAPA PRODUK TEMPATAN GAGAL
GAGAL UNTUK MENGATASI PRODUK ANTARABANGSA


JIKA di perhatikan banyak Produk-Produk Buatan Tempatan yang di Hasilkan oleh Rakyat Tempatan sesebuah Negara akan GAGAL untuk MENYAINGI atau MENGATASI produk-produk yang SAMA JENIS tetapi di buat oleh Negara-Negara LUAR.
Dan BANYAK FAKTOR yang menjadi PENYEBAB untuk di jadikan ALASAN mengapa sesuatu produk tempatan itu GAGAL BERSAING.
TETAPI suatu PERSOALAN yang sangat PENTING ialah MENGAPA KESILAPAN YANG SAMA selalu DI ULANGI oleh Pembuat-Pembuat Tempatan, seolah-olah MEREKA memiliki FIKIRAN yang SAMA dan yang SERUPA sedangkan mereka tidak ada kaitan langsung dari semua segi.


APAKAH KESILAPAN YANG SERING DI LAKUKAN?
Yang Paling Jelas Sekali ialah Pembuat Tempatan :-
  • SUKA MENGURANGKAN MUTU & REKAAN BUATAN dengan menggunakan Bahan-Bahan yang Kurang Bermutu atau Rendah Mutu.
  • Rekaan & Mutu Pembungkusan yang tidak menurut PAIWAIAN & KEHENDAK Pasaran Antara Bangsa.
  • Rekaan yang LEBIH Menumpukan & Mensasarkan kepada Pelanggan Tempatan.
  • Rekaan yang TIDAK DI SESUAIKAN dengan KEHENDAK Pelanggan yang bercorak Antara Bangsa.
DI SEBALIK PEMIKIRAN MEREKA IALAH UNTUK
  • Mengurangkan KOS PEMBUATAN dan akan dapat Mengurangkan HARGA JUALAN secara keseluruhan.
  • Dengan Harga Jualan yang Rendah dari Produk Antara Bangsa, mereka MENJANGKAKAN akan mendapat SAMBUTAN yang menggalakkan dari pelanggan sebagai Produk Alternatif.
  • Dengan penggunaan Bahan-Bahan yang Rendah Kos, mereka juga beranggapan akan dapat MENGEKALKAN TAHAP MUTU yang BERDEKATAN dengan Mutu Produk Luar melalui pendekatan dan pengetahuan Teknologi yang mereka miliki.
  • Dengan CARA atau KAEDAH ini mereka berharap akan dapat MENGGANTIKAN penggantungan pembelian Pengguna terhadap produk-Produk Luar.
  • Dan perniagaan Syarikat mereka di jangkakan akan berjaya untuk MENEMBUSI Dominasi Produk-Produk Luar.
APA YANG MEREKA TIDAK JANGKAKAN
  • Produk yang mereka HASILKAN tidak dapat Bertahan Lama atau tidak setanding dengan Mutu yang di hasilkan oleh produk Luar dalam kategori yang sama.
  • Pengguna mungkin akan membeli buat pertama kali kerana PENJIMATAN yang di tonjolkan tetapi Pengguna akan BERHENTI MEMBELI jika PENJIMATAN jangka masa panjang tidak di perolehi seperti faktor pembuatan yang tidak kukuh, mudah rosak atau tidak berkesan jika di bandingkan dengan produk serupa dari luar.
  • Sedangkan Perbezaan Harga Pembelian tidak kelihatan jauh berbeza dan untuk Hitung Panjang, menggunakan Produk Tempatan akan lebih kerap pembelian di lakukan daripada Produk Luar Negara.
  • Inilah perkara-perkara yang tidak di ambil perhatian ketika Mencipta dan Membuat Produk
KEKURANGAN R&D YANG MENYELURUH
Pembuat Produk Tempatan juga tidak memberi Perhatian Faktor R&D yang menyeluruh ketika mereka cuba Mencipta sesuatu produk yang bertujuan untuk Menyaingi Produk Luar seperti :-
  • KAJIAN mengenai KEKUATAN & KELEMAHAN Produk Luar
  • KAJIAN mengenai BAHAN-BAHAN ASAS untuk pembuatan oleh Produk Luar
  • KAJIAN mengenai MUTU Ketahanan dan MUTU Keselamatan Produk Luar
Dimana KONSEP REVERSE ENGINEERING TECHNOLOGY RESEARCH ( pengkajian ke akar umbi ) tidak di lakukan terhadap pembuatan Produk Luar tidak dapat di lakukan kerana KETIADAAN PERALATAN & TEKNOLOGI yang sesuai dan bertepatan.

KEKURANGAN PENGETAHUAN REVERSE ENGINEERING TECHNOLOGY RESEARCH (RETR)
  • KETIADAAN pengetahuan mengenai RETR juga di lihat sebagai KELEMAHAN Pereka-Cipta Tempatan kerana KETERBATASAN LULUSAN dari Bidang ini.
  • Dan KOS PENYEDIAAN yang tinggi untuk MENYEDIAKAN UNIT RETR juga di lihat menjadi penghalang.
  • Dimana hanya Syarikat-Syarikat yang besar dan Pihak-Pihak University sahaja yang mampu untuk menubuhkan UNIT seperti RETR ini.
  • Kerana melalui KAEDAH RETR, seseorang itu akan dapat segala MAKLUMAT yang TERPERINCI apakah BAHAN-BAHAN serta KUANTITI yang di guna-pakai untuk sesuatu jenis produk.
  • Dimana Negara-Negara seperti JEPUN, KOREA, CHINA, TAIWAN telah melakukan RETR ini sebagai langkah untuk MEREKA-CIPTA Produk-Produk Alternatif terhadap Produk-Produk keluaran EROPAH suatu ketika dahulu dan maseh lagi di amalkan di dalam PEREKA-CIPTAAN PRODUK.
  • RETR juga di lihat sebagai SUATU LANGKAH untuk MENGATASI MASAALAH seperti HAK CIPTA, TRADEMARK dan PATENT
KEENGGANAN UNTUK MELABUR TERHADAP TECHNOLOGY
  • Keengganan untuk melakukan PELABURAN terhadap sesuatu TEKNOLOGI juga di lihat sebagai suatu KELEMAHAN.
  • Kerana Peniaga & Usahawan Tempatan tidak MERASAKAN perkara tersebut sebagai suatu KEMESTIAN.
  • Mereka lebih selesa dengan dapat membuat sesuatu yang serupa tanpa perlu melakukan PENGKAJIAN yang TELITI dan MENYELURUH.
  • Ini juga SATU FAKTOR KEGAGALAN untuk BERSAING dengan Pembuat-Pembuat Luar Negara
ULASAN
CUBA anda lihat dan lakukan PENILAIAN sendiri mengenai Produk-Produk BUATAN Tempatan yang pernah anda beli dan gunakan. 
  • Adakah segala MUTU yang HARUS ADA mereka sediakan?
  • Adakah benar-benar setanding dengan produk yang sama dari Negara Luar?
  • Dan apakah PENGALAMAN anda ketika menggunakan nya, adakah dapat MERASAI KESAMAAN dengan Produk-Produk yang Berkualiti dari Luar Negara?
KERANA PERSOALAN NYA DI SINI IALAH
  • Adakah Pembuat Produk Tempatan hanya MENCIPTA untuk mendapatkan KEUNTUNGAN dalam masa yang SINGKAT dan dalam masa yang TERTENTU sahaja?
  • Atau maseh di dalam peringkat ingin MENCUBA-CUBA dengan pengetahuan yang ada?
  • Atau benar-benar untuk MEWUJUDKAN ALTERNATIF terhadap PENGGANTUNGAN kepada Produk Buatan Luar Negara?
  • Sedangkan Rakyat Tempatan SUDAH TAHU mengenai MUTU PRODUK dan SANGGUP untuk BERBELANJA LEBIH bagi Produk yang BERMUTU.
LIHAT SAHAJA CONTOH
Berapa Ramai Rakyat tempatan yang memiliki dan membeli JENAMA TERNAMA yang TERKENAL untuk Produk-Produk seperti :-
  • KERETA
  • MOTOSIKAL
  • PERALATAN & PERKAKAS ELEKTRONIK & ELEKTRIKAL
  • PAKAIAN & AKSESSORI PAKAIAN
  • JAM TANGAN
  • PERKAKAS RUMAH TANGGA
  • PERKAKAS PEJABAT
  • BAHAN MAKANAN 
  • PRODUK KESIHATAN
  • Dan pelbagai lagi produk Penggunaan Pengguna yang lain nya
editor

2 comments:

  1. Salam sejahtera, bolehkah anda memberi sikit contoh mengenai produk tempatan yang gagal?

    ReplyDelete
  2. Salah satu yang suatu masa dulu sangat terkenal tetapi kemudiannya gagal adalah syarikat yang mengeluarkan jenama ZAITON.

    ReplyDelete