Saturday, May 14, 2011

FAKTOR Y #13 - APA KESAN GST KEPADA TRANSFORMASI EKONOMI - Post #243

TIPsNIAGA.COM - Faktor Y - Post #243


APA KESAN GST KEPADA TRASFORMASI EKONOMI
KESAN KEPADA RAKYAT, PENIAGA DAN KERAJAAN


Di Negara Malaysia ada Dua (2) Perkara BESAR yang akan MENJEJASKAN KEHIDUPAN RAKYAT samada kearah KESEJAHTERAAN atau kearah KEPERITAN HIDUP.
PERTAMA 
  • Ialah HAL Perancangan Transformasi Ekonomi (ETP) yang sedang DI USAHAKAN untuk mencapai TARAF Negara MAJU pada Tahun 2020.
  • Sila Rujuk Posting #242 & #241
KEDUA
APAKAH KESAN NYA KEDUA-DUA PERLAKSANAAN TERSEBUT KEPADA RAKYAT DAN GOLONGAN PENIAGA & USAHAWAN
PERTAMA : PERLAKSANAAN ETP
  • Sememang nya sangat baik dan akan menaikkan Taraf Hidup dan Ekonomi Rakyat & Negara dari 10 Tahun akan datang melalui Perancangan Pembangunan Ekonomi yang telah di huraikan melalui Dua Posting yang lalu.
  • Tetapi sepanjang 10 Tahun ini, dari Tahun ini 2011 hingga Tahun 2020, keseluruhan RAKYAT maseh lagi BERADA di dalam keadaan Ekonomi yang BELUM TERANSANG dan BELUM TIBA kepada SASARAN EKONOMI yang DI RANCANGKAN.
  • Ini memberi MAKSUD bahawa KESEDIAAN RAKYAT maseh belum MENCUKUPI dari Segi MENTAL & FIZIKAL.
  • Dalam lain perkataan, keadaan EKONOMI RAKYAT BELUM BERTARAF MAJU lagi.
KEDUA : PERLAKSANAAN GST (CUKAI)
  • Kerajaan Malaysia kini mensasarkan untuk MELAKSANAKAN CUKAI GST pada Tahun 2011 atau pada Tahun berikut nya.
  • Dimana setelah PERLAKSANAAN, kebanyakan Produk & Perkhidmatan DI KENAKAN GST (sekitar 5-6%), walaupun KAJIAN maseh lagi di teruskan.
  • Ini membawa MAKSUD bahawa Pihak Kerajaan maseh bersunguh-sungguh untuk MELAKSANAKAN GST walaupun ETP maseh belum menampakkan HASIL nya.
KESAN-KESAN NYA
KEPADA RAKYAT
  • RAKYAT secara UMUM akan MERASA TEKANAN yang sangat HEBAT untuk MENERIMA DUA TEKANAN daripada Perlaksanaan ETP dan GST di dalam MASA yang sangat BERDEKATAN.
  • Ini akan menimbulkan BANYAK KESAN NEGATIF terhadap TAHAP PSIKOLOGI RAKYAT secara keseluruhan.
  • Terutama nya di dalam Golongan Bawahan di dalam Sistem Ekonomi Negara.
KEPADA PENIAGA & USAHAWAN
  • Para PENIAGA & USAHAWAN yang di dalam Kategori Pembuatan Produk & Pemberi Perkhidmatan kepada AWAM yang sediaada AKAN menerima TEKANAN yang TERUK, kerana Golongan ini yang akan menerima KESAN TERUS daripada Dua (2) Perlaksanaan ETP & GST.
  • Walaupun sebagai Peniaga, mereka tidak akan MERASAKAN kewujudan GST tetapi dari segi KOS-KOS yang TERLIBAT samaada Secara Langsung atau Tidak Langsung akan MEMBEBANKAN mereka secara jangka panjang.
  • Ini belum lagi HAL yang melibatkan ETP terhadap Perniagaan mereka yang berada dalam keadaan yang sangat Kompetitif.
KEPADA KERAJAAN
HAL ETP
  • Untuk Hal yang melibatkan ETP, Pihak Kerajaan maseh boleh menarik Nafas Lega kerana Hal-Hal Pembangunan Ekonomi akan banyak melibatkan faktor Pelaburan Dalam & Luar Negara yang mengkhususkan DANA.
  • Dimana Kemajuan ETP dan melalui Kesan Sampingan nya hanya akan dapat DI RASAKAN apabila Negara telah MENCAPAI TARAF NEGARA MAJU.
  • Itu bermakna Pihak Kerajaan maseh memiliki MASA yang agak Panjang untuk mencari FORMULA untuk mengatasi KESAN-KESAN SAMPINGAN nya.
HAL GST
  • Pihak Kerajaan pula akan berhadapan dengan BANYAK MASAALAH untuk menangani MASAALAH dari KESAN KEWUJUDAN GST daripada RAKYAT selepas beberapa BULAN sahaja melaksanakan nya.
  • Kerana melalui GST, semua LAPISAN RAKYAT akan TERLIBAT dengan semua KENAIKAN HARGA.
  • Dimana, menurut kelaziman di dalam sesuatu perlaksanaan GST, dalam tahun pertama AKAN WUJUD banyak Permasaalahan Ekonomi Rakyat & Pertumbuhan Ekonomi Negara kerana FIKIRAN RAKYAT akan cuba MENGEKANG PERBELANJAAN HARIAN.
ULASAN
  • Jika DI UKUR dari Sudut Perlaksanaan Pembangunan Ekonomi untuk Negara, CUKAI adalah SUMBER UTAMA dan setiap PEMERINTAH akan cuba untuk memungut CUKAI dengan Cara serta Kaedah yang BERKESAN dan itu adalah TUGAS UTAMA Kerajaan.
  • TETAPI melakukan DUA (2) PERLAKSANAAN ETP & GST yang berlainan TUJUAN ini dalam MASA untuk MENINGKATKAN EKONOMI RAKYAT dan DI LAKSANAKAN juga CUKAI GST, maka perkara tersebut akan MENGUNDANG KECACATAN kepada Perlaksanaan ETP atau BERTENTANGAN TUJUAN.
KERANA
  • PERLAKSANAAN GST adalah bertujuan untuk MENINGKATKAN PENDAPATAN NEGARA, manalaka PERLAKSANAAN ETP adalah untuk MENINGKATKAN PENDAPATAN RAKYAT.
  • JADI, jika kedua-dua nya di lakukan dalam MASA YANG SAMA maka PENINGKATAN EKONOMI RAKYAT tidak akan BERJAYA DI TINGKATKAN di sebabkan oleh KENAIKAN CUKAI & HARGA PRODUK dan PERKHIDMATAN yang berlaku dahulu.
  • Dimana KESAN NYA adalah SANGAT BURUK terhadap Kerajaan yang Memerintah dari Segi KECEKAPAN MENGURUS-TADBIR EKONOMI dari Sudut yang BETUL.
CONTOH
  • KESAN BURUK seperti ini lah yang berlaku di SINGAPURA apabila RAKYAT menunjukkan RASA TIDAK KEPUASAN HATI mereka kepada Pemerintah melalui UNDI di dalam Pilihan Raya Umum mereka yang baharu berlalu (7hb Mei 2011)
  • Kerana kenaikan KOS SARA HIDUP yang Melambung Tinggi semenjak GST di perkenalkan pada Tahun 2003 dengan Angka 3%, pada Tahun 2006 di naikkan kepada 4% dan pada tahun 2009 pula menjangkau kepada Angka 7%
  • Dimana KEROSAKAN kepada Ekonomi yang menjejas PRODUK & PERKHIDMATAN yang ASAS telah menjadi BEBAN UTAMA RAKYAT kerana Pihak Kerajaan di dapati TIDAK MAMPU melakukan KAWALAN lagi dan terpaksa MENURUT KEHENDAK PASARAN.
  • Negara SINGAPURA adalah Negara yang telah mencapai TARAF NEGARA MAJU setelah melakukan TRASFORMASI EKONOMI nya yang di mulakan pada awal tahun 80an lagi.
RUMUSAN
  • NEGARA MALAYSIA maseh memiliki banyak MASA untuk MENELITI DAN MENGKAJI perlaksanaan GST yang di ura-urakan itu.
  • KERANA IMPLIKASI terhadap PEMERINTAH amat BURUK jika tidak DI TADBIR-URUS dengan CARA & KAEDAH yang TEPAT serta BETUL.
  • HANYA NEGARA yang MENGALAMI DEFISIT KEWANGAN YANG BURUK sahaja akan mengambil PENDEKATAN untuk melaksanakan CUKAI GST terhadap RAKYAT sebagai JALAN KELUAR untuk MENGIMBANGI HUTANG LUAR nya.
  • ATAU tidak memiliki KECEKAPAN untuk MENTADBIR-URUS EKONOMI NEGARA melalui SISTEM KEWANGAN & PERCUKAIAN yang SEDIAADA.
  • Negara ASEAN hanya Singapura dan Thailand sahaja yang telah melaksanakan CUKAI GST dan kedua-dua nya menempuhi MASAALAH EKONOMI YANG BURUK dan keadaan Politik yang BERGOLAK kerana KEPIMPINAN NEGARA terhadap HAL EKONOMI DI PERTIKAIKAN OLEH RAKYAT mereka sendiri.
editor

Disclaimer
Artikel ini adalah PENDAPAT dan PANDANGAN peribadi Editor TIPsNIAGA.COM dan di tulis menerusi Sudut yang PROFESIONAL.


Secara PROFESIONAL, saya berpendapat MALAYSIA hanya BAIK untuk MELAKSANAKAN CUKAI GST pada Tahun 2020 Atas sebab-sebab KETIDAK-SEDIAAN RAKYAT MALAYSIA yang maseh TIDAK SEIMBANG dari Segi PENDAPATAN KASAR dan TAHAP EKONOMI dalam sesebuah Sektor Negeri-Negeri nya.

No comments:

Post a Comment