Wednesday, May 04, 2011

REVIEW #36 : MAJIKAN & KESIHATAN PEKERJA - Post #226

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #226


MAJIKAN & KESIHATAN PEKERJA
APAKAH TANGGUNG JAWAP MAJIKAN


Sebagai MAJIKAN anda bertanggung-jawap terhadap Hal Ehwal Para PEKERJA seperti juga yang di Tuntut di dalam Perundangan BURUH & Hubungan Perindustrian (sila semak menurut Negara masing-masing)
Tetapi Posting kali ini BUKAN untuk MENGHURAIKAN Terma Undang-Undang Buruh yang bekaitan dengan Para Pekerja, kali ini akan di perkatakan PERKARA PENJAGAAN KESIHATAN PEKERJA yang boleh MENJEJASKAN UNTUNG RUGI kepada Syarikat anda.
Oleh yang demikian, sebagai MAJIKAN anda perlu mengambil PERHATIAN yang serius terhadap ISU PENJAGAAN KESIHATAN PEKERJA agar setiap pekerja anda dapat bekerja dalam keadaan yang SIHAT serta TERHINDAR daripada GEJALA di jangkiti oleh PENYAKIT.


PENJAGAAN KESIHATAN PEKERJA
  • PEKERJA DALAM PEJABAT
  • PEKERJA DALAM KILANG
  • PEKERJA BEKERJA DI LUAR
PEKERJA DALAM PEJABAT
Kebiasaan nya Pejabat-Pejabat pada hari ini adalah dalam suasana yang TERTUTUP dan BERHAWA DINGIN, Jadi APA yang perlu anda KETAHUI dan HARUS DI ELAKKAN untuk mengurangkan GEJALA PENYAKIT?

1...SISTEM PENGUDARAAN BILIK PEJABAT
  • Pastikan SISTEM PEREDARAN UDARA di dalam setiap bahagian BILIK dapat BEREDAR & BERGERAK dengan MEMASANG ALAT PENYEDUT UDARA yang Efisien bagi Mengelakkan Pengudaraan yang Mampat dan Terkongkong.
  • Jika Sistem Pengudaraan TIDAK SESUAI dengan KELUASAN sesebuah Bilik Pejabat dan Jumlah Pekerja di dalam sesebuah Bilik, maka akan berlaku PENCEMARAN UDARA dan Pekerja akan mudah di jangkiti Penyakit.
  • Rujuk kepada Syarikat yang memasang Sistem Penyaman Udara dan mereka akan dapat membantu anda untuk memahami Penggunaan Sistem Pengudaraan yang betul serta bersesuaian dengan keluasan sesebuah Bilik Pejabat.
  • Ini amat PENTING untuk Pekerja-Pekerja di dalam Pejabat untuk jangka masa panjang.
2...KEBERSIHAN PEJABAT & BILIK AIR
  • Kebersihan di dalam pejabat termasuk keadaan BILIK AIR juga amat PENTING dan harus di pastikan kebersihan nya sentiasa di JAGA 
  • Bilik Air juga harus di sediakan Cecair Pencuci Tangan yang dapat menghapuskan KUMAN serta dari jenis yang Bermutu.
  • Kerana sekeliling Pejabat dan Bilik Air ini adalah kawasan-kawasan yang MUDAH untuk MEMBIAKKAN KUMAN-KUMAN.
  • Pastikan ada Pekerja Pembersihan yang di lantik atau di kontakkan bagi menjaga kebersihan nya secara profesional.
  • Jangan menggunakan Kaedah menggunakan pekerja pejabat untuk melakukan kerja-kerja ini kerana mereka tidak akan melakukan pekerjaan yang baik dan teliti di sebabkan pekerjaan tersebut di LUAR BIDANG PEKERJAAN mereka.
3...PEKERJA YANG SAKIT
  • Jangan mengamalkan MENYURUH PEKERJA YANG SAKIT untuk datang bekerja kerana POTENSI untuk mereka MEREBAKKAN PENYAKIT kepada pekerja yang lain adalah BESAR.
  • Pekerja yang sedang SAKIT harus di larang datang bekerja selagi belum sembuh.
  • Langkah ini akan dapat MENJIMATKAN KOS KESIHATAN yang lebih besar jika Ramai Pekerja lain DI JANGKITI.
  • Juga menyalahi Undang-Undang mengarahkan Pekerja yang Bercuti Sakit untuk bekerja.
PEKERJA DALAM KILANG
  • Pekerja-Pekerja di dalam KILANG juga harus DI SEDIAKAN dengan ORIENTASI untuk memahami Hal-Hal menjaga KESELAMATAN & KESIHATAN secara menyeluruh.
  • Seperti Cara-Cara Bekerja yang Selamat & Betul
  • Cara-Cara Pengendalian Peralatan & Mesin yang Bahaya dengan Betul
  • Di sediakan Pakaian Seragam yang bersesuaian dengan Jenis-jenis Tugas bagi mengelakkan KEMALANGAN.
  • Menetapkan MASA BEKERJA dan MASA BEREHAT dengan TEPAT & BETUL agar setiap Pekerja akan dapat meredakan TEKANAN KERJA dan MEMULIHKAN TENAGA & FIKIRAN.
  • Setiap Pekerja yang SAKIT juga harus DI LARANG datang bekerja bagi mengelakkan JANGKITAN KUMAN terhadap pekerja yang lain.
  • Sebaik nya setiap Syarikat HARUS menyediakan KLINIK yang DI LANTIK oleh Syarikat di kawasan-Kawasan yang berdekatan dengan tempat tinggal pekerja dan pejabat, langkah ini untuk MENJIMATKAN KOS RAWATAN & MASA secara Jangka Masa Panjang.
  • Kerana Kaedah menggunakan KLINIK DI LANTIK juga akan mengurangkan CAJ bagi Merawat seseorang pekerja, daripada pekerja mendapatkan rawatan di Klinik-Klinik luar yang lain.
PEKERJA BEKERJA DI LUAR
  • Pastikan pekerja-Pekerja yang bekerja di luar mengikuti segala ARAHAN BEKERJA dengan Tepat & Betul.
  • Pastikan mereka MEMATUHI segala Peraturan Undang-Undang Lalu Lintas bagi mengelakkan sebarang Kemalangan di jalan raya
  • Pastikan mereka di beri Perlindungan Insuran yang berkaitan dengan pekerjaan mereka di Luar Kawasan.
  • Pastikan mereka bekerja tidak MELAMPAUI MASA yang di benarkan oleh Undang-Undang Buruh bagi mengelakkan Penyakit seperti Stress (tekanan), kepenatan dan penyakit-penyakit yang berkaitan.
  • Juga Harus Di Sediakan TEMPAT MAKAN yang meyediakan Makanan & Minuman yang SIHAT untuk Para Pekerja. Pastikan Penjual Makanan Mematuhi untuk menjual MENU-MENU makanan yang sesuai seperti yang di sarankan oleh Kementerian Kesihatan.
  • Langkah ini akan dapat menjamin Kesihatan Pekerja anda
ADAKAH SEMUA PERKARA INI PENTING?
  • Sebagai MAJIKAN anda HARUS BERFIKIR secara lebih luas, jika anda TIDAK MENYEDIAKAN suasana bekerja YANG SELAMAT dan YANG SIHAT, maka anda akan dapati Ramai Pekerja anda akan jatuh sakit, samaada kerana Jangkitan Kuman atau pun kerana Kemalangan Industri yang bersebabkan keadaan bekerja yang tidak selamat.
  • Jika Perkara-perkara seperti ini sering BERLAKU maka anda akan dapati KOS RAWATAN untuk Para Pekerja anda akan MENINGKAT dari masa ke semasa.
  • Dan KOS RAWATAN ini pula akan MELEBIHI KOS PENJAGAAN KEBERSIHAN & KESELAMATAN jika di jadikan AMALAN.
  • Dimana dari SEGI KOS, menurut STATISTIK ANTARA BANGSA, Kos Rawatan adalah LEBIH BESAR daripada KOS PENCEGAHAN untuk menjaga Kebersihan & Keselamatan yang sentiasa di jalankan.
ULASAN
  • MAJIKAN yang bersedia untuk melakukan COST EFFECTIVE akan cenderung untuk melakukan KOS PENCEGAHAN daridapa KOS RAWATAN.
  • Dimana bukan sahaja Pihak Syarikat dapat MENJIMATKAN KOS tetapi Para Pekerja juga akan MENDAPAT Perlindungan Kesihatan yang BERTERUSAN dan terhindar daripada Jangkitan Penyakit atau Kemalangan Perindustrian.
editor

No comments:

Post a Comment