Friday, May 06, 2011

REVIEW #40 : MAJIKAN & MASAALAH KEWANGAN - Post #230

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #230


MAJIKAN & MASAALAH KEWANGAN
APAKAH YANG SERING BERLAKU


PERMASAALAHAN
  • SETIAP MAJIKAN akan menghadapi pelbagai MASAALAH semasa menjalankan perniagaan mereka dari awal penubuhan Syarikat sehingga Syarikat tersebut berjaya menaiki Tangga-Tangg Kemajuan dari Tahun ke Tahun.
  • MASAALAH yang sering MELANDA setiap MAJIKAN ialah MASAALAH KEWANGAN samaada yang melanda Kewangan Syarikat atau pun Kewangan Peribadi.
Berikut adalah Perkara-Perkara atau Sebab-Sebab yang menjadi Masaalah:
1...MASAALAH KEWANGAN SYARIKAT
  • Selalu nya Pihak MAJIKAN sering MELUPAKAN Faktor Berjimat Cermat daripada Wang Keuntungan Syarikat.
  • MAJIKAN sering LUPA untuk MEMPERUNTUKKAN AGIHAN KEUNTUNGAN bagi Tujuan Pengembangan Syarikat di masa depan.
  • Dimana TIDAK ADA SIMPANAN KHAS di lakukan untuk Tujuan-Tujuan seperti itu.
  • Dan MAJIKAN juga LUPA untuk MENYELARASKAN segala KENAIKAN KOS OPERASI yang akan berlaku terhadap GAJI PEKERJA, SEWA BANGUNAN, KOS PENGANGKUTAN, KOS PEMBUATAN dan segala KOS OPERASI Perniagaan yang berkaitan, yang akan BERTAMBAH dari Tahun ke Tahun.
  • Lalu segala BEBAN KEWANGAN ini akan BERTAMBAH dan menjadi HUTANG yang sukar untuk di selesaikan dalam masa yang singkat.
  • Di sini lah bermula nya PERMASAALAHAN yang lain untuk menambahkan lagi BEBANAN kepada MAJIKAN.
2...MASAALAH KEWANGAN PERIBADI
  • Jika Masaalah Kewangan Syarikat TERJEJAS TERUK, maka Masaalah Kewangan Peribadi secara LANGSUNG akan memberikan KESAN yang BURUK kepada setiap MAJIKAN.
  • Dimana mereka sudah Tidak Dapat untuk mengambil GAJI atau Keuntungan daripada Pihak Syarikat di sebabkan BEBANAN Kewangan yang sudah wujud.
  • Melalui BANYAK KES PENCERAIAN di Mahkamah (semua mahkamah), kebanyakan PUNCA PENCERAIAN (95%) Pasangan yang berusia daripada 35 tahun keatas BERPUNCA daripada MASAALAH KEWANGAN daripada Golongan Peniaga yang Bekerja Sendiri sebagai Usahawan.
  • Dengan bertambahkan MASAALAH di dalam Rumah Tangga mereka, maka Masaalah Syarikat denagan Masaalah Peribadi telah menjadi SATU MASAALAH YANG SAMA.
  • Dan kebanyakan Peniaga yang bergelar MAJIKAN GAGAL untuk melepasi MASAALAH ini secara serentak dan Statistik menunjukkan mereka akan GAGAL untuk Mengekalkan kedua-dua nya sekali.
MENGAPA MASAALAH INI WUJUD?
Ini adalah kerana Ramai MAJIKAN yang GAGAL untuk MENETAPKAN PERKARA yang berikut:-

1...PERANCANGAN PERNIAGAAN
2...KESABARAN MENJALANKAN PERNIAGAAN

PENJELASAN KEGAGALAN TERSEBUT
  • GAGAL UNTUK MERANCANG
  • GAGAL UNTUK MELABUR
  • GAGAL UNTUK MELABUR DENGAN BETUL
  • GAGAL UNTUK MENGIKUT PROSEDUR YANG BETUL
  • GAGAL UNTUK MENYIMPAN LEBIH
  • TERJEBAK DENGAN SKIM CEPAT KAYA
HURAIAN
GAGAL UNTUK MERANCANG

  • Syarikat tidak di sediakan PERANCANGAN PERNIAGAAN untuk Jangka Masa panjang untuk di ikuti sebagai MATLAMAT
  • Seperti PERANCANGAN untuk 5 TAHUN PERTAMA 
  • Mengenai Apakah yang PERLU di lakukan dalam Jangka Masa tersebut supaya Syarikat dapat menjadi MAJU & KUKUH.
  • Dan PERANCANGAN selepas 5 TAHUN keatas jika berjaya melepasi Perancangan AWAL.
GAGAL UNTUK MELABUR
  • Pihak Syarikat GAGAL untuk MELABUR kepada sesuatu Pembangunan di dalam Operasi Pengurusan terhadap Teknologi yang boleh MENJIMATKAN KOS.
  • Pelaburan untuk Pembangunan PEKERJA terhadap KEMAHIRAN DIRI agar lebih Cekap & Efisien dalam melakukan Tugas & Tanggung Jawap.
  • Pelaburan Kewangan untuk Syarikat dalam Jangka Masa Panjang melalui Pembelian ASET atau Produk-Produk Kewangan yan gdi tawarkan oleh Pihak bank & Insuran contoh nya.
GAGAL UNTUK MELABUR DENGAN BETUL

  • Jika Syarikat ada membuat Pelaburan TETAPI pelaburan yang di lakukan tidak Menepati Matlamat untuk sesuatu Jangka Masa yang di jangka boleh Meraih Pulangan.
GAGAL UNTUK MENGIKUT PROSEDUR YANG BETUL
  • Dalam melakukan PELABURAN melalui Institusi Kewangan & Insuran, mereka tidak mengikuti Prosedur pelaburan yang TEPAT & BETUL dan akhir nya mengakibatkan KERUGIAN
  • Ini di sebabkan tidak cuba mendapatkan Khidmat Pakar- Pakar Pelaburan terlebih awal dan cuba melakukan nya sendiri.
GAGAL UNTUK MENYIMPAN LEBIH
  • Yang paling KETARA ialah MAJIKAN GAGAL untuk melakukan PENYIMPANAN WANG secara BERHEMAH daripada AGIHAN KEUNTUNGAN BERSIH yang di dapati.
  • Majikan tidak MELAKAR CARA PENYIMPANAN WANG yang Bersistematik untuk jangka masa panjang.
  • Dimana Ramai MAJIKAN hanya melakukan SIMPANAN untuk TUJUAN PERIBADI dan bukan untuk Syarikat.
  • Ini telah membuatkan Kewangan Syarikat menjadi LUMPUH jika di landa Masaalah Pertambahan sebarang KOS OPERASI di tahun-tahun yang berikut nya.
TERJEBAK DENGAN SKIM CEPAT KAYA
  • Ramai juga MAJIKAN yang TERJEBAK dengan MELABUR di dalam SKIM-SKIM CEPAT KAYA samaada secara SAH atau yang TIDAK SAH di Sisi Undang-Undang Negara.
  • Dimana SKIM CEPAT KAYA ini banyak di lakukan oleh Individu atau Syarikat atau organisasi  dari seluruh Dunia pada hari ini.
  • Dan KEBANYAKAN daripada SKIM CEPAT KAYA ini tidak akan memberikan PULANGAN seperti yang DI JANJIKAN.
  • Kerana melihat PULANGAN yang DI JANJIKAN itu sangat MENARIK, maka ramai yang terjebak KE DALAM perangkap SKIM seperti ini sehingga BERANI mengorbankan WANG Syarikat & Peribadi, dengan HARAPAN untuk meraih Keuntungan yang BANYAK dan SEGERA.
RUMUSAN
Inilah yang DI KATAKAN SEBAGAI :
  • GAGAL MERANCANG PELAN PERNIAGAAN
  • GAGAL MENURUTI PERANCANGAN DENGAN SIKAP KESABARAN YANG TINGGI.
editor

No comments:

Post a Comment