APA MAKSUD BRANDING & PACKAGING
APAKAH KESELURUHAN MAKNA YANG TERSEMBUNYI
Ramai Peniaga & Usahawan yang KURANG FAHAM Apakah Maksud YANG TERSEMBUNYI di sebalik Perkataan BRANDING & PACKAGING terhadap sesuatu perniagaan.
Dimana ramai yang beranggapan bahawa perkataan BRANDING & PACKAGING itu hanya merujuk kepada sesuatu JENAMA PRODUK dan PEMBUNGKUSAN PRODUK yang di keluarkan oleh sesebuah PERUSAHAAN.
Sememang nya DEFINASI ASAL merujuk kepada Dua (2) Perkara tersebut TETAPI di dalam BIDANG PENGURUSAN PERNIAGAAN, perkataan BRANDING & PACKAGING merujuk kepada PERKARA LAIN yang sangat BERKAITAN dengan PERSEMBAHAN sesuatu Jenis Perniagaan ke dalam PASARAN dengan TUJUAN untuk MEMPENGARUHI FIKIRAN pelanggan.
APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN BRANDING & PACKAGING TERSEBUT?
DEFINASI ASAL MERUJUK
BRANDING :
- Suatu JENAMA untuk PRODUK atau PERKHIDMATAN yang di wujudkan oleh sesebuah Syarikat dengan menggunakan NAMA SYARIKAT atau JENAMA KHAS untuk Penjenamaan sesuatu Produk.
- Seperti Jenama COCA-COLA, PEPSI, 7 UP, McDonald, KFC, SUBWAY yang merujuk kepada JENAMA PRODUK yang bukan di dasarkan daripada NAMA SYARIKAT.
- Dan Seperti Jenama TOYOTA, HONDA, MITSUBISHI, NISSAN, BMW, JAGUAR, MERCEDES, PEUGEOT, PROTON yang menggunakan NAMA ASAL SYARIKAT sebagai JENAMA PRODUK yang KHUSUS.
- Dimana JENAMA-JENAMA ini DI DAFTAR sebagai HAK kepada Syarikat yang mencipta dan yang mengeluarkan Produk-Produk tersebut.
PACKAGING :
- Adalah merujuk kepada CARA PEMBUNGKUSAN terhadap sesuatu Produk dengan REKA BENTUK, WARNA, BAHAN ASAS berserta JENAMA PRODUK yang TERSENDIRI.
- Dimana PENGKHUSUSAN PEMBUNGKUSAN di lakukan agar BERLAINAN dengan Pembungkusan yang di lakukan oleh Syarikat Pesaing.
- Cara & Reka-Bentuk Pembungkusan ini juga DI DAFTARKAN sebagai PATENT yang memberikan HAK EXCLUSIVE terdapat Syarikat yang Mencipta dan yang Mengeluarkan nya sebagai HAK di bawah Peruntukkan Undang-Undang.
TUJUAN ASAL NYA
UNTUK Memperkenalkan Produk-Produk dengan sesuatu JENAMA yang Khusus sebagai :
- PERBEZAAN dengan pelbagai Jenama Produk yang SAMA tetapi dari Syarikat Pengeluar yang berlainan.
- Dan sebagai suatu PIAWAIAN atau TARAF MUTU kepada sesuatu JENAMA PRODUK agar Pelanggan & Pengguna dapat MEMBEZAKAN & MEMILIH JENAMA yang Menepati Kehendak dan Keperluan mereka berdasarkan MUTU yang di persembahkan.
- Dan melalui BRANDING & PACKAGING para pelanggan akan SEGERA MENGETAHUI apakah MUTU atau STANDARD yang DI TAWARKAN oleh sesuatu Jenis Produk kepada mereka.
CONTOH KESAN PSIKOLOGI NYA
- Ketika anda ingin membeli sebuah KERETA untuk kegunaan Syarikat atau pun untuk kegunaan keluarga, apabila anda TERFIKIR untuk MEMBELI sebuah Kereta yang BERJENAMA seperti BMW, MERCEDES atau JAGUAR, di dalam FIKIRAN anda SUDAH TERBAYANG mengenai HARGA yang PERLU anda BAYAR jika di bandingkan dengan KERETA yang BERJENAMA lain seperti TOYOTA, HONDA, MITSUBISHI atau PROTON.
- Dan BAYANGAN mengenai HARGA YANG PERLU ANDA BAYAR itu ADALAH merujuk kepada MUTU BUATAN yang telah SINONIM dengan JENAMA tersebut.
- Dan PENGGUNA akan sanggup untuk mengeluarkan WANG membeli JENAMA-JENAMA yang telah TERKENAL dengan MUTU YANG TINGGI tanpa perlu untuk MEMPERTIKAIKAN nya lagi.
DIMANA MEREKA SUDAH YAKIN TERHADAP :-
- MUTU BUATAN PRODUK
- MUTU PERKHIDMATAN SELEPAS PEMBELIAN
- MUTU LAYANAN KEPADA PELANGGAN
- SIAPA SYARIKAT PENGELUAR
- HARGA YANG DI TETAPKAN
- JAMINAN PRODUK
PAKEJ PERISIAN & KEPENTINGAN NYA
Dimana KESEMUA HAL TERSEBUT adalah PAKEJ KESELURUHAN yang DI BERIKAN oleh Pihak Syarikat kepada PELANGGAN mereka.
Bermakna PENJENAMAAN bukan sahaja untuk MENJAGA HAK Reka-Cipta Harta Intelek dan Reka-Cipta Persembahan Pembungkusan, tetapi PENJENAMAAN tersebut MERANGKUM segala HAL seperti:
- JAMINAN MUTU PEMBUATAN
- JAMINAN MUTU PERKHIDMATAN
- JAMINAN MUTU ALAT GANTI
- JAMINAN MUTU SELEPAS JUALAN
- JAMINAN MUTU KESELAMATAN
- JAMINAN MUTU HARGA JUALAN
- JAMINAN MUTU LAYANAN PELANGGAN
ATAS SEBAB-SEBAB ITU LAH ANDA PERLU UNTUK :-
- MEMBINA & MENCIPTA BRANDING dan PACKAGING terhadap APA yang anda TAWARKAN kepada PARA PELANGGAN anda.
- TANPA MENGIRA apakah JENIS Produk dan Perkhidmatan yang Syarikat anda PERNIAGAKAN.
- Kerana MELALUI CARA dan BAGAIMANA anda MENGENDALIKAN perniagaan anda terhadap PELANGGAN, akan MENENTUKAN TAHAP PEMAHAMAN anda terhadap BAGAIMANA PENTING nya Pelanggan terhadap Perniagaan anda dan Bagaimana untuk Syarikat anda MEMBERI LAYANAN yang SEMPURNA.
ULASAN
Dengan sebab-sebab yang telah di huraikan seperti di atas, apa yang perlu anda KAJI ialah PAKEJ PERKHIDMATAN yang Syarikat anda lakukan sekarang.
- Adakah telah MERANGKUM segala keperluan sepertimana yang harus wujud di dalam Istilah BRANDING & PACKAGING tersebut?
- Jika belum menepati Piawaian nya, anda perlu untuk melakukan SUATU ROMBAKAN BESAR di dalam MELAKAR Suatu PIAWAIAN yang baharu terhadap PAKEJ KESELURUHAN untuk Pelanggan melalui KONSEP yang telah di jelaskan.
- Lakukan lah TRANFOMASI PENJENAMAAN terhadap Syarikat dan Perniagaan yang anda jalankan agar ianya akan dapat MENCIPTA SUATU NAMA di dalam PASARAN dan DI KENALI serta AKAN di ingati oleh Orang Ramai..
editor
No comments:
Post a Comment