Friday, May 20, 2011

FAKTOR Y #29 - APA KAITAN POLITIK DENGAN EKONOMI - Post #259

TIPsNIAGA.COM - Faktor Y - Post #259


APA KAITAN POLITIK DENGAN EKONOMI
FUNGSI ANTARA KEDUA-DUA AHLI UNTUK NEGARA


SUBJEK ini juga berkaitan rapat dengan HAL EKONOMI bagi sesebuah Negara di dalam Dunia ini, kerana kedua-dua AHLI POLITIK dan AHLI EKONOMI ini adalah TULANG BELAKANG sesebuah PEMERINTAH di dalam sesuatu KERAJAAN.


DEFINASI AHLI POLITIK & AHLI EKONOMI
  • AHLI POLITIK adalah Orang Perseorangan yang BERKHIDMAT dalam Sesebuah PARTI POLITIK.
  • Jika Parti Politik yang mereka anggotai itu MENANG di dalam PILIHAN RAYA dan mereka adalah salah seorang yang memenangi sesebuah Kawasan Undi dan Kawasan Parlimen, maka mereka akan berpeluang untuk di lantik kepada JAWATAN di dalam DEWAN RAKYAT atau PARLIMEN yang MEMERINTAH NEGERI atau NEGARA.
  • Tugas UTAMA mereka ialah MEWAKILI SUARA RAKYAT untuk menentukan HALA TUJU sesebuah PEMERINTAHAN terhadap sesebuah Negeri atau NEGARA
  • Untuk AHLI EKONOMI sila Rujuk kepada Post #257
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN AHLI POLITIK
Semua AHLI POLITIK datang dari pelbagai PENDIDIKAN seperti dari Jurusan :-
  • Akademik
  • Kewangan
  • Ekonomi
  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Sains & Teknologi
  • Sains Kimia
  • Sains Perubatan & Farmasi
  • Teknologi IT
  • Dan Pelbagai Lagi Jurusan
JENIS GOLONGAN
  • Golongan Peniaga & Usahawan dan Korporat
  • Golongan Pendidik & Pensyarah Universiti
  • Golongan Hak Asasi Kemanusiaan
  • Golongan Sasterawan & Seni
  • Golongan Peguam
  • Golongan Kedoktoran
  • Golongan Persatuan Pekerjaan
  • Golongan Persatuan Pengguna
  • Golongan Kewartawanan
  • Golongan Arkitek
  • Dan Pelbagai lagi Golongan yang wujud
TUJUAN UTAMA BERPOLITIK
  • Untuk Mewakili PARTI yang DI ANGGOTAI
  • Untuk Mewakili SUARA RAKYAT
  • Melalui IDEALOGI atau ALIRAN atau FAHAMAN yang di perjuangkan oleh sesebuah PARTI.
PECAHAN POLITIK BERPARTI
  • Secara LAZIM NYA akan WUJUD PECAHAN di dalam sesuatu PERJUANGAN dalam sesebuah PARTI POLITIK.
  • Dimana akan ada PEMENANG MAJORITI di dalam sesuatu PILIHAN RAYA akan menjadi KERAJAAN yang di tentukan melalui UNDI daripada RAKYAT yang LAYAK MENGUNDI.
  • Yang MENANG tetapi menjadi MINORITI pula akan BERTINDAK sebagai PEMBANGKANG di dalam sesebuah SISTEM PEMERINTAHAN.
  • TETAPI mereka semua BERTUJUAN yang SAMA iaitu MENJADI SUARA kepada RAKYAT.
TUGAS DAN TANGGUNG JAWAP KERAJAAN MEMERINTAH (ASAS)
  • MENJAGA KESELAMATAN RAKYAT & NEGARA
  • MENYEDIAKAN SEGALA KEPERLUAN ASAS RAKYAT DALAM MENJALANI KEHIDUPAN HARIAN.
  • MENYEDIAKAN PROGRAM PENDIDIKAN & KESIHATAN RAKYAT
  • MENJANA KEWANGAN & EKONOMI NEGARA UNTUK RAKYAT
  • MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN & EKONOMI KEPADA RAKYAT
  • MENTADBIR URUS DANA & HARTA-HARTA RAKYAT UNTUK KEPENTINGAN & KESEJAHTERAAN RAKYAT
  • MENTADBIR URUS HAL-HAL POLITIK DALAM & LUAR NEGARA UNTUK RAKYAT
  • MENJADIKAN NEGARA AMAN DAMAI UNTUK DI DUDUKI OLEH RAKYAT.
DIMANA KAITAN POLITIK DENGAN EKONOMI
  • APABILA meneliti TUGAS & TANGGUNG JAWAP sebagai KERAJAAN, maka akan WUJUD Tugas-Tugas untuk MENJANA EKONOMI RAKYAT & NEGARA, maka di sinilah KAITAN & KEPERLUAN nya AHLI POLITIK yang datang dari pelbagai Jurusan Pendidikan dan AHLI EKONOMI untuk bekerjasama di dalam MENYEDIAKAN segala SUMBER EKONOMI secara BERKESAN.
  • Dimana AHLI EKONOMI akan MENYEDIAKAN PROGRAM PELAN PEMBANGUNAN EKONOMI yang menyeluruh untuk Rakyat & Negara dan AHLI POLITIK akan MELAKSANAKAN segala PROGRAM menurut KESESUAIAN & KEMAMPUAN POLITIK yang mereka MILIKI.
PERBALAHAN DALAM PERLAKSANAAN
  • Jika sesebuah KERAJAAN yang MEMERINTAH tidak memiliki SUARA MAJORITI di dalam PARLIMEN, maka mereka HARUS mendapatkan KELULUSAN & SOKONGAN Anggota PARTI MINORITI di dalam PARLIMEN sebelum BERUPAYA untuk melaksanakan APA juga PROGRAM-PROGRAM yang melibatkan WANG RAKYAT
  • Dan secara LAZIM NYA Pihak MINORITI dalam PARLIMEN akan MENOLAK sebarang USUL atas SEBAB-SEBAB POLITIK BERPARTI 
  • Atau sesuatu USUL itu TIDAK DI LIHAT akan MENGUNTUNGKAN RAKYAT secara KHUSUS tetapi akan menguntungkan Parti yang Memerintah sahaja. Inilah FUNGSI Golongan MINORITI dalam PARLIMEN untuk melakukan Check & Balance
  • Didalam keadaan ini, hanya KEKUATAN POLITIK sahaja YANG AKAN berupaya untuk melakukan sebarang KEYAKINAN kepada semua PIHAK dan AHLI EKONOMI tidak akan dapat berbuat apa-apa kerana mereka BERFUNGSI di luar KUASA POLITIK.
RUMUSAN
  • Oleh KEPERLUAN yang demikian, pada ZAMAN ini telah wujud suatu PERUBAHAN di dalam MINDA RAKYAT di mana-mana NEGARA untuk MEMILIH mana-mana PARTI POLITIK atau AHLI POLITIK yang benar-benar BERKELAYAKAN, BERKEMAHIRAN dan BERKEMAMPUAN untuk MEREALISASIKAN apa juga KEPERLUAN RAKYAT secara menyeluruh.
  • Ini di sebabkan oleh TARAF PENDIDIKAN RAKYAT yang telah ramai MELEPASI PENGAJIAN DI PERINGKAT UNIVERSITI dan MINDA mereka sudah lebih TERBUKA LUAS jika di bandingkan pada zaman-zaman Bapa, Datuk dan Moyang mereka dahulu.
  • Dan dengan TARAF PENDIDIKAN yang tinggi, TAHAP EKONOMI mereka juga telah meningkat dengan PESAT, ini menyebabkan MINDA mereka BUKAN lagi BERFIKIR kepada SOAL ASAS untuk HIDUP seperti MAKAN, MINUM & PAKAIAN SAHAJA.
  • Dimana Golongan yang BERPENDIDIKAN ini lebih CENDERUNG untuk melihat sesebuah KERAJAAN yang MEMERINTAH menjalankan TUGAS & TANGGUNG JAWAP secara LEBIH MELUAS di dalam semua SEKTOR EKONOMI bagi KESEJATERAAN RAKYAT & NEGARA.
PILIHAN RAKYAT BERPENDIDIKAN
  • Dengan TARAF PENDIDIKAN yang TINGGI maka Golongan ini LEBIH MENUMPUKAN kepada PARTI-PARTI yang dapat MEMBARISKAN ANGGOTA-ANGGOTA yang lebih BERPENDIDIKAN.
  • Serta yang LEBIH MEMAHAMI KEPERLUAN & KEHENDAK serta PEMIKIRAN mereka di zaman ini.
  • Golongan yang Berpendidikan ini BUKAN lagi MAHU memilih PARTI atau Ahli-Ahli Politik yang hanya PANDAI BERCAKAP & BERPIDATO sahaja TETAPI mereka MAHUKAN jenis-jenis Parti Politik dan Ahli Politik yang BENAR-BENAR MAMPU untuk MENJALANKAN Tugas & Tanggung Jawap untuk MENJANA EKONOMI RAKYAT dengan BERKESAN
  • Dan juga MAHUKAN KERAJAAN yang MEMERINTAH dengan SIKAP PROFESIONAL yang TINGGI serta CEKAP di dalam TADBIR URUS NEGARA untuk RAKYAT secara ADIL.
RAKYAT PENGUNDI ZAMAN INI JUGA

Mereka juga kini TIDAK MENYUKAI mana-mana PARTI-PARTI POLITIK yang masih menggunakan KAEDAH POLITIK LAMA iaitu KAEDAH :
  • Membendung Parti Lawan dengan Tindakkan Politik KOTOR seperti MENJATUHKAN seseorang Ahli Politik dengan FITNAH, TOHMAHAN dan SERANGAN PERIBADI.
  • Hanya bertujuan untuk MENJATUHKAN NAMA BAIK Pihak Lawan di Mata PENGUNDI dan ingin MERAIH PERHATIAN mereka.
  • Tetapi PENGUNDI pada ZAMAN ini TIDAK MUDAH TERPENGARUH dengan TAKTIK-TAKTIK KOTOR dan yang KURANG BERAHLAK di gunakan, kerana mereka LEBIH TERTUMPU untuk MELIHAT kepada KEUPAYAAN sesebuah PARTI dan AHLI POLITIK yang MEMERINTAH di dalam MENJALANKAN segala TUGAS & TANGGUNG JAWAP yang DI AMANAHKAN dengan CEKAP & BERKESAN.
  • CONTOH TERBAIK berlaku di NEGARA yang bertaraf MAJU seperti di Negara JEPUN dan SINGAPURA, dimana di JEPUN Parti yang TERKUAT yang membangunkan Negara Jepun semenjak KEMERDEKAAN nya iaitu PARTI LDP terus JATUH dan di ketepikan oleh para PENGUNDI yang lebih Berpendidikan setelah memerintah JEPUN untuk selama 65 tahun.
  • Begitu juga berlaku di Negara Singapura, dimana Rakyat yang kini lebih Berpendidikan dan bertaraf Ekonomi tinggi telah MULA MENOLAK Parti Memerintah PAP, dan ini telah MEMAKSA Parti PAP melakukan ROMBAKAN TERBESAR dalam SEJARAH POLITIK SINGAPURA.
  • Dimana Perdana Menteri PAP telah MENGELUARKAN Ahli Kabinet yang di dapati mengeluarkan Kenyataan-kenyataan yang SOMBONG & ANGKUH serta cuba MEMPEROLOKKAN Parti-Parti PEMBANGKANG dan Rakyat.
  • Termasuk Dua (2) Timbalan Perdana Menteri dan Lapan (8) lagi Menteri Kabinet dari Kabinet yang lalu secara MENDADAK.
  • KERANA KESTABILAN POLITIK AMAT DI PERLUKAN UNTUK MENJANA DAN MENARIK BANYAK PELABURAN DARI LUAR NEGARA, DIMANA PELABURAN ITU DI KUASAI OLEH PAKAR-PAKAR EKONOMI yang juga kebanyakan nya di kalangan Rakyat Biasa
editor

No comments:

Post a Comment