Saturday, April 30, 2011

REVIEW #30 : TIPU HELAH PEMBAYARAN- Post #220

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #220


TIPU HELAH PEMBAYARAN
APABILA PELANGGAN MELAMBATKAN BAYARAN


APABILA anda melakukan Perniagaan BUSINESS TO BUSINESS (B2B), anda akan menghadapi situasi yang amat sukar apabila PELANGGAN yang terdiri daripada PENIAGA dan USAHAWAN menggunakan TAKTIK melambat-lambatkan PEMBAYARAN terhadap pembelian yang telah mereka lakukan dari Syarikat anda.


Dimana ALASAN-ALASAN berikut di guna-pakai secara LAZIM nya dan telah menjadi AMALAN ramai Peniaga dan Usahawan sejak berkurun lagi.


APAKAH ALASAN-ALASAN YANG SERING DI GUNA-PAKAI
No.1..."Syarikat kami tidak dapat membuat pembayaran sekarang kerana belum menerima pembayaran dari pelanggan kami"

  • Ini situasi sukar untuk anda berkeras, anda hanya boleh berunding agar di beri bayaran secara Post Dated Cheque sebagai langkah berjaga-jaga.
No.2..."Syarikat kami telah mengeposkan CEK kepada anda"
  • Ini adalah HELAH LAMA, apa yang perlu anda Tanyakan ialah Apa Nombor Cek, Tarikh Cek dan Tarikh di Pos.
  • Jika Mereka berkata benar, mereka akan sedia bekerjasama memberikan Maklumat yang di minta, jika mereka Berbohong, akan banyak lagi ALASAN di gunakan bagi mengelak memberi jawapan.
No.3..."Saya tidak mahu Bayar..ada kesilapan berlaku"
  • Jika Pelanggan berkata demikian, itu menunjukkan mereka sudah ada NIAT tidak mahu membayarnya, jadi anda perlu lakukan SIASATAN SEGERA dan PASTIKAN apakah KESILAPAN yang di katakan berlaku.
  • Setelah DI KAJI SELIDIK, pastikan anda menghantar JAWAPAN SECARA BERTULIS kepada mereka dengan PENJELASAN YANG TEPAT (jika benar berlaku)
  • Dan minta PENGESAHAN mereka untuk Pembayaran.
No.4..."Saya belum terima INVOIS anda"
  • Ini juga HELAH LAMA, untuk mengelakkan HELAH ini di guna-pakai, 
  • Setelah menghantar INVOIS pastikan Pegawai anda memeriksa dengan menalifon pihak pelanggan samaada mereka menerima nya 
  • Dan pastikan Nama Pegawai yang menjawap panggilan tersebut dengan Maklumat seperti Tarikh dan Masa Panggilan di buat.
  • Maklumat ini boleh di guna-pakai apabila ALASAN tersebut di gunakan.
No.5..."Saya sudah pulangkan INVOIS" (kerana beberapa kesalahan maklumat)
  • Mungkin Pelanggan anda memberikan ALASAN yang benar dan kerana itu pastikan Syarikat anda menghantar INVOIS yang TEPAT & BETUL
  • Pastikan INVOIS di periksa dengan TELITI oleh Pegawai yang berbeza bagi memastikan tiada Kesilapan berlaku
  • Ini untuk mengelakkan Masaalah lambat untuk menerima Pembayaran
No.6..."Bos sedang bercuti dan Cek belum di tanda-tangani"
  • Mungkin ALASAN ini benar dan anda perlu memastikan untuk mendapatkan Maklumat yang lebih Sahih
  • Samaada dengan cuba menghubungi Bos berkenaan atau
  • Cuba dapatkan tarikh kepulangan beliau dan pastikan anda menghubungi nya pada tarikh yang di sebutkan.
No.7..."Bos atau Pengarah Meninggal Dunia"
  • Ini mungkin kejadian benar, jadi anda perlu lakukan TUNTUTAN menurut Kaedah Undang-Undang untuk mendapatkan Pembayaran.
  • Supaya Pihak Syarikat mereka di maklumkan lebih awal mengenai sebarang TUNGGAKAN yang wujud dengan Syarikat anda
No.8..."Syarikat kami dalam Proses Penutupan Perniagaan atau Bankrupsi"
  • Pastikan anda lakukan SIASATAN SEGERA untuk mendapat Kesahihan nya
  • Jika benar berlaku pastikan Peguam anda di arah untuk membuat TUNTUTAN segera
  • Jika terlambat kemungkinan pembayaran untuk anda tidak mencukupi dari Harta Syarikat yang akan di lelong.
No.9..."Anda harus menunggu sehingga kami selesai membayar kepada Pembekal dari Syarikat yang lebih Besar"
  • ALASAN ini TIDAK BOLEH DI TERIMA LANGSUNG
  • Pastikan anda berhubung dengan Pemilik Syarikat tersebut secara langsung dan terangkan kembali TERM OF PAYMENT yang telah di persetujui 
  • Jika mereka memberi banyak ALASAN, pastikan KES tersebut di berikan kepada Peguam anda.
No.10..."Kami dalam Proses menukar Bank"
  • Perkara seperti ini JARANG BERLAKU dan mungkin hanya satu HELAH
  • Pastikan anda berikan Cara Pembayaran dengan Kaedah lain yang boleh anda terima seperti menggunakan Kad Kredit.
  • Jika mereka JUJUR mereka akan menerima Cadangan anda tersebut.
  • Kerana itu adalah di galakkan untuk setiap Syarikat untuk menerima Cara-Cara Pembayaran selain menggunakan CEK
  • Seperti Pembayaran secara ONLINE atau melalui Pihak Ketiga yang di lantik oleh Pelanggan
ULASAN
  • Itulah sebabnya di dalam setiap URUS NIAGA perkara mengenai CARA PEMBAYARAN harus di perbincangkan dengan pelanggan terlebih dahulu termasuk Risiko-Risiko yang perlu di tempuh jika PEMBAYARAN GAGAL di lakukan.
  • Agar semua Pihak JELAS dengan dengan kedudukan masing-masing dan akan mengurangkan pelbagai RISIKO PEMBAYARAN LAMBAT.
  • Dan kedudukan Pelanggan juga harus DI KAJI SELIDIK sebelum bersetuju untuk memberikan PEMBELIAN secara KREDIT.
editor

No comments:

Post a Comment