Monday, June 27, 2011

ANCAMAN TERBESAR BANGSA MELAYU

TIPsNIAGA.COM - POLITIC - Post #321


ANCAMAN TERBESAR BANGSA MELAYU
DALAM KEMAJUAN EKONOMI DUNIA


BANGSA MELAYU
  • Adalah Rumpun Bangsa dari Seluruh Kepulauan ASTRONESIA adalah Suatu Bangsa yang penuh dengan DILEMA sepanjang Zaman. (semak kembali: http://tipsniagacom.blogspot.com/2011/05/swot-2-memahami-politik-negara-malaysia.html)
  • Dimana melalui FAKTA SEJARAH Bangsa Melayu telah banyak kali DI JAJAH oleh beberapa Bangsa yang lebih bertamadun dari banyak Benua lain Dunia.
  • Hanya selepas tahun 1900an Bangsa Melayu telah mula berjaya untuk menonjolkan diri sebagai SATU BANGSA yang setaraf dengan Bangsa-Bangsa Dunia yang lain.
  • Tetapi Bangsa Melayu maseh belum berjaya untuk melangkah lebih jauh di dalam Persaingan Antarabangsa di dalam Pelbagai Sudut Persaingan.
  • Dan kerana hal yang tersebut Bangsa Melayu maseh lagi berada DI TAHAP yang SAMA walaupun hidup di dalam Dunia yang serba maju pada hari ini.
APAKAH CABARAN BANGSA MELAYU HARI INI
  1. KEKURANGAN ILMU PENGETAHUAN
  2. KEKURANGAN SUMBER INTELEK
  3. KEKURANGAN KEBIJAKSANAAN
  4. KEKURANGAN KEBOLEHAN
  5. KEKURANGAN KEKAYAAN
MAKSUD NYA
No.1: KEKURANGAN ILMU PENGETAHUAN
  • Di dalam Negara NUSANTARA Bilangan Bangsa Melayu yang menerima Pendidikan Tinggi maseh Kecil.
  • Dan Pemberian Pendidikan yang baik hanya dapat di lakukan oleh Keluarga-Keluarga yang memiliki Taraf Ekonomi yang baik
  • Jumlah yang sedikit ini telah mengakibatkan Jumlah Bangsa Melayu yang BERILMU sangat terbatas
No.2: KEKURANGAN SUMBER INTELEK
  • Apabila Jumlah Bangsa Melayu yang Ber Ilmu TERBATAS maka SUMBER INTELEK untuk Bangsa Melayu juga TERJEJAS PERBEKALAN NYA.
  • Ini menjejaskan HASIL dari Sumber Intelek Bangsa Melayu itu KURANG dan Bangsa Melayu terpaksa bersandar kepada HASIL INTELEK dari Bangsa-Bangsa lain.
  • Juga Mengurangkan JUMLAH BRANDING yang di Hasilkan oleh Bangsa Melayu di dalam PASARAN DUNIA.
No.3: KEKURANGAN KEBIJAKSANAAN
  • Dua (2) Sebab di atas adalah BERPUNCA dari KEDAIFAN HIDUP di kalangan Besar Bangsa Melayu itu sendiri.
  • Dimana Taraf Kebijaksanaan untuk KETURUNAN Bangsa Melayu Tidak Berkembang SEJAJAR dengan PEMBANGUNAN Bangsa-Bangsa lain di Dunia.
  • Yang Perkembangan KEBIJAKSANAAN KEILMUAN Bangsa Melayu sering TERSEKAT atau TERGENDALA oleh Masaalah KEMISKINAN dan TARAF HIDUP yang amat RENDAH jika di bandingkan dengan Bangsa-Bangsa lain.
No.4: KEKURANGAN KEBOLEHAN
  • Apabila Ketiga-Tiga Sebab di atas itu BERSATU maka KEBOLEHAN Bangsa Melayu berada TERBELAKANG dari Bangsa-Bangsa yang lain.
  • Bukan sahaja Bangsa Melayu itu Terkebelakang dari Segi Pelajaran dan Ekonomi tetapi maseh lagi KETINGGALAN dari Segi PENGUASAAN BAHASA KOMUNIKASI DUNIA iaitu BAHASA INGGERIS.
  • Dimana maseh Ramai Jumlah Bangsa Melayu yang Tidak mampu untuk Bertutur dan memahami Bahasa Inggeris di dalam Negara Nusantara.
  • Dan ini telah MEMBATASKAN KEMAMPUAN mereka untuk BERINTERAKSI dengan Bangsa-Bangsa lain dari Seluruh Dunia terutama di dalam HAL Pengembangan Perniagaan dan Pertumbuhan Ekonomi.
No.5: KEKURANGAN KEKAYAAN
  • Akhir nya Bangsa Melayu itu GAGAL untuk BERADA di dalam PENTAS DUNIA dalam PERSAINGAN EKONOMI.
  • Yang bermula dari Segi Pendidikan, Pekerjaan dan Taraf Ekonomi Keluarga dan Bangsa Melayu secara Keseluruhan.
KUASA DI BAWAH GOLONGAN ELIT
  • Pada hari ini juga KUASA di dalam sesebuah NEGARA yang di bawah Kuasa Bangsa Melayu di Monopoli oleh Golongan Elit Melayu.
  • Yang mendapat PENDIDIKAN TINGGI dan belajar di Negara-Negara Barat & Eropah serta di Negara-Negara Asia yang lain.
  • Kebanyakan daripada mereka yang BERKUASA di dalam sesebuah KERAJAAN pada hari ini adalah dari Latar Belakang Keluarga Bangsawan dan Golongan Kaya serta dari Keluarga yang menjadi Tunggak Ekonomi Negara melalui Jenis-Jenis Perniagaan mereka.
  • Hanya segelintir sahaja yang datang dari keluarga Miskin atau Susah tetapi mereka berjaya mendapatkan Pendidikan Tinggi melalui JALAN YANG SUSAH dan SERBA SUKAR.
SIKAP BANGSA MELAYU
  • Sikap Bangsa Melayu pada hari ini juga maseh belum banyak berubah didalam Menentukan KEPENTINGAN PELAJARAN dengan TUNTUTAN EKONOMI SEMASA.
  • Dimana mereka "Lebih Berkira" untuk BERKORBAN melanjutkan Pelajaran Anak-Anak ke Luar Negara atas pelbagai ALASAN.
  • Dan SIKAP tersebut dapat DI FAHAMI dengan Keadaan Ekonomi MAJORITI Bangsa Melayu yang maseh di TAHAP SEDERHANA dan MISKIN.
  • Dan KECENDURANGAN kepada KEAGAMAAN adalah LANGKAH KEGEMARAN Bangsa Melayu untuk MENGALIHKAN PERHATIAN daripada BERSAING di dalam ARUS KETAMADUNAN MANUSIA di Peringkat Dunia yang juga menuntut kepada INOVATIF KEDUNIAAN.
BANGSA MELAYU PERLU LEBIH 300 TAHUN 
  • Jika tidak WUJUD DAYA PENDESAK dan DAYA PENGGERAK untuk MEN-TRANSFORMASIKAN BANGSA MELAYU dari Golongan ELIT MELAYU pada hari ini, maka Bangsa Melayu akan bergerak secara Amat Perlahan.
  • Di dalam SEMUA PERKARA untuk MEMAJUKAN Bangsa Melayu bagi menjamin Bangsa Melayu itu berdiri Sama Tinggi dan Duduk Sama rendah dengan Bangsa-Bangsa lain Dunia hari ini dan akan datang.
  • Dan Setiap PROSES TRANFORMASI terhadap MINDA & KELIMUAN Bangsa Melayu ini akan berlanjutan untuk 300 TAHUN yang akan datang sebelum KEJAYAAN SEBENAR dapat DI HASILKAN secara MENYELURUH.
PERSOALAN MENGAPA 300 TAHUN BUKAN 30 TAHUN
  • Ini di sebabkan oleh PUSINGAN RODA KETURUNAN di dalam sesuatu Bangsa itu memerlukan lebih dari 200 PUSINGAN KETURUNAN yang dapat MENGIKIS dan MERUBAH PERSEPSI sesuatu KAUM secara keseluruhan.
  • Dan Pusingan tersebut akan merubah segala KERANGKA PEMIKIRAN yang di Warisi dengan KERANGKA PEMIKIRAN yang bersesuaian dengan KEADAAN YANG BAHARU.
  • Lihat sahaja Pelbagai CATATAN dari SEJARAH SILAM yang telah Merubah & Mencorakkan sesuatu Bangsa di Dunia ini.
  • Dimana Semakin Lama sesuatu Bangsa itu melalui PEREDARAN MASA & ZAMAN, maka semakin Tinggi Taraf Intelektual Pemikiran mereka dengan KEADAAN SEMASA.
  • Ini sesuatu yang Tidak Dapat di elakkan oleh Semua MANUSIA yang Hidup di Muka Dunia ini dan telah menjadi Satu Kemestian yang AKAN BERLAKU.
CUBA PERHATIKAN SEJARAH
Sejarah daripada Negara-negara yang memiliki KETAMADUNAN yang melebihi 300 TAHUN yang maseh Wujud di dalam Dunia hari ini seperti Negara-Negara:
  • British
  • Perancis
  • German
  • Belgium
  • Luxembourg
  • Belanda
  • Russia
  • Mesir
  • Libya
  • Negara-Negara Arab
  • China
  • India
  • Israel
Dimana pada hari ini Bangsa-Bangsa mereka sudah Tidak Lagi mengguna-pakai APA juga yang di gunakan sebagai IDEOLOGI pada Zaman-Zaman Nenek Moyang mereka dan Perkara yang sama akan berlaku terhadap BANGSA MELAYU untuk 300 Tahun akan datang.
Perkara ini juga akan MENGIKIS SIFAT-SIKAP Bangsa Melayu yang mengamalkan PEMIKIRAN yang sedang mereka AMALKAN kini kepada Suatu PEMIKIRAN yang lebih GLOBAL.

editor

1 comment: