Tuesday, June 21, 2011

BUDAYA NIAGA & GAYA KERJA MALAYSIA DARI PENDAPAT ASING

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS NEWS - Post #311


BUDAYA NIAGA & GAYA KERJA MALAYSIA DARI PENDAPAT ASING
ADAKAH ANDA PERNAH TERFIKIR MENGENAI NYA


PENDAPAT ASING 
  • Ini merupakan Suatu PENDAPAT dari PANDANGAN ORANG ASING terhadap BUDAYA BERNIAGA di dalam NEGARA MALAYSIA.
  • Dimana, ada di antara PENDAPAT yang di LUAHKAN itu sangat BAIK dan ada juga yang menerbitkan TANDATANYA.
BEBERAPA PERKARA YANG MEREKA PELAJARI 
ORANG ASING melihat Orang Malaysia & ASIA dari beberapa Sudut dan mereka cuba untuk tidak melakukan yang bertentangan AGAR PELUANG mereka untuk bekerjasama di dalam Bidang Perniagaan tidak TERJEJAS.
1...BUDAYA MALAYSIA
A...SOAL MARUAH & HARGA DIRI
  • Orang Malaysia sangat Mementingkan Hal Harga Diri atau MARUAH
  • Dan Tidak Terbuka kepada TEGURAN TERBUKA di khalayak ramai
  • Mereka akan cepat Tersinggung jika di beri Teguran Terbuka dan perkara ini di anggap sebagai MEMALUKAN MARUAH mereka di khalayak ramai.
  • Mereka akan menggunakan SENYUMAN atau KETAWA KECIL untuk "Menutup" Perasaan MALU ketika di tegur di khalayak ramai Tetapi hakikat sebenarnya mereka sebenarnya Terasa Amat malu pada ketika itu.
  • Orang Malaysia lebih gemar di tegur secara TERTUTUP dan tidak di lihat atau di ketahui oleh orang lain.
B...KONTEKS BUDAYA TINGGI
  • Orang Malaysia & Asia juga sangat PEKA terhadap Penggunaan BAHASA di dalam apa juga pertemuan.
  • Ini termasuk dari Segi Bahasa, Nada Suara, Gerak Laku, Mimik Muka dan Gaya Bercakap yang mementingkan Kesopanan.
  • Orang Malaysia juga di laporkan menjalankan sesuatu Perniagaan berdasarkan KEPERCAYAAN dan Hubungan Peribadi yang baik.
C...KEPERCAYAAN AGAMA
  • Orang Malaysia yang berbilang Agama juga di lihat sangat TAAT kepada kepercayaan Keagamaan masing-masing.
  • Dan sangat cenderung dan percaya kepada Soal NASIB yang di tentukan oleh TUHAN dan berdiri teguh di dalam kepercayaan jika di landa sebarang Bencana atau Kerugian dalam Perniagaan.
  • Dan Orang Malaysia yang memegang Kepercayaan Agama Islam pula di lihat di dalam Merangka sesuatu Perancangan Perniagaan, di lihat akan memasukkan Elemen Ketuhanan di dalam menentukan sesuatu HASIL dari sebarang Perlaksanaan Perancangan.
  • Begitu juga dengan Orang Malaysia yang Beragama Hindu, Kristian, Buddha dan yang lain-lain, mereka di laporkan memiliki persamaan di dalam Hakikat untuk Menerima KEPUTUSAN AKHIR.
  • Di sebabkan oleh faktor tersebut, Orang Malaysia di laporkan Agak Lambat untuk membuat sesuatu Keputusan Perniagaan kerana banyak menggunakan Pertimbangan secara PERIBADI.
2...BUDAYA KERJA MALAYSIA
A...JADUAL KERJA
  • Orang Asing juga sangat PEKA terhadap JADUAL BEKERJA Orang Malaysia terutama yang Beragama Islam.
  • Mereka akan mengelakkan untuk membuat sebarang Temu-Janji pada HARI JUMAAT yang di gunakan untuk Bersholat Jumaat.
  • Mereka juga Berusaha untuk mengelakkan Temu-Janji yang berdekatan dengan Waktu-Waktu Sholat yang lain.
B...KETEPATAN MASA
  • Orang Malaysia juga di lapor memiliki pelbagai RAGAM mengenai KETEPATAN MASA, samaada MASA untuk datang bekerja, waktu makan / rehat atau untuk Temu-Janji.
  • Orang CINA di laporkan sangat Menepati MASA
  • Orang INDIA pula di laporkan sebagai Agak Sederhana atau Tidak Menentu, di mana kadang kala mereka itu Tepat Masa dan di masa yang lain Tidak tetap Masa.
  • Orang Melayu pula di lapor sebagai Tidak Tepat Masa dan memiliki pelbagai Alasan untuk menguatkan Hujah mengapa mereka selalu lambat.
C...PROTOKOL BAHASA
  • Orang Malaysia lebih gemar untuk menggunakan BAHASA MELAYU sebagai Bahasa Pengantar di dalam semua Perbincangan kerana Bahasa MALAYSIA adalah BAHASA KEBANGSAAN.
  • Tetapi di dalam hakikat yang sebenar nya, mereka lebih gemar menggunakan Bahasa Inggeris ketika berbincang.
  • Termasuk di semua Jabatan Kerajaan, walaupun mereka di benarkan untuk menggunakan Khidmat JURUBAHASA untuk Perbincangan RASMI.
3...KERANGKA SYARIKAT
A...KEDUDUKAN
  • Orang Malaysia di lapor lebih gemar untuk melakarkan HIRAKI ORGANISASI secara TERANG dan UMUM.
  • Ini di sebabkan mereka sangat Berbangga dengan Jawatan-Jawatan yang di sandang yang di pandang Tinggi di dalam Budaya Bekerja dan dalam Masyarakat mereka., walaupun hanya di dalam Syarikat yang bersaiz kecil.
  • Ini menunjukkan PANGKAT merupakan Perkara penting di dalam Budaya Orang Malaysia dan Asia.
B...PANGKAT DAN JAWATAN
  • Dengan pandangan yang Tinggi terhadap sesuatu Pangkat dan Jawatan, Orang Malaysia di laporkan menggunakan Panggilan yang khusus terhadap setiap Ketua atau Orang yang berpangkat Tinggi seperti dengan panggilan "Encik atau Tuan" untuk Pegawai lelaki dan "Cik atau Puan" kepada Pegawai Wanita.
  • Itu semua adalah LAMBANG PENGHORMATAN yang di berikan terhadap sesuatu Jawatan.
  • Terutama sekali yang telah mendapat sesuatu Anugerah seperti Gelaran Dato', Dato' Seri, Tan Sri dan Tun yang HARUS di sebut di dalam apa juga keadaan.
C...ETIKA PERHUBUNGAN
  • Sebagaimana Orang Malaysia Menghormati Pangkat & Jawatan, mereka juga sangat Menghormati RAKAN NIAGA
  • Mereka menggunakan Kaedah yang sama untuk "melayan" Rakan Niaga Asing mereka.
4...ETIKA KEBUDAYAAN
A...WARNA
  • Dalam Negara Malaysia, Orang Asing sangat tahu bahawa Warna KUNING adalah Warna yang di khususkan Khas untuk Keluarga DI RAJA
  • Mereka akan mengelakkan untuk menggunakan Warna KUNING tanpa sebab-sebab yang kukuh.
B...TANGAN
  • Orang Asing juga FAHAM bahawa Orang Malaysia menganggap TANGAN KIRI sebagai Tangan "Kotor" dan mereka akan mengelakkan untuk menggunakan Tangan Kiri agar tidak mengecilkan HATI Orang Malaysia.
  • Terutama sekali ketika ingin BERSALAMAN dan BERSALAM adalah Perkara Penting untuk Orang Malaysia apabila Bertemu dan Berpisah.
C...SEBUTAN NAMA
  • Orang Asing juga tahu dan Faham bahawa Orang MELAYU Malaysia Tidak Boleh di panggil dengan Nama BAPA mereka.
  • Kerana NAMA BAPA di anggap Sangat MULIA di dalam KEBUDAYAAN ORANG MELAYU.
  • Berbeza dengan BUDAYA Bangsa CINA dan INDIA yang perlu di sebut pada NAMA KELUARGA sebagai Penghormatan.
D...HADIAH
  • Orang Asing juga sedar bahawa HADIAH yang di berikan ketika bertandang ke rumah tidak akan "di balas" seperti dalam Kebudayaan Barat.
  • Dan Orang Malaysia juga Tidak Menganggap sesuatu HADIAH yang berbentuk BARANG itu sebagai suatu RASUAH.
  • Orang Malaysia & Asia juga memberikan KAD NAMA dengan menggunakan DUA TANGAN sebagai Tanda Hormat kepada tetamu.
E...SIKAP KESELURUHAN
  • Di dalam sesuatu Proses Perbincangan, Orang Malaysia di laporkan terlalu mengambil MASA yang Panjang untuk membuat sesuatu Keputusan dan mereka tidak boleh dan tidak suka di paksa untuk mempercepatkan tindakkan.
  • Orang Malaysia memerlukan MASA yang panjang untuk mendapat Kepercayaan 
  • Dalam apa juga keadaan, Orang Malaysia akan memegang dengan kuat Soal Budaya, Keagamaan, Pangkat dan Jawatan di dalam Hal Perniagaan, dan jika salah satu tidak di hormati maka PELUANG PERNIAGAAN akan tertutup.
  • Orang Malaysia juga Terkenal dengan KECENDERUNGAN untuk Mengubah Apa Sahaja Perkara di dalam sesuatu KONTRAK yang telah DI TANDA TANGANI. Dimana, jika di Negara Eropah dan Barat setiap KONTRAK yang telah di Persetujui dan di tandatangani adalah FINAL atau MUKTAMAD.
  • Orang Malaysia dan Asia juga cenderung untuk bertanya Soalan-Soalan yang berbentuk PERIBADI di dalam PERBINCANGAN yang Perniagaan yang Formal KERANA itulah SIKAP Orang Malaysia untuk menunjukkan KEMESRAAN.
  • Di Malaysia adalah Perkara PERTAMA untuk mengemukakan Letter Of Intend (LOI) jika mahu memulakan sesuatu Pertemuan Perniagaan yang di lampirkan dengan Bank's Guarantee. Dan langkah ini juga di lihat sebagai RENCATAN dan suatu PROSEDUR yang akan memakan MASA.
F...PROSES PERMOHONAN BERNIAGA (bangunan)
Untuk PERMOHONAN & KELULUSAN
  1. Planning Permission = 50 days
  2. Building Plan Approval = 90 days
  3. * Earthworks and Structural Drawings = 90 days
  4. Approval from the Planning Department (local authority) = 90 days
  5. * Approval from the Engineering Department (local authority) = 90 day
  6. * Approval from the Town Services Department (local authority) = 90 days
  7. * Approval from the Building Control Department (local authority) = 90 days
  8. * Approval from the Public Works Department = 90 days
  9. * Receive a drainage inspection by the Drainage and Irrigation Department = 1 day
  10. * Obtain approval from the Drainage and Irrigation Department = 90 days
  11. * Receive a sanitary inspection by the Sewerage Services Department  = 1 day
  12. * Obtain approval from the Sewerage Services Department = 90 days
  13. * Receive a plumbing inspection by the Water Authority = 1 day
  14. * Obtain approval from the Water Authority = 90 days
  15. * Receive a fire inspection by the Fire and Rescue Department = 1 day
  16. * Obtain approval from the Fire and Rescue Department = 90 days
  17. * Receive an electrical inspection by the TNB (local electricity provider) = 1 day
  18. * Obtain approval from the TNB (local electricity provider) = 90 days
  19. * Obtain approval from Telekom Malaysia (Telco) = 90 day
  20. * Connect to electricity services = 14 days
  21. * Connect to telecommunication services = 14 days
  22. * Connect to sewerage services = 14 days
  23. * Connect to water installations = 14 days
  24. * Receive final inspection = 1 day 
  25. Request and obtain certificate of occupancy = 16 days
* PERMOHONAN di hantar SERENTAK
CUBA ANDA CARI DAN ANALISA 
  • Cuba anda semua CARI & ANALISA Sikap & Sifat BURUK dan BAIK yang di miliki oleh Orang MALAYSIA.
  • Dan PADANKAN dengan ECONOMY TRANSFORMATION PROGRAM (ETP) yang di lakukan oleh Kerajaan sekarang.
  • Adakah MALAYSIA akan berjaya secara KESELURUHAN NYA?
editor

No comments:

Post a Comment