Saturday, June 04, 2011

SWOT #13 : TRANFORMASI EKONOMI NEGARA SINGAPURA- Post #283

TIPsNIAGA.COM - SWOT ANALYSIS - Post #283


EKONOMI & POLITIK NEGARA SINGAPURA
KEADAAN DAHULU DAN SEKARANG


EKONOMI DI AWAL KEWUJUDAN SINGAPURA
  • Pada awal nya Negara Singapura di bawah Pentadbiran British dan di gunakan sebagai PUSAT PENTADBIRAN PERNIAGAAN SERANTAU.
  • Kerana Kedudukan Pulau Singapura DI HUJUNG Semenanjung Malaysia dan di himpit oleh Pulau Sumatera dan juga Jawa milik Indonesia.
  • Ini menjadikan Kedudukan Pulau Singapura sangat STRATEGIK untuk LALUAN bagi semua PERKAPALAN.
  • Samaada daripada arah Utara di bahagian Thailand dan di bahagian Selatan untuk ke arah Laut China Selatan.
  • Kerana kedudukan yang Strategik ini, Pihak British menguasai Pulau Singapura dari tangan Belanda sekitar Tahun 1819 yang bersahabat baik dengan Sultan Hussain yang Memerintah Riau & Singapura.
  • Dan Pulau Singapura di jadikan sebagai PUSAT PERSINGGAHAN dan PENYIMPANAN Barang-Barang Dagangan sebelum di export keluar ke Negara lain.
  • Pulau Singapura telah menjadi sebuah Negeri yang Pesat membangun dari segi Aktiviti Ekonomi dan menjadi TUMPUAN ramai Pedagang dan Buruh untuk mencari Peluang Perniagaan & Pekerjaan.
SINGAPURA ERA PRA KEMERDEKAAN
  • Apabila pada 1959, Parti Tindakkan Rakyat - PAP yang di Pimpin oleh Lee Kuan Yew berjaya menguasai Singapura dari segi Politik, beliau membawa Singapura menyertai Persekutuan Malaysia pada 1963.
  • Bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Persekutuan MALAYSIA pada 16hb September 1963.
  • Tetapi oleh kerana KEMELUT POLITIK dan RUSUHAN KAUM yang berlaku sekitar 1964 di dalam Pulau Singapura, yang mengakibatkan Rusuhan kaum yang Terburuk dalam Sejarah, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu Tunku Abdul Rahman telah MEMECAT SINGAPURA dari Ikatan Persekutuan dengan 126-0 Undi atas sebab-sebab Politik dan Keselamatan Negara.
  • Dan tindakkan Pemecatan itu telah membawa Singapura kepada KEMERDEKAAN.
SEBAB PERPECAHAN
  • Singapura menyertai Persekutuan Malaysia atas dasar untuk mendapatkan Perlindungan Keselamatan dari Ancaman Luar dan Pihak Komunis.
  • Juga untuk menyelesaikan Masaalah PENGANGGURAN yang Tinggi di Pulau Singapura pada waktu tersebut termasuk Masaalah Perumahan dan Bekalan Makanan.
  • Tetapi Pihak Parti Barisan Sosialis yang berfahaman Komunis tidak merasa senang dengan kemasukan Singapura kedalam Persekutuan Malaysia, dan kerana itu mereka telah mewujudkan KERESAHAN KAUM dan kemudian telah menjadi tidak terkawal sehingga 1965. (semak sejarah)
SINGAPURA ERA AWAL KEMERDEKAAN
Setelah Singapura mendapat KEMERDEKAAN PENUH daripada MALAYSIA pada 9hb August 1965, Pentadbiran Kerajaan Singapura yang di kuasai oleh Lee Kuan Yew telah memulakan TRANSFORMASI EKONOMI & POLITIK yang pertama dengan PELAN PERANCANGAN seperti:
FOKUS PERTAMA: PERANCANGAN
  • HAL PERUMAHAN
  • HAL PEKERJAAN
  • HAL PENDIDIKAN
  • HAL KESELAMATAN NEGARA
FOKUS KEDUA: PERLAKSANAAN PERANCANGAN
  • Pembinaan Kawasan Perumahan Awam
  • Pembinaan Kawasan Perindustrian
  • Pembinaan Sekolah-Sekolah
  • Pembinaan Insfrastruktur & Prasarana Negara
  • Perlaksanaan Perkhidmatan Negara
FOKUS KETIGA: PENGGALAKAN PELABURAN ASING
  • Mencari Rakan Pelabur dari Negara Asing
  • Untuk Menjana Peluang Pekerjaan selepas Program Pembinaan Insfrastruktur & Prasarana.
  • Meningkatkan Keupayaan Singapura untuk BERDIKARI tanpa penggantungan kepada Negara Malaysia.
APA KEJAYAAN EKONOMI SINGAPURA (1965-1985)
Dalam Tempuh 20 Tahun Pertama ini, Singapura telah menjadi sebuah Negara:
  • PERINDUSTRIAN yang Pesat Berkembang
  • Dengan TENAGA BURUH yang Berpendidikan menurut Kehendak Pasaran
  • Sistem PERUMAHAN yang BAIK & SEMPURNA 
  • Sistem PENDIDIKAN yang MENUJU kepada PERKHIDMATAN BURUH 
  • Sistem PERTAHANAN NEGARA yang LENGKAP & TERATUR
  • Sistem PERNIAGAAN yang TERBUKA kepada SEMUA PENIAGA & PELABUR
  • Sistem Pengangkutan Awam yang CUKUP & TERATUR
  • Sistem Penjagaan KESIHATAN yang juga CUKUP & TERATUR
  • Sistem Telekomunikasi yang BAIK untuk Seluruh Negara
  • Sistem TABUNGAN PEKERJA (EPF) yang EFEKTIF 
  • Insfrastruktur & Prasarana Negara yang MENCUKUPI untuk kehendak SEMASA
Add caption
TETAPI JURANG PENDAPATAN KAUM BELUM TERHURAI
Walaupun dalam 20 Tahun Pertama, Negara Singapura mengecapi Pertumbuhan Ekonomi & Politik yang menggalakkan, tetapi JURANG Pendapatan antara Kaum maseh lagi wujud. Dan Pihak Kerajaan Singapura telah mengambil langkah-langkah Pembetulan dengan:
  • Menyelaras semula Sistem Pendidikan Negara dengan menumpukan kepada Kaum-Kaum yang ketinggalan dari segi Pendidikan.
  • Menyediakan SKIM BANTU DIRI dengan MEWUJUDKAN Organisasi BANTU DIRI KAUM yang pula akan menumpukan Hal-Hal Pembangunan Pendidikan kaum-Kaum mereka.
  • Menyediakan SKIM BELAJAR SEMULA kepada Tenaga Buruh yang Melebihi Usia 30 Tahun Ke Atas yang Berpendidikan Rendah dengan Di Salurkan kedalam Program-Program Pendidikan yang RELEVAN dengan Pekerjaan mereka.
  • Memperuntukkan BANTUAN KEWANGAN melalui SKIM Belajar Semula dengan   KURSUS HARGA SUBSIDI sebanyak 90% yang di keluarkan dari TABUNG DANA KERAJAAN di bawah KEMENTERIAN BURUH.
APA KEJAYAAN EKONOMI SINGAPURA (1985-2005)
Dalam Tempuh 20 Tahun Kedua ini, Singapura telah pula berjaya menghasilkan:
PERTAMA
  • Rakyat dari SEMUA KAUM dengan Tahap Pendidikan yang Tinggi dengan Minima Memegang Sijil Tamat Sekolah Menengah (GCE-O)
  • Dapat menambah Pemegang DIPLOMA & IJAZAH di dalam pelbagai Jurusan KEJURUAN PERINDUSTRIAN.
  • Dan ini telah menjadikan Negara Singapura sebagai Negara yang menghasilkan TENAGA BURUH yang BERPENGETAHUAN TINGGI untuk PERINDUSTRIAN.
  • JURANG PENDAPATAN antara KAUM telah berjaya DI RAPATKAN dan bukan lagi menjadi Masaalah Utama Negara dan Rakyat.
KEDUA
  • PERINDUSTRIAN Negara Singapura telah Bertukar daripada PERINDUSTRIAN BERTEKNOLOGI RENDAH kepada Negara yang Berteknologi Tinggi.
  • Dan atas KEJAYAAN ini maka Negara Singapura telah MEMBUKA PELUANG kepada Tenaga Kerja daripada Seluruh Dunia untuk bekerja secara Profesional di dalam Negara kerana PERMINTAAN yang sangat tinggi daripada PEMAIN INDUSTRI.
  • Maka Sistem IMMIGRESEN di Longgarkan untuk membolehkan Rakyat Asing mendapat Taraf PENDUDUK TETAP.
  • Langkah ini telah MELONJAKKAN PERINDUSTRIAN Singapura semakin bertambah MAJU dengan pelbagai KEPAKARAN BURUH yang di miliki.
PEMAIN INDUSTRI DI DALAM NEGARA SINGAPURA
  • Industri PERALATAN & TEKNOLOGI ELEKTRONIK
  • Industri PRODUK KIMIA
  • Industri PERKHIDMATAN KEWANGAN & PERBANKKAN
  • Industri PEMBAIKAN KAPAL LAUT
  • Industri PEMPROSESAN MINYAK MENTAH
  • Industri PEMPROSESAN MAKANAN & MINUMAN
  • Industri SAINS KEHIDUPAN
  • Industri PELABUHAN, KONTENA & PERKAPALAN
  • Industri Pembuatan PERALATAN & PLATFOM MENGOREK MINYAK
  • Industri Pembuatan HASIL GETAH
  • Industri Pembuatan FAMASI & PERUBATAN
EXPORT SINGAPURA
Berkisar kepada PRODUK & BARANGAN berikut:
  • MESIN, JENTERA & PERALATAN
  • PRODUK ELEKTRONIK
  • PRODUK BARANGAN PENGGUNA
  • PRODUK PERUBATAN & UBAT-UBATAN
  • PRODUK HASIL KIMIA
  • PRODUK HASIL PETROLEUM
  • MINYAK PETROL
RAKAN EXPORT SINGAPURA
  • HONG KONG - 11.6%
  • MALAYSIA - 11.5%
  • USA - 11.2%
  • INDONESIA - 9.7%
  • CHINA - 9.7%
  • JAPAN - 4.6%
FAKTA PENDUDUK SINGAPURA
  • RAKYAT : 4.740 Juta Penduduk
  • BANGSA : China 76.8%, Melayu 13.9%, India 7.9%, Bangsa lain 1.4%
  • AGAMA : Buddha 42.5%, Islam 14.9%, Taoist 8.5%Catholic 4.8%, Christian 9.8%, Lain-Lain Agama 0.7%, Tiada Agama 14.8%
SUMBER TERBESAR NEGARA
  • TENAGA RAKYAT BERPENDIDIKAN TINGGI
  • PUSAT KEWANGAN & PERBANKKAN ANTARABANGSA
  • PUSAT INDUSTRI TEKNOLOGI TINGGI
  • PUSAT PRODUK KESIHATAN & PERUBATAN
KESAN SAMPINGAN KEMAJUAN SINGAPURA KEPADA RAKYAT
  • KOS SARA HIDUP YANG TINGGI
  • TEKANAN HIDUP TERHADAP KOS
  • TEKANAN PSIKOLOGI
  • PENGANGGURAN SERING BERLAKU
  • MASAALAH PENJAGAAN WARGA TUA
  • MASAALAH KOS PERUMAHAN YANG SEMAKIN MENINGKAT
  • MASAALAH HUTANG PERIBADI MENINGKAT
KESAN KEPADA POLITIK
  • KERAJAAN SINGAPURA kini menerima TEKANAN daripada RAKYAT UMUM di atas Perkara-Perkara tersebut dan telah mengakibatkan KEJUTAN di Pilihan Raya 2011, dimana 9 Anggota Parti PEMBANGKANG di pilih untuk memasuki PARLIMEN 
  • Dimana Rakyat Singapura kini telah BERBALIK kepada MASAALAH ASAS KEHIDUPAN setelah melepasi PUTARAN KEHIDUPAN di Awal Penubuhan Singapura.
editor

No comments:

Post a Comment