Thursday, June 02, 2011

SWOT #9 : APA MAKSUD SEBENAR PENSWASTAAN - Post #279

TIPsNIAGA.COM - SWOT ANALYSIS - Post #279


APA MAKSUD SEBENAR PENSWASTAAN
YANG DI LAKUKAN OLEH KERAJAAN SESEBUAH NEGARA
SISTEM KOMUNIS
  • Semasa ERA KOMUNIS di Negara-Negara seperti Russia, China dan Negara Komunis yang kecil, kebanyakan Syarikat-Syarikat yang beroperasi di dalam Negara adalah MILIK KERAJAAN.
  • Ini di sebabkan oleh SISTEM KOMUNIS itu sendiri TIDAK MEMBENARKAN sebarang INDIVIDU untuk memiliki sesuatu Perniagaan dalam Negara.
  • Langkah tersebut di anggap sebagai mengelakkan sebarang Individu yang memonopoli sesuatu Jenis Perniagaan secara Perseorangan.
SISTEM DEMOKRASI
  • Apabila sesebuah Negara yang Bersistemkan Komunis MENUKAR Sistem Pemerintahan kepada Sistem yang lebih TERBUKA, maka banyak PERUBAHAN perlu di lakukan terhadap HARTA MILIK NEGARA terutama nya yang melibatkan sesuatu INDUSTRI.
  • Dan untuk sesuatu Kerajaan bersifat LEBIH TERBUKA dan LEBIH ADIL serta LEBIH EFISEN maka PENSWASTAAN HARTA MILIK KERAJAAN perlu di lakukan.
  • Atas sebab-sebab tersebut Negara seperti Russia dan China kini telah banyak melakukan PENSWASTAAN terhadap INDUSTRI dan SYARIKAT-SYARIKAT Milik Kerajaan.
DEFINASI PENSWASTAAN
  • Sesebuah Syarikat Milik Negara yang di beri TARAF sebagai Sebuah Syarikat YANG BEBAS dari Tadbir-Urus Kerajaan secara Total.
  • Dan Hak Milik Syarikat Milik Kerajaan itu pula di BUKA kepada Pemilik-Pemilik AWAM yang sanggup untuk MENGAMBIL-ALIH sesebuah Operasi Syarikat Milik Kerajaan melalui PROSES BIDAAN.
  • Apabila Proses Pengambil-alihan selesai maka Syarikat Milik Kerajaan tersebut kini BERTARAF SYARIKAT SWASTA atau PERSENDIRIAN.
  • Dan bermula lah TADBIR-URUS yang bercorak lebih Profesional di dalam setiap OPERASI SYARIKAT tersebut.
APA TUJUAN PENSWASTAAN
Penswastaan Syarikat Milik Kerajaan di lakukan atas Sebab-Sebab dan Tujuan yang berikut:
PADA KERAJAAN
  • Mengurangkan Tanggungan Kewangan Kerajaan
  • Mengurangkan KOS Pentadbiran & Pengurusan Kerajaan
  • Menjimatkan Dana Negara & Belanjawan Kerajaan
PADA SYARIKAT

  • Meningkatkan Kecekapan Tadbir-Urus Syarikat
  • Meningkatkan Prestasi Operasi Syarikat
  • Meningkatkan Hasil Mutu Daya Penghasilan Syarikat
PADA TUJUAN
  • DAPAT MEMBELI KEMBALI HASIL PRODUK PADA HARGA YANG LEBIH MURAH
  • DAYA HASIL YANG LEBIH BERMUTU
  • PENGHASILAN YANG LEBIH CEPAT & EFISEN
  • PENGHANTARAN YANG LEBIH CEKAP & TEPAT
  • MENJIMATKAN WANG NEGARA SECARA KESELURUHAN
  • MEMBERIKAN KEUNTUNGAN KEPADA SYARIKAT
ADALAH SALAH TUJUAN JIKA
  • Sesebuah Syarikat Milik Kerajaan yang telah DI SWASTAKAN Menghasilkan HASIL PRODUK kepada HARGA LEBIH MAHAL daripada ASAL.
  • Dimana TIDAK ADA AMALAN di dalam SISTEM DEMOKRASI yang BERKEPENTINGAN UNTUK RAKYAT membenarkan perkara seperti ini berlaku.
  • Kerana TUJUAN ASAL adalah untuk MEWUJUDKAN PENJIMATAN kepada WANG atau DANA NEGARA.
  • Jika Penswastaan telah mewujudkan KEADAAN SEBALIK NYA, itu telah TIDAK MENEPATI TUJUAN dan Pihak Kerajaan HARUS MENGAMBIL ALIH SEMULA HAK MILIK Syarikat tersebut dari Pihak Swasta.
JIKA KERAJAAN MENDIAMKAN DIRI
  • Jika berlaku sesuatu perkara yang BERTENTANGAN dengan TUJUAN PENSWASTAAN seperti yang telah di huraikan di atas dan Pihak Kerajaan MENDIAMKAN DIRI serta MENYOKONG sebarang KENAIKAN HARGA daripada ASAL, maka ini jelas menunjukkan Pihak Kerajaan tersebut TELAH BERSIKAP TIDAK JUJUR KEPADA RAKYAT.
  • Gejala seperti itu juga MENJELASKAN ada sesuatu PERBUATAN yang melibatkan UNSUR-UNSUR PENYELEWENGAN DALAMAN SEDANG BERLAKU.
  • Seperti PERJANJIAN yang berbentuk PERIBADI di antara Anggota Kerajaan yang Memerintah dengan Pemilik Syarikat yang telah di Swastakan untuk MERAIH KEUNTUNGAN secara PERIBADI.
  • Dan Gejala seperti ini boleh DI SIFATKAN sebagai PECAH AMANAH dan PENIPUAN terhadap RAKYAT & NEGARA.
  • Serta MENYALAHI PERUNDANGAN NEGARA di dalam PERLEMBAGAAN bagi sesebuah PEMERINTAH YANG BERKUASA.
APA YANG UTAMA DI SWASTAKAN OLEH SESEBUAH KERAJAAN
  • BADAN BEKALAN TENAGA ELEKTRIK
  • BADAN BEKALAN AIR
  • BADAN BEKALAN MINYAK PETROL & GAS
  • BADAN PENGANGKUTAN AWAM
  • BADAN PENJAGAAN KESIHATAN
PERSOALAN NYA MENGAPA
  • TUJUAN NYA akan BERBALIK kepada KEPERLUAN untuk mewujudkan PENJIMATAN dari Semua KOS OPERASI dan untuk meningkatkan KECEKAPAN DAYA PENGHASILAN secara KESELURUHAN.
  • KERANA melalui Penswastaan, Pihak Kerajaan akan dapat melakukan BANYAK PENJIMATAN WANG melalui Pelbagai TANGGUNGAN untuk menjalankan sesuatu OPERASI DAYA PENGHASILAN.
  • DAN Pihak Pengurusan Swasta secara LAZIM NYA akan lebih EFISEN & KOMPETITIF untuk melakukan sebarang Operasi Perniagaan.
PENSWASTAAN vs DI MILIK NEGARAKAN
  • DI MILIK NEGARAKAN sesebuah PERNIAGAAN SWASTA adalah Sifat bertentangan dengan PENSWASTAAN Syarikat Milik Negara.
  • Dimana Pihak Kerajaan akan MENGAMBIL-ALIH sesebuah Perniagaan dari Pihak Swasta yang menjalankan Perniagaan TERAS INDUSTRI NEGARA.
  • Proses Di Milik Negarakan hanya  berlaku jika sesebuah Syarikat Swasta tersebut SUDAH TIDAK BERUPAYA lagi dari segi KEWANGAN untuk meneruskan Perniagaan, dan pada TAHAP ini Pihak Kerajaan akan melakukan tindakkan tersebut.
KEBURUKAN DI DALAM SISTEM TERSEBUT
Samaada PENSWASTAAN dan DI MILIK NEGARAKAN
  • Boleh Wujud SALAH GUNA KUASA Oleh Pihak Kerajaan
  • Boleh Wujud Unsur Pecah Amanah dalam Penentuan Pemilik
  • Boleh Wujud Unsur Rasuah dalam Pembelian & Penjualan Hasil Produk
  • Boleh Wujud Unsur Penipuan dalam Penentuan pada NILAI TARIF & PERBEKALAN
  • Boleh Wujud Unsur Pencurian Dana Negara secara tertutup
  • Boleh Wujud Unsur KRONISME
  • Boleh Wujud Unsur NEPOTISME
editor

No comments:

Post a Comment