Wednesday, June 22, 2011

MALAYSIA - APA MAKSUD LAPORAN KEBEBASAN EKONOMI 2011

TIPsNIAGA.COM - POLITICS - Post #313


MALAYSIA - APA MAKSUD LAPORAN KEBEBASAN EKONOMI 2011
APA YANG TERSIRAT DARIPADA LAPORAN TERSEBUT


MERUJUK POST #312
  • Melalui LAPORAN KEBEBASAN EKONOMI MALAYSIA yang di keluarkan oleh The Heritage Foundation, CIA World Factbook dan pelbagai Sumber lain, telah menunjukkan ada beberapa Perkara Penting yang Pihak kerajaan Malaysia harus tangani samaada di dalam pengetahuan Pihak Kerajaan atau pun ianya Terlepas Pandang.
  • Dimana Perkara-Perkara yang menjadi MASAALAH kepada TARAF KEBEBASAN PERNIAGAAN di Negara Malaysia telah melemahkan dan memburukkan KEMAJUAN EKONOMI Negara Malaysia.
SENARAI KEBEBASAN EKONOMI 
  1. Business Freedom 
  2. Investment Freedom
  3. Trade Freedom
  4. Financial Freedom
  5. Fiscal Freedom
  6. Property Rights
  7. Government Spending
  8. Freedom from Corruption
  9. Monetary Freedom
  10. Labor Freedom
PERKARA YANG MENJADI MASAALAH
DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN
  • GAJI MINIMA UNTUK TENAGA BURUH YANG TIDAK PASTI
  • TAPISAN PROSES CADANGAN DARI PENIAGA
  • BATASAN BIROKRASI DARI PELBAGAI KEMENTERIAN & JABATAN
  • PROSES PERMOHONAN MEMBUKA PERNIAGAAN
  • PELABURAN BEBAS ASING KE DALAM NEGARA
  • TARIF IMPORT & EKSPORT YANG TINGGI UNTUK BARANGAN TERTENTU
  • DEFISIT PERBELANJAAN KERAJAAN
DALAM PERUNDANGAN NEGARA
  • KAWALAN HARGA PADA BARANGAN TERTENTU
  • KES RASUAH DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN
  • HAK INTELEK YANG TIDAK DI KAWAL MANTAP
  • UNDANG-UNDANG BURUH YANG BANYAK KELEMAHAN
  • PERTIKAIAN BURUH & PERUSAHAAN YANG LAMBAT DI SELESAIKAN
FAKTOR PENYEBAB KEPADA MASAALAH
KEMENTERIAN DALAM KERAJAAN PUSAT
  • Terlalu BANYAK KEMENTERIAN yang di PECAHKAN dari INDUSTRI yang sama di dalam KERAJAAN PUSAT atau FEDERAL.
  • Setiap Satu Kementerian menggunakan Sistem Perundangan yang berbeza-beza serta Tidak Seragam.
  • Dan menyebabkan sesuatu Proses Permohonan untuk membuka sesuatu Perniagaan menjadi LAMBAT untuk di beri KELULUSAN.
KEMENTERIAN DALAM KERAJAAN NEGERI
  • Dimana PENGUASA TEMPATAN walaupun di dalam SATU NEGERI bercanggah PERUNDANGAN atau SISTEM di antara satu dengan yang lain.
  • Begitu juga di antara sesuatu SISTEM dan PERUNDANGAN di antara Negeri-Negeri dalam Negara Malaysia yang TIDAK SERAGAM walaupun dalam SATU NEGARA.
  • Wujud PROSES TIMBAL-BALIK di antara KERAJAAN TEMPATAN dengan KERAJAAN PUSAT
IMPLIKASI NYA
  • Akan berlaku Perkara-Perkara yang akan menyusahkan Pihak-Pihak di dalam INDUSTRI PERNIAGAAN untuk bergerak maju dan pantas.
  • Dan setiap Masaalah yang Mudah serta Kecil menjadi Sukar dan Besar di sebabkan oleh Hal-Hal BIROKRASI yang tidak perlu.
  • Dimana setiap PENGUASA di dalam KERAJAAN TEMPATAN dan KERAJAAN PUSAT akan CUBA untuk Menuding Jari mengarahkan sesuatu PERSOALAN kepada PENGUASA lain kerana mereka sendiri KELIRU dan TIDAK JELAS akan PERANAN MASING-MASING.
  • SIKAP "LEPAS TANGAN" seperti ini memang wujud dan amat MENYUSAHKAN Golongan Peniaga & Usahawan dari Dalam dan Luar Negara.
  • Dan Perkara-Perkara yang "KECIL-KECIL" yang menjadi MASAALAH kepada KEBEBASAN EKONOMI akhirnya TIDAK DAPAT DI SELESAIKAN di SEMUA PERINGKAT PENGUASA KERAJAAN kerana SINDROM "IT'S NOT MY PROBLEM" atau "DI LUAR BIDANG KUASA KAMI"
PASARAN TERBUKA
  • MALAYSIA seharus nya lebih MENGGIATKAN untuk MEMBUKA PASARAN NEGARA dengan MEMPERBANYAKKAN mengadakan PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS dengan RAKAN-RAKAN dari Negara-Negara Berekonomi MAJU.
  • Ini memerlukan PERUBAHAN di dalam DASAR NEGARA terhadap PASARAN PERDAGANGAN BEBAS
  • Kerana melalui Perdagangan Bebas akan dapat MEWUJUDKAN lebih banyak PELUANG PELABURAN ke dalam Negara dan seterus nya akan dapat MENJANA EKONOMI RAKYAT dan NEGARA secara Serentak.
  • Dan MALAYSIA harus dapat MENARIK INDUSTRI KEWANGAN untuk bertapak di dalam Negara sebagai PEMANGKIN di dalam Proses Perdagangan Bebas, dimana buat masa ini POLISI KEWANGAN Negara Malaysia maseh belum benar-benar TERBUKA dan maseh di Kawal Ketat.
SELAIN DARIPADA ITU
  • KERAJAAN MALAYSIA juga harus MENGHAPUSKAN Amalan MEMONOPOLI sesuatu INDUSTRI PERNIAGAAN di dalam AHLI KELUARGA dan KENALAN RAPAT kepada ANGGOTA PEMERINTAH.
  • Dan menukar nya kepada AMALAN PERNIAGAAN yang lebih TERBUKA kepada SEMUA GOLONGAN PENIAGA & USAHAWAN dari dalam Negara secara ADIL & SAKSAMA.
  • KES-KES RASUAH & SALAH LAKU yang di lakukan oleh Anggota Pemerintah harus DI BICARAKAN secara TELUS dan menghindarkan CAMPUR-TANGAN POLITIK terhadap Kes-Kes tersebut. Ini akan memberikan KEYAKINAN terhadap PELABURAN dari Luar Negara.
  • Dan WUJUDKAN INTERGRASI yang MUDAH serta BERKESAN di antara KERAJAAN PUSAT dengan KERAJAAN NEGERI 
PERKENALKAN
  • KOD-KOD ETIKA untuk SEMUA JAWATAN TINGGI PEMERINTAH yang termasuk Perdana Menteri yang kini tidak begitu sempurna kewujudan nya.
  • SISTEM PERUNDANGAN & KEHAKIMAN NEGARA harus BEBAS dari PENGARUH POLITIK Anggota Pemerintah KECUALI di dalam DEWAN PARLIMEN.
  • Dimana kini WUJUD KEKELIRUAN KUASA di dalam PENJAWAT JAWATAN PENTING KERAJAAN dengan KUASA mereka di Peringkat PARTI.
  • Jika semua Perkara yang di sebutkan ini DI SEMPURNAKAN, sudah pasti Negara Malaysia akan dapat mencapai TAHAP TINGGI di dalam RANKING EKONOMI BEBAS DUNIA
KERAJAAN MALAYSIA TERKINI JUGA
  • Di lihat sebagai GAGAL untuk BERINTERAKSI dengan RAKYAT dan juga dengan PARTI-PARTI POLITIK PEMBANGKANG secara BERKESAN.
  • Ini di sebabkan oleh POLISI TERTUTUP kepada PERBINCANGAN TERBUKA yang di amalkan oleh Parti UMNO/BN.
  • Dan mengamalkan POLITIK SATU HALA yang sangat BERBAHAYA bukan sahaja kepada RAKYAT tetapi kepada parti UMNO/BN itu sendiri.
  • Jika KERAJAAN sekarang CUKUP BIJAK dan BERSIKAP TERBUKA, masaalah seperti CADANGAN untuk mengadakan PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 tidak akan menjadi MASAALAH BESAR serta tidak perlu menerbitkan KERESAHAN semua PENYOKONG KERAJAAN yang terpaksa membuat banyak LAPORAN POLIS.
  • Sesebuah KERAJAAN yang bijak, AKAN mewujudkan PERBINCANGAN di antara PARTI-PARTI untuk mengambil sebarang IKTIBAR BAIK serta akan mewujudkan KEHARMONIAN di antara PARTI walaupun dengan IDEOLOGI yang BERBEZA.
  • Inilah KELEMAHAN PALING KETARA di dalam KERAJAAN SEKARANG yang maseh BERKERAS dengan KAEDAH SATU HALA di dalam PROSES MENTADBIR NEGARA.
editor

No comments:

Post a Comment