Thursday, June 16, 2011

ANTARA KETETAPAN GAJI MINIMA & MAJLIS KONSULTASI GAJI NEGARA

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS NEWS - Post #302

ANTARA KETETAPAN GAJI MINIMA & MAJLIS KONSULTASI GAJI NEGARA

Sebelum Pihak Kerajaan Malaysia melaksanakan Ketetapan GAJI MINIMA KEBANGSAAN pada akhir tahun ini, saya ingin menambah beberapa Faktor atau Perkara yang harus di perhalusi atau di ambil perhatian sebelum Gaji Minima ini di Wartakan oleh Kerajaan.
Jika perkara yang di bentangkan ini tidak di perhalusi oleh Pihak Kerajaan, akan wujud KESAN SAMPINGAN yang akan menimpa pelbagai Golongan di seluruh Negara, yang pula akan MELUMPUHKAN EKONOMI NEGARA secara keseluruhan.

APAKAH MEKANISMA YANG PERLU DI WUJUDKAN
  • Untuk menjadikan MAJLIS KONSULTASI GAJI NEGARA (MKGN) lebih Efektif dan Efisen di dalam Tugas & Tanggung Jawap untuk Melakar, Menetapkan, Mengesyorkan serta Melaksanakan sesuatu Tahap GAJI, Pihak Kerajaan terlebih dahulu harus memikirkan perkara-perkara yang berikut:
A...WUJUDKAN KOMPONEN THINK-TANK MKGN 
  1. Kementerian Sumber Manusia
  2. SATU Kesatuan Sekerja Kebangsaan (Utama atau Induk)
  3. SATU Kesatuan Majikan-Majikan Kebangsaan (Utama atau Induk)
B...KEFUNGSIAN
Kementerian Sumber Manusia
  • Daya Penggerak kepada Urusan pihak MKGN
  • Sebagai Wakil kepada Kerajaan
  • Bertanggung Jawap untuk Melaksanakan Segala SARANAN daripada MKGN.
Kesatuan Sekerja Kebangsaan
  • Harus di wakili oleh SEBUAH PERTUBUHAN daripada SEMUA Kesatuan Sekerja di bawah hanya SATU ORGANISASI untuk menduduki MKGN.
  • MTUC boleh memainkan Peranan ini tetapi KEAHLIAN KEANGGOTAAN di dalam MTUC harus di perluaskan kepada SEMUA KESATUAN PEKERJA, samaada sebagai Anggota Tetap atau Anggota Bersekutu kepada MTUC.
  • Dan harus di galakkan Setiap Pekerja di Semua Sektor Awam dan Swasta untuk Menganggotai Kesatuan Sekerja yang menjadi Ahli kepada MTUC
Kesatuan Majikan Kebangsaan
  • Setiap Majikan atau Golongan Peniaga & Usahawan harus menganggotai Sebuah KESATUAN untuk Para Majikan yang bertaraf Kebangsaan. Seperti yang berlaku di Peringkat Pekerja.
TUJUAN NYA
Keanggotaan di dalam MAJLIS KONSULTASI GAJI NEGARA ini HARUS di wakili oleh WAKIL UTAMA kepada KETIGA-TIGA GOLONGAN iaitu:
  • KERAJAAN
  • PEKERJA
  • MAJIKAN
Dan Setiap Golongan boleh menghantar 2-3 Wakil Utama di dalam MKGN yang akan menjadi PEMBUAT DASAR dan KEPUTUSAN PENTING.
Kerana itu setiap Golongan HARUS datang dari KESATUAN INDUK untuk melayakkan diri sebagai WAKIL di dalam MKGN ini.

MENGAPA KONSEP KESATUAN INDUK INI PERLU
PERTAMA
  • Untuk mengelakkan terlalu ramai Wakil dari pelbagai Persatuan Majikan dan Pekerja di dalam MKGN.
  • Jika terlalu ramai Wakil-Wakil dari Persatuan Majikan dan Pekerja, menurut pengalaman akan banyak berlaku PERTELAGAHAN dan SOAL-SOAL REMEH di ketengahkan dan yang Tidak Sesuai di bincang di dalam TARAF MKGN.
  • Dan jika terlalu Ramai Wakil-Wakil tanpa Wujudnya KESATUAN INDUK maka SESUATU KEPUTUSAN tidak akan dapat DI PUTUSKAN dalam Suasana yang harmoni dan penuh pemuafakatan.
KEDUA
  • Jika Golongan Majikan dan Pekerja dapat Menganggotai KESATUAN INDUK yang Bertaraf KEBANGSAAN, maka Golongan ini terlebih dahulu melakukan Perbincangan di Peringkat KESATUAN terhadap sesuatu SARANAN yang akan di bawa kepada MKGN.
  • Dengan CARA ini tidak akan berlaku KEKECOHAN apabila MKGN melakukan PERBINCANGAN RASMI untuk sesuatu KETETAPAN.
KETIGA
  • Dengan Wujudnya KESATUAN INDUK untuk Golongan Persatuan Pekerja dan Majikan, semua pandangan, saranan dan maklum balas dari kedua Golongan ini dapat di perhalusi di dalam KESATUAN INDUK MASING-MASING
  • Dan tidak akan Wujud ketidak-seimbangan di dalam Kerja-Kerja Memperhalusi Setiap Cadangan untuk di bawa ke Peringkat MKGN.
  • Ini akan memberikan KEADILAN kepada Golongan Majikan dan Pekerja.
MENGENAI SARANAN GAJI
  • Jika di dasarkan kepada Sudut di dalam SEKTOR PERNIAGAAN yang pelbagai ini, adalah tidak MUNASABAH untuk menyarankan GAJI MINIMA di seluruh Negara kepada RM900 sebulan.
  • Ia tidak menjadi Munasabah atau Relevan kerana di dalam Setiap SEKTOR PERNIAGAAN itu memiliki MARGIN KEUNTUNGAN yang berbeza-beza di antara satu dengan yang lain
CONTOH
SEKTOR RETAILS atau PERUNCITAN dan MAKANAN
  • Seperti Kedai Runcit atau Kedai Serbaneka, Kedai Dobi, Kedai Gunting dan jenis-jenis perniagaan yang di dalam Sekmen yang sama, Margin keuntungan mereka amat rendah jika di bandingkan dengan Sektor yang lain, yang margin keuntungan mereka sekitar 20-35%.
  • Tetapi mereka terpaksa menanggung Overhead yang Tinggi di dalam Operasi Perniagaan dan jika sekarang Gaji untuk Pekerja AM mereka yang di sekitar RM500-700 sebulan di naikkan kepada RM900 sebulan, maka Golongan dalam Sekmen ini akan terpaksa menganggung TAMBAHAN KOS OPERASI yang lebih tinggi di samping kenaikan KOS yang lain.
  • Ini akan MEMAKSA mereka di Sektor Peruncitan untuk menaikkan Harga Barangan Jualan sebagai langkah untuk Menampung KOS Tambahan Gaji.
APA YANG PERLU MKGN LAKUKAN
PERTAMA
  • Di dalam Keadaan Ekonomi Malaysia yang maseh di dalam TAHAP PEMBANGUNAN dan yang belum STABIL di dalam Semua SEKTOR PERNIAGAAN, MKGN di sarankan untuk melakukan KENAIKAN GAJI melalui Komponen Kenaikan Gaji yang BERPERINGKAT.
  • Kini hanya perlu MENYELARASKAN KENAIKAN GAJI terhadap Sekmen Pekerjaan yang menawarkan GAJI yang KURANG daripada RM500 sebulan kepada Tahap Gaji yang lebih munasabah dengan keadaan semasa sebagai TUGASAN UTAMA.
KEDUA
GAJI MINIMA KEBANGSAAN harus di selaraskan dengan FAKTOR:
  1. SEKTOR INDUSTRI AWAM & SWASTA
  2. SEKMEN PERNIAGAAN
  3. JENIS JAWATAN
  4. JENIS KELULUSAN FORMAL
KETIGA
  • GAJI MINIMA juga tidak seharus nya di naikkan MENDADAK atau Sekali Gus tetapi boleh di naikkan secara Berperingkat yang di khususkan kepada MAJIKAN yang SEDIAADA atau yang LAMA.
  • Tetapi Perlaksanaan WAJIB untuk Semua MAJIKAN dari Syarikat-Syarikat yang Baharu di tubuhkan 
KEEMPAT
  • KENAIKAN GAJI MINIMA sebaik mungkin di naikkan MELALUI KOMPONEN KENAIKAN yang berterusan secara TAHUNAN.
  • Kerana CARA kenaikan Gaji yang Berperingkat ini LEBIH RASIONAL dan boleh DI SESUAIKAN dengan keadaan PERTUMBUHAN EKONOMI SEMASA.
KELIMA
  • KENAIKAN GAJI TAHUNAN pula tidak harus melebihi Angka 5% dan Angka Minima nya sekitar 3% Setahun.
  • Dengan KENAIKAN yang BERTERUSAN dan BERPERINGKAT, kenaikan GAJI MINIMA PERMULAAN tidak Perlu di letakkan terlalu TINGGI kerana langkah tersebut Tidak Economy Friendly kepada Majikan dan Negara, dimana Implikasi Ekonomi nya amat buruk.
  • Dan Golongan Pekerja juga akan MERASA TERJAMIN dengan Komponen Kenaikan Gaji Tahunan yang berterusan, walaupun kenaikan Gaji Minima Kebangsaan di tetapkan lebih Rendah dari RM900 sebulan seperti yang di usulkan ramai.
KEENAM
  • Pihak KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA dan MAJLIS KONSULTASI GAJI KEBANGSAAN boleh mengambil IKTIBAR dari MODEL Kenaikan Gaji yang di amalkan oleh Negara Singapura melalui National Wage Council (NWC) mereka.
  • Kerana MODEL yang di gunakan di Singapura telah MELALUI PELBAGAI RINTANGAN, KESAN BAIK & KESAN BURUK kepada Industri Perniagaan, Ekonomi Negara dan Ekonomi Rakyat yang sebagai Pekerja.
  • Dan Editor pernah menjadi salah seorang Wakil untuk duduk berbincang di dalam NWC Singapura pada beberapa Tahun yang lalu dan apa yang di sarankan ini adalah dari pengalaman yang lalu.
editor

No comments:

Post a Comment