Tuesday, August 16, 2011

MLM: MENGAPA PERNIAGAAN MLM SANGAT BERPENGARUH

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #373


MLM: MENGAPA PERNIAGAAN MLM SANGAT BERPENGARUH
APAKAH RAHSIA DI SEBALIK NYA


PERNIAGAAN MLM
  • Perniagaan MLM bukan satu Fenomena yang baharu di dalam Dunia Perniagaan Konvensional dan Internet kerana MLM telah bertapak seawal Tahun 1949 lagi.
  • Dimana Syarikat Pertama yang mempelopori Perniagaan berkonsepkan MLM ialah Syarikat Nutrilite Distributors yang di mulakan oleh Rich DeVos dan Jay VanAndel
  • Dan pada Tahun 1959 sebuah Syarikat yang bernama Amway Corporation wujud menggunakan Konsep MLM dan bersaing dengan Nutrilite.
  • Dan akhir nya Syarikat Amway membeli Syarikat Nutrilite sebagai langkah menguasai Pasaran dan Pembesaran Empire Perniagaan mereka sehingga kini.
KEMUNCULAN PENIPUAN DALAM MLM
  • Pada mula nya Orang Ramai keliru mengenai Perniagaan MLM yang beranggapan bahawa Konsep Perniagaan MLM ini HANYA Konsep Perniagaan PIRAMID dalam Pelaburan Kewangan yang kebanyakan nya beroperasi secara HARAM atau tidak berdaftar.
  • Tetapi Perniagaan MLM dengan Struktur Perniagaan yang ASAL telah dapat di pertahankan melalui Tuntutan Undang-Undang dengan menghapuskan Konsep PIRAMID MLM yang tidak Beretika.
  • Walau pun telah di sokong oleh Undang-Undang Perniagaan, Perniagaan MLM ini maseh lagi di pandang serong oleh Orang Ramai di sebabkan oleh gejala penipuan yang sering di lakukan oleh Pengusaha-Pengusaha yang Ingin Cepat Kaya.
  • Dan Perniagaan MLM yang berteraskan Konsep yang Asal telah dapat di pertahankan sehingga kini, walau pun terpaksa berdepan dengan gejala-gejala yang mencemarkan Konsep Perniagaan ini oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawap.
MASAALAH UTAMA MLM
  • Semua PENGUSAHA Perniagaan MLM ini mensasarkan Golongan Pelanggan yang sama iaitu Golongan Pengguna
  • Dan ini telah menyebabkan Syarikat-Syarikat MLM ini TERPAKSA BERSAING sesama sendiri dan kerana itu WUJUD pelbagai STRATEGI Pemasaran & Penjualan yang di berikan KESAN KHAS agar Syarikat mereka dapat mendahului Syarikat-Syarikat Pesaing Perniagaan.
  • Dan dengan bantuan Pakar-Pakar Psikologi Kemanusiaan, maka lahir lah Pelbagai Strategi-Strategi Pemasaran & Penjualan MLM yang di guna-pakai sehingga ke hari ini.
RAHSIA MENGAPA KONSEP PERNIAGAAN INI SANGAT BERPENGARUH
PERTAMA: KONSEP MLM
  • Konsep Perniagaan MLM telah di ubah-suai Strategi Pemasaran & Penjualan nya daripada memberikan Fokus kepada Produk, Syarikat dan Laman Web Syarikat sebagai mana yang di lakukan di peringkat permulaan.
  • Tetapi Strategi tersebut telah di ubah kepada Penjenamaan Diri Sendiri untuk Menarik Minat Orang Ramai terhadap Diri Anda dan bukan kepada Jenama Produk, Syarikat atau Laman Web
  • Ini bermakna Diri Anda adalah JENAMA yang ingin di tonjolkan kepada Para Pelanggan sebagai IKON PERTAMA di sebalik Jenama produk, Nama Syarikat atau Laman Web Syarikat
KEDUA: TARIKAN PEMASARAN MLM
  • Anda yang di latih sebagai JENAMA akan di tonjolkan sebagai DAYA PENARIK kepada Bakal-Bakal Pelanggan
  • Sebagai JENAMA, anda akan Berperanan untuk Mengambil Hati Bakal Pelanggan dengan memberikan Perhatian yang Khusus terhadap Pembangunan Kekayaan Bakal Pelanggan melalui Program-Program yang di Ciptakan oleh Pihak Syarikat.
  • Dimana setiap program yang di tawarkan oleh Pihak Syarikat melalui Konsep Perniagaan MLM akan memperlihatkan Bagaimana Kekayaan itu dapat di capai dalam masa yang singkat
  • Anda sebagai JENAMA di latih untuk membantu menyelesaikan Permasaalahan Kewangan Bakal Pelanggan dengan membina Perhubungan yang baik dengan Bakal Pelanggan untuk mendapatkan Keyakinan dan Kepercayaan mereka.
KETIGA: ANDA ADALAH JENAMA DAN MODEL
  • Untuk menjayakan Strategi Pemasaran & Penjualan MLM, Anda sebagai JENAMA akan di perlukan untuk membina Kejayaan di dalam Syarikat sebagai BUKTI untuk MEYAKINKAN Bakal Pelanggan bahawa perniagaan yang anda sarankan itu telah berjaya MENGUBAH Hidup Anda sendiri.
  • Semakin banyak Harta & Kekayaan yang dapat anda tonjolkan kepada orang ramai, ia adalah semakin Baik untuk Diri Anda sebagai JENAMA.
  • Seperti Pemilikan Kereta Mewah, Hartanah, Kad Kredit, Wang yang banyak dan Keanggotaan di Klub-Klub Terkemuka atau Strategi 5 C's, walau pun semua itu di dapati dengan Pembelian secara ANSURAN.
  • Kerana sebagai JENAMA, kehebatan dari Pencapaian Diri Anda yang melakukan Perniagaan MLM ini akan menjadi DAYA PENDORONG untuk Orang lain mengikuti jejak langkah anda.
  • Dimana dalam kebanyakan KES, Orang-Orang yang Terpengaruh untuk mengikuti Perniagaan MLM ini di sebabkan oleh PENGARUH PERIBADI Juru Jual yang menjadi JENAMA tersebut.
KEEMPAT: KEKUATAN SOKONGAN TEKNOLOGI
  • Untuk menguatkan Strategi Pemasaran & Penjualan MLM ini, Syarikat-Syarikat MLM menggunakan Software Sistem Pemasaran & penjualan yang DI REKA KHAS agar setiap URUSAN JUAL BELI dapat di lakukan secara Online, Bersistematik, Canggih, Adil, Tepat dan Pantas.
  • Ini akan menambahkan Keyakinan Bakal Pelanggan dengan Tadbir-Urus Perniagaan yang Serba Canggih dan Berteknologi Tinggi.
  • Disini lah Penggunaan Media Internet di gunakan sepenuh nya agar setiap Tadbir urus Perniagaan dapat di lakukan dengan Pantas, di samping itu di gunakan sebagai Media Pemasaran
KELIMA: PENYEDIAAN PRODUK YANG EKSKLUSIF
  • Untuk Menguatkan dan Mengukuhkan Perniagaan MLM, Pihak Syarikat hanya akan Mengambil Jenis-jenis Produk yang Unik, Di Cipta Khusus dan Tidak di benarkan di Jual di Pasaran Terbuka.
  • Dengan JAMINAN MUTU yang bertaraf Tinggi dan di Cipta oleh Pencipta-Pencipta yang Ternama di dalam Dunia Perniagaan
  • Dan Sistem Penghantaran Produk juga di lakukan dengan sepantas yang boleh sebagai langkah untuk menambah Keyakinan Pelanggan
PENGAJARAN NYA
  • Melalui KONSEP PERNIAGAAN MLM dapat di pelajari bahawa satu-satu nya CARA untuk BERJAYA ialah dengan membezakan Diri Anda sendiri daripada orang lain dan Tonjolkan Keupayaan, Kemampuan dan Kejayaan Diri Anda kepada Ramai Orang.
  • Ini adalah RAHSIA KEKUATAN TARIKAN di dalam Perniagaan yang Berkonsepkan MLM yang banyak di guna-pakai oleh Jutawan-Jutawan MLM dari dahulu hingga kini.
SENARAI SYARIKAT MLM BERPENGARUH DI DUNIA
  1. WEALTH MASTERS INTERNATIONAL
  2. SCENTSY
  3. TRUMP NETWORK
  4. CARBON COPY NETWORK
  5. MAGNETIC SPONSORING
  6. MONAVIE ACTIVE
  7. SOZO COFFEEBERRY
  8. JUSURU
  9. ACAI PLUS
  10. HERBALIFE
  11. TUPPERWARE
  12. MARY KAY
  13. LIA SOPHIA
  14. PAMPERED CHEF
  15. BEACHBODY
  16. ARBONNE
  17. AGEL
  18. THIRTY ONE
  19. STAMPIN UP
  20. ORGANO GOLD
  21. AVON
  22. NIKKEN
  23. MAX INTERNATIONAL
RUMUSAN NYA
  • Apa juga Jenama Produk dan Strategi Pemasaran & Penjualan yang di gunakan oleh Syarikat-Syarikat MLM ini, adalah BAIK dan di galakkan jika di lakukan menurut Undang-Undang Perniagaan yang BETUL dan di Iktiraf di Negara yang anda lakukan.
  • TETAPI bukan semua Perniagaan yang berkonsepkan MLM itu menuruti Keperluan SYARIAH ISLAM yang boleh di tentukan sebagai SUMBER HALAL.
Editor

No comments:

Post a Comment