Friday, August 05, 2011

ISU HALAL: JAKIM HARUS DI LETAK DI BAWAH KUASA DI PERTUAN AGONG

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #363


ISU HALAL: JAKIM HARUS DI LETAK DI BAWAH KUASA DI PERTUAN AGONG
KERANA YDPA ADALAH KETUA HAL EHWAL ISLAM NEGARA


ISU HALAL
  • ISU HALAL adalah suatu ISU yang melibatkan INTERGRITI ISLAM yang seharus nya di ambil perhatian dan tumpuan yang tidak berbelah bagi oleh semua Pihak yang terlibat dengan ISU HALAL & HARAM
  • Dimana ISU HALAL ini bukan sahaja Bergelora dan Berkecamuk di Malaysia tetapi turut berlaku di seluruh Dunia.
  • Yang mana kini Umat Islam di seluruh Dunia AMAT PRIHATIN terhadap jenis-jenis makanan yang boleh di makan secara HALAL tanpa melibatkan Unsur-Unsur Bahan yang di HARAMKAN oleh Islam.
PERANAN JAKIM
  • JAKIM adalah sebuah Jabatan yang memantau Hal Ehwal Agama Islam di dalam Negara Malaysia TETAPI di bawah Pentadbiran Jabatan Perdana Menteri yang kini di terajui oleh Major Jeneral (B) Dato Seri Khir Baharom selaku Menteri yang bertanggung jawap.
  • Dan JAKIM bergerak menjaga Hal Ehwal di bawah Platform POLITIK yang di terajui oleh sebuah Kerajaan yang di dukung oleh Parti Politik.
  • Oleh kerana itu, hal-hal yang bersangkutan dengan ISLAM tidak dapat di lakukan dengan TELUS kerana WUJUD Pengaruh-Pengaruh POLITIK
  • Dimana JAKIM adalah sebahagian dari Jabatan yang di bawah TADBIR LANGSUNG Perdana Menteri.
MASAALAH NYA
  • Apabila JAKIM di bawah Pentadbiran Pejabat Perdana Menteri, maka setiap Dasar atau Polisi yang di tetapkan oleh JAKIM menerusi Menteri Hal Ehwal Islam itu masih boleh di pengaruhi oleh keputusan-keputusan Politik yang di kuasai oleh Perdana Menteri.
  • Dimana Perdana Menteri Malaysia BUKAN lah seorang KETUA RASMI untuk Agama Islam tetapi di bawah Kuasa Yang di Pertuan Agong (YDPA)
  • Dan Pihak JAKIM juga tidak dapat Mengawal-Selia Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri secara LANGSUNG kerana kesemua Jabatan Agama Islam tersebut di bawah naungan Sultan-Sultan dan yang Di Pertua Negeri-Negeri.
  • Dan ini tidak dapat untuk mewujudkan KESERAGAMAN di dalam mengeluarkan sesuatu FATWA secara SERAGAM yang berdasarkan SYARIAH ISLAM yang sebenar.
  • Dimana kini dapat di lihat dengan jelas banyak PERCANGGAHAN FATWA yang di keluarkan oleh Jabatan Agama Negeri-Negeri seperti ISU HALAL yang melibatkan Mentega "Golden Churn".
APA YANG DI PERLUKAN SEKARANG
  • JAKIM yang menjadi Penggerak dan Pemantau Utama untuk Hal Ehwal Agama Islam Negara Malaysia Harus di letakkan di bawah Kuasa Majlis Raja-Raja Malaysia yang di ketuai oleh Yang Di Pertuan Agong.
  • Dengan perubahan ini, segala hal Ehwal Agama Islam di seluruh Malaysia dapat di Tadbir dan di Urus di bawah Pihak yang tidak condong kepada Fahaman Politik seperti sekarang.
  • Dan jika JAKIM di bawah Kuasa Tadbir-Urus Majlis Raja-Raja, semua Jabatan Agama Islam di semua Negeri-Negeri dapat di seragamkan segala URUSAN yang melibatkan FATWA atau PERUNDANGAN SYARIAH ISLAM.
  • Dimana semua Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan Pusat dapat bertindak secara BEBAS POLITIK dan dapat menguruskan hal-hal Kesyariahan Islam dengan lebih berkesan dan dapat di hormati oleh Umum.
  • Dan tidak akan wujud sebarang PERCANGGAHAN Pendapat dan Fatwa di antara MUFTI-MUFTI Negeri dan Negara
MENGAPA JAKIM MEMERLUKAN TRANSFORMASI INI
  • Ini di sebabkan oleh terlalu banyak ISU-ISU HALAL & HARAM yang tidak dapat di Uruskan oleh JAKIM dan Jabatan-Jabatan Agama Negeri secara KOLEKTIF.
  • Yang bukan sahaja menyentuh Hal-Hal KEHALALAN Produk-Produk Makanan dan Minuman Umat Islam tetapi melibatkan pelbagai jenis-jenis Perniagaan yang memerlukan FATWA JELAS daripada sebuah BADAN ISLAM yang BERINTERGRITI serta tidak bercanggah di antara satu Jabatan dengan Jabatan yang lain.
CONTOH NEGARA TERBAIK
  • Satu-satu nya Negara di Dunia yang Jabatan hal Ehwal Islam yang di bawah Tadbir Urus atau Kuasa Ketua Negara ialah Negara BRUNEI DARUSSALAM.
  • Dimana semua Hal Ehwal Agama Islam termasuk HALAL & HARAM di dalam Perniagaan adalah di bawah Kuasa Sultan secara LANGSUNG.
  • Yang berbeza dengan Negara-Negara Islam yang lain yang maseh di bawah Bidang Kuasa Kerajaan dari Parti-Parti Politik yang di terajui oleh Para Menteri yang di lantik oleh Pihak Kerajaan yang berkuasa.
PERBEZAAN BRUNEI DAN MALAYSIA
  • Di BRUNEI Sistem HALAL & HARAM adalah di bawah Kuasa Mutlak Sultan BRUNEI tetapi di Negara Malaysia maseh di bawah Kuasa-Kuasa Imam-Iman / Ulama dan Jabatan-Jabatan Agama.
  • Ini telah membuatkan Negara BRUNEI dapat melakukan Tadbir-Urus HALAL HARAM secara MESRA PERNIAGAAN dan dapat Mengukuhkan Intergriti SIJIL HALAL mereka secara berkesan dan di hormati Umum.
  • Dan Pihak Sultan BRUNEI memberikan KOMITMEN PADU di dalam semua HAL-HAL HALAL & HARAM tanpa melibatkan sebarang Pengaruh POLITIK.
  • Berbeza dengan Negara Malaysia yang maseh melakukan Pengiktirafan Hal-Hal HALAL & HARAM secara SUKARELA dari Badan-Badan atau Jabatan-Jabatan Agama yang BERASINGAN.
KONSEP PENGIKTIRAFAN HALAL MODEL BRUNEI
  • Brunei mengambil berat KAWALAN Jumlah Produk melalui pelbagai langkah, mereka telah mereka-bentuk Program Integriti Halal yang memastikan setiap Faktor yang terlibat dalam Pengeluaran Produk Halal.
  • Sebaliknya Mengesahkan Produk yang sedia ada sebagai Halal dan mewujudkan Satu Piawaian ke dalam Satu Parameter Agama dan seterus nya di guna-pakai untuk Keperluan Halal yang ketat seperti yang Wujud di dalam Sistem ISO.
  • Dimana Produk-Produk HALAL dari Brunei boleh di Pasarkan dan di Jual di Seluruh Dunia tanpa perlu Pengesahan Lanjutan dari Jabatan-Jabatan Agama Negara masing-masing.
  • Ini menunjukkan KEKUKUHAN SIJIL PENGHALALAN Negara BRUNEI dan di terima-pakai oleh Semua Kerajaan dari Seluruh Dunia TANPA WAS-WAS.
CARA PENSIJILAN HALAL BRUNEI
  • Di bawah Sistem Akreditasi Halal Brunei, penekanan bukan sahaja di berikan kepada PENSIJILAN tetapi juga untuk Pengeluaran, Pembungkusan, Logistik yang melibatkan aspek-aspek KOMERSIAL.
  • Untuk menentukan Jenis Produk Halal yang di kemukakan, KAJIAN yang menyeluruh dan PENYELIDIKAN PASARAN akan di jalankan. 
  • Produk ini khusus di buat mengikut Spesifikasi Pengguna yang tepat yang mengikut Keperluan Halal BruneiUntuk melindungi Integriti, dua wakil sepenuh masa yang di latih oleh Majlis Agama Brunei akan hadir di lokasi semasa pengeluaran keseluruhan produk. 
  • Di samping itu, di jadualkan atau Latihan Audit Mengejut dan Pemeriksaan akan di jalankan sepanjang Tempoh Kontrak Keseluruhan tanpa penglibatan dari mana-mana pihak ketiga yang lain.
  • Bagi Tujuan Halal di Brunei, Misi Utama adalah untuk mempercepatkan Pertumbuhan tidak hanya pada Sumber Organik tetapi juga oleh Pengambil alihan Jenama dan Perkongsian Syarikat.
  • Brunei juga memberikan sokongan padu  kepada Syarikat-Syarikat untuk menggunakan segala sumber-sumber yang boleh di dapati daripada Kerajaan atau dari Syarikat Induk mereka di dalam proses-proses untuk menepati Piawaian Halal yang di kuat-kuasakan.
RUMUSAN
  • Tanpa mengira yang Siapa yang "lebih Halal" daripada sesebuah Negara, hakikat nya ialah lebih 75% Umat Islam adalah Golongan Pembeli Produk Halal di Dunia dan Orang-Orang Islam merupakan  Pasaran yang Besar serta mereka Menuntut Hak yang lebih luas untuk Produk Halal yang Berkualiti. 
  • Jika Halal di terima sebagai satu Fardu Kifayah, maka Tuntutan Sebenarnya adalah terletak di bawah  Tanggungjawab semua Umat Islam di dalam Kapasiti masing-masing. 
  • Halal juga harus menjadi Tulang Belakang Ekonomi setiap Negara OIC - Negara-Negara Muktamar Islam untuk terus maju dan menguasai Ekonomi Dunia.
SERUAN KEPADA JAKIM & KERAJAAN

  • AGAR dapat membebaskan JAKIM daripada Pentadbiran yang berunsurkan POLITIK dan di serahkan Tadbir-Urus nya di bawah Kuasa Mutlak Majlis Raja-Raja Malaysia
  • SUPAYA Hal Ehwal Agama Islam serta ISU HALAL HARAM dapat di tadbir-urus secara lebih berkesan dan menyeluruh Tanpa sebarang Campur-Tangan Politik.
  • KERANA selagi JAKIM di bawah Pejabat Perdana Menteri, Kebebasan Bergerak untuk JAKIM dalam Isu-Isu Islam akan terus menerus tersekat-sekat dan mengambil masa yang panjang untuk melakukan sebarang keputusan MUKTAMAD yang berdasarkan Syariah dan Undang-Undang Islam.
  • JIKA Perubahan seperti ini dapat di lakukan, maka SEKTOR PERNIAGAAN HALAL akan dapat di pertingkatkan dengan pesat dan akan menguntungkan Rakyat dan Negara.
Editor

No comments:

Post a Comment