Tuesday, August 23, 2011

MENGAPA SYARIKAT GLC & GLIC SELALU KERUGIAN

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #379


MENGAPA SYARIKAT GLC & GLIC SELALU KERUGIAN
APAKAH FAKTOR PENYEBAB NYA


DEFINASI SYARIKAT GLIC - Government-Link Investment Companies
  • Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) ditakrifkan sebagai Syarikat-Syarikat Kerajaan Persekutuan berkaitan Pelaburan yang memperuntukkan Sebahagian atau Semua Dana mereka kepada Pelaburan dalam GLC.
  • Ditakrifkan oleh Pengaruh Kerajaan Persekutuan dalam hal-hal Melantik, Meluluskan Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan dan mempunyai Individu-Individu untuk Melapor Terus kepada Kerajaan, serta dalam menyediakan Dana untuk Operasi dan Menjamin Modal dan Pendapatan yang di letakkan oleh Unit Pemegang.
  • Definisi pada masa ini termasuk Tujuh GLIC iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Lembaga Tabung Haji (LTH), Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
DEFINASI SYARIKAT GLC - Government-Link Companies
  • Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) adalah ditakrifkan sebagai Syarikat-Syarikat yang mempunyai Objektif Komersil yang Utama di mana Kerajaan Malaysia mempunyai Kepentingan Mengawal secara langsung.
  • Mengawal Kepentingan merujuk kepada Keupayaan Kerajaan yang bukan hanya PERATUSAN Pemilikan untuk melantik Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Kanan atau membuat Keputusan Utama seperti contohnya mengenai Anugerah Kontrak, Strategi, Penstrukturan Semula dan Pembiayaan, Pemerolehan dan Pelupusan dan lain-lain untuk GLC, sama ada secara langsung atau melalui GLIC.
  • Termasuk GLC di mana Kerajaan Malaysia Mengawal secara langsung melalui Khazanah Nasional, MOF Inc, KWAP dan BNM atau di mana GLIC dan atau lain-lain Agensi-Agensi Kerajaan Persekutuan yang berkaitan secara KOLEKTIF mempunyai Kepentingan Mengawal.
  • Termasuk Syarikat GLC sendiri mempunyai Kepentingan Mengawal anak-anak syarikat dan Gabungan GLC.
APA MATLAMAT GLIC DAN GLC INI
  • Mempertingkatkan Keberkesanan Lembaga
  • Menguatkan Keupayaan Pengarah 
  • Meningkatkan Fungsi Pemantauan dan Pengurusan GLIC 
  • Meningkatkan Persekitaran Regulatori
  • Menjelaskan Obligasi Sosial
  • Mengkaji semula dan merombak Perolehan
  • Mengoptimumkan Amalan Modal Pengurusan 
  • Mengurus dan Membangunkan Pemimpin dan Modal Insan
  • Memperhebatkan Amalan Prestasi Pengurusan 
  • Meningkatkan Peningkatan Operasi
GLIC DAN GLC DALAM PEMANTAUAN TMO - Transformation Management Unit
  • Pejabat Pengurusan Transformasi adalah unit yang telah di tubuhkan untuk Membangun, Menilai dan Mengutamakan INISIATIF baru selaras dengan Tema dan Objektif
  • Pelancaran inisiatif yang dikenal pasti, termasuk mengenal pasti Peneraju, Pembentukkan Pasukan Kerja yang berkaitan, Memantau Kemajuan, Mengurus Kebergantungan seluruh inisiatif dan "De-bottlenecking" mana-mana Perlaksanaan isu-isu, jika dan apabila perlu
  • Memastikan Kodifikasi dan Penyebaran Pembelajaran, Amalan-Amalan Terbaik daripada Peneraju dan inisiatif seluruh GLC dan GLIC. 
  • Melalui penciptaan dan penyebaran "Buku" dengan Garis Panduan, Bengkel yang dipimpin oleh Calon-Calon Peneraju, memudahkan Penciptaan "Pusat Kecermelangan" di GLIC atau GLC.
  • TMO akan melaporkan mengenai Kemajuan PCG - Putrajaya Committee setiap suku tahun.
PERUTUSAN EDITOR
  • Semua PENJELASAN mengenai STRUKTUR dan segala GARIS PANDUAN yang di Wujudkan untuk memastikan semua GLIC dan GLC ini dapat dan berjaya MENEPATI SASARAN dan MATLAMAT adalah sangat BAIK serta CUKUP KEMAS seperti yang di keluarkan oleh Pihak PCG.
  • Akan tetapi, Rakyat masih dapat melihat kebanyakan daripada GLIC dan GLC yang DI PECAHKAN daripada KHAZANAH NASIONAL itu memiliki MASAALAH DALAMAN dan bukan semua GLIC dan GLC itu membuat keuntungan.
  • Perkara ini di sedari oleh Pihak PCG dan Khazanah Nasional dan mereka masih di dalam proses-proses untuk melakukan pembetulan di mana yang perlu, akan tetapi Pihak Kerajaan secara politik nya MENAFIKAN bahawa wujud GLIC dan GLC yang mengalami KERUGIAN seperti yang banyak di laporkan untuk menangkis Tanggapan Awam dan Pihak Lawan.
  • Ini adalah "Perkara Biasa" di dalam Dunia Politik untuk menafikan perkara-perkara yang Negatif mengenai apa juga Usaha Kerajaan yang tidak menepati Matlamat dan Sasaran seperti yang di rancangkan.
APA MASAALAH DALAM GLIC DAN GLC
Apa yang paling ketara di dalam setiap GLIC dan GLC ialah di sebabkan oleh beberapa faktor yang berikut
PERTAMA
  • Kekurangan Individu yang Berkaliber untuk menjadi PENERAJU kepada setiap GLIC dan GLC
  • Kurang nya Individu yang Berasal dari Sektor Swasta yang lebih terdedah dalam tadbir-urus perniagaan yang sebenar
KEDUA
  • Kekurangan "Liberty" sebagai PENERAJU kerana semua Platform Perniagaan telah di ATUR oleh PCG (unsur Birokrasi)
  • Ini telah "Mengurangkan Potensi" sebenar Para PENERAJU di dalam Tadbir-Urus Syarikat yang di bawah kendalian mereka.
KETIGA
  • Pengaruh Politik masih di wujudkan di dalam PCG dan secara tidak langsung "di bawa" ke dalam Tadbir-Urus semua GLIC dan GLC
  • Dimana terlalu Ramai bekas-bekas Ahli Politik atau yang Ahli Parti dan yang Pro-Kerajaan di lantik sebagai PENERAJU UTAMA di dalam GLIC dan GLC
KEEMPAT
  • Terlalu banyak "Diversification" Perniagaan di lakukan dalam sesebuah GLC dengan harapan untuk melipat-gandakan Keuntungan dan terlalu cepat di dalam melakukan nya
  • Tetapi menemui Masaalah untuk mempertahankan perniagaan kerana kekurangan pengalaman di dalam selok-belok perniagaan yang di ceburi.
  • Yang berpunca daripada "Memilih" PENERAJU yang Tidak Kompeten di dalam Cabang Perniagaan yang di lakukan atau dalam lain perkataan ialah "Memilih Pegawai yang Salah untuk Jawatan yang Salah"
KELIMA
  • Proses "Diversification" yang BERANGKAIAN juga di lihat sebagai Strategi Pihak Kerajaan untuk "Mengasingkan Entiti Asal" HAK ASAL PERNIAGAAN NEGARA kepada HAK MILIK AWAM, dimana ini dapat MENJEJASKAN FAEDAH yang di peruntukkan kepada HAK NEGARA 
  • Proses ini di lihat sebagai "Mengecilkan" Hak Milik Kerajaan dan "Di Pecahkan" kepada beberapa Rangkaian Perniagaan yang Tidak Dapat DI PEGANG LANGSUNG oleh GLC ASAL.
  • Akhir nya GLC ASAL yang di Miliki Oleh Negara tidak mendapat Apa-Apa Keuntungan daripada Apa juga Keuntungan Rangkaian Perniagaan yang telah di pecah-pecahkan itu.
KEENAM
  • Di dalam GLIC dan GLC yang masih KETARA dengan JELAS ialah masaalah KRONISME dan NEPOTISME yang tidak di bendung
  • Dimana Ramai Ahli-Ahli keluarga Terdekat dari kalangan PEMIMPIN dan Ahli Politik terlibat Secara Langsung atau Tidak Langsung dengan Perniagaan Teras GLC
  • Masaalah ini lah yang menjadi semua TUJUAN dan MATLAMAT GLIC dan GLC yang ASAL seperti yang di jelaskan di atas (Tujuan & Matlamat)
KETUJUH
  • Masaalah PERKAUMAN yang masih KUAT di dalam PENERAJUAN PCG yang mengawal GLIC dan GLC
  • Dimana peruntukkan untuk Bangsa-Bangsa lain yang bukan di kalangan Bangsa MELAYU untuk berada secara bersama di dalam GLIC dan GLC tidak di buka luas.
  • Kerana DASAR KERAJAAN yang tidak berapa menggalakkan kepada penglibatan Non Bumi dan ini telah mengurangkan POTENSI untuk BERKONGSI ILMU PERNIAGAAN dan memperluaskan Pengetahuan serta JALINAN NETWORK dari sesuatu KAUM yang lain.
KELAPAN
  • PENSTRUKTURAN EKONOMI semua GLIC dan GLC di lihat tidak memberi TUMPUAN dan PELUANG untuk membangunkan EKONOMI ASAS dalam NEGARA
  • Seperti keperluan ASAS RAKYAT UMUM yang berbentuk Makanan-Makanan Utama dari KOMODITI ASAS TANI dan PENTERNAKAN.
  • Yang TERBUKTI masih tidak mencukupi di seluruh Negara hingga ke hari ini, jika ada di lakukan pun adalah dari Syarikat-Syarikat Swasta yang bergabung sesama sendiri atau dengan GLC
RUMUSAN 
  • PCG melalui GLIC dan GLC yang wujud pada hari ini dalam KESIMPULAN AKHIR telah tidak MENEPATI segala Matlamat dan Sasaran Asal Kerajaan untuk Membantu Rakyat di dalam Masaalah Ekonomi secara langsung.
  • Dan FELDA atau RISDA bukan contoh terbaik di dalam Usaha Pihak Kerajaan dalam membantu Rakyat secara KESELURUHAN kerana kedua-dua Entiti tersebut hanya tertumpu kepada SEGELINTIR Rakyat sahaja.
  • Yang sebaik nya, di dalam masaalah Ekonomi Global yang melanda Penghasilan Makanan Dunia ini, Pihak kerajaan harus menggerakkan Ekonomi dalam PCG ini untuk Menjana lebih banyak Sumber Makanan kepada Rakyat dan Menstabilkan Penggantungan kepada IMPORT.
  • Kerana dengan MODAL dari DANA NEGARA boleh di peruntukkan dengan Mudah jika Kerajaan benar-benar MEMUSATKAN Tumpuan dari Segi Politik untuk melakukan nya.
Editor

No comments:

Post a Comment