Sunday, August 21, 2011

CARA PENGIKLANAN YANG BERKESAN UNTUK PENIAGA KECIL

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #377


CARA PENGIKLANAN YANG BERKESAN UNTUK PENIAGA KECIL
APAKAH LANGKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN


Rakan Pengiklanan 
  • Banyak syarikat, terutama nya yang menjalankan perniagaan dari rumah menawarkan pengiklanan tidak langsung dengan membantu menghantar orang untuk perniagaan anda dengan bayaran yang kecil yang berbentuk sedikit komisen.
  • Ini bagus kerana anda sudah tahu bahawa orang-orang ini mempunyai sekurang-kurangnya beberapa kepentingan dalam perniagaan anda. 
  • Walaupun mereka mungkin tidak membelanjakan sesen pun dengan anda, tetapi sekurang-kurang nya perniagaan anda mendapat pendedahan. 
Laman Web 
  • Internet telah berkembang dengan pesat di seluruh Dunia dan menawarkan pelbagai kemudahan kepada Orang Ramai untuk membina Laman Web mereka sendiri secara Percuma atau Berbayar.
  • Dan melalui Laman Web ini anda boleh mencapai kepada Ramai orang di seluruh Dunia tanpa batasan dan ramai telah mendapat manfaat daripada nya.
  • Walau pun Laman Web Perniagaan wujud berbayar tetapi anda masih boleh mengimbangi nya dengan menawarkan perkhidmatan pengiklanan untuk peniaga lain dengan bayaran yang minima.                  
  • Laman Web juga boleh membantu Perniagaan anda berkembang dengan melakukan Pertukaran Link dengan Laman Web Peniaga-Peniaga yang lain, ini amat baik untuk di lakukan secara bekerjasama.
  • Kelebihan Laman Web ini ialah anda boleh MEMUSATKAN Perniagaan dan Produk anda di dalam Satu Laman Web sebagai PERANTARA dengan Orang Ramai.
  • Dimana Laman Web anda akan bertindak sebagai JURUJUAL anda dalam 24 JAM SEHARI 
Mesin Penjawap
  • Tukar Mesej pada Mesin Penjawab Telefon anda untuk memberi tahu Pemanggil mengenai Syarikat dan Perniagaan yang anda lakukan.
  • Anda boleh mengatakan sesuatu seperti, "Hello. Anda telah menalifon ke Rumah Pejabat ABC Business.com saya, sila tinggalkan pesanan selepas mesej ini." 
  • Dengan cara ini, apabila anda menalifon orang itu kembali, mereka mungkin akan meminta anda menjelaskan perniagaan anda dan dengan bermakna pintu perniagaan terbuka untuk membincangkan perniagaan anda. 
Meletakkan Papan Tanda Di Kawasan Rumah
  • Ini adalah cara yang baik untuk Jiran anda mengetahui tentang perniagaan anda yang baru serta mana-mana orang yang melalui rumah anda. 
  • Pastikan anda menyemak dengan Pihak Berkuasa / Majlis Daerah anda mengenai jenis papan tanda yang di benarkan untuk di paparkan di hadapan Harta Persendirian.
Gunakan Tanda Magnet atau Pelekat 
  • Sekarang, apabila anda memandu ke jalan raya atau berhenti di mana-mana perhentian, atau meninggalkan kereta anda di mana-mana, anda telah melakukan pengiklanan secara Percuma mengenai Syarikat dan Perniagaan anda.
  • Pastikan Tanda magnet atau Pelekat tersebut Mudah untuk di lihat dan di baca serta dapat menarik perhatian Orang Ramai.            
Pakai Iklan Anda 
  • Gunakan pakaian-pakaian yang telah di Jahit Khas dengan Maklumat Syarikat dan Perniagaan anda seperti Baju T, Kemeja Rasmi Syarikat, Jaket, Topi sebagai Iklan
  • Jadi, apabila anda keluar di khalayak ramai, orang akan melihat Iklan anda dan sekali lagi ia akan membuka pintu untuk membincangkan peluang perniagaan baru anda. 
Flyers / Risalah
  • Terdapat banyak tempat yang membolehkan anda untuk meletakkan Risalah mengenai perniagaan anda. 
  • Lokasi Perniagaan seperti Kedai Runcit, Perpustakaan, Kedai Dobi, Salun Rambut dan lain-lain yang membenarkan anda meletakkan Iklan percuma di Papan Kenyataan Awam mereka. 
Kad Perniagaan 
  • Jangan keluar rumah tanpa mereka kerana ia amat penting untuk di berikan kepada Orang-Orang yang anda temui.             
  • Terutama sekali kepada bakal-bakal pelanggan yang berpontensi untuk menjadi Pelanggan anda di masa-masa hadapan.                     
Iklan Percuma / Free Classifieds 
  • Penggunaan Internet dan Iklan Percuma yang banyak untuk mengiklan perniagaan anda.
  • Carian / SEO menggunakan "Iklan Bebas" akan memberi anda peluang yang hampir tiada batasan  untuk menghantar Laman Web dan Iklan anda. 
  • Dan banyak Laman-Laman Sosial yang boleh di gunakan sebagai Alat Pengiklanan Perniagaan anda secara Percuma.
Ezines atau Majalah Elektronik 
  • Wujud beberapa Ezines mengenakan bayaran untuk meletakkan Iklan anda di lokasi yang terbaik yang membolehkan anda dan ada juga yang secara percuma. 
  • Sekali lagi Carian Web membolehkan mencari pelbagai Ezines untuk meletakkan iklan anda. 
Iklan Dari Mulut Ke Mulut
  • Bentuk Pengiklanan ini kurang mahal dan mungkin cara yang paling berkesan untuk mengiklan perniagaan anda adalah dari mulut ke mulut. 
  • Anda hanya perlu memberitahu mereka yang anda telah membuka perniagaan untuk diri anda sendiri. 
  • Mereka akan memberitahu orang lain dan yang lain akan memberitahu orang lain dan ia boleh merebak secara meluas.
  • Dan lambat laun Nama dan Syarikat anda akan di kenali ramai dengan bantuan rakan-rakan dan orang ramai yang bekerja sebagai Pengiklan Percuma untuk anda. 
RUMUSAN NYA 
  • Terdapat banyak lagi cara untuk mengiklan perniagaan anda dengan menggunakan Wang yang sedikit atau tidak perlu langsung mengeluarkan Wang.
  • Pokok nya ialah anda tidak perlu mempunyai Modal yang besar untuk berjaya mengiklankan perniagaan atau produk anda
  • Terdapat ramai orang yang telah melakukan nya dan menjadi sangat berjaya dalam perniagaan mereka pada Bajet Pengiklanan yang kecil. 
  • Apa yang anda perlukan adalah sebuah Laman Web dengan menambah sedikit kreativiti, sedikit masa, dan anda sudah boleh melakukan Iklan dengan cara anda sendiri untuk mencapai kejayaan tanpa perlu menjadi Penghuni Rumah-Rumah Kebajikan.
Editor

No comments:

Post a Comment