Tuesday, August 02, 2011

EKONOMI DUNIA: BANYAK SYARIKAT KORPORAT KECILKAN OPERASI

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #360


EKONOMI DUNIA: BANYAK SYARIKAT KORPORAT KECILKAN OPERASI
BAHANA KEGAWATAN EKONOMI DUNIA YANG SEMAKIN TENAT


TERKINI
  • Melalui pelbagai LAPORAN EKONOMI seperti dari Jakarta Post, CNBC, Bloomberg, New-York Times dan dari pelbagai Sumber lain, di laporkan banyak Syarikat-Syarikat Korporat di Amerika Syarikat (US) mengambil Langkah Selamat di dalam mengharungi Ekonomi Dunia yang semakin Tenat dengan mengambil Pendekatan samaada MENGECILKAN OPERASI atau MENUTUP CAWANGAN untuk mengurangkan KOS OPERASI.
  • Dan ada Syarikat-Syarikat Korporat Terkemuka mengambil Langkah dengan MENJUAL beberapa Cawangan mereka kepada Syarikat-Syarikat lain di dalam Sektor yang sama.
APAKAH SYARIKAT KINI YANG TERJEJAS
Pertama:
  • HSBC - sebuah Syarikat Konglomerat British yang memiliki Perniagaan Perbankkan & Kewangan Antarabangsa telah mengumumkan untuk mengurangkan 30,000 orang pekerja di seluruh Dunia yang akan di lakukan sehingga Tahun 2013.
  • Seramai 5,000 Orang pekerja telah di berhentikan pada Tahun ini dan 25,000 orang lagi pekerja akan di buang menjelang Tahun 2013.
  • Dimana HSBC kini menggajikan lebih dari 296,000 orang pekerja di seluruh Dunia menerusi Cawangan-Cawangan Perbankkan mereka.
  • Dan HSBC juga di laporkan akan Menjual 195 Cawangan di Amerika Syarikat mereka kepada First Niagara Bank dengan nilai 1Billion USD.
Kedua:
  • Jumaat lalu (29-7-2011) Syarikat Merck telah mengumumkan untuk mengurangkan 13,000 Orang pekerja sehingga Tahun 2015.
  • Pada masa ini Syarikat Merck menggajikan seramai 91,000 Orang pekerja
Ketiga:
  • Sebuah Syarikat Border yang mengeluarkan dan menjual Buku-Buku telah menutup dan membuang semua pekerja
  • Dimana 10,700 Orang pekerja telah terlibat dengan Pembuangan Kerja dari semua Rangkaian kedai-kedai Buku mereka.
APAKAH FAKTOR KEJADIAN INI
PERTAMA
  • Kemelesetan Ekonomi yang melanda di seluruh Dunia telah menyebabkan banyak KUASA MEMBELI dari Para Pengguna Berkurangan atau Terhapus di sebabkan oleh Kenaikan Harga Barangan & Perkhidmatan Pengguna secara Am.
  • Dimana Kenaikan Harga Barangan adalah melebihi Kadar Kenaikan Gaji Tahunan Golongan Pekerja dan ini telah mengurangkan KUASA MEMBELI mereka
KEDUA
  • Kenaikan Harga Barangan Pengguna ini berlaku di sebabkan oleh Kos-Kos Operasi  semakin Tinggi yang di dorong oleh Kenaikan Harga Minyak Mentah
  • Dan Bahan Asas ini pula telah mendorong Kenaikan kepada Kos Operasi di Sektor Pembuatan & Pengilangan yang menyebabkan pula kenaikan kepada Nilai atau Harga Barangan & Perkhidmatan.
KETIGA
  • Apabila Pengguna Hilang KUASA MEMBELI maka akan banyak Barangan & Perkhidmatan yang di tawarkan oleh banyak Syarikat tidak AKTIF DI PERNIAGAKAN.
  • Dan ini tidak baik untuk Para Peniaga dan Usahawan yang berskala besar seperti Syarikat Korporat dan Konglomerat.
  • Dimana Pendapatan Tahunan mereka akan terjejas dengan teruk nya dan gejala ini mengakibatkan mereka terpaksa untuk mengecilkan Sais Operasi atau jika lebih teruk lagi mereka terpaksa menutup Operasi Perniagaan untuk mengelakkan Kerugian yang berlanjutan.
KEEMPAT
  • Dan di dalam Sektor Perbankkan & Kewangan pula (seperti HSBC) akan mengalami HUTANG LAPUK atau Hutang-Hutang yang tidak dapat di bayar oleh Para Peminjam di dalam Tempuh yang di tetapkan.
  • Dan Hutang-Hutang ini adalah dari pelbagai jenis Pinjaman Kewangan secara Peribadi, Kad Kredit, Pinjaman Perumahan, Pinjaman Perniagaan, Pinjaman Kenderaan dan yang sebagai nya.
  • Apabila banyak Pinjaman tidak dapat di perolehi di dalam Tempuh yang di tetapkan, maka Pihak Bank akan mengalami RENCATAN Pusingan Peruntukkan kerana Kehilangan DANA sebagai Penjana Keuntungan.
  • Oleh kerana itu, langkah yang terbaik ialah mengurangkan Kos-Kos Operasi atau menjual Perniagaan kepada Pihak lain yang berminat untuk mengambil-alih Perniagaan tersebut.
KESAN KEPADA NEGARA-NEGARA ASIA
  • Dengan apa yang berlaku di negara Amerika Syarikat sekarang, sedikit sebanyak Negara-negara ASIA yang bergantung kepada IMPORT Amerika Syarikat akan mengalami KEKURANGAN DAGANGAN
  • Dimana kebanyakan Pengeksport ASIA ke Amerika Syarikat adalah Syarikat-Syarikat Pengeluar & Pembuatan Barangan Pengguna.
  • Ini membawa maksud bahawa Sektor Pengeluaran & pembuatan di Negara-Negara ASIA terjejas dengan teruk kerana KUASA MEMBELI Negara Amerika Syarikat telah MENURUN.
  • Dan Syarikat-Syarikat di ASIA ini pula terpaksa mencari ALTERNATIF PASARAN yang lain untuk Mengimbangi kekurangan Permintaan dari Amerika Syarikat
  • Jika Syarikat-Syarikat ASIA yang terjejas ini tidak dapat mencari Alternatif Pasaran yang lain untuk membeli Barangan Keluaran mereka, maka Operasi Perniagaan mereka akan terpaksa di hentikan atau di tutup.
  • Akibat nya, akan ramai Pekerja akan kehilangan Pekerjaan dan Sumber Pendapatan dan Gejala ini akan memburukkan Ekonomi Keluarga dan Negara masing-masing.
MALAYSIA
  • Negara Malaysia adalah Rakan Eksport yang terbesar kepada Amerika Syarikat dan dengan perkembangan Ekonomi yang Buruk melanda Amerika Syarikat, sudah semesti nya Syarikat-Syarikat Pembekal di Malaysia turut terjejas.
  • Yang tidak di pastikan ialah JUMLAH sebenar Syarikat-Syarikat dari Malaysia yang terjejas teruk oleh KEGAWATAN Ekonomi Amerika.
  • Kerana setiap Laporan mengenai Syarikat-Syarikat yang terjejas Tidak Di Laporkan kepada Ramai oleh Kerajaan Malaysia secara Terbuka
  • Yang mengetahui nya ialah Pihak-Pihak Bank yang menjadi Rakan Sokongan Perniagaan kepada Syarikat-Syarikat yang terjejas.
  • Tetapi Pergerakan Kemerosotan & Kegawatan Ekonomi di Malaysia tetap bergerak dan berlaku dimana Ramai Rakyat Malaysia telah mula Kehilangan Pekerjaan dan Sumber Pendapatan.
  • Hanya Kementerian Sumber Manusia dan MITI mengetahui dengan Tepat Angka-Angka Pembuangan Pekerjaan yang di lakukan dalam Negara buat masa ini.
  • Kerana Hal-Hal yang berkaitan dengan Ekonomi Amerika Syarikat yang mendorong Kerajaan Malaysia untuk menumpukan Tumpuan PENJANAAN Ekonomi Negara ke dalam Sektor Pertanian, Pelancungan dan Petroliam, dimana Sektor-Sektor ini tidak memerlukan Amerika Syarikat sebagai Pembeli atau Pengguna.
  • Pendekatan oleh Kerajaan Malaysia ini bersamaan dengan kaedah INTERNAL SALES atau B2E - Business To Employee yang di amalkan oleh Syarikat untuk memastikan Produk mereka ada Pembeli WAJIB sebagai Langkah untuk menggerakkan Ekonomi Negara secara Dalaman.
Editor

No comments:

Post a Comment