Saturday, July 30, 2011

TADBIR-URUS: KEPIMPINAN SEBAGAI KETUA NEGARA

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #358


TADBIR-URUS: KEPIMPINAN SEBAGAI KETUA NEGARA
APAKAH CABARAN YANG PERLU DI HADAPI


KETUA - CEO SEBUAH NEGARA
  • Samaada sebagai Presiden, Perdana Menteri atau CEO sebuah Negara, seseorang Ketua Negara itu tidak boleh di pisahkan dengan ILMU PENTADBIRAN dan PENGURUSAN 
  • Sepertimana yang di guna-pakai oleh setiap Pentadbir dan Pengurus di mana-mana Syarikat, Organisasi, Pertubuhan, Persatuan dan apa juga yang melibatkan hal-hal Pentadbiran & Pengurusan.
  • Semua nya akan menggunakan ASAS ILMU YANG SAMA tetapi hanya di bezakan oleh SAIS, JUMLAH ORANG, TUJUAN dan MATLAMAT yang harus di pertanggung jawapkan sebagai KETUA.
MELALUI TIPsNIAGA.COM
  • Telah di huraikan dan di bentangkan pelbagai Tugas & Tanggung Jawap yang harus di laksanakan oleh seorang KETUA atau CEO di dalam hal-hal Tadbir & Urus (sila rujuk kembali dari Post#1-#300)
  • Dan APA yang telah di kemukakan di dalam Penulisan TIPsNIAGA.COM adalah sebagai GARIS PANDUAN untuk MEMAHAMI Apakah itu Ilmu Pentadbiran & Pengurusan dari Sudut PERLAKSANAAN segala Tugas & Tanggung Jawap sebagai PEMIMPIN.
  • Dimana KEILMUAN tersebut boleh DI ADAPTASIKAN ke dalam pelbagai SITUASI PEKERJAAN kerana ILMU ini adalah bersifat UNIVERSAL.
KEPERLUAN KEFAHAMAN ILMU INI
  • Adalah untuk membentuk KEMAHIRAN & KEPAKARAN di dalam melaksanakan semua jenis Tugas & Tanggung Jawap di dalam KEPERLUAN yang DI TUNTUT melalui Jawatan-Jawatan yang di sandang.
  • KERANA setiap MATLAMAT atau HALA-TUJU yang di gerakkan oleh seseorang KETUA atau CEO atau PEMIMPIN itu, akan MENCERMINKAN pelbagai Tindak-Balas atau Kesan-Balas yang samaada berbentuk Positif atau Negatif daripada Orang-Orang yang Di Pimpin.
  • Dan selalu di sebut bahawa, jika BOS/CEO itu GAGAL untuk melaksanakan Tugas & Tanggung Jawap nya dengan BETUL, maka setiap KESAN KEGAGALAN itu adalah TANGGUNGAN yang perlu di pikul oleh seseorang Ketua atau CEO atau Bos.
  • Dimana, menurut Hiraki Kepimpinan walau dari jenis apa pun sesuatu Organisasi yang di ketuai oleh seseorang Pemimpin itu, KUASA TERAKHIR untuk MEMBUAT KEPUTUSAN MUKTAMAD adalah Di dalam Kuasa MUTLAK Golongan ini.
  • Dan di sini lah KEBIJAKSANAAN seseorang PEMIMPIN itu di cabar dan di uji dengan Tugas & Tanggung Jawap yang di berikan.
PERSOALAN: MENGAPA PENTADBIRAN NAJIB RAZAK DI KATAKAN GAGAL
SEBAGAI KETUA NEGARA
  • Beliau Gagal untuk Berperanan sebagai Perdana Menteri kepada Seluruh Rakyat Malaysia dalam Setiap Masa beliau.
  • Kerana beliau lebih banyak Menampilkan diri sebagai Seorang Pemimpin Parti Politik daripada di lihat sebagai seorang Perdana Menteri Negara.
  • Ucapan-Ucapan beliau juga di lihat sangat Bercelaru di dalam Memperkatakan Hal Ehwal Negara dengan Hal Ehwal Parti
  • Pendekatan beliau dengan Rakyat Umum sebagai Seorang Perdana Menteri juga bercelaru, dimana beliau gagal untuk membezakan Tugas sebagai Perdana Menteri dengan Tugas sebagai Presiden Parti.
CONTOH ISTIMEWA
INSIDEN PADA HARI BELIA 1 MALAYSIA DI PUTRAJAYA
  • Di dalam banyak Sesi-Sesi Taklimat, Ceramah dan Lawatan Kerja sebagai Seorang Perdana Menteri Malaysia, beliau maseh menunjukkan Sifat Kepartian dari Segi Penampilan dan Ucapan yang mencerminkan beliau sebagai Bukan sebagai Perdana Menteri.
  • Telatah dan Gelagat yang di sebutkan itu boleh di lihat dengan jelas sewaktu beliau merasmikan HARI BELIA 1MALAYSIA, dimana selepas beliau menamatkan Amanat Hari Belia, sebagai Perdana Menteri beliau sempat "MENGHASUT" para belia untuk "Membenci Pihak Pembangkang" dengan melabelkan Pihak Pembangkang sebagai "Cuba Merampas Putrajaya" daripada Kerajaan UMNO/BN.
  • Ini telah BERTENTANGAN dengan PERANAN beliau sebagai Seorang PERDANA MENTERI untuk Sebuah Negara yang Berdaulat, Berpelembagaan dan Berparlimen dimana beliau TIDAK BOLEH BERKELAKUAN sedemikian KERANA Hari Belia 1Malaysia itu adalah Projek Negara dan Bukan Projek Parti Umno/BN.
INSIDEN PERASMIAN JALUR GEMILANG DI KL SENTRAL
  • Beberapa Orang Rakyat yang CUBA menghampiri beliau sebagai Rakyat di NAFIKAN dengan Tindakan Polis menghalang dan menangkap mereka yang terlibat.
  • Walaupun Insiden Tangkapan tersebut di depan mata beliau dalam jarak yang sangat dekat, sebagai Seorang Perdana Menteri beliau GAGAL untuk Menghalang Tangkapan tersebut ATAU memberi Ruang dan Peluang kepada Rakyat yang terlibat untuk Berhenti Sebentar demi untuk Mendengar dan Mengetahui Apakah yang INGIN Rakyat sampaikan.
  • Tetapi beliau SELESA berada di dalam PROTOKOL sebagai seorang KETUA NEGARA yang DI KAWAL KETAT oleh Pegawai Keselamatan Perdana Menteri dan BERTINDAK sebagai Seorang Perdana Menteri.
  • Walhal, Perbuatan tersebut telah MENCEMARKAN nama beliau sebagai Seorang KETUA NEGARA yang di sifatkan sebagai Tidak Berperi Kemanusiaan terhadap Rakyat Umum dari pelbagai Latar Belakang dan Ideologi.
  • Dimana Perbuatan tersebut telah MENCERMINKAN bahawa beliau maseh MERASA KESELAMATAN DIRI TERANCAM walau di kelilingi oleh puluhan Pengawal & Pegawai Keselamatan dan menunjukkan SIKAP TIDAK PERCAYA PADA RAKYAT.
DALAM HAL MEDIA & KEBEBASAN BERSUARA
  • Sebagai Seorang KETUA NEGARA, beliau juga menyalah-gunakan KUASA sebagai Seorang Perdana Menteri kerana mengamalkan SIKAP MONOPOLI & BERAT SEBELAH di dalam KEBEBASAN MEDIA
  • Seperti Pe-Monopoli-an semua Stesen Television Arus Nasional agar Pro UMNO/BN dan Bukan untuk Pro-Kerajaan yang SEHARUS NYA BERSIKAP TELUS & ADIL terhadap Rakyat di dalam PELAPORAN MAKLUMAT SEMASA.
  • Terutama di dalam PENYAMPAIAN BERITA-BERITA berkenaan SALAH-LAKU Pihak Pembangkang, Perhimpunan BERSIH 2.O, Kes Kematian Teo Beng Hock, Kes Kematian Ahmad Sarbani, Kes-Kes SPR, SPRM, PDRM, ATM, KDN, PEGUAM NEGARA, KEHAKIMAN, FELDA, UDA, EPF dan Berita-Berita dari Kerajaan Negeri yang Tidak Telus Pemberitaan nya.
KESAN SAMPINGAN NYA
  • APABILA RAKYAT UMUM telah berjaya untuk mendapatkan Maklumat-Maklumat dari Penyiaran Berita dari Sumber Alternatif seperti Blog-Blog Politik, Twitter dan Facebook yang di Usahakan oleh Rakyat-Rakyat yang PRIHATIN, maka Pihak Kerajaan telah dapat di lihat melakukan PELBAGAI PEMBOHONGAN didalam PENYAMPAIAN Maklumat kepada Rakyat.
  • Dan SETIAP SERANGAN KERAJAAN yang di Kuasai oleh parti UMNO/BN terhadap parti-Parti Lawan menerusi Media Cetak & Elektronik serta penggunaan Bloger-Bloger Upahan TELAH MENIMBULKAN KEBENCIAN RAKYAT terhadap Kepimpinan dan Pentadbiran Najib Razak.
  • Dimana SEMAKIN KUAT PENAFIAN dan PUTAR BELIT MAKLUMAT di lakukan melalui Media cetak. Elektronik dan Blogger Upahan, Makan SEMAKIN KUAT KEBENCIAN RAKYAT terhadap PEMIMPIN dan KERAJAAN PUSAT.
  • Sepatut nya STRATEGI ini sudah Tidak Boleh di gunakan oleh Pentadbiran Najib Razak kerana Strategi tersebut menerbitkan Implikasi Buruk terhadap kestabilan dan Populariti Kerajaan Pimpinan Umno/BN
SEPATUT NYA
  • Pihak PENTADBIRAN NAJIB RAZAK harus menggunakan PENDEKATAN yang LEBIH MESRA RAKYAT didalam SEMUA HAL KOMUNIKASI dengan Rakyat Umum.
  • Dan bukan menggunakan Strategi "LEMPAR BATU -SEMBUNYI TANGAN", kerana Rakyat Malaysia kini telah CANGGIH dengan Sumber Maklumat yang boleh di dapati dari PELBAGAI SUMBER dari Dalam dan Luar Negara.
  • Dan dalam banyak Posting, saya selalu menyebut bahawa Pentadbiran Najib Razak banyak melakukan Kesilapan & Kesalahan di dalam hal-hal TADBIR-URUS dan GAGAL Bertindak & Berkelakuan sebagai Seorang Ketua Negara BUKAN kerana saya benci atau tidak suka Najib Razak dan Umno/BN TETAPI saya menyentuh hal-hal tersebut dari Sudut Keilmuan Pentadbiran & Pengurusan.
  • Ini terpulang kepada Kepimpinan oleh Kerajaan Umno/BN untuk Menilai dan Mengkaji pelbagai Suara & Pandangan orang Ramai terhadap Kepimpinan mereka menerajui Malaysia KERANA Setiap LANGKAH yang SALAH akan MENGUNDANG kepada KEHILANGAN KEPERCAYAAN & KEYAKINAN RAKYAT terhadap Kerajaan yang memimpin.
Editor

No comments:

Post a Comment