Monday, July 11, 2011

MINDA POLITIK: KONSERVATISMA VS LIBERALISMA

TIPsNIAGA.COM - POLITICS - Post #340


MINDA POLITIK: KONSERVATISMA VS LIBERALISMA
DIMANA POLITIK MALAYSIA BERPIJAK SEKARANG


PERUTUSAN EDITOR
  • Wujud Dua Perkara FAHAMAN POLITIK yang harus DI FAHAMI oleh UMUM mengenai CORAK POLITIK yang wujud di dalam Negara Malaysia.Yang Pertama bersifat KONSERVATIF dan Kedua bersifat LIBERAL

FAHAMAN KONSERVATIF
  • Fahaman Konservatif Memihak kepada Pandangan dan Nilai-Nilai Tradisional yang Cenderung untuk Menentang Perubahan yang di usulkan daripada keadaan biasa nya.
  • Bersikap Tradisional adalah di Halang melakukan sesuatu Perubahan yang bertentangan dalam Gaya Kefahaman Konservatif.
  • Fahaman Konservatif adalah amat Sederhana dan berhati-hati dalam melakukan Anggaran untuk melakukan sesuatu perubahan dasar.
  • Juga Cuba mengekalkan segala Syarat dan Peraturan yang sediaada walaupun wujud KEPINCANGAN di dalam nya.
  • Kerajaan Konservatif adalah seperti Parti Konservatif di United Kingdom atau Parti Progresif Konservatif di Kanada.
FAHAMAN LIBERAL

  • Fahaman Liberal menggalakkan Kebebasan Individu maksimum serta Berfikiran Terbuka dan Bertolak Ansur. 
  • Liberal Tidak Takut untuk Meneroka dan Melaksanakan IDEA-IDEA baru dan berlainan walaupun orang lain mungkin melihat nya sebagai aneh dan tidak boleh di terima Majoriti.
  • Dan Fahaman Liberal akan bertentangan hebat dengan Fahaman Konservatif dan sering Berselisih Pendapat dan pandangan terhadap sesuatu ISU.
BERBEZA DENGAN FAHAMAN DEMOKRASI
  • Fahaman Demokrasi adalah sejenis Fahaman yang Mengamalkan Sifat TOLAK ANSUR terhadap Pendapat dan Pandangan Orang lain
  • Dan Cuba untuk Memberi Ruang Kebebasan kepada APA juga Kehendak dan Amalan Orang lain dengan Maksud untuk Menjaga Keharmonian Perhubungan dengan mencari Jalan PENYELESAIAN yang dapat di Persetujui ramai.
  • Dengan memberi Penghormatan terhadap Fahaman atau Aliran Pemikiran Orang lain di dalam Lunas-Lunas atau Etika Kehidupan bermasyarakat.
  • Ini dengan MENGIKTIRAF HAK-HAK Orang lain di dalam Perlembagaan Negara, Negeri, Adat Resam, Bangsa dan Agama masing-masing.
FAHAMAN POLITIK KERAJAAN UMNO/BN
  • Di lihat sebagai BERFAHAMAN KONSERVATIF dengan mempertahankan APA JUGA AMALAN, SYARAT-SYARAT, PERUNDANGAN, SISTEM  di dalam Perundangan SEDIAADA.
  • Dan tidak akan mengiktiraf apa juga Pandangan atau Pendapat Orang lain yang mahu melakukan Pembetulan, Perubahan, Penaik-Tarafan terhadap APA JUGA jenis Perundangan yang di lihat tidak RELEVAN dengan Masa dan Zaman.
  • Kerana Parti UMNO terdiri daripada Golongan Orang yang maseh dan mahu mengekalkan Nilai-Nilai TRADISIONAL di dalam semua HAL Politik, Ekonomi dan Sejarah.
  • Dan lebih Cenderung untuk Bekerjasama dengan Golongan atau Kumpulan dari Kefahaman yang sama seperti apa yang mereka amalkan di dalam Parti atau Kerajaan.
KERANA SEBAB-SEBAB ITU
  • Kerajaan UMNO/BN maseh belum Membuka PINTU secara LUAS terhadap sebarang PEMBAHARUAN di dalam HAL seperti Pendidikan yang bercorak Antarabangsa.
  • Khusus nya di dalam pembelajaran Bahasa Inggeris untuk Subjek-Subjek Utama seperti Matematik, Sains dan Kimia.
  • UMNO/BN sememang nya mahukan Pembaharuan tetapi oleh kerana Berfikiran Konservatif maka Pembaharuan itu akan hanya di lakukan APABILA SEMUA ORANG dalam kategori Konservatif itu  bersetuju
  • Dan akibat nya, sesuatu Perubahan yang sangat PERLU di dalam sesuatu KEADAAN atau MASA tidak dapat di lakukan dengan serta merta.
  • Terkecuali jika sesuatu Keadaan itu CUKUP MENDESAK di sebabkan KESAN SAMPINGAN yang sangat menonjol dan amat menyusahkan mereka.
BEGITU JUGA DALAM HAL POLITIK TANAH AIR
  • APA juga FAHAMAN yang tidak selari dengan Fahaman Konservatif mereka, UMNO/BN akan TOLAK dan akan menganggap sesuatu IDEA yang di ketengahkan itu sebagai Tidak Sesuai, Tidak Relevan atau Tidak Sejajar dengan Pendirian Parti.
  • Cuba lihat sahaja di dalam Parti UMNO, Keanggotaan maseh berkisar kepada Kaum atau Bangsa MELAYU sahaja atas nama Perjuangan untuk BANGSA MELAYU.
  • Tetapi dalam hakikat sebenarnya mereka BEKERJA di dalam SATU PERIKATAN dengan Kaum-Kaum lain seperti Bangsa Cina, India dan Sabah / Sarawak yang di namakan BARISAN NASIONAL.
  • Apabila itu berlaku, maka jika ada parti-Parti lain wujud dengan KONSEP MAJMUK dengan menghimpunkan semua Bangsa di dalam SATU PARTI termasuk Bangsa Melayu, maka jenis-jenis Parti tersebut di anggap Bertentangan dengan KETUANAN MELAYU dan juga ISLAM.
  • Ini merupakan suatu PERSEPSI dari KEFAHAMAN KONSERVATIF yang UMNO warisi semenjak Penubuhan UMNO pada 1946.
MENGAPA TRANSFORMASI EKONOMI NEGARA WUJUD - ETP
  • Ini adalah berpunca daripada pengaruh Dato' Seri IDRIS JALA yang bukan dari Bangsa Melayu atau dari Agama Islam yang berfikiran agak LIBERAL di dalam Amalan Pentadbiran dan Pengurusan yang Cekap.
  • Dan beliau telah MEMBUKTIKAN apa yang di lakukan nya sebagai PENTADBIR atau PENGURUS di Syarikat-Syarikat seperti SHELL dan MAS adalah MODEL KERJA dari Kefahaman yang LIBERAL 
  • Dan beliau berjaya MEYAKINKAN Perdana menteri bahawa jika MALAYSIA ingin berjaya maka Fikiran yang Konservatif (yang takut pada perubahan) itu di longgarkan dan menerima Fikiran yang Liberal di dalam PERLAKSANAAN TRANSFORMASI EKONOMI.
  • Dan bagi Dato' Seri IDRIS JALA itu bukan suatu Tugas dan tanggung Jawap yang Mudah kerana ini melibatkan PENDIRIAN PARTI UMNO yang berfahaman KONSERVATIF.
  • Kerana itu setiap PROGRAM yang di usulkan oleh PEMANDU sangat-sangat memerlukan MASA untuk DI LULUSKAN oleh KERAJAAN UMNO/BN.
  • Dan ini merupakan KESUKARAN Dato Seri IDRIS JALA di dalam KERAJAAN berbanding dengan beliau bekerja di Syarikat SHELL atau MAS dimana beliau memiliki 90% KEBEBASAN untuk menjalankan TUGAS menurut KEFAHAMAN URUS-TADBIR yang LIBERAL.
SEBAB YANG SAMA JUGA BERKAIT DENGAN ISU BERSIH 2.O
  • Di sebabkan UMNO/BN berfahaman Konservatif maka APA yang DI USULKAN oleh PENGANJUR BERSIH 2.O di lihat sebagai ANCAMAN BESAR kepada Parti UMNO/BN
  • Kerana 8 USUL di dalam TUNTUTAN BERSIH 2.O adalah berkaitan dengan USUL kepada melakukan PERUBAHAN kepada DASAR KERAJAAN yang Memerintah.
  • Di sebabkan oleh itu maka TUNTUTAN BERSIH 2.O tidak dapat DI LAYAN oleh UMNO/BN yang di anggap AKAN MEROSAKKAN ATUR-CARA KERJA yang UMNO/BN telah lakukan semenjak dari Tahun 1946 lagi.
BERBEZA DENGAN PAKATAN PEMBANGKANG
  • Yang di lihat lebih LIBERAL dan lebih DEMOKRATIK di dalam Memperuntukkan HAL-HAL yang berkaitan dengan HAK RAKYAT AWAM dan mahukan ATUR-CARA KERJA yang lebih BERDEMOKRASI susulan dari Fahaman LIBERAL yang mereka Amalkan.
  • Kerana itu, sebagai Rakyat Malaysia kita dapat MELIHAT PERTEMBUNGAN PENDAPAT & KEPERCAYAAN di antara KERAJAAN UMNO/BN dengan Pihak Parti-Parti PEMBANGKANG.
  • Dan mana-mana PARTI yang menganggotai BARISAN NASIONAL adalah JENIS PARTI yang juga bersifat KONSERVATIF terhadap KAUM & BANGSA YANG MEREKA WAKILI dan kerana itu mereka AMAT SERASI dengan UMNO.
HALATUJU POLITIK DI MALAYSIA
  • KERANA sebab-sebab yang di jelaskan itu maka POLITIK MALAYSIA tidak akan BERHENTI BERGOLAK selagi FAHAMAN yang bersifat KONSERVATIF TEGAR tidak dapat DI LIBERALKAN di dalam SISTEM DEMOKRASI NEGARA.
  • Dimana KEADAAN SEKARANG akan berlanjutan untuk beberapa TAHUN lagi sehingga ANGKATAN BAHARU dari CERDIK PANDAI yang BERPENDIDIKAN TINGGI dari KEFAHAMAN yang lebih LIBERAL mengambil-alih TERAJU KEPIMPINAN NEGARA melalui Parti-Parti yang bersikap sedemikian.
  • Buat masa ini, segala apa juga PERTELAGAHAN akan TETAP WUJUD dan TERUS BERLAKU dan harus di jadikan UKURAN dan GARIS PANDU di dalam mencapai APA JUGA TOLAK ANSUR.
  • Juga kerana ORANG MELAYU sememang nya dari Golongan Fikiran yang KONSERVATIF, maka apa yang berlaku sudah tidak dapat di elakkan lagi.
Editor

No comments:

Post a Comment