KEMANA KAH HALA TUJU BANGSA MELAYU
TERUTAMA NYA DARI SUDUT EKONOMI
PERUTUSAN EDITOR
- Perkara mengenai BANGSA MELAYU ini di bangkitkan untuk renungan Bangsa Melayu kerana sudah lebih 60 Tahun Bangsa Melayu di Negara-Negara NUSANTARA ini terdedah kepada GLOBALISASI, samaada dari Segi Kebudayaan, Politik dan Ekonomi.
- TETAPI kebanyakan Bangsa Melayu maseh lagi memiliki beberapa KELEMAHAN yang menyebabkan BANGSA MELAYU ini ketinggalan jauh di belakang Bangsa-Bangsa yang lain.
- APAKAH jenis FAKTOR atau ELEMEN yang menyebabkan BANGSA MELAYU itu KURANG BERJAYA atau TIDAK BERJAYA LANGSUNG?
- Pada kali ini, TIPsNIAGA.COM membawa PEMIKIRAN anda untuk MENINJAU perkara-perkara yang menjadi FAKTOR atau ELEMEN tersebut.
- Fikiran Melayu
- Politik Melayu
- Ekonomi Melayu
- Perancangan Ekonomi Melayu
- Falsafah Kehidupan
PENJELASAN NYA
No.1 Fikiran Melayu
- Pada kebiasaan nya Bangsa Melayu "Malas Berfikir" secara TELITI didalam sesuatu Perkara.
- Selalu mengambil "Jalan Senang" atau "Jalan Pintas" untuk membuat Sesuatu Keputusan Penting
- Didalam melaksanakan sesuatu Pekerjaan, Tumpuan Perlaksanaan tidak 100%
- Tetapi gemar mengharapkan "Pulangan" yang lebih besar daripada Usaha yang di berikan.
- Ini di sebabkan oleh TAHAP sesuatu ILMU PENGETAHUAN yang Terbatas atau Tidak Di Miliki Langsung.
- Maseh berpandukan kepada "Perasaan Kekauman" dan Fikiran maseh belum Terbuka Luas di dalam keadaan yang GLOBAL atau Berbilang KAUM.
- Ini telah mendorong Politik Bangsa Melayu sedikit "TERTUTUP" kepada Fenomena Kehidupan yang MAJMUK.
- Dan ini menyebabkan SIKAP TOLERANSI Bangsa Melayu amat "Ketat" dan di lihat sebagai mementingkan Diri dan Kaum sendiri dari Sudut yang lebih luas.
- Sikap Toleransi yang ketat seperti ini dapat di lihat di dalam Kehidupan Bermasyarakat dalam sesuatu Tempat, Kawasan, Negeri dan Negara.
- Taraf Ekonomi Bangsa Melayu TERJEJAS di dalam 2 FAKTOR di atas dan ini mengakibatkan Ekonomi Bangsa Melayu sukar berkembang.
- Dan ini menyebabkan Perkembangan Ekonomi Bangsa Melayu "Tidak Sekata" atau "Tidak Seimbang" di merata Negeri dan Negara.
- Juga mengakibatkan GAGAL untuk mendominasikan TERAS Ekonomi Utama di dalam Negara
- 3 FAKTOR yang di sebutkan di atas adalah KESAN daripada KETIADAAN PERSEFAHAMAN di dalam Bangsa Melayu itu sendiri untuk melaksanakan Program-Program Perkembangan Ekonomi secara bersama.
- Dimana Bangsa Melayu secara semula-jadi nya SUKAR untuk MEMPERCAYAI sesama sendiri dan SUKAR untuk BEKERJASAMA.
- Oleh sebab itu, Bangsa Melayu KETIADAAN PELAN MEGA EKONOMI untuk Bangsa Melayu seperti yang di lakukan Oleh Bangsa CHINA, JEPUN, KOREA, EROPAH dan BARAT.
- Kerana secara LAZIM NYA, Bangsa Melayu amat Gemar untuk "Membunuh" sesuatu IDEA atau SARANAN yang di AJUKAN oleh sesama Bangsa Melayu.
- Dimana mereka Bukan sekadar "membunuh" Idea atau Saranan yang di kemukakan TETAPI akan mencari 1001 HELAH untuk TIDAK BERSETUJU walaupun sesuatu IDEA itu amat Bernas.
- Bangsa Melayu juga TIDAK MEMILIKI FALSAFAH BANGSA yang boleh di guna-pakai sebagai LANDASAN atau HALATUJU.
- Ini di sebabkan oleh Bangsa Melayu itu datang dari Pelbagai RUMPUN BANGSA yang berlainan Adat Resam, Kebudayaan, Bahasa, Agama dan Ideologi kehidupan.
- Dimana Sifat KEMELAYUAN Bangsa Melayu maseh belum KUKUH untuk di kenali sebagai SATU BANGSA MELAYU sahaja.
- Dan juga kerana Falsafah "Dimana Bumi Di Pijak, Di Situ Langit DI Junjung" telah "Membesarkan Jurang Ketidak-samaan" di antara sesama Bangsa Melayu.
CONTOH-CONTOH YANG BOLEH DI FIKIRKAN
FIKIRAN MELAYU
- Umpama untuk memakan Buah dari Pohon, mereka akan "Menebang Pokok" untuk mengambil Buah TANPA berfikir panjang Akibat dari Tindakkan tersebut untuk Jangka Masa Panjang.
- Dan akhir nya seluruh Keturunan mereka tidak dapat MERASAI lagi Buah dari Pohon yang sama.
POLITIK MELAYU
- Sering "Bercakaran" sesama Bangsa Melayu DEMI untuk "Menegakkan" Ideologi Politik masing-masing yang bercorak mencari Kepentingan untuk Diri sendiri daripada untuk UMUM seperti yang di Utamakan dalam POLITIK SEBENAR.
- Jika Ber-PARTI, hanya Parti mereka sahaja yang BENAR dan yang BETUL semata-mata untuk terus BERPENGARUH terhadap Bangsa mereka sendiri.
- Ber-Parti di gunakan untuk "Mendapatkan KUASA" , "NAMA" dan "PANGKAT" daripada bertujuan untuk BERKHIDMAT kepada Masyarakat.
EKONOMI MELAYU
- Lebih "KUKUH" dan "BERTEPATAN" dengan Istilah "Kais Pagi Makan Pagi dan Kais Petang Makan Petang"
- Dengan Falsafah itu Bangsa Melayu tidak mengharapkan sangat apa juga KEMAJUAN EKONOMI secara KUKUH kerana mereka juga berpendapat "Dunia ini hanya sementara dan Akhirat yang paling kekal".
PERANCANGAN EKONOMI
- PELAN-PELAN PERANCANGAN EKONOMI yang di lakukan oleh Bangsa Melayu, samaada di Peringkat Diri, Keluarga, Syarikat, Persatuan, Pertubuhan dan Kerajaan BANYAK bercorak KEMELAYUAN yang di dasarkan dari SIKAP & PEMIKIRAN Bangsa Melayu.
- Cuba lihat di Pekan-Pekan, Bandar-Bandar, Kota-Kota di Negeri-Negeri Melayu (Malaysia Contoh nya), berapa ramai kah Perniagaan TERAS UTAMA yang di miliki oleh Bangsa Melayu?
- Dan cuba semak berapa banyak kah Kilang-Kilang Pembuatan & Pengeluaran yang di Usahakan oleh Bangsa Melayu?
- Juga Cuba dapatkan berapa banyak kah Bank-Bank dan Institusi Kewangan yang di miliki oleh Bangsa Melayu?
- Atau cuba cari berapa banyak kah JENAMA-JENAMA PRODUK & PERKHIDMATAN di seluruh Negeri, Negara dan Dunia yang di wujudkan oleh Bangsa Melayu dan di guna-pakai di seluruh Dunia?
- Anda sememang nya SUDAH TAHU apakah JAWAPAN untuk semua SOALAN yang di sebutkan itu.
JADI - APAKAH YANG HARUS DI LAKUKAN?
- KEMBALI BERSATU SEBAGAI SATU BANGSA MELAYU YANG KUKUH DAN BERANGKAIAN KE SELURUH NUSANTARA.
- WUJUDKAN SATU KESEDARAN, SATU IMPIAN, SATU MATLAMAT, SATU USAHA UNTUK BANGSA MELAYU TANPA TERIKAT DENGAN APA JUGA IDEOLOGI PERIBADI.
- BANGUNKAN TARAF PENDIDIKAN BANGSA MELAYU DALAM ACUAN YANG SAMA YANG SETARAF DENGAN PENDIDIKAN BANGSA-BANGSA DUNIA AGAR DAPAT BERSAING SECARA SEIRINGAN.
- LAKAR PELAN EKONOMI YANG KHUSUS TERHADAP PENGUASAAN BANGSA MELAYU DI DALAM TERAS UTAMA EKONOMI SECARA USAHA-SAMA, SAMAADA DI DALAM ATAU DI LUAR NEGARA MASING-MASING.
- WUJUDKAN KESEFAHAMAN SEJAGAT UNTUK SEMUA PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN BANGSA MELAYU TANPA MENGIRA NEGARA
UNTUK APA SEMUA ITU
- Memang semua SARANAN tersebut "Bunyi nya" nampak SENANG tetapi Bangsa Melayu HARUS ada dan wujud segala KEINGINAN dan CITA-CITA untuk MAJU sebagai SATU BANGSA yang benar-benar MERDEKA dari Sudut yang LUAS.
- Dimana SIKAP-SIKAP KEMELAYUAN yang ASAL harus DI KETEPIKAN dan di wujudkan FALSAFAH BANGSA MELAYU SEJAGAT.
- Tetapi maseh memerlukan ORANG-ORANG MELAYU yang benar-benar GIGIH dan BERKALIBER untuk bertindak sebagai KHALIFAH atau KETUA bagi mencapai SEMUA YANG DI LAKARKAN.
- Yang TERPENTING ialah Bangsa Melayu HARUS BELAJAR untuk Bagaimana MENGHORMATI ORANG LAIN kerana inilah KELEMAHAN PALING UTAMA BANGSA MELAYU.
- Walau pun Bangsa Melayu ini di lihat sebagai suatu BANGSA yang sangat BERSOPAN SANTUN tetapi sebalik nya Bangsa Melayu maseh BERTITIK HITAM DI HATI-HATI mereka.
- Kerana ASAS ILMU PENGETAHUAN YANG SERAGAM di dalam BUKU-BUKU Berbahasa Melayu Amat TERBATAS di NUSANTARA, juga Pengalih-bahasaan yang Buku-Buku dari Bahasa lain yang di dapati sangat LEMAH dan di lakukan secara Ala-Kadar sahaja.
KERANA ITU
Melalui Posting yang lalu, Editor menulis bahawa Bangsa Melayu memerlukan lebih dari 300 TAHUN untuk menjadikan FAKTOR KELEMAHAN BANGSA MELAYU ini benar-benar TERHAPUS dan Bangsa Melayu menjadi Suatu BANGSA yang TERNAMA
editor
salam ziarah. Tq follow blog and i follow u back.
ReplyDeleteMemang setuju sgt2 tentang masalah org melayu ni.Saya sebelum terbuka hati sertai tupperware, pernah bekerja di OCBC dan berkawan baik dengan org2 cina.
Dari situ saya menimba ilmu berniaga mereka dan berjaya sekarang. Boleh bersara menjadi seorang guru bahasa inggeris dan sambil2 berniaga menumpukan perhatian anak2 di rumah kerana merekalah tunggak masyarakat melayu akan datang
Org2 melayu terlalu dimanjakan sehingga tidak mampu berdikari.Kerajaan kita satu hal....
Entahlah, muga dilindungi dari segala bala dari Allah.
Teruskan berjuang dan membuka mata dan minda org MELAYU.
Wsalam Hajah Nafisah.
ReplyDeleteTerima kaseh kerana memberikan komen dan syabas di ucapkan kerana Hajah memiliki jangkauan pemikiran yang sangat positif, moga ulasan Hajah akan memberikan inspirasi kepada Masyarakat Melayu yang lain.
Selamat Maju Jaya...Wassallam!
DrSoul