Monday, July 25, 2011

EKONOMI MELAYU: PENUBUHAN MAJLIS EKONOMI MELAYU

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #353


EKONOMI MELAYU: PENUBUHAN MAJLIS EKONOMI MELAYU
APAKAH PERANAN YANG MEREKA MAMPU LAKUKAN


MAJLIS EKONOMI MELAYU (MEM)

  • MEM yang di Anggotai oleh 62 Buah Badan-Badan Kerajaan yang berkaitan dengan Ekonomi Melayu di tubuhkan baru-baru ini untuk MENGKAJI APAKAH KELEMAHAN & KEDUDUKAN EKONOMI MELAYU.
PERUTUSAN EDITOR TIPsNIAGA.COM
  • Secara Peribadi Editor TIPsNIAGA.COM menyokong Usaha Murni ini agar Orang Melayu dapat MEMPERBAIKI segala KELEMAHAN mereka di dalam Sudut Ekonomi.
  • Masaalah Ekonomi Melayu ini telah MULA saya sentuh sebaik sahaja Blog TIPsNIAGA.COM ini di wujudkan dengan TUJUAN untuk MEMBUKA MINDA Orang Melayu menerusi PENULISAN ARTIKEL yang menjurus kepada KELEMAHAN sebagai Seorang PENIAGA, Seorang USAHAWAN, sebagai Sebuah Persatuan & Pertubuhan PERNIAGAAN.
  • Dimana KUNCI UTAMA KELEMAHAN EKONOMI ialah KELEMAHAN di dalam KEFAHAMAN HAL-HAL TADBIR-URUS di dalam sesuatu PERNIAGAAN itu sendiri, dimana Orang Melayu SANGAT LEMAH di dalam HAL ini.
  • Kerana SEBAB-SEBAB TERSEBUT yang mendorong TIPsNIAGA.COM di tulis dalam BAHASA MELAYU supaya KEFAHAMAN mengenai sesuatu ISU PERNIAGAAN dapat di sampaikan dalam BAHASA yang DI FAHAMI oleh Orang Melayu itu sendiri.
MATLAMAT MEM
  • MATLAMAT & HALA-TUJU MEM dapat di fahami dan bertujuan untuk MEMBANTU membaiki TARAF EKONOMI Orang Melayu di alam Negara Malaysia.
  • Melalui 62 Pertubuhan NGO dapat di gambarkan bahawa KEMAHUAN Orang Melayu untuk MAJU di dalam Bidang Ekonomi sangat menggalakkan dan sememang nya HARUS DI LAKUKAN SEKARANG.
  • Oleh yang demikian MEM harus MENCARI dan MELAKAR TINDAKKAN untuk BAGAIMANA cara-cara mengatasi permasaalahan yang melanda Orang Melayu di dalam Dunia Ekonomi.
PERSOALAN YANG HARUS DI UTAMAKAN OLEH MEM
PERTAMA: MENCARI FAKTA & DATA
  1. Berapa Banyak Kelemahan Orang Melayu?
  2. Kelompok atau Golongan Orang Melayu yang Lemah Ekonomi?
  3. Jenis-Jenis Ekonomi yang menjadi Tumpuan Utama, Kedua dan Seterus nya?
  4. Fakta & Data Latar Belakang Orang Melayu yang Lemah Ekonomi?
  5. Taraf & Tahap Ekonomi Mereka Sekarang?
KEDUA: MENCARI KAEDAH MEMBANTU
Melalui DAPATAN di atas, Pihak MEM harus MENGASINGKAN segala Permasaalahan dan Golongan yang terlibat dan mencari KAEDAH YANG TEPAT untuk MEMBANTU
  • Apakah Jenis-jenis BANTUAN yang mereka perlukan?
  • Adakah Bantuan yang Bercorak Pendidikan atau Latihan Semula?
  • Adakah dalam bentuk Bantuan Kewangan untuk Insfrastruktur?
  • Adakah dalam bentuk Pemasaran dan Penjualan dalam Pasaran Tempatan & Global?
  • Adakah Rangkaian atau Network Perniagaan yang Lemah serta tidak Efektif?
KETIGA: PELAN JANGKA PENDEK & PANJANG
  • Apakah PELAN BANTUAN Jangka Pendek yang boleh di lakukan?
  • Apakah pula PELAN BANTUAN untuk Jangka Panjang?
  • Siapa yang HARUS DI PERTANGGUNG JAWAPKAN?
  • Adakah mereka BERSEDIA untuk MEMIKUL Tanggung Jawap tersebut?
  • Mampu kah mereka MENGHASILKAN KEMAJUAN?
MEM HARUS MENJADI DAYA PENGGERAK EKONOMI
  • Dengan kewujudan MEM, di harap Pihak MEM benar-benar dapat BERFUNGSI sebagai DAYA PENGGERAK & PEMBINA EKONOMI Orang Melayu secara EFEKTIF.
  • Bukan sekadar untuk wujud untuk mencari DATA & FAKTA mengenai KELEMAHAN EKONOMI Orang Melayu tetapi TIDAK DAPAT MEMBANTU untuk membangunkan nya.
PUNCA UTAMA KELEMAHAN ORANG MELAYU
Seperti yang telah banyak Artikel yang saya tulis berkenaan KELEMAHAN di dalam hal-hal Ekonomi terutama Orang Melayu ialah:
  1. KEKURANGAN ILMU PENGETAHUAN DALAM TADBIR URUS PERNIAGAAN
  2. KEKURANGAN KEFAHAMAN MENGENAI DISIPLIN KEWANGAN
  3. KEKURANGAN MAKLUMAT SEMASA PERNIAGAAN 
  4. KEKURANGAN KEKUATAN KEWANGAN
  5. KEKURANGAN SOKONGAN SESAMA BANGSA MELAYU
Dan pelbagai SARANAN telah di ketengahkan dan semua itu boleh di pertimbangkan untuk perlaksanaan jika di dapati sesuai. Sila Semak di dalam Posting-Posting yang lalu.

Editor

    No comments:

    Post a Comment