Saturday, July 09, 2011

ISU BERSIH: APA KEJAYAAN YANG DI CAPAI

TIPsNIAGA.COM - POLITICS - Post #337


ISU BERSIH: APA KEJAYAAN YANG DI CAPAI
OLEH PIHAK KERAJAAN DAN PENGANJUR BERSIH 2.O


9HB JULY 2011 - HARI PERHIMPUNAN BERSIH 2.O
  • Seperti yang di ketahui ramai bahawa Pihak Kerajaan telah berusaha untuk MENGGAGALKAN Perhimpunan BERSIH 2.O dengan menggunakan AKTA POLIS sehubungan dengan Tindakkan PEMBATALAN Pendaftaran Pertubuhan Penganjur BERSIH sebagai Organisasi yang Berdaftar.
  • Dan Perhimpunan tersebut juga tidak mendapat TEMPAT & KELULUSAN untuk berhimpun di Ibu Negara yang di jadualkan di STADIUM MERDEKA walaupun Perdana Menteri memberikan "Kebenaran" selepas mengadap Yang Di Pertuan Agong.
APA YANG DAPAT DI LIHAT
POLIS & KERAJAAN
  • Pihak POLIS telah menggunakan STRATEGI "Menutup Pintu Masuk" dari SEMUA ARAH untuk ke Ibu Negara dengan mengadakan SEKATAN POLIS.
  • Ini BERTUJUAN untuk "Melambat-lambatkan" Perjalanan Orang Ramai yang ingin menyertai Perhimpunan dengan "menimbulkan" Kesesakan Jalan Raya dengan harapan RAMAI yang akan Membatalkan Niat masing-masing untuk ke Ibu Negara.
  • Dan juga sebagai STRATEGI "Menakut-nakutkan" Orang Ramai dengan pelbagai "Operasi Polis" yang di lihat menggunakan "Senjata Berat" sewaktu berkawal.
  • Sekatan Jalan Raya semakin KETAT di Jalan-Jalan Pintu Masuk yang terdekat di seluruh arah Ibu Negara dan Pihak Polis Mensasarkan Motosikal dan Kenderaan yang penuh dengan Penumpang dan apa juga yang berkaitan dengan Warna Kuning.
RAKYAT
  • Setelah menyedari Pihak Kerajaan Tidak Berganjak dengan keputusan mereka yang TIDAK MENGIZINKAN sebarang PERHIMPUNAN di adakan, di lihat telah bersedia lebih awal dengan memasuki Ibu Negara Se hari lebih Awal dan menginap di sekitar Hotel-Hotel di Ibu Negara.
  • Dan Orang Ramai juga telah mengelakkan untuk memakai Baju-Baju yang bertemakan BERSIH 2.O atau yang berwarna KUNING sebagai Langkah MENGELAK dari Tangkapan Awal.
  • Orang Ramai maseh menumpukan Kawasan Ibu Negara sebagai LOKASI BERHIMPUN dan berusaha untuk MENGELAK dengan apa juga Sekatan dan Provokasi Pihak Polis.
  • Dan akhir nya kita dapat melihat Orang Ramai muncul di bahagian-bahagian Ibu Negara dalam masa yang singkat.
APA YANG BERLAKU
  • Pihak Polis memulakan Operasi TANGKAPAN seawal 10.30 pagi (seperti laporan) kerana Menyifatkan Orang tersebut telah melakukan Provokasi terhadap Anggota Polis terlebih dahulu (ini memang strategi)
  • Apabila "Berita Tangkapan" tersebut tersebar luas melalui Pesanan Ringkas (SMS), ini telah "Membangkitkan Kemarahan" Ramai Orang yang sedang berada di Ibu Negara, dan ini telah Menerbitkan banyak Lagi Provokasi di antara orang Ramai dengan Pihak Polis.
  • Seperti Strategi Anggota Keselamatan terutama nya Pihak Polis, keadaan ini lah yang mereka "mahukan" untuk melakukan "Tindakkan Menyurai Orang Ramai" dengan melepaskan Gas-Gas Pemedih Mata dan Pancutan Air terhadap Orang Ramai, dimana Pihak Polis "mesti" ada Alasan untuk melakukan Tindakkan menurut Akta Polis.
  • Dan sesiapa yang "berdegil" maka Pihak Polis memiliki "Kuasa" untuk menahan Orang-Orang tersebut dan di Tangkap serta akan di Reman untuk Tindakkan susulan.
  • Sewaktu Artikel ini di tulis sekitar 19.14 hrs, telah lebih 1,000 Orang Ramai telah di Tangkap melalui pelbagai Kesalahan melalui Akta Polis.
APAKAH KEGAGALAN PIHAK PENGANJUR BERSIH 2.O & PIHAK KERAJAAN
PIHAK PENGANJUR BERSIH 2.O
  • GAGAL untuk MEYAKINKAN Pemerintah untuk mendapatkan PERMIT BERHIMPUN
  • GAGAL untuk MENDAPATKAN tempat di STADIUM MERDEKA
  • GAGAL untuk MENGADAKAN PERHIMPUNAN secara AMAN dan TERATUR
  • GAGAL untuk MEMBATALKAN Emergency Ordinance (EO) di Mahkamah di saat-saat akhir.
  • GAGAL untuk MENGADAKAN Perhimpunan Orang Ramai untuk menyampaikan CERAMAH BERSIH 2.O.
  • GAGAL untuk MENGAJAK Pihak Kerajaan yang Memerintah untuk BEKERJA SAMA di dalam MEMPERBAIKI segala SISTEM PILIHAN RAYA dan SISTEM PENTADBIRAN NEGARA.
PIHAK KERAJAAN 
GAGAL 1
  • GAGAL untuk MENDENGAR SUARA RAKYAT yang bukan sahaja terdiri daripada SATU FAHAMAN, BANGSA dan AGAMA
  • GAGAL untuk MEMAHAMI ISU POLITIK dalam KEHENDAK RAKYAT yang MAHUKAN Pihak Kerajaan untuk bersikap TELUS, CEKAP dan ADIL di dalam Pemerintahan.
  • GAGAL untuk MENANGANI ISU BERSIH secara DIPLOMASI dengan MENOLAK segala bentuk jenis RUNDINGAN dengan TUNTUTAN.
  • GAGAL untuk BERTINDAK ADIL terhadap RAKYAT dengan MENAFIKAN HAK BERSUARA kepada perkara-Perkara yang lebih SENSITIF dan HAK RAKYAT untuk BERHIMPUN secara AMAN.
  • GAGAL untuk MENGGUNAKAN KEBIJAKSANAAN dalam Perlaksanaan Kuasa Undang-Undang.
  • GAGAL untuk BERTINDAK sebagai sebuah NEGARA YANG BERDEMOKRASI
GAGAL 2
  • PERDANA MENTERI GAGAL sebagai seorang PERDANA MENTERI NEGARA kerana di lihat lebih MEMPAMERKAN Kepimpinan Mentadbir Negara sebagai PRESIDEN UMNO dan PENGERUSI BARISAN NASIONAL.
  • APA yang di lakukan oleh Perdana Menteri ialah REAKSI dari SUDUT KEPARTIAN yang beliau wakili, dimana di dalam hal ini Perdana Menteri telah MENGABAIKAN segala Tugas & Tanggung Jawap beliau sebagai Seorang PERDANA MENTERI SEBUAH NEGARA.
DAN KEJAYAAN KEDUA BELAH PIHAK
PENGANJUR BERSIH 2.O
  1. BERJAYA MEMAHAMKAN RAKYAT di dalam KEPERLUAN 8 TUNTUTAN BERSIH 2.O
  2. BERJAYA MENJADIKAN ISU BERSIH sebagai ISU TERPENTING NEGARA
  3. BERJAYA MEMBERI PERHATIAN kepada Pihak Kerajaan Memerintah dan Perhatian Yang Di Pertuan Agong.
  4. BERJAYA MEYAKINKAN RAKYAT untuk KELUAR BERHIMPUN melalui HAK BERSUARA & BERHIMPUN dalam Semangat 1MALAYSIA.
  5. BERJAYA MENARIK PERHATIAN DUNIA dengan APA yang sebenar nya berlaku di dalam Sistem Pentadbiran Negara
PIHAK KERAJAAN 
  1. BERJAYA dari SUDUT POLITIK PARTI dengan Menggunakan KUASA sebagai KERAJAAN YANG MEMERINTAH.
  2. BERJAYA MENYEKAT PERHIMPUAN yang telah di ISTIHARKAN sebagai HARAM daripada BERLAKU dengan AMAN dan TERATUR.
  3. BERJAYA MENYEKAT Strategi Pihak Penganjur untuk melakukan banyak lagi CERAMAH untuk MEMBONGKAR banyak lagi SALAH-LAKU Pihak Pemerintah.
  4. BERJAYA MEMBURUKKAN NAMA MALAYSIA dengan Tindakkan yang Tidak BERDEMOKRASI di dalam Sebuah Negara yang Berdemokrasi.
  5. BERJAYA MEMBURUKKAN NAMA MELAYU di Mata Masyarakat Dunia
  6. BERJAYA MEMBURUKKAN NAMA MALAYSIA sebagai Salah Sebuah Negara ISLAM di dalam IOC - Muktamar ISLAM dan Dunia.
APAKAH KESAN SELANJUT NYA
Didalam mana-mana Negara yang BERGOLAK dengan ISU DALAMAN NEGARA yang melibatkan Perselisihan antara RAKYAT dengan KERAJAAN YANG MEMERINTAH, akan TERBIT beberapa perkara seperti berikut:
No.1: REAKSI RAKYAT
  • Keresahan Rakyat bercambah secara Berterusan
  • Penentangan demi Penentangan terhadap Kerajaan daripada Rakyat akan meningkat dari Masa Ke Semasa.
  • Akan banyak lagi Provokasi daripada RAKYAT terhadap Kerajaan akan berlaku melalui Pelbagai Cara termasuk Demonstrasi Jalanan yang SEBENAR.
  • Dan ini semua akan MENJURUS kepada RAKYAT akan MENUNTUT pula Kerajaan yang sediaada untuk BERUBAH atau BERUNDUR
  • Jika perkara tersebut tidak di lakukan oleh Kerajaan, maka akibat yang paling BURUK ialah Kerajaan akan DI UNDI KELUAR dari PARLIMEN.
No.2: REAKSI PASARAN
  • Pakar-Pakar & Penasihat Ekonomi di seluruh Dunia akan "Mengenepikan Malaysia" untuk sekurang-kurang nya 6 Bulan selepas PERGOLAKAN RAKYAT pada hari ini.
  • Sebagai langkah "berjaga-jaga" untuk mengelakkan sebarang KERUGIAN PELABURAN yang akan di lakukan di dalam Negara Malaysia.
  • Dimana mereka selalu nya akan mengelakkan untuk melakukan pelaburan yang berskala besar dan yang berkaitan langsung dengan PENGGUNA.
  • Gejala seperti ini sudah cukup untuk MEMUDARATKAN Pemerintahan sesebuah negara dari Sudut Ekonomi untuk 2-3 Tahun yang akan datang.
No.3: REAKSI DUNIA
  • Kuasa-Kuasa Besar seperti Amerika Syarikat dan Britain akan lebih TELITI terhadap segala Perkembangan yang berlaku di dalam Malaysia.
  • Dan jika Pihak Kerajaan Malaysia tidak melakukan Langkah-Langkah PEMBETULAN maka Kuasa-Kuasa Besar seperti ini akan mula untuk "Campur Tangan" seperti yang berlaku di dalam Pergolakan Politik di Negara-Negara Timur Tengah dan dalam Negara-Negara Dunia Ketiga.
NO.4: REAKSI PARTI PEMBANGKANG
  • Pihak dari parti-Parti Pembangkang akan menggunakan KESEMPATAN daripada KERESAHAN RAKYAT ini sebagai PELUANG untuk mendapatkan lebih banyak UNDI yang memihak mereka di dalam PILIHAN RAYA.
  • Dimana Pihak Parti-Parti Pembangkang akan MEMPERHEBATKAN SERANGAN terhadap PENTADBIRAN KERAJAAN di dalam PARLIMEN di dalam ISU MENANGANI BERSIH 2.O
  • Dan ini akan MEMBURUKKAN IMEJ KERAJAAN yang memerintah di Mata RAKYAT UMUM.
  • Kerana melalui ISU BERSIH 2.O ini sahaja Pihak Kerajaan telah di lihat melakukan pelbagai SALAH-GUNA KUASA terhadap RAKYAT UMUM
  • Dan Tindakkan-Tindakkan akan banyak menyusul di Mahkamah yang akan di kenakan terhadap Pemerintah.
No.5: REAKSI EKONOMI NEGARA
  • ISU BERSIH 2.O dan PERGOLAKAN RAKYAT ini akan MENGUNCUPKAN PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA
  • Juga akan MENJEJASKAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI secara tidak langsung yang melibatkan Pelaburan Asing.
  • Dan juga akan Menjejaskan TAHAP PRODUKTIVITI NEGARA di Sektor Swasta dan Awam.
Reaksi Editor TIPsNIAGA.COM
  1. Maseh BERHARAP agar Perdana Menteri YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dapat membawa ISU BERSIH ini ke MEJA RUNDINGAN.
  2. Kerana KEKERASAN adalah BUKAN PENYELESAIAN MUTLAK terhadap TUNTUTAN RAKYAT.
  3. ISU ini sangat-sangat MEMERLUKAN SIKAP TOLERANSI YANG TINGGI dari Pihak kerajaan yang Memerintah.
  4. Secara peribadi saya maseh Beranggapan dan Yakin ISU TUNTUTAN BERSIH ini boleh di JAYAKAN DI MEJA RUNDINGAN.
  5. We Must Go Back To The Root Of Causes and Settle it Once And For All................
Editor

***Hari ini sempat juga membuat Tinjauan di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan sekitar Selangor, memang keadaan sesak di beberapa Lokasi dan ramai yang merungut di atas Tindakkan Polis yang di lihat sebagai tidak perlu dan keterlaluan...tetapi ini adalah Asam Garam nya!
***Saya Puji Semangat Rakyat yang Bersatu di dalam ISU BERSIH ini dan ini adalah Hasil dari Pendekatan 1MALAYSIA.
***Juga Pengorbanan Anggota Keselamatan yang terpaksa menurut Perintah walau Tugas bercanggah dengan Prinsip Peribadi

No comments:

Post a Comment