Monday, July 11, 2011

POLITIK: SALAH-TADBIR ADALAH PUNCA KEJATUHAN BANYAK KERAJAAN

TIPsNIAGA.COM - POLITICS - Post #339


SALAH-TADBIR ADALAH PUNCA KEJATUHAN BANYAK KERAJAAN
APAKAH PUNCA PERSAMAAN KEJATUHAN MEREKA
SEJARAH DI TIMUR TENGAH
  • TIMUR TENGAH adalah BENUA yang menemukan ASIA BARAT dengan AFRIKA TIMUR di antara TIMUR DEKAT dan TIMUR JAUH lalu di kenali sebagai TIMUR TENGAH.
  • BENUA TIMUR TENGAH inilah yang mencatat BANYAK SEJARAH kewujudan PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR DUNIA yang bermula daripada Nabi Allah Adam as.
  • Dan juga bermula nya kemunculan SEJARAH KEAGAMAAN seperti Zoroaster, Yahudi, Kristian dan Islam.
  • Secara umum nya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.
RINGKASAN SEJARAH KERAJAAN SILAM
Khulafa al-Rasyidin
  • 632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
  • 633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
  • 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
  • 635M- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid.
  • 636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
  • 637M- Mesir ditawan.
  • 638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
  • 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
  • 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
  • 645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
  • 646M- Kempen menentang Byzantine.
  • 647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.
  • 648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
  • 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
  • 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
  • 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
  • 661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Saidina Hasan (Cucu Rasulullah S.a.w) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.
  • 661M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. 
  • Tahun itu kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam yang kemudian dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun (Daulah Umayyah) dari Daulah Umayyah ini kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah dll.
Kerajaan Bani Ummaiyyah
  • 661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
  • 670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
  • 677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
  • 680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
  • 685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
  • 700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
  • 711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
  • 712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
  • 713M- Penaklukan Multan.
  • 716M- Serangan ke atas Constantinople.
  • 717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
  • 725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
  • 749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
  • 750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Kerajaan Bani Abbasiyyah
  • 752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
  • 755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
  • 756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani [[Ummaiyyah Sepanyol.
  • 763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
  • 786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
  • 792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
  • 800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
  • 805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
  • 809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
  • 814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma’mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma’mun menjadi khalifah.
  • 1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
  • 1005M- Multan dan Ghur ditawan.
  • 1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
  • 1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
  • 1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
  • 1095M- Perang Salib pertama berlaku.
  • 1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
  • 1144M- Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
  • 1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
  • 1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
  • 1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
  • 1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh. Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-Seljuk.
  • 1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah & Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.
Empayar Turki Uthmaniyyah
  • 1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
  • 1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
  • 1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
  • 1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
  • 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
  • 1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
  • 1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
  • 1453M- Constantinople ditawan oleh tentera Islam Pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih. 
Empayar Byzantine.
  • 1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
  • 1526M- Perang Mohacs
  • 1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
  • 1571M- Perang Lepanto berlaku.
  • 1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
  • 1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
  • 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
  • 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
  • 1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
  • 1792M- Perjanjian Jassy.
  • 1793M- Sultan Selim III mengumumkan “Pentadbiran Baru”.
  • 1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
  • 1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
  • 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
  • 1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
  • 1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
  • 1829M- Perjanjian Adrianople.
  • 1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
  • 1841M- Konvensyen Selat.
  • 1853M- Bermulanya Perang Crimea.
  • 1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
  • 1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
  • 1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
  • 1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang 
Bosnia dan Herzegovina.
  • 1912M- Perang Balkan pertama.
  • 1913M- Perang Balkan kedua.
  • 1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
  • 1919M- Mustafa Kemal Atatürk mendarat di Samsun.
  • 1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
  • 1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.
RINGKASAN SEJARAH KERAJAAN MODEN
Parti Liberal Demokratik Jepun
  • Sering di ringkaskan kepada LDP atau Jiminto Adalah sebuah pusat untuk sayap kanan parti, Konservatif politik di Jepun. 
  • Ia adalah salah satu daripada parti-parti politik yang paling konsisten berjaya dalam dunia demokrasi. 
  • LDP memerintah hampir berterusan selama hampir 54 tahun dari di asaskan pada tahun 1955 sehingga kekalahan dalam pilihan raya 2009.
  • Sebelum hingga 2009, parti itu hanya kuasa untuk tempoh yang singkat 11 bulan di antara 1993 dan 1994. 
KERAJAAN  YANG TUMBANG DALAM BANTAHAN RAKYAT UMUM - (yang Popular)
  • KERAJAAN SUHARTO - INDONESIA (1967-1998)
  • KERAJAAN HOSNI MUBARAK - MESIR (1981-2011)
  • KERAJAAN FERDINAND MARCOS - FILIPINA (1965-1986)
  • KERAJAAN ALBERTO FUJIMORI - PERU (1990-200)
  • KERAJAAN IDI AMIN - UGANDA (1971-1979)
  • KERAJAAN SADDAM HUSSEIN - IRAQ (1979-2003)
  • KERAJAAN NAJIBULLAH - AFGHANISTAN (1989-1996)
  • KERAJAAN ABHISIT VEJJAJIVA - THAILAND (2008 - 2011)
  • Dan banyak lagi Sejarah Kejatuhan Kerajaan-Kerajaan yang Wujud di dalam SEJARAH.
KERAJAAN SEDANG GIAT DI BANTAH OLEH RAKYAT UMUM - (Yang Kini Popular)
  • KERAJAAN MUAMMAR GADDAFI - SYRIA (dari 1969 hingga kini)
  • KERAJAAN ALI ABDULLAH SALLEH - YEMEN ( dari 1978 hingga kini)
  • KERAJAAN NAJIB RAZAK - MALAYSIA (dari 2009 hingga kini)
  • Dan banyak lagi Senarai Negara-Negara yang Bergolak antara Kerajaan dengan Rakyat di seluruh Dunia.
PERSAMAAN PUNCA KEJATUHAN KERAJAAN-KERAJAAN DI ATAS
No.1: KERAJAAN SILAM
Kerajaan-Kerajaan SILAM banyak yang JATUH dari Tampuk Pemerintahan di sebabkan oleh: 
  • KELEMAHAN Pentadbiran & Pengurusan Wilayah, Negeri dan Negara secara Bersistematik, Adil dan Saksama.
  • Dimana kebanyakan Wilayah di bahagikan KUASA PEMERINTAHAN nya kepada Individu yang Kurang Terlatih dan Kurang Berpengetahuan Luas di dalam URUSAN Pentadbiran Negeri atau Negara
  • Dan Pemimpin PUSAT lebih Menumpukan Perhatian kepada PEMUSATAN KUASA, PERTAMBAHAN WILAYAH dan PENGUMPULAN KEKAYAAN
  • Ini telah mewujudkan JURANG YANG LUAS di dalam PENGAMALAN DEMOKRASI KUKU BESI terhadap RAKYAT UMUM yang menjadi lebih SUSAH dan MISKIN
  • Kerana KURANG NYA PERHATIAN yang di berikan oleh PEMERINTAH terhadap RAKYAT UMUM maka SOKONGAN RAKYAT kepada Kerajaan yang Memerintah semakin hari semakin kurang.
  • Ini mengakibatkan KEKUATAN NEGARA menjadi LEMAH kerana RAKYAT tidak membantu Pihak Kerajaan di dalam SERANGAN MUSUH dari LUAR.
No.2: KERAJAAN MODEN
Kerajaan-Kerajaan MODEN yang JATUH atau TUMBANG adalah kerana:
  • PENGUASAAN yang TERLALU LAMA di dalam Pemerintahan
  • CORAK PEMERINTAHAN yang Tidak Berubah Mengikut PEREDARAN dan Kehendak Semasa Rakyat dan Arus Dunia.
  • PENGUASAAN terhadap EKONOMI Negara hanya Menguntungkan Kerajaan yang Memerintah
  • AMALAN DEMOKRASI yang di campur-adukkan dengan Fahamam KOMUNIS dan SOSIALIS yang MENGURANGKAN KEBEBASAN BERSUARA RAKYAT.
  • Terlalu banyak SALAH-GUNA KUASA dan DANA NEGARA dalam Perbelanjaan Negara
  • Sehingga KEBAJIKAN RAKYAT UMUM dalam semua KEPERLUAN ASAS di abaikan atau tidak di sempurnakan dengan baik dan teratur.
  • Kerajaan yang memegang lebih 2/3 Majoriti dalam PARLIMEN KERAJAAN adalah yang paling banyak MENERIMA TENTANGAN RAKYAT setelah mereka MEMERINTAH lebih dari 10 Tahun ke atas.
  • Ini di sebabkan oleh KEWUJUDAN setiap POLISI hanya DI MONOPOLI oleh KERAJAAN yang MEMERINTAH.
FAKTA MENARIK
Kebanyakan KERAJAAN yang TUMBANG dan yang banyak MASAALAH URUS-TADBIR di dalam SEJARAH adalah KERAJAAN-KERAJAAN:
  1. YANG KUAT
  2. EMPIRE YANG LUAS
  3. JUGA KERAJAAN ISLAM.
  4. YANG BERCORAK KUKU BESI
KERAJAAN MALAYSIA HARUS MEMPELAJARI
  • Kesan-Kesan Pemerintahan dari Kerajaan ISLAM SILAM ini untuk MENGETAHUI psikologi Rakyat terhadap Kerajaan.
  • Juga harus pelajari Kejatuhan Kerajaan-Kerajaan MODEN seperti di Negara Jepun, Korea Selatan secara terperinci
  • Juga harus PELAJARI bagaimana Negara INDONESIA menstabilkan PANCASILA dan MENJATI-DIRIKAN Rakyat INDONESIA sebagai SATU BANGSA YANG BERDAULAT di dalam Bilangan Rakyat yang lebih dari 250 Juta Orang di dalam lebih dari 16,000 Buah Pulau.
  • Dan jangan lupa mengkaji Perubahan Sikap Rakyat SINGAPURA terhadap Kerajaan PAP yang telah Memerintah Negara SINGAPURA dari Tahun 1959. Dimana Pihak Pembangkang Pertama hanya dapat memasuki Parlimen setelah Singapura 16 Tahun Merdeka, dan berjaya membawa 6 lagi Pembangkang ke Parlimen selepas 46 tahun.
BEGITU JUGA DENGAN PIHAK PARTI PEMBANGKANG DI MALAYSIA
  • Mereka pada hari ini harus MEMBAIKI SEGALA KELEMAHAN yang maseh WUJUD di dalam PARTI masing-masing.
  • Jangan terikut-ikut dengan sebarang PROVOKASI dan PROPAGANDA dari Parti-Parti Kerajaan yang Memerintah.
  • Beri TUMPUAN kepada ASPEK PENTADBIRAN & PENGURUSAN dengan PENDEKATAN YANG LEBIH TELUS, TERBUKA serta CEKAP untuk menangani Masaalah Rakyat dengan BERKESAN.
  • EKONOMI NEGARA adalah SENARAI UTAMA untuk di kemas-kinikan didalam KERAJAAN BAYANGAN Parti-Parti Pembangkang.
  • Dan KESATUAN PEMBANGKANG harus di pereratkan lagi di dalam SEMUA SUDUT KERJASAMA dan PERSEFAHAMAN.
Editor

No comments:

Post a Comment