ISU BERSIH: DARI SUDUT ILMU PENTADBIRAN & PENGURUSAN
APA YANG BETUL DAN APA YANG SALAH
ISU BERSIH
YANG BETUL
- 8 TUNTUTAN dari lanjutan 4 TUNTUTAN yang di buat pada 2007 yang MENUNTUT kepada KETELUSAN di dalam PENTADBIRAN & PENGURUSAN segala PROSES-PROSES PILIHAN RAYA yang di kendalikan oleh SPR - Suruhan Jaya Pilihan Raya Malaysia.
- 2011 - Anggota Pertubuhan BERSIH merancang MAHU MENGHANTAR MEMORANDUM kepada DYMM YDPA MALAYSIA sebagai KETUA NEGARA yang TIDAK BERPIHAK seperti yang tertera di dalam PERLEMBAGAAN NEGARA.
- Dengan TUJUAN untuk MEMAKLUMKAN kepada DYMM YDPA apakah yang SEDANG BERLAKU di dalam SISTEM DEMOKRASI yang di AMALKAN oleh KERAJAAN MALAYSIA sekarang (2011) dan MEMOHON PERTIMBANGAN DYMM YDPA untuk MENASIHATI KERAJAAN di bawah Pentadbiran Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak AGAR LEBIH TERBUKA dan TELUS untuk MENANGANI TUNTUTAN untuk PEMULIHAN kepada SISTEM yang DI GUNA-PAKAI di dalam PROSES PILIHAN RAYA MALAYSIA.
- Dimana MEMORANDUM tersebut telah DI LAKAR dan DI KEMUKAKAN oleh Golongan PEGUAM yang ARIF mengenai UNDANG-UNDANG dan TERLATIH di dalam semua SUDUT PERUNDANGAN termasuk PERLEMBAGAAN NEGARA.
- Dan MEMORANDUM tersebut DI PERSETUJUI dan DI SOKONG oleh Majoriti NGO (Non Government Organizations) dan Semua PARTI-PARTI POLITIK dari Golongan PEMBANGKANG di dalam Sistem Demokrasi Berparlimen Malaysia.
- PERTUBUHAN BERSIH 2.0 mencadangkan PERARAKAN & PERHIMPUNAN AWAM di dalam TUJUAN untuk MENGHANTAR MEMORANDUM kepada YDPA secara AMAN dengan SOKONGAN RAKYAT yang memiliki PENDAPAT & PANDANGAN yang sama.
- Dan PERMOHONAN PERMIT untuk BERHIMPUN & BERARAK telah di lakukan kepada JABATAN POLIS seperti yang DI KEHENDAKI oleh SISTEM DEMOKRASI.
- Tetapi JABATAN POLIS telah MENOLAK PERMOHONAN tersebut atas ARAHAN KDN - Kementerian Dalam Negeri Malaysia di bawah KUASA MENTERI atas ALASAN Perarakan & Perhimpunan tersebut AKAN menjejaskan KEHARMONIAN NEGARA dari Sudut Ekonomi dan Keselamatan.
- Dan lanjutan daripada itu, KDN dan JABATAN POLIS telah MENGISTIHARKAN Pertubuhan BERSIH dan PERHIMPUAN & PERARAKAN BERSIH 2.0 sebagai HARAM kerana TIDAK BERJAYA mendapatkan KELULUSAN KERAJAAN untuk berbuat demikian.
- Sekarang "PERANG" untuk MENGHALANG' PERHIMPUAN & PERARAKAN BERSIH 2.0 di lakukan dengan GIAT oleh KDN dan JABATAN POLIS melalui KUASA yang mereka miliki.
APA YANG KITA LIHAT SEKARANG
- PERHIMPUNAN & PERARAKAN seperti yang di laporkan AKAN di LAKSANAKAN juga TANPA PERMIT kerana ISU BERSIH 2.0 TIDAK MENYALAHI PERLEMBAGAAN NEGARA.
- Pihak KDN & JABATAN POLIS melalui MENTERI KDN telah MENGISTIHARKAN untuk MENGHALANG PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 dengan SEMUA KUASA yang mereka miliki.
- Dan kita dapat melihat semua TINDAKKAN tersebut sedang BERKUAT-KUASA di Seluruh Negara Malaysia dengan begitu banyak nya OPERASI-OPERASI MENGHALANG yang di jalankan oleh JABATAN POLIS.
- Dimana sudah RAMAI RAKYAT yang MENYOKONG BERSIH 2.0 di Tangkap dan di Tahan atas TUDUHAN Terlibat di dalam PERHIMPUNAN yang SUDAH DI HARAMKAN untuk berlaku.
- Termasuk Tangkapan terhadap Rakyat yang MEMAKAI BAJU KUNING atau APA JUGA yang MENYOKONG TUJUAN BERSIH 2.0.
APA YANG SALAH
- Melihat TUNTUTAN ISU BERSIH 2.0 sebagai ANCAMAN kepada NEGARA MALAYSIA
- Dan ANCAMAN tersebut di klasifikasikan sebagai ANCAMAN kepada KESELAMATAN RAKYAT
- Yang DI TAKRIFKAN oleh PARTI YANG MEMERINTAH KERAJAAN MALAYSIA
KERAJAAN PIMPINAN UMNO / BARISAN NASIONAL
- Melihat dan Mentafsir TUNTUTAN ISU BERSIH 2.0 sebagai ANCAMAN kepada PENGURANGAN KUASA mereka sebagai KERAJAAN
- Jika 8 TUNTUTAN BERSIH 2.0 di penuhi dan akan MENGAKIBATKAN seluruh KEPENTINGAN PARTI yang Memerintah AKAN LUPUS.
- Dan akan KEHILANGAN SOKONGAN daripada PENYOKONG PARTI di dalam KOMPONEN BARISAN NASIONAL yang terdiri daripada PENIAGA & USAHAWAN yang MEN-DOMINASIKAN TERAS EKONOMI NEGARA yang di berikan kepada mereka.
- Juga untuk MENGELAKKAN KUASA PARTI yang memerintah menerusi UMNO / BN untuk MENIKMATI segala KEISTIMEWAAN sebagai KERAJAAN melalui SISTEM DEMOKRASI yang lebih TELUS seperti yang DI TUNTUT akan HILANG dari PENGUASAAN mereka.
- Untuk MENGELAKKAN TINDAKKAN PERUNDANGAN di masa hadapan yang boleh di ambil terhadap KERAJAAN YANG MEMERINTAH daripada BANYAK KES-KES SALAH LAKU dan SALAH GUNA KUASA yang di lakukan oleh Kerajaan sekarang.
- Seperti KES-KES TERTUNGGAK yang melibatkan KEWIBAWAAN KERAJAAN sekarang di dalam ISU PERBELANJAAN KERAJAAN menerusi KEMENTERIAN di dalam Negara. Dimana Kerajaan yang Memerintah TERPAKSA untuk MENJAWAP dan MENERANGKAN kepada RAKYAT apakah yang sebenar nya BERLAKU, dimana pada HARI INI Kerajaan melalui KEISTIMEWAAN yang belum DI TUKAR maseh boleh MENYIMPAN dan MENYEMBUNYIKAN Apa juga RAHSIA PENYELEWANGAN daripada di ketahui oleh RAKYAT.
- Menggunakan KUASA PERUNDANGAN untuk MENGHALANG & MENGGAGALKAN TUNTUTAN BERSIH walaupun TINDAKKAN tersebut BERTENTANGAN dengan PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA.
- BERTINDAK BALAS dengan "MENYERANG" semua INDIVIDU yang menjadi "PELAKAR & PENGHASUT" untuk Merealisasikan TUNTUTAN BERSIH.
- Dalam MASA YANG SAMA, Kerajaan UMNO / BN menggunakan ISU BERSIH 2.0 untuk MENGALIHKAN PERHATIAN RAKYAT terhadap KEGAGALAN & SALAH LAKU KERAJAAN yang sedang HANGAT DI CUNGKIL oleh Pihak Pembangkang samaada menerusi PARLIMEN dan LAPORAN AKHBAR serta MEDIA ELEKTRONIK.
- Dengan STRATEGI PENGALIHAN PERHATIAN RAKYAT ini terhadap ISU-ISU UTAMA kepada ISU BERSIH 2.0, Pihak Kerajaan yang memerintah akan dapat MENUMPUKAN PERHATIAN atau MEMBERI mereka "MASA MEMBETULKAN "sebarang "KEROSAKAN" yang telah di ketahui oleh RAKYAT dan MEMULIHKAN IMEJ KERAJAAN yang telah mula DI CURIGAI oleh RAKYAT
DARI SUDUT PSIKOLOGI TADBIR URUS
- LANGKAH atau STRATEGI Pihak Kerajaan sekarang di lakukan TANPA MERUJUK kepada PAKAR-PAKAR PSIKOLOGI KEMANUSIAAN seperti yang mereka lakukan terhadap Perancangan Ekonomi Negara dengan Merujuk kepada Pakar-Pakar Ekonomi.
- Kerajaan sekarang HANYA BERTINDAK menurut KESESUAIAN untuk MENGHALANG ISU BERSIH 2.0 dan BUKAN dari Sudut PENTADBIRAN NEGARA secara KESELURUHAN.
- Kerana dari SUDUT PSIKOLOGI, segala TINDAKAN BALAS yang di gunakan melalui KUASA POLIS telah MEMBANGKITKAN lebih banyak RASA TIDAK PUAS HATI RAKYAT UMUM terhadap Kepimpinan Negara.
- Dimana RAKYAT secara psikologi nya AKAN BERTINDAK untuk "Memberikan TENTANGAN" daripada PENYALAH-GUNAAN KUASA untuk menangani ISU BERSIH 2.0 yang di lihat oleh Rakyat Umum sebagai PERKARA MUDAH dan Suatu Perkara MESTI WUJUD di dalam Sistem DEMOKRASI yang di Amalkan.
- Jika TENTANGAN KERAJAAN dengan menggunakan KEISTIMEWAAN UNDANG-UNDANG di teruskan dengan GIAT sehingga ke Tarikh PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 berlangsung, Rakyat akan LEBIH menjadi AGRESIF dan HILANG KEPERCAYAAN kepada Kerajaan yang MEMERINTAH.
- Dan KEMARAHAN RAKYAT ini akan BERTERUSAN hingga ke hari MEMBUANG UNDI di dalam PILIHAN RAYA Ke-13 KELAK dan SUDAH PASTI Rakyat tidak akan MENGUNDI Kerajaan yang Memerintah sekarang.
SEBAB-SEBAB NYA
- ISU TUNTUTAN BERSIH 2.0 adalah sebahagian dari SISTEM DEMOKRASI yang di AMALKAN dalam Negara-negara yang BERDEMOKRASI dan ISU BERSIH 2.0 ini juga BUKAN suatu ISU untuk MENUMBANGKAN KERAJAAN atau untuk MEMAKSA KERAJAAN sekarang supaya TURUN TAHTA.
- HANYA Pihak Kerajaan yang Memerintah sahaja yang "TERASA & MERASA" ISU BERSIH 2.0 ini MEMAKSA ingin DI TUMBANGKAN kerana SALAH TAFSIRAN kepada ASAS TUNTUTAN.
SERUAN KEPADA KERAJAAN YANG MEMERINTAH
- Kembali BERFIKIR sebagai Sebuah KERAJAAN yang DI LANTIK & DI AMANAHKAN oleh RAKYAT dan BUKAN sebagai AHLI PARTI POLITIK yang MEMERINTAH.
- Adakan SIDANG KABINET untuk MEMBINCANGKAN ISU TUNTUTAN BERSIH 2.0 dan PERGOLAKAN yang berlaku sekarang dan KAJI-SELIDIK & PERTIMBANGKAN dengan RASIONAL semua TINDAKKAN PIHAK BERKUASA terhadap RAKYAT.
- Dapatkan MANDAT dari semua PANDANGAN & PENDAPAT MENTERI-MENTERI KABINET secara IKHLAS, JUJUR dan TELUS sebagai PEMIMPIN dan KERAJAAN YANG BERWIBAWA.
- PERDANA MENTERI harus mendapatkan MANDAT JEMAAH MENTERI untuk BERUNDING dengan SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT dan MENCARI PENYELESAIAN mengenai ISU BERSIH dan HARUS BERUSAHA untuk MEWUJUDKAN PROSES-PROSES PEMULIHAN terhadap segala KEPINCANGAN yang di tonjolkan melalui TUNTUTAN BERSIH 2.0.
- BATALKAN SEMUA ARAHAN yang di keluarkan oleh KDN dan JABATAN POLIS yang BERTENTANGAN dengan TUGAS & TANGGUNG JAWAP dan AMANAH yang mereka PEGANG sebagai BADAN yang MENJAGA KEHARMONIAN NEGARA dan BUKAN BERPERANG dengan RAKYAT.
- GUNAKAN PENDEKATAN yang MESRA RAKYAT dan ELAKKAN dari MENGELUARKAN KATA-KATA yang MENGHASUT RAKYAT untuk MEMUSUHI RAKYAT YANG LAIN yang sangat BERTENTANGAN sebagai FUNGSI PEMERINTAH dan PEMIMPIN walaupun di dalam keadaan yang sangat TERTEKAN.
- KERANA PEMIMPIN YANG CEKAP, BIJAK & BERKALIBER serta BERFIKIRAN MATANG tidak akan melakukan sesuatu TINDAKKAN yang MENGUNDANG kepada KEMUDARATAN DIRI SENDIRI dan ORGANISASI yang DI PIMPIN.
- Disini lah KELEMAHAN PENTADBIRAN NEGARA pada hari ini yang GAGAL MENTADBIR-URUS melalui ILMU PENTADBIRAN & PENGURUSAN YANG TEPAT & BETUL
PERUTUSAN EDITOR TIPsNIAGA.COM
- Sebagai Orang dari Rumpun Bangsa Melayu, secara Peribadi saya melihat CARA KEPIMPINAN yang di pamerkan oleh Perdana Menteri dan Anggota Kabinet yang Memerintah Kerajaan Malaysia sebagai GAGAL
- Dan daripada MAKLUM-BALAS Rakan-Rakan Pakar-Pakar Ekonomi & Politik di Luar Negara yang bergiat Aktif di seluruh Dunia sangat MEMALUKAN apabila mereka "menegur' CARA & GAYA Pemimpin Melayu yang Kurang Bijak untuk "MEMAHAMI ISU-ISU MUDAH" yang mereka "lihat" sebagai KELEMAHAN dalam Diri & Pemikiran BERPOLITIK dalam Bangsa Melayu.
- Sebagai Bangsa MELAYU saya merasa juga TEMPIAS dari "kata-kata" tersebut walau pun mereka bukan Tujukan kepada saya secara Peribadi.
- Tetapi ini lah HAKIKAT yang harus kita terima dan ini lah KEADAAN yang SEBENAR NYA BERLAKU.
- Kerana itu melalui TIPsNIAGA.COM saya sering MEMBUKA MINDA BANGSA MELAYU agar lebih TERBUKA di dalam MERAIH ILMU PENGETAHUAN dan bersikap lebih CERDIK daripada Bangsa-Bangsa yang lain.
- Cuba FIKIRKAN apa yang akan berlaku terhadap NASIB Anak Cucu Cicit kita di masa-masa yang akan datang...............!!!!
editor
No comments:
Post a Comment