Tuesday, July 19, 2011

ISU BAHASA: INGGERIS DAN BAHASA MELAYU DALAM EKONOMI

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #349


ISU BAHASA: INGGERIS DAN BAHASA MELAYU DALAM EKONOMI
DIMANA MAHU MELETAKKAN KEPENTINGAN NYA


ISU BAHASA INGGERIS
  • ISU BAHASA INGGERIS ini sedang mendapat perhatian dari banyak Pihak dan yang terutama nya Para Pejuang Bahasa dan Bangsa Melayu di dalam Negara Malaysia
  • Terkini ialah laporan Akhbar Harian Metro seperti yang di laporkan oleh Wartawan mereka Ruhaiza Rusmin dengan Tajuk Berita "Fasih Bahasa Inggeris Bukan Jaminan Dapat Kerja" daripada hasil pandangan Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin (Klik Link ini: http://www.hmetro.com.my/articles/FasihbahasaInggerisbukanjaminandapatkerja/Article)
  • Tetapi saya bukan untuk mengulas apa yang di luahkan oleh Dr Mohd Rosli Saludin tetapi saya akan mengulas mengenai Keperluan dan Keakibatan Bahasa Inggeris dari Sudut Ekonomi kerana saya menyifatkan pandangan yang di luahkan oleh Dr Mohd Rosli adalah dari Sudut Kebudayaan dan Kemertabatan Bahasa Melayu.
KEPERLUAN BAHASA INGGERIS DALAM EKONOMI
  • Bahasa Inggeris samaada di sukai atau pun tidak adalah BAHASA RASMI PERHUBUNGAN PERNIAGAAN di Peringkat Antarabangsa atau pun Global.
  • Dimana pada hari ini, para Peniaga dan Usahawan dari seluruh Dunia mengambil peluang-peluang Ekonomi yang tumbuh dengan pesat di merata Dunia tanpa SEKATAN BAHASA, BANGSA ataupun AGAMA.
  • Kerana hal tersebut, pada hari ini kita dapat melihat banyak Syarikat-Syarikat dari Luar Negara datang melabur di dalam Malaysia untuk menjalankan Perusahaan Perniagaan yang pelbagai jenis di dalam semua Industri Perniagaan.
  • Dan Rakyat Tempatan juga melakukan langkah yang sama dengan melakukan Penyerantauan Perniagaan ke Negara-Negara lain untuk mendapatkan Peluang-Peluang Ekonomi yang lebih baik.
DI SINI KEPERLUAN BAHASA PERHUBUNGAN
Dengan PENYERANTAUAN maka dengan sendiri nya setiap peniaga dan Usahawan itu PERLU TAHU dan PERLU DAPAT untuk Bertutur salah satu dari BAHASA UTAMA DUNIA iaitu:
  1. BAHASA INGGERIS
  2. BAHASA PERANCIS
  3. BAHASA SEPANYOL
  4. BAHASA RUSSIA
  5. BAHASA ARAB
  6. BAHASA MANDARIN
  7. BAHASA GERMAN
  8. BAHASA JEPUN
  9. BAHASA PORTUGIS
  10. BAHASA HINDI / URDU
SEBAB-SEBAB NYA
  • KESEMUA BAHASA-BAHASA tersebut adalah BAHASA yang di guna-pakai SECARA MELUAS di dalam Dunia berdasarkan SEJARAH kewujudan Bangsa dan Bahasa-Bahasa tersebut.
  • Yang bermula seawal TAMADUN KEMANUSIAAN MODEN di seluruh Dunia hingga ke hari ini dan Bahasa-Bahasa tersebut tersebar melalui PENJAJAHAN yang di lakukan oleh Bangsa-Bangsa PENJAJAH dari bahasa yang di senaraikan itu.
TETAPI
  • Di antara 10 BAHASA tersebut, BAHASA INGGERIS menjadi BAHASA PERANTARA yang paling POPULAR dan yang PALING BANYAK di gunakan untuk semua HUBUNGAN RASMI PERNIAGAAN dan URUSAN KERAJAAN dari seluruh Dunia.
  • Sehingga BAHASA INGGERIS di Martabatkan sebagai BAHASA PERNIAGAAN secara Tidak Rasmi dan Di Restui Pemakaian nya oleh seluruh Bangsa Manusia.
SEBAB NYA PULA
  • Ini di sebabkan oleh BAHASA INGGERIS adalah bahasa yang PALING BANYAK memiliki PERBENDAHARAAN KATA untuk menentukan SESUATU BENDA dan PERKARA dengan Terma-Terma Perkataan yang MUDAH dan BERTEPATAN dengan SESUATU HAL, BENDA atau PERKARA.
  • Terutama nya di dalam Bidang MATEMATIK, SAINS, KEJURUTERAAN, PERNIAGAAN,  EKONOMI, POLITIK, SEJARAH dan PERUNDANGAN yang LEBIH MUDAH menggunakan TERMA nya di dalam BAHASA INGGERIS.
DI SAMPING HAL-HAL TERSEBUT
  • BAHASA INGGERIS juga di lihat sebagai suatu BAHASA KEDAMAIAN ANTARABANGSA di antara PERHUBUNGAN SESAMA MANUSIA yang berlainan Bangsa, Keturunan, Adat Resam, Budaya, Agama dan Kenegaraan.
  • Dimana pada Zaman ini, walau Kemana Negara pun kita lawati akan mudah untuk berhubungan dan berkomunikasi dengan Bangsa-Bangsa lain hanya menggunakan BAHASA INGGERIS.
  • Walaupun ada Negara-Negara di Eropah "Agak Merangkak" penggunaan Bahasa Inggeris mereka di sebabkan oleh Asal Keturunan mereka bukan datang dari keturunan British - England.
KENAPA BANGSA MELAYU PERLU BELAJAR
  • Bangsa Melayu dari Rantau Asia Tenggara seperti dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Filipina HARUS dapat MENGUASAI BAHASA INGGERIS ini.
  • Kerana Rantau ini adalah SASARAN daripada PELABURAN ASING untuk membina dan meluaskan Empayar Perniagaan mereka.
  • Dan dengan PENGUASAAN Bahasa Inggeris yang baik serta mantap maka masaalah Komunikasi dengan Bangsa-Bangsa Asing tidak lagi menjadi MASAALAH BESAR.
  • Juga kita DAPAT MEMAHAMI segala TERMA yang di tulis dan di perkatakan dalam Bahasa Inggeris
CONTOH TERDEKAT
  • Bangsa Melayu di Pulau Singapura yang telah terdidik dalam Bahasa Inggeris di alam persekolahan mereka dari Peringkat Tadika hingga ke Institusi Tinggi tidak lagi mengalami Masaalah Komunikasi dengan Bangsa-Bangsa Asing 
  • Kerana Penguasaan Bahasa Inggeris mereka itu mantap atau fasih HASIL dari POLISI Pihak Kerajaan Singapura yang Menyejajarkan Bahasa Pendidikan dengan Keperluan Ekonomi Negara untuk bersaing di Peringkat Antarabangsa.
  • TANPA meninggalkan Pendidikan BAHASA IBUNDA yang DI WARISI oleh setiap Rakyat negara tersebut.
  • Dimana melalui Pendidikan di dalam Negara Singapura, semua MATA PELAJARAN di Ajarkan melalui BAHASA INGGERIS dari Peringkat Sekolah TADIKA lagi dan BAHASA IBUNDA di Ajarkan melalui KELAS-KELAS KHAS dan juga di Syaratkan juga sebagai KEUTAMAAN untuk LAYAK LULUS di semua PERINGKAT PENSIJILAN PERSEKOLAHAN di Peringkat Rendah hingga Menengah Atas.
  • HASIL NYA kini setiap Rakyat Singapura Cekap menggunakan BAHASA IBUNDA masing-masing selain daripada BAHASA INGGERIS.
  • Dan tidak wujud BANGSA MELAYU yang MENJADI BANGSA INGGERIS di Negara Singapura melalui Polisi Pendidikan Negara mereka.
KEKHUATIRAN PEJUANG BANGSA DAN BAHASA MELAYU
  • KEKHUATIRAN Para Pejuang Bangsa dan Bahasa Melayu mengenai ISU BAHASA INGGERIS di Sekolah-Sekolah di Malaysia adalah BAIK untuk Bangsa dari Sudut KEBUDAYAAN dan WARISAN MELAYU.
  • TETAPI dengan Menidakkan atau Menghalang Penggunaan Bahasa Inggeris di dalam Subjek-Subjek Utama Dunia seperti Matematik, Sains, Kejuruteraan, Perniagaan, Ekonomi, Politik dan Perundangan yang wujud di dalam Korikulum Pendidikan Malaysia AKAN HANYA menghambat kepada PERSAINGAN di dalam Hal-Hal Komunikasi, Perhubungan dan Pertumbuhan Ekonomi Bangsa Melayu di Persada Dunia hari ini.
  • Kerana Penggunaan Bahasa Inggeris di dalam Zaman ini adalah TUNTUTAN TAMADUN MANUSIA untuk LEBIH BEBAS BERKOMUNIKASI tanpa wujud halangan-halangan BAHASA yang boleh Memungkinkan pelbagai HAMBATAN PROSES KOMUNIKASI di dalam Suasana KETELUSAN INTELEKTUAL BERFIKIR dan BERTUTUR dalam Bahasa yang sama walau dari berlainan BANGSA.
TETAPI
  • Untuk mewujudkan Suatu Bangsa Melayu yang Dwi atau Multi - Bahasa HARUS DI MULAKAN dari Pendidikan SEKOLAH yang PALING RENDAH.
  • Kerana Kanak-Kanak yang berusia di bawah 6 Tahun MAMPU dan memiliki KEUPAYAAN untuk Belajar Mendengar dan Memahami serta Bertutur APA JUGA BAHASA yang di ajarkan kepada mereka tanpa banyak masaalah seperti Kanak-Kanak yang berusia lebih dari 7 tahun ke atas.
  • Walaupun mereka di Ajar 2-3 Bahasa di dalam waktu-waktu yang sama di dalam Sistem Pendidikan Persekolahan atau di dalam Perhubungan Awam.
YANG TERPENTING
  • RAKYAT MELAYU MALAYSIA harus dan menjadi suatu Kewajiban untuk menguasai Bahasa Inggeris ini walau di Tahap apa juga mereka berada sekarang.
  • Dan harus mengenepikan Dilema yang mengatakan "jika belajar cakap orang putih nanti lupa bahasa sendiri" atau Orang Melayu akan "Lupa Bangsa nya sendiri"
  • Kerana setahu saya yang berfikiran tidak berapa Cerdik dalam Bahasa Melayu dan dari banyak Pergaulan dengan Bangsa-Bangsa Melayu di Luar Negara, saya belum lagi nampak atau terlihat wujud Bangsa Melayu yang Tidak Tahu Berbahasa Melayu di Luar Bumi Melayu.
  • Yang saya lihat dari Pengalaman sendiri ialah mereka dari Golongan Melayu di Luar Negara ini AMAT BANGGA dengan BANGSA MELAYU mereka dan TIDAK PERNAH LUPA ASAL USUL MEREKA.
  • Yang WUJUD ialah Anak Bangsa Melayu di dalam NEGARA SENDIRI yang HIDUP BERPURA-PURA dengan PENGUASAAN BAHASA INGGERIS mereka KERANA ingin MELAMBANGKAN KEBANGGAAN.
  • Tetapi mereka TETAP BANGSA MELAYU dan akan BERCAKAP dalam BAHASA MELAYU jika orang di sekeliling mereka tidak seorang pun tahu atau faham Bahasa Inggeris!!!
  • Jadi...itu Bukan Masaalah yang di bawa oleh Bahasa Inggeris tetapi itu adalah Masaalah Ke-EGO-an Keperibadian dan Kekeliruan Perasaan mengenai PENJIWAAN Bangsa dan Bahasa.
Editor

No comments:

Post a Comment