Monday, July 18, 2011

MASAALAH BEKALAN DAGING AYAM MALAYSIA

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #348


MASAALAH BEKALAN DAGING AYAM MALAYSIA
DIMANA PUNCA MASAALAH NYA


PASARAN DAGING AYAM
  • Masaalah bekalan Daging Ayam di dalam Pasaran Malaysia kini sangat MERUNCING walaupun ia telah beberapa tahun berlaku.
  • Dimana Pihak kerajaan telah sedia maklum mengenai permasaalahan nya tetapi Masaalah tersebut sentiasa wujud tanpa ada tanda-tanda untuk pulih.
  • Pada hari ini Daging Ayam yang di jual di Pasar-Pasar telah mencecah "Harga Siling" sekitar RM8.0 Se Kilo.
PUNCA UTAMA NYA
  • PUNCA UTAMA kekurangan Bekalan Daging Ayam di dalam Negara berpunca dari KURANG NYA PENTERNAK-PENTERNAK AYAM daripada Pengusaha-Pengusaha Rakyat Tempatan.
  • Tetapi PERMINTAAN untuk Daging Ayam ini MELEBIHI daripada KEMAMPUAN BEKALAN yang mampu di hasilkan oleh Pengusaha Tempatan.
PENTERNAK AYAM TEMPATAN
  • Kebanyakan nya Berskala Kecil dan hanya mampu untuk Memenuhi Permintaan dari kawasan atau Daerah yang tertentu sahaja yang sebahagian besar nya di pelopori oleh Kaum Cina Malaysia dan amat kurang penglibatan dari kaum-kaum yang lain daripada Bangsa Melayu dan India.
  • Dan Penternak Tempatan ini maseh beroperasi dengan menggunakan Teknologi Penternakan Ayam yang Konvensional.
  • Ini telah membataskan Daya Penghasilan untuk pengeluaran Ayam-Ayam Hidup, Produk Telur dan Daging Ayam.
MASAALAH PENTERNAK INI
  • Semakin hari Semakin Mahal KOS-KOS untuk membeli BAHAN MAKANAN untuk AYAM-AYAM yang di ternak kerana kebanyakan bahan Makanan untuk Ayam ini di IMPORT dari Luar Negara.
  • Juga termasuk KOS OPERASI yang seperti Kos Pengangkutan, Kos Penyelenggaraan Bangunan dan Kawasan, Kos Bahan Api dari Letrik dan juga Kos Air.
SOKONGAN PENTERNAK MODEN
MENGAPA SYARIKAT INTEGRATOR INI TIDAK MEMBANTU
Kewujudan Syarikat yang berfungsi sebagai Integrator ini tidak dapat membantu untuk menyelesaikan Masaalah HARGA PASARAN AYAM ialah kerana :
PERTAMA
  1. Semua Bekalan Ayam yang di hasilkan oleh Pihak Kontraktor Penternakan yang Berdaftar dengan Syarikat Integrator (Induk)  ini akan DI JUAL hanya kepada Syarikat Induk sahaja dan mereka Tidak Di Benarkan untuk menjual di Pasaran Terbuka.
  2. Syarikat Induk pula akan memproses semua Bekalan Ayam dan Produk-Produk Ayam dan menjual nya kepada Pasaran mereka sendiri di dalam dan di Luar Negara.
KEDUA
  • Oleh itu SKIM INTEGRATOR Penternakan Ayam ini telah KEMBALI kepada KONSEP PERNIAGAAN MONOPOLI
  • Dan TIDAK WUJUD PERSAINGAN BEBAS di dalam PASARAN untuk BERLAGA atau BERSAING di dalam HAL HARGA PASARAN.
  • Gejala ini membolehkan Syarikat-Syarikat tersebut untuk MENETAPKAN HARGA JUALAN menurut Kehendak dan keperluan Syarikat mereka sendiri.
  • Seperti di huraikan melalui Post#347 inihttp://tipsniagacom.blogspot.com/2011/07/kebebasan-perniagaan-di-malaysia.html
APA YANG SEPATUT NYA KERAJAAN LAKUKAN
PERTAMA
  • Memberi segala BANTUAN untuk Rakyat Tempatan membuka LADANG TERNAKAN AYAM secara BEBAS atau PERSENDIRIAN tetapi Di Bawah Penyeliaan Kementerian
  • BANTUAN tersebut harus di lakukan di dalam bentuk Pemberian PINJAMAN dari AGRO BANK dan SME BANK dengan HAD PINJAMAN yang lebih Besar atau Tinggi agar Peminjam dapat melakukan Perniagaan dengan SKALA BESAR.
  • Penglibatan Syarikat-Syarikat KORPORAT harus pula di GIATKAN dan HARUS pula BERGIAT BEBAS atau PERSENDIRIAN di antara Satu dengan yang Lain untuk MENGELAKKAN GEJALA seperti Konsep Integrator yang wujud sekarang.
KEDUA
  • Kerajaan harus menggalakkan Syarikat-Syarikat Tempatan atau GLC kerajaan untuk membina Perusahaan Pembuatan Makanan Utama Ayam samada di dalam atau di Luar Negara.
  • Sebagai INDUSTRI SOKONGAN terhadap Perusahaan Penternakan Ayam di Seluruh Negara dan mengurangkan Penggantungan kepada BEKALAN IMPORT.
KETIGA
  • Pihak Kerajaan juga harus MEMASTIKAN Pengeluaran DAGING AYAM di dalam Negara harus 2-3 Kali Ganda daripada Jumlah Penduduk Malaysia. (27 Juta orang)
  • Kerana Trend Memakan Daging Ayam di dalam Negara sangat Tinggi dan kerana itu juga Jumlah Kasar Bekalan Ayam Hidup harus LEBIH dari Angka Permintaan Pengguna.
  • Dengan CARA tersebut HARGA PASARAN AYAM dapat DI TURUNKAN selain dapat MENGGIATKAN Perusahaan Penternakan Ayam dalam Negara
  • Di samping itu Langkah ini juga akan mendorong AKTIVITI EKSPORT Produk-Produk Ayam ke Luar Negara.
  • Dan Tidak Akan Wujud Pihak-Pihak yang dapat MENGAWAL atau MEMONOPOLI Pasaran Produk Ayam di dalam Negara.
PERSOALAN SETERUS NYA
  • Adakah Pihak Kerajaan SANGGUP atau MAHU MENJEJASKAN Perniagaan yang di Monopolikan oleh Syarikat-Syarikat Integrator ini untuk menuju kepada PENYELESAIAN MASAALAH YANG LEBIH TEPAT?
  • Dimana Langkah atau Strategi Pihak Kerajaan sekarang lebih CENDERUNG untuk mewujudkan Perniagaan MONOPOLI seperti yang telah di lakukan terhadap Konsep Pembukaan Kedai Rakyat 1MALAYSIA yang telah di huraikan melalui Post#346 (http://tipsniagacom.blogspot.com/2011/07/kedai-rakyat-1malaysia-apakah-kesan-di.html)
  • Dimana SIAPAKAH Pengusaha-Pengusaha di Belakang Tabir Syarikat-Syarikat tersebut untuk di Korbankan untuk Kepentingan Rakyat Umum?
Editor

No comments:

Post a Comment