PENIAGA RAMADHAN: BERMULA AKTIVITI PENIAGA MUSIMAN
KELUAR DARI PERSEMBUNYIAN DAN BERGIAT AKTIF
KEMUNCULAN BAZAAR
- Apabila tiba Bulan RAMADHAN akan muncul lah pelbagai Aktiviti-Aktiviti Perniagaan yang di lakukan secara JUALAN BAZAAR di tempat dan lokasi Strategik di Seluruh Negara.
- Kewujudan Bazar-Bazar seperti ini adalah sebagai memenuhi TUNTUTAN Para Pengguna / Pembeli yang akan menyambut Hari Raya Idil Fitri yang akan menjelang 30 hari kemudian.
- Dimana kesibukan Pengguna / Pembeli Berbelanja adalah lebih AGRESIF daripada Bulan-Bulan sebelum nya, walaupun di dalam Bulan ini setiap Umat Islam sedang menjalani IBADAH PUASA iaitu Tiang ke-3 di dalam RUKUN ISLAM.
KEMUNCULAN PENIAGA MUSIMAN
- Sepanjang Bulan RAMADHAN ini juga muncul Beribu-beribu PENIAGA MUSIMAN dari persembunyian, dimana di dalam bulan-bulan yang lain, kebanyakan daripada mereka TIDAK menjalankan Aktiviti Perniagaan langsung.
- Golongan Peniaga Musiman ini hanya memilih untuk Berniaga di dalam Bulan RAMADHAN untuk selama 30 hari dan akan melakukan pelbagai jenis perniagaan yang mereka "Mahir" dan yang mereka "Biasa" lakukan.
- Golongan ini selalu nya Bergerak dari "Rumah" atau "Menyewa" Gerai atau Tapak di dalam Bazar-Bazar yang menjadi Tumpuan Orang Ramai berbelanja.
SIAPA KAH GOLONGAN INI
- Golongan Peniaga Musiman ini terdiri daripada pelbagai Lapisan Masyarakat dan Profesion Pekerjaan, Usia dan Jantina.
- Mereka adalah Golongan Peniaga yang berada di dalam Kumpulan "Oportunis" atau "Pengambil Peluang Keemasan" di dalam Masa-Masa yang tertentu.
- Mereka hanya memberikan Fokus atau Tumpuan di Bulan RAMADHAN kerana mereka TAHU bahawa di Bulan ini PELANGGAN akan LEBIH BERBELANJA daripada bulan-bulan yang lain.
- Dan STATISTIK tersebut Tidak Pernah Berubah di sepanjang Bulan-Bulan RAMADHAN yang lalu, walaupun di lihat dari Rekod 30 atau 50 Tahun yang lalu.
- TREND nya TETAP SAMA hingga kepada hari ini, walaupun Keturunan Pengguna / Pembeli tersebut telah melalui Perubahan Zaman, Ideologi dan Pendidikan.
- Ini lah PUNCA UTAMA Perniagaan Bermusim di dalam Bulan RAMADHAN ini maseh menjadi PILIHAN UTAMA.
DARI SUDUT PELUANG
- Berniaga secara BERMUSIM seperti di bulan-bulan RAMADHAN dan di hari-hari PERAYAAN yang lain sememang nya memberikan PULANGAN yang LUMAYAN jika seseorang PENIAGA itu Cerdik untuk memilih Jenis-Jenis produk & Perkhidmatan yang di kehendaki Ramai.
- PERTAMA di sebabkan di dalam Musim-Musim tertentu, setiap Pengguna / Pembeli akan BERBELANJA secara WAJIB untuk memenuhi KEPERLUAN mereka di dalam menghadapi sesuatu PERAYAAN seperti Hari Raya Idil Fitri.
- Dan Golongan atau Kumpulan Pengguna / Pembeli yang akan menyambut sesuatu PERAYAAN itu BERBELANJA di dalam Jangka Waktu yang SAMA dan ini akan menyebabkan sesuatu PERMINTAAN untuk SEMUA jenis Barangan keperluan sesuatu Perayaan itu menjadi TINGGI dalam TEMPOH yang Singkat.
- Para PENIAGA yang Cerdik & Bijak untuk memberikan NILAI JUALAN yang Kompetitif dengan Nilai yang baik akan BERJAYA Berniaga di Musim-Musim seperti ini.
- Dan yang Kurang Cerdik & Bijak akan mengalami Kerugian teruk atau Tidak Untung Langsung dan sekadar mendapat kembali MODAL Permulaan.
APAKAH HOT ITEMS YANG DI CARI PEMBELI
- PAKAIAN & AKSESSORI
- LANGSIR / SARUNG KUSYEN
- HIASAN KECANTIKAN RUMAH
PRODUK MAKANAN SIAP
- KUIH-KUIH RAYA
- BISKUT / KREPEK
- KEK
- KETUPAT
- RENDANG
- LONTONG
- MINUMAN DALAM TIN & BOTOL
- KURMA & BUAH-BUAHAN
- DAGING AYAM, LEMBU, KAMBING, IKAN
- MINYAK MEMASAK, GAS
- SAYUR-SAYURAN
- REMPAH RATUS
- BAWANG-BAWANG, CILI, SERAI dan lain-lain
PRODUK BAHAN ASAS & KUIH
- TEPUNG, GULA,SUSU
- BERAS, PULUT
- MARGERIN
- MINYAK dan lain-lain
BERMODAL BESAR
- Perniagaan MUSIMAN seperti yang di lakukan di dalam Bulan RAMADHAN ini memerlukan penggunaan yang Agak BESAR
- Ini di sebabkan oleh keperluan seseorang Peniaga itu untuk Membeli STOK Produk dengan Jumlah yang Banyak untuk mendapatkan Harga BELIAN yang lebih Rendah
- Dan untuk menyediakan BANYAK PILIHAN kepada Pengguna / Pembeli ketika berniaga di dalam Bazar yang di penuhi oleh Orang Ramai dan Para Pesaing Perniagaan.
- Kerana sebab-sebab tersebut, MODAL BESAR di perlukan untuk memastikan perniagaan yang di jalankan sewaktu Musim Perayaan berjalan dengan lancar.
- Dimana sekecil-kecil Modal yang di gunakan adalah di dalam lingkungan RM10,000 sehingga mencecah Ratusan Ribu Ringgit yang bergantung kepada kemampuan Kewangan seseorang Peniaga tersebut.
- Dan Kebanyakan Peniaga Bermusim ini MENGGUNAKAN MODAL dari WANG SENDIRI yang di kumpul daripada Perniagaan di Musim-Musim yang lalu.
- Hanya Segolongan kecil yang Berniaga secara KREDIT di sebabkan Kemampuan Kewangan mereka Terbatas dan mereka Bukan Tergolong di dalam Kategori Peniaga Musiman Profesional.
MUTU PRODUK
- Pada kebiasaan nya MUTU sesuatu Produk yang di jual di Bazar-Bazar Musim RAMADHAN tidak banyak berbeza dengan MUTU Produk yang biasa di jual di Musim-Musim yang Biasa.
- Malah MUTU Produk di Musim-Musim Perayaan adakala nya lebih Tinggi Mutu daripada hari-hari yang biasa di sebabkan oleh produk-Produk tersebut di buat atau di lakukan HANYA untuk Musim Perayaan.
- Untuk Produk-Produk Pakaian dan Aksessori, agak sukar untuk mendapatkan Buatan yang Original atau Tulen dari Pembuat atau Pengeluar yang sebenar kerana di dalam PASARAN lebih daripada 70% Produk-Produk Berjenama di buat di dalam Negara secara Berkontrak dan ada juga yang di buat secara CIPLAK atau TIRUAN.
YANG PENTING
- Semasa BERBELANJA di dalam Musim-Musim PERAYAAN, anda sebagai Pengguna / Pembeli HARUS BIJAK untuk menentukan Perbelanjaan anda.
- Dimana PERBELANJAAN harus di dasarkan kepada BAJET yang harus pula di tetapkan atau di rancang lebih awal berdasarkan kepada Kemampuan Kewangan anda yang sebenar.
- Dan jangan cepat TERPENGARUH atau TERGODA dengan pelbagai TAWARAN JUALAN MURAH yang di promosikan.
- Juga harus MEMILIKI PRINSIP HIDUP TEGUH dan tidak Mudah Terpengaruh dengan RASA RENDAH DIRI atau MALU jika Kemampuan Kewangan tidak seperti Orang-Orang lain
- BERBELANJA lah menurut kemampuan yang sediaada kerana Perbuatan ini akan MENYELAMATKAN diri anda daripada menjana HUTANG yang harus di bayar untuk 11 Bulan berikut nya.
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI
Editor
No comments:
Post a Comment