Tuesday, July 05, 2011

POLITIK DAN PEMIKIRAN BANGSA MELAYU

TIPsNIAGA.COM - POLITICS - Post #329


POLITIK DAN PEMIKIRAN BANGSA MELAYU
KEMANA ARAH TUMPUAN MEREKA


BANGSA MELAYU
  • Jika berpandukan ARUS NASIONAL yang berkaitan dengan GEJALA atau FENOMENA POLITIK dan PEMIKIRAN Bangsa Melayu Tanah Air, kita dapat melihat dengan jelas Arus Pemikiran Bangsa Melayu "Mudah Goyah" dan "Mudah Di Peralatkan" (meminjam kekata Dr Mahathir)
  • Dimana Pemikiran Ramai "Mudah" di bawa "Kemana-mana" oleh Golongan-Golongan Tertentu di dalam Arus Politik.
  • GEJALA ini adalah salah satu sebab TUMPUAN Pemikiran Bangsa Melayu tidak dapat di tumpukan kepada PEMBANGUNAN EKONOMI BANGSA.
CONTOH POLITIK MELAYU
YANG MEMUNDURKAN PEMIKIRAN BANGSA SENDIRI
PERTAMA:
PENULISAN BLOG POLITIK
  • Banyak Blog-Blog Politik yang Di TULIS dan DI SIARKAN oleh Bangsa Melayu LEBIH MENJURUS kepada MEMERANGI SESAMA BANGSA MELAYU.
  • Dimana kita dapat melihat di dalam Negara Malaysia ini wujud Dua (2) KEM atau GOLONGAN POLITIK.
  • Ada Golongan yang MENULIS BLOG Tanpa mengira Penggunaan BAHASA, KEKATA, ISTILAH, PERIBAHASA dengan Penggunaan Bahasa yang Betul, Berhemah, Berbudi dan Bersopan sebagai Bangsa Melayu.
  • Seolah-olah yang MENULIS itu seperti BUKAN dari Bangsa Melayu yang seharus nya INDAH TUTUR BAHASA nya.
  • Apatah lagi Bangsa Melayu di kenali sebagai PENGANUT AGAMA ISLAM yang SUCI lagi MURNI KEAHLAKAN NYA dan menuntut kepada KEINDAHAN BUDI serta KEKUATAN IMAN
  • TETAPI itulah CORAK PEMIKIRAN Bangsa Melayu yang di tonjolkan KETIKA BERPOLITIK pada hari ini.
KEDUA:
INTIPATI PENULISAN BLOG POLITIK BANGSA MELAYU
  • Apabila di buat TINJAUAN di dalam Blog-Blog POLITIK MELAYU, boleh di katakan lebih dari 90% INTIPATI penulisan Blog mereka menjurus kepada KATA-MENGATA, CACI MENCACI, FITNAH MENFITNAH sesama BANGSA MELAYU dan bersungguh-sungguh MEMPERTAHAN IDEOLOGI KEPARTIAN masing-masing.
  • Dimana Penulisan Blog lebih TERTUMPU kepada "SERANGAN PERIBADI" kepada Anggota Parti Lawan mengenai segala HAL-HAL KEBURUKAN dari A hingga Z dengan "Bekerja-Keras" mendapatkan segala MAKLUMAT DARI apa juga SUMBER, samaada di dapati secara PERCUMA atau pun DI BELI dari "Opportunist" yang Menangguk Di Air Yang Keruh.
  • Sehingga "Hasil Kerja" mereka di dalam "Menyediakan" pelbagai Maklumat untuk "BERPERANG" di Medan Siber AMAT DI KAGUMI yang boleh di katakan sebagai CEKAP dan HEBAT.
  • TETAPI mereka MENULIS hanya dengan SATU TUJUAN iaitu UNTUK MENJATUHKAN KEWIBAWAAN & KERHORMATAN Anggota Parti Lawan "at all costs".
  • Dimana "HASIL" atau IMPAK dari penulisan mereka di tujukan kepada Kepentingan PEMIMPIN masing-masing.
  • Disini amat jelas Golongan PENULIS seperti ini adalah "ALAT" atau "MEKANISMA" yang di gunakan oleh Pemimpin-Pemimpin Parti mereka untuk "MEMBANTU" Pemimpin mereka untuk MELEMAHKAN KEWIBAWAAN Anggota Parti Lawan di MATA RAKYAT.
  • Inilah KETEPATAN yang di sebutkan oleh Tun Dr Mahathir bahawa Bangsa Melayu "Mudah" DI PERALATKAN.
KENAPA GEJALA SEPERTI INI WUJUD
GEJALA seperti ini WUJUD dari DUA (2) SEBAB UTAMA

PERTAMA
  • Kerana UPAH LUMAYAN & KESENANGAN
  • Mereka MENULIS kerana di beri "UPAH" sebagai ALAT atau MEKANISMA yang Tetap kepada Pemimpin
  • Dengan CARA ini mereka akan dapat Hidup dengan Selesa daripada Hasil Upah yang di terima.
  • Kerana Bangsa Melayu memang terkenal dengan melakukan "kerja-kerja mengambil Upah" dari Zaman dahulu kala lagi
  • Ini di sebabkan oleh "Survival" kerana Taraf Ekonomi yang Rendah.
KEDUA
  • Kerana KUASA & PANGKAT
  • Golongan ini MENULIS kerana MAHUKAN PERHATIAN PEMIMPIN ATASAN agar mereka suatu hari nanti "Di berikan Peluang" untuk menjadi "Orang Penting" dalam Parti atau "Benda Penting" dari Kekayaan Parti.
  • Walaupun Tulisan-Tulisan mereka itu tidak Meyakinkan Diri mereka sendiri atau Bertentangan dengan Pendirian Hidup mereka secara peribadi.
  • Yang terpenting bagi Golongan ini adalah Matlamat Peribadi mereka dapat di capai, seperti "Kelakuan-Kelakuan" Bangsa Melayu di Zaman PENJAJAH 
MASAALAH PEMIKIRAN BANGSA MELAYU
  • Amat KURANG sekali Bangsa Melayu yang MENULIS mengenai HAL-HAL EKONOMI dari SEGI PELUANG dan PEMBANGUNAN nya.
  • Jika 90% PENULIS terlibat dalam penulisan Blog Politik bermakna hanya Baki Golongan 10% sahaja yang MENULIS PELBAGAI TOPIK
  • Dan ini akan MENGURANGKAN JUMLAH PENULIS yang dapat MENULIS HAL-HAL yang berkenaan dengan EKONOMI dan PEMBANGUNAN EKONOMI BANGSA MELAYU.
  • Dengan KURANG NYA PENULISAN mengenai hal-hal Ekonomi maka dengan sendiri nya TARAF EKONOMI BANGSA MELAYU tidak dapat di gerakkan dengan GIAT atau AKTIF.
KESAN NYA
  • APA juga MASAALAH EKONOMI yang MENJEJAS BANGSA MELAYU  tidak akan menjadi TUMPUAN PEMIMPIN.
  • APA juga KELEMAHAN KEPIMPINAN EKONOMI NEGARA tidak mendapat TUMPUAN PENULIS  untuk memberikan TEKANAN kepada PEMIMPIN agar lebih CEKAP dalam Hal Pengurusan Ekonomi 
  • Ini telah MEMBERI RUANG kepada para Pemimpin untuk LEKA kepada Hal-Hal KUASA & POLITIK KEPARTIAN.
  • Akhir nya BANGSA MELAYU itu juga yang mengalami KERUGIAN kerana SIBUK dengan HAL-HAL KUASA & POLITIK.
  • Kerana itu TARAF EKONOMI BANGSA MELAYU sangat LAMBAT untuk MEMBANGUN samaada di Peringkat Dalam dan Luar Bandar secara SEKATA.
MENGAPA PULA GEJALA INI BERLAKU
Ini di sebabkan oleh RAMAI dari Bangsa Melayu :
  1. Tidak Berpendidikan dan Tidak Berpengetahuan dalam Hal-Hal Ekonomi dan Kewangan
  2. Samaada mereka itu tidak berpeluang untuk belajar ATAU mereka memang tidak berminat untuk mengetahui hal-hal seperti Ekonomi dan Kewangan.
  3. Juga di sebabkan oleh HAL-HAL EKONOMI & KEWANGAN adalah BUKAN SUBJEK UTAMA kepada Bangsa Melayu untuk di fikirkan secara Individu.
  4. Dimana Hal-Hal seperti itu selalu nya "Di Serahkan" kepada Pemimpin atau Kerajaan untuk MEMIKIRKAN NYA.
  5. Manakala yang Berpengetahuan di dalam Bidang Ekonomi & Kewangan ini pula, lebih SELESA untuk menumpukan kepada Diri dan keluarga masing-masing dan bukan untuk membantu Masyarakat Bangsa Melayu.
  6. Dan jika mereka melakukan nya, mereka lebih "RELA" untuk "MENJUAL ILMU" mereka melalui Buku-Buku yang di hasilkan dan Ceramah-Ceramah yang di adakan dalam KONSEP BERNIAGA dan amat kurang yang bertujuan atas JALAN FISABILLILLAH.
  7. Dan akhir nya Ramai di antara Golongan Bangsa Melayu yang maseh berada di Tahap Ekonomi Rendah dan Miskin Tegar tidak Berkemampuan untuk membeli Buku-Buku atau mengikuti Ceramah-Ceramah yang berkaitan dengan Ekonomi.
  8. Sekali lagi Kemajuan Bangsa Melayu itu tidak dapat di ganjakkan dengan lebih Pesat di dalam Arus Nasional.
SEBAB ITU PERLU NYA DPEM - 
DANA PEMBANGUNAN EKONOMI MELAYU
Yang di tulis melalui Post #325 http://tipsniagacom.blogspot.com/2011/07/bangsa-melayu-harus-bangkit.html, dimana SARANAN untuk mewujudkan DPEM ini adalah SAMA SEKALI berbeza dengan KONSEP yang di perkenalkan oleh Pihak Kerajaan seperti :
  • AMANAH SAHAM NASIONAL
  • AMANAH SAHAM BUMIPUTERA
  • AMANAH SAHAM 1MALAYSIA
  • ATAU APA JUGA BENTUK PELABURAN SAHAM
  • DIMANA SEMUA JENIS SAHAM INI TIDAK DAPAT MELIPUTI SETIAP BANGSA MELAYU
BERBEZA DENGAN KONSEP DALAM DPEM
  • Setiap Bangsa Melayu Di Daftarkan sebagai AHLI DPEM
  • Tanpa Mengira USIA dan Kedudukan Ekonomi
  • Di Mulakan dengan Nilai RM0.50SEN
  • DPEM adakah HAK LANGSUNG Anggota DPEM
  • KESINAMBUNGAN HAK BERTERUSAN 
  • Pembahagian KEUNTUNGAN SAMARATA kerana semua Anggota MENCARUM dalam Nilai yang SAMA.
  • Dan APA yang di miliki oleh DPEM melalui segala Aktiviti Ekonomi, Pemilikan Aset & Anak-Anak Syarikat yang di wujudkan adalah HAK BERSAMA PENCARUM tidak seperti Kaedah yang di gunakan oleh Pihak KWSP dan TABUNG HAJI yang telah menjadi sebuah INSTITUSI PERSENDIRIAN yang Berdiri Sendiri di mana Si Pencarum tidak memiliki HAK MUTLAK di dalam Institusi tersebut.
BAGAIMANA UNTUK MEWUJUDKAN DPEM INI
  • Apa yang boleh di lihat di dalam Negara Malaysia hari ini, Pertubuhan-Pertubuhan NGO dan Dewan-Dewan Perniagaan Melayu harus MENGAMBIL CABARAN ini untuk MEWUJUDKAN KONSEP DPEM secara KOLEKTIF.
  • Kerana Golongan ini LEBIH CENDERUNG di dalam HAL-HAL EKONOMI dan PENGURUSAN DANA AWAM.
  • Oleh itu Golongan ini di lihat MAMPU untuk BEKERJASAMA untuk mewujudkan DPEM dan melantik PAKAR-PAKAR EKONOMI & KEWANGAN yang sesuai sebagai BADAN PENGURUSAN DPEM
  • Dan jika Pihak Kerajaan INGIN MEMBANTU, Pihak Kerajaan boleh MENYUMBANGKAN BANTUAN seperti Konsep "One to One" atau memberikan RM0.50SEN untuk setiap Sumbangan PENCARUM
  • Langkah ini akan memberikan IMPAK yang Lebih Besar di dalam PEMBANGUNAN EKONOMI BANGSA MELAYU
AKHIR KATA
  • Secara Peribadi saya akan memberikan SOKONGAN PENUH terhadap sebarang USAHA untuk mewujudkan DANA PEMBANGUNAN EKONOMI MELAYU ini.
  • Dan bersedia untuk duduk berbincang dan membantu memberikan Konsep DPEM dengan Pihak-Pihak yang akan Berani mengambil INISIATIF di dalam mewujudkan DPEM di Negara Malaysia
  • Kerana KONSEP DPEM ini merupakan CATALYST atau PEMANGKIN untuk MEMAJUKAN TARAF EKONOMI BANGSA MELAYU secara MENYELURUH
editor

No comments:

Post a Comment