EKONOMI MALAYSIA SELEPAS BERSIH 2.O
APA LANGKAH YANG SETERUS NYA
PERUTUSAN EDITOR
- Artikel kali ini berkaitan dengan PERKEMBANGAN dan PERTUMBUHAN KEGIATAN EKONOMI dalam Negara Malaysia selepas PERHIMPUNAN BERSIH 2.O pada 9hb JULY 2011.
- Yang berkaitan dengan PERNIAGAAN yang di jalankan oleh Para Peniaga dan Usahawan di merata Tanah Air di dalam KONSEP PENERIMAAN PERHIMPUNAN BERSIH 2.O di dalam Aktiviti Perniagaan sekarang.
- Dimana anda sebagai PENIAGA & USAHAWAN perlu TAHU dan HARUS melakukan LANGKAH-LANGKAH yang BERTEPATAN agar Aktiviti Perniagaan anda TIDAK AKAN TERJEJAS.
SELEPAS PERHIMPUNAN BERSIH 2.O
- Di Ibu Negara ramai PENIAGA & USAHAWAN samaada dengan RELA atau TIDAK, MENGECAM atau MENGANGGAP Perhimpunan BERSIH 2.O sebagai "MEMBUNUH PERNIAGAAN" mereka pada HARI TERSEBUT.
- Dan Pihak Pertubuhan Ikatan Usahawan Dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) ingin MEMBANTU para PENIAGA yang terjejas kerana "ARAHAN PENUTUPAN BERNIAGA" pada HARI TERSEBUT untuk MENUNTUT GANTI RUGI dengan ALASAN kejadian Perhimpunan BERSIH 2.O telah MENJEJAS PERNIAGAAN mereka.
DARI SUDUT PERNIAGAAN - Business View
LANGKAH untuk menuntut Ganti-Rugi untuk seperti KES tersebut sememang nya BOLEH di lakukan menurut Peruntukan Undang-Undang Negara TETAPI akan wujud banyak KOMPLIKASI di dalam Pertimbangan Undang-Undang untuk MENJAYAKAN TUNTUTAN seperti:
KOMPLIKASI PERTAMA:
- KESAHIHAN PERTUBUHAN yang ingin di pertanggung jawapkan melalui Undang-Undang, di sebabkan Pertubuhan BERSIH telah di BATALKAN Pendaftaran nya oleh Pihak Kerajaan sebelum KEJADIAN tersebut berlangsung.
- Ini akan TIDAK MELAYAKKAN Pertubuhan Bersih untuk di tuduh di sebabkan Pertubuhan tersebut di klasifikasikan sebagai TIDAK WUJUD.
KOMPLIKASI KEDUA
- ARAHAN PENUTUPAN PREMIS PERNIAGAAN di Kawasan-Kawasan Strategik di Ibu Negara adalah dari Pihak Kerajaan dan bukan di sebabkan oleh KEKACAUAN atau PEMBERONTAKKAN dari Peserta-Peserta Bersih pada HARI TERSEBUT.
- Dan SEMUA ORANG yang menyertai Perhimpunan BERSIH 2.O pada HARI TERSEBUT tidak mengira Anggota dari BEKAS Pertubuhan Bersih 2.O, Anggota-Anggota NGO, Anggota-Anggota Parti-Parti Politik (Pemerintah & Pembangkang) MENYERTAI Perhimpunan BERSIH sebagai seorang INDIVIDU yang berperanan sebagai RAKYAT BIASA.
- Oleh itu, jika TUNTUTAN Ganti-Rugi yang ingin di Pohon di Mahkamah maka TUNTUTAN tersebut harus DI TUJUKAN KEPADA SEMUA INDIVIDU yang terlibat pada HARI TERSEBUT dan ini amat MUSTAHIL untuk di lakukan dan tidak akan ada Mahkamah yang sanggup untuk mengendalikan nya.
KOMPLIKASI KETIGA
- Jika Di AMBIL KIRA Penutupan Premis di Kawasan Utama di Ibu Negara di sebabkan oleh ARAHAN PIHAK KERAJAAN dan Jabatan POLIS, adalah TIDAK MUNGKIN untuk menjadikan Pihak Kerajaan sebagai DEFENDAN terhadap Tuntutan Ganti-Rugi tersebut.
- Kerana Pihak Kerajaan adalah Pihak BERKUASA pada HARI TERSEBUT dan menggunakan Peruntukan Undang-Undang yang berkaitan dengan Emergency Ordinance (EC) dan itu bermakna KEPUTUSAN KERAJAAN Tidak Boleh DI CABAR di Mahkamah.
KOMPLIKASI KEEMPAT
- JIKA TUNTUTAN yang akan di buat di teruskan di Mahkamah, akan WUJUD pelbagai SANGGAHAN dari SUDUT UNDANG-UNDANG dari Pihak yang DI TUNTUT di sebabkan oleh KOMPLIKASI UNDANG-UNDANG untuk Perkara Pertama dan Kedua di atas.
- Maka dengan itu KES ini AKAN BERLARUTAN dan akan memakan MASA yang LAMA untuk di selesaikan dan mungkin akan mengambil Masa BERTAHUN-TAHUN.
KOMPLIKASI KELIMA
JIKA Para PENIAGA yang terlibat di dalam ARAHAN PENUTUPAN PREMIS pada hari Perhimpunan Bersih 2.O di teruskan dan mendapat Liputan MEDIA NASIONAL maka TINDAKKAN tersebut di lihat sebagai langkah "MEMBUNUH PELUANG PERNIAGAAN" kerana:
- RAKYAT UMUM yang di kaitkan dengan TUNTUTAN tersebut akan BERTINDAK BALAS dengan MEMULAUKAN Perniagaan Para Peniaga yang terlibat dengan TUNTUTAN.
- Jika PEMULAUAN ini berlaku maka Perniagaan Peniaga-Peniaga tersebut AKAN LEBIH TERUK TERJEJAS di dalam KERUGIAN JANGKA PANJANG jika di bandingkan dengan KERUGIAN SEHARI yang mereka TERPAKSA TANGGUNG pada HARI PERHIMPUNAN TERSEBUT.
- Dan di dalam BUSINESS DECISION (keputusan niaga) LANGKAH seperti ini adalah TIDAK RELEVAN untuk Perniagaan malah akan lebih mendatangkan KESAN YANG LEBIH BURUK.
- Jika Perkara seperti ini BERLAKU maka TIDAK AKAN WUJUD sebarang ORGANISASI yang dapat MEMBANTU PERNIAGAAN ANDA.
- KERANA "CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT" dan MEREKA adalah PENGGERAK EKONOMI anda sebagai PENIAGA & USAHAWAN.
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBAGAI PENIAGA & USAHAWAN
Di dalam ETIKA PERNIAGAAN di mana anda di KLASIFIKASIKAN sebagai PENIAGA dan USAHAWAN harus :
PERTAMA
- BERSIKAP NEUTRAL DALAM HAL POLITIK - JANGAN TONJOLKAN IDEOLOGI POLITIK YANG ANDA PERCAYA.
- JANGAN MENUNJUKKAN PEMIHAKKAN IDEOLOGI KEPARTIAN - Walau pun anda seorang Penyokong kepada Parti Kerajaan yang Memerintah
- JANGAN TERPENGARUH DENGAN PENDEKATAN POLITIK KEPARTIAN YANG BOLEH MENJEJASKAN PERNIAGAAN ANDA.
KEDUA
- HARUS MENGANGGAP SETIAP PELANGGAN ADALAH PELANGGAN DAN BUKAN INDIVIDU KEPADA IDEOLOGI KEPARTIAN.
- KEMBALI KEPADA ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN TEPAT DAN BETUL.
- SEPERTI MEMBERI KEUTAMAAN KEPADA KEHENDAK PELANGGAN DARI SUDUT PENYEDIAAN PERKHIDMATAN DAN BARANGAN.
CONTOHI INDUSTRI PERHOTELAN
Didalam INDUSTRI PERHOTELAN, di dalam AGENDA PENTADBIRAN & PENGURUSAN Industri ini di TEKANKAN kepada semua ANGGOTA INDUSTRI, KAKITANGAN DAN PEKERJA untuk TIDAK :
- MENONJOLKAN IDEOLOGI atau FAHAMAN POLITIK KETIKA BERTUGAS
- SETIAP PELANGGAN HARUS DI LAYAN SEBAGAI "RAJA" DENGAN LAYANAN YANG PENUH PENGHORMATAN
- SETIAP "KELAKUAN BURUK" PELANGGAN DI TANGANI DENGAN "MESRA' TANPA MENUNJUKKAN SIFAT "KEBENCIAN" ATAU "KEMARAHAN".
- SETIAP "ADUAN & TUNTUTAN PELANGGAN" TERHADAP "SALAH-LAKU" DI DALAM HAL-HAL LAYANAN DAN TADBIR URUS AKAN "MEMIHAK" KEPADA PELANGGAN SUPAYA IMEJ INDUSTRI PERHOTELAN (Nama Baik)TIDAK TERCEMAR.
- DAN SEMUA ADUAN & TUNTUTAN PELANGGAN DI LAKUKAN DAN DI SELESAIKAN SECARA TERTUTUP DAN DI HINDAR DARI DI KETAHUI OLEH SEBARANG MEDIA.
APA YANG BOLEH DI PELAJARI DARI KES BERSIH 2.O
SIKAP MENILAI
- MENGAJAR kita untuk lebih BIJAK MENILAI di antara Yang Betul dengan Yang Salah
- MENGAJAR kita untuk lebih MENGETAHUI Apa itu KEKEJAMAN & KEKERASAN
- MENGAJAR kita untuk lebih FAHAM apakah itu POLITIK KOTOR dengan POLITIK BERSIH
- MENGAJAR kita untuk MENGETAHUI Siapa kah LAWAN dan Siapa kah KAWAN
- MENGAJAR kita untuk MELIHAT Siapa kah PEMIMPIN JUJUR dengan PEMIMPIN PUTAR ALAM
- MENGAJAR kita untuk MERASAKAN apa kah itu TIPU DAYA dengan KEIKHLASAN & KEJURUAN
- MENGAJAR kita untuk LEBIH YAKIN dan PERCAYA kepada DIRI SENDIRI
- MENGAJAR kita untuk BERSIFAT TEGUH dengan HAL-HAL MENENTUKAN MASA HADAPAN
- MENGAJAR kita untuk MEMAHAMI Apa itu DEMOKRASI, Apa itu KONSERVATIF dan Apa itu LIBERALISASI dalam IDEOLOGI KEPOLITIKAN.
SIKAP BEBAS BERFIKIR
- MENGAJAR kita untuk dapat BERFIKIR dengan MATANG dan JELAS
- MENGAJAR kita untuk dapat MENGHARGAI KEBEBASAN
- MENGAJAR kita untuk dapat HAK BERSUARA dan MEMBERIKAN PANDANGAN
- MENGAJAR kita untuk dapat MERASAI apa itu DEMOKRASI yang ADIL & SAKSAMA
- MENGAJAR kita untuk dapat MENGGUNAKAN HAK & KEBEBASAN yang DI PERUNTUKKAN di dalam PERLEMBAGAAN NEGARA.
- MENGAJAR kita untuk dapat MENGHARGAI HAK sebagai PENGUNDI di dalam SISTEM DEMOKRASI yang sebenar.
PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA
- Sedikit sebanyak Pertumbuhan Ekonomi Negara TERJEJAS & TERCALAR dengan KEWUJUDAN PERHIMPUNAN BERSIH 2.O di Seluruh DUNIA.
- Ini BUKAN MERUPAKAN KESALAHAN yang di lakukan oleh RAKYAT UMUM atau PIHAK PENGGERAK BERSIH 2.O tetapi LEBIH MENJURUS kepada KELEMAHAN KERAJAAN yang memerintah di dalam TADBIR-URUS NEGARA.
- Dengan TERBUKA MATA DUNIA terhadap MASAALAH "DALAM KAIN" Di Malaysia, maka dengan sendiri nya RENCATAN EKONOMI akan berlaku di dalam Pertumbuhan Ekonomi Negara.
- Dimana FDI Negara (Foreign Direct Investment) akan "Terganggu" dengan KETIDAK-STABILAN POLITIK yang berlaku di dalam Negara Malaysia.
- Dimana PENGGERAK EKONOMI DUNIA akan berpaksikan REAKSI RAKYAT terhadap KERAJAAN YANG MEMERINTAH sebagai KAYU UKUR Kestabilan sesebuah Kerajaan dan akan melakukan PREVENTIVE ACTION atau Langkah Berjaga-jaga di dalam melakukan PELABURAN ke dalam Negara Malaysia.
PIHAK KERAJAAN TERPAKSA
- Akan TERPAKSA BERBELANJA LEBIH untuk melakukan SESI-SESI PENERANGAN & MOTIVASI terhadap PELABUR-PELABUR LUAR NEGARA dan TEMPATAN
- Dan HARUS MEMBUKTIKAN bahawa kejadian dari TUNTUTAN BERSIH 2.O tidak benar-benar MENGGUGAT KERAJAAN dari Segi Politik Dalaman.
- Dimana SETIAP KEMENTERIAN seperti MITI, KPDNKK, PENERANGAN, PERTANIAN, KDN, PERTAHANAN dan PENDIDIKAN akan TERPAKSA DI GERAKKAN untuk memberi PENERANGAN-PENERANGAN untuk MEMBETULKAN PERSEPSI BURUK yang di alami oleh Pihak Kerajaan.
- Dan apabila LANGKAH-LANGKAH ini terpaksa di lakukan maka dengan sendiri nya TUMPUAN kepada HAL-HAL EKONOMI akan terpaksa di ketepikan sehingga "KEADAAN" menjadi PULIH.
- Langkah ini AKAN MENGGUNAKAN lebih banyak BELANJA DI KELUARKAN dari DANA NEGARA di dalam USAHA Pihak Kerajaan MEYAKINKAN DUNIA.
PERCATURAN RISIKO - CALCULATED RISK
Saya sebagai Pemerhati Ekonomi & Politik dan juga dari Pandangan Rakan-Rakan Pakar Ekonomi dan Politik dari Seluruh Dunia Bersependapat bahawa:
- Kerajaan UMNO/BN telah melakukan Percaturan Poltik yang Besar serta Berbahaya di dalam menangani ISU BERSIH 2.O
- Dimana Kerajaan UMNO/BN telah mengambil Keputusan untuk Mempertahankan TUNTUTAN BERSIH dari TIDAK BERLAKU dan mengambil langkah PENAFIAN.
- TINDAKKAN ini dengan sendiri nya MENGENEPIKAN HAL-HAL EKONOMI NEGARA yang berkaitan dengan RAKYAT UMUM dan REAKSI DUNIA LUAR kerana Tindakkan ini lebih MENGUTAMAKAN HAL KEPARTIAN daripada HAL KENEGARAAN.
CONTOH
- Kerajaan UMNO/BN telah MELAKAR STRATEGI PENAFIAN dengan MENGGERAKKAN semua JENTERA KERAJAAN DAN PARTI untuk MENUETRALKAN TUNTUTAN BERSIH
- Dengan MELEMAHKAN KREDIBILITI Pihak Penganjur dengan pelbagai FAKTA & DATA yang boleh di kaitkan sebagai Menjatuhkan Kepercayaan atau Persepsi Umum kepada Pihak Penganjur
- Melalui laporan-laporan dari MEDIA Kerajaan dan MEDIA PARTI dan pengembelingan BLOGGER Parti
- Juga melalui PENGGUNAAN KUASA POLIS dan MAHKAMAH dari KEMENTERIAN KEHAKIMAN dan DALAM NEGERI sebagai langkah menghapuskan KREDIBILITI Pihak Penganjur dari Sudut-Sudut Perundangan untuk di jadikan sebagai HARAM DI SISI UNDANG-UNDANG NEGARA.
- Dan apabila Pihak Pertubuhan Penganjur di SAHKAN sebagai HARAM maka UNDANG-UNDANG lain akan DAPAT DI GUNAKAN SEPENUH NYA tanpa bertentangan dengan Perlembagaan Negara, seperti Penggunaan Emergency Ordinance (EC) yang mengizinkan Pihak Polis untuk BERTINDAK KASAR terhadap Peserta Perhimpunan BERSIH 2.O yang di KLASIFIKASIKAN sebagai HARAM dan BERTENTANGAN dengan AKTA POLIS
- Dan Pihak Kerajaan akan BERPEGANG TERUS kepada AKTA tersebut di dalam MEMPERTAHANKAN TINDAKKAN untuk MENGEKANG KEMARAAN Peserta Perhimpunan BERSIH 2.O yang lalu kerana telah DI PERSETUJUI atas NASIHAT PEGUAM NEGARA yang juga di bawah TADBIR PEJABAT PERDANA MENTERI.
- STRATEGI ini akan MEMBOLEHKAN Pihak Kerajaan untuk MEMBALIKKAN TANGGUNG JAWAP kepada Pihak Penganjur BERSIH 2.O yang DI HARAMKAN sebagai PENCETUS KEKACAUAN DALAM NEGARA dan TIDAK AKAN DI LIHAT sebagai SENGAJA untuk "MENANGGUK DI AIR YANG KERUH".
RUMUSAN NYA
- PIHAK KERAJAAN UMNO/BN di lihat SUDAH TAHU APA KESAN-KESAN SAMPINGAN yang akan berlaku dari semua KEPUTUSAN yang mereka lakukan
- Dan telah BERSEDIA untuk MENGHADAPI segala KEMUNGKINAN atau TINDAK BALAS daripada RAKYAT UMUM terhadap Pihak Kerajaan
- Yang Kerajaan UMNO/BN TERSILAP melakukan PERCATURAN ini ialah REAKSI DUNIA LUAR terhadap Tindakkan KERAJAAAN UMNO/BN di dalam TUNTUTAN BERSIH 2.O tetapi di lihat mereka YAKIN untuk menangani nya dengan Himpunan STRATEGI yang telah di susun rapi.
KEPADA PENIAGA & USAHAWAN
- ADALAH lebih AFDHAL untuk kembali berniaga seperti biasa dan jalankan perniagaan anda seperti hari-hari yang sudah-sudah
- Tumpukan Perhatian anda kepada Hal-Hal Perniagaan dan Perkhidmatan Pelanggan, kerana ini lebih PENTING daripada bermain dengan POLITIK KEPARTIAN.
- KERANA UNTUNG-RUGI terletak di TANGAN ANDA sendiri di dalam HAL PENTADBIRAN & PENGURUSAN PERNIAGAAN dan PELANGGAN anda.
- Harus di INGAT bahawa BOS / CEO YANG GAGAL adalah KELEMAHAN yang wujud didalam diri anda sendiri yang LEMAH didalam KEFAHAMAN ILMU PENTADBIRAN & PENGURUSAN.
Editor
No comments:
Post a Comment