EDISI KHAS:
KERAJAAN MALAYSIA SALAH STRATEGI TANGANI ISU BERSIH 2.0
CUBA ANALISA BUTIRAN YANG BERIKUT
PERUTUSAN EDITOR
- EDISI KHAS mengenai ISU BERSIH 2.0 ini bukan bertujuan menyokong atau membangkang Perhimpunan BERSIH 2.0 yang di jadualkan berlangsung pada 9hb July 2011 ini.
- Editor TIPsNIAGA.COM berpendapat bahawa Pihak Kerajaan yang Memerintah Negara Malaysia telah melakukan beberapa KESILAPAN dan SALAH STRATEGI di dalam Menangani ISU BERSIH 2.0 ini dari SUDUT PENYELESAIAN MASAALAH sebagai PEMERINTAH yang di lantik oleh RAKYAT AWAM.
- Dimana PENELITIAN KERAJAAAN terhadap ISU BERSIH ini TIDAK DI TAFSIR dan TIDAK DI ANALISA dari SUDUT PENTADBIRAN NEGARA.
- Disini pihak Editor TIPsNIAGA.COM mengambil kesempatan untuk membentangkan beberapa PERKARA yang di katakan KESILAPAN dan SALAH STRATEGI.
- Artikel ini adalah LANJUTAN daripada Post#314 http://tipsniagacom.blogspot.com/2011/06/isu-bersih-kerajaan-malaysia-harus.html
- Mula terbentuk pada Tahun 2005 sebagai Platform untuk MENGGALAKKAN KERAJAAN yang MEMERINTAH agar lebih BERSIH atau TELUS di dalam PROSES PILIHAN RAYA NEGARA dan secara RASMI nya di lancarkan pada 23hb November 2006
- BERSIH di anggotai oleh Anggota Parti-Parti Pembangkang, Wakil-Wakil dari NGO seperti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia), WDC (Women Development Collective), WAMI (Writers Alliance for Media Independence)
- Untuk Maklumat lanjut mengenai MATLAMAT BERSIH, sila rujuk melalui Link ini: http://bersih.org/?page_id=352
- Bersihkan Daftar Pemilih
- Pembaharuan Undi pos
- Penggunaan Dakwat Kekal
- Minimum 21 hari Tempoh Kempen
- Akses Bebas dan Adil kepada Media
- Memperkukuhkan Institusi Awam
- Hentikan Rasuah
- Hentikan Politik Kotor
KOMENTAR EDITOR
MENGENAI TUNTUTAN BERSIH
- 8 TUNTUTAN BERSIH di lihat BOLEH di selesaikan di MEJA RUNDINGAN di antara Pihak Kerajaan dan Penganjur BERSIH seawal Tahun 2006 lagi.
- Dimana Pihak Kerajaan yang Memerintah BOLEH melakukan RUNDINGAN dan mencari TITIK PERSEFAHAMAN dengan TUNTUTAN tersebut.
- Kerana SEMUA JENIS TUNTUTAN tersebut di lihat sebagai "PERKARA BIASA" di dalam SISTEM POLITIK & PEMERINTAHAN DEMOKRASI yang di AMALKAN oleh Negara Malaysia dari Penubuhan MALAYSIA itu sendiri.
- Dan semua jenis Tuntutan tersebut LEBIH MENUNTUT kepada AMALAN yang LEBIH BERDEMOKRASI dalam URUS-TADBIR NEGARA yang berkaitan dengan PROSES PEMBERIAN UNDI RAKYAT yang seharus nya TELUS dan BEBAS daripada juga CAMPUR-TANGAN Pihak yang Memerintah.
MENGENAI PERSEPSI KERAJAAN
- Kerajaan yang Memerintah (UMNO/BN) di lihat MENGAMBIL ISU TUNTUTAN BERSIH ini dari SUDUT KEPARTIAN yang "DI BAWA" kedalam IDEOLOGI KERAJAAN.
- Dan BUKAN BERTINDAK dari SUDUT sebagai SEBUAH KERAJAAN yang "BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT" yang seharus nya "BEKERJA" untuk MENYELESAIKAN SEMUA MASAALAH dengan CARA yang BERHEMAH dan BIJAKSANA.
- Serta BUKAN melakukan TINDAKKAN yang SEBALIK NYA seperti melakukan TENTANGAN yang MENGGUNAKAN PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG dengan TUJUAN MENGHALANG atau MEMBANTUTKAN TUNTUTAN
DARI SUDUT TUNTUTAN
- KETIDAK-SEDIAAN Pihak Kerajaan yang Memerintah untuk MENGHAPUSKAN semua SALAH-LAKU dan SALAH DASAR secara SUKARELA.
- Apa juga USAHA Pembaharuan atau Transformasi POLISI yang berkenaan dengan 8 TUNTUTAN tersebut di lakukan TIDAK SECARA 100% BERKESAN
- Dan MASEH MENINGGALKAN beberapa "RUANG KEPENTINGAN" untuk PARTI MEMERINTAH yang DI LIHAT sebagai TIDAK TELUS dan TIDAK ADIL melalui SISTEM DEMOKRASI yang DI AMALKAN.
- Dimana Kerajaan yang Memerintah sekarang sememang nya memiliki REKOD-REKOD BURUK mengenai TINDAKKAN mereka di dalam sesuatu PROSES PILIHAN RAYA dan TADBIR URUS NEGARA.
STRATEGI KERAJAAN SEKARANG
MENGGUNAKAN KUASA UNDANG-UNDANG, MEDIA dan JENTERA PERKHIDMATAN AWAM dan PARTI yang Memerintah serta KUASA yang mereka miliki melalui KEMENTERIAN DALAM NEGERI dengan:
- Tidak Meluluskan Permohonan PERMIT untuk Perhimpunan BERSIH dengan ALASAN bahawa Perhimpunan tersebut akan MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA.
- Menggunakan KUASA POLIS untuk Menghalang apa juga bentuk SOKONGAN dan KAITAN terhadap Penganjuran & Slogan Perhimpunan BERSIH.
- Melabelkan Perhimpunan BERSIH sebagai PERHIMPUNAN HARAM
- Melabelkan Penganjur BERSIH sebagai PENGACAU KEAMANAN NEGARA
MELAKUKAN KEMPEN
- Pihak Kerajaan yang Memerintah juga Melancarkan KEMPEN-KEMPEN untuk MENGHALANG Perhimpunan BERSIH dengan Memperhebatkan TEKANAN seperti Menggunakan SEMUA MEDIA CETAK dan ELEKTRONIK yang menggambarkan Perhimpunan BERSIH itu adalah SALAH, HARAM dan TIDAK DI RESTUI oleh RAKYAT.
- Dimana SETIAP AKHBAR, RADIO, TELEVISION dan BLOG-BLOG yang PRO-KERAJAAN di gunakan untuk KEMPEN ini.
- Dengan TUJUAN untuk MENJELASKAN kepada RAKYAT bahawa Perhimpunan tersebut TIDAK BOLEH DI SOKONG kerana BERTENTANGAN dengan KEHENDAK KERAJAAN.
- Dan Pihak Kerajaan juga menggunakan SEMUA JENTERA PARTI KERAJAAN untuk menonjolkan TENTANGAN terhadap Penganjuran BERSIH dengan melakukan LAPORAN-LAPORAN POLIS sebagai TANDA MENYOKONG TINDAKKAN KERAJAAN yang menghalang Perhimpunan BERSIH.
- JENTERA KERAJAAN yang terdiri daripada Badan, Pertubuhan, Persatuan yang PRO-KERAJAAN di gerakkan untuk melakukan TENTANGAN.
MENGAPA STRATEGI KERAJAAN INI DI KATAKAN SEBAGAI KESILAPAN
- Menunjukkan KERAJAAN yang Memerintah sebagai "LARI" dari 8 TUNTUTAN yang sangat MUDAH di Uruskan dan MUDAH di selesaikan.
- Dengan TUJUAN atau NIAT yang jelas untuk TIDAK MAHU semua 8 TUNTUTAN tersebut DI UBAH kerana akan menjejas pelbagai KEPENTINGAN PARTI yang Memerintah.
- Dan akan MENYUSAHKAN & MELEMAHKAN KUASA yang di miliki sekarang untuk Berkuasa LEBIH LAMA
DARI SUDUT PEN-STRATEGI-AN
- Dari Sudut PSIKOLOGI KEMANUSIAN atau SAINS SOSIAL, Strategi Kerajaan yang MENGHALANG dengan TUJUAN untuk MENGALIHKAN PERHATIAN RAKYAT daripada MENUNTUT kepada PERUBAHAN dalam 8 TUNTUTAN telah membangkitkan lebih banyak TENTANGAN RAKYAT kepada Pihak Kerajaan yang Memerintah.
- Kerana 8 TUNTUTAN yang MUDAH tidak dapat di PERSETUJUI oleh Kerajaan yang Memerintah di lihat sebagai NIAT Kerajaan tidak JUJUR dan MAHU keadaan yang di Tuntut itu BERKEKALAN.
- Dan SEMUA KEMPEN KERAJAAN yang MELABELKAN Penganjuran Perhimpunan BERSIH sebagai HARAM dan PENGACAU kepada KETENTERAMAN AWAM di lihat oleh RAKYAT sebagai LANGKAH KERAJAAN untuk MENYEMBUNYIKAN NIAT SEBENAR KERAJAAN untuk TIDAK MAHU AKUR dengan 8 TUNTUTAN BERSIH.
KESAN DARIPADA TINDAKKAN KERAJAAN
- Akan lebih MENEKAN JIWA & PERASAAN RAKYAT UMUM untuk terus MENENTANG KERAJAAN yang sediaada dan berpaling MENYOKONG Penganjuran BERSIH 2.0
- Menggalakkan dan "Memanaskan Hati" banyak Pertubuhan dan Persatuan "HARAM" atau "BAWAH TANAH" yang selama ini "SENYAP" untuk "KELUAR" menentang Kerajaan yang Memerintah dengan Menyokong KUAT BERSIH dan akan mengambil "KESEMPATAN" di dalam Perhimpunan AWAM untuk melakukan pelbagai KEKACAUAN yang di anggap sebagai ANGGOTA PERHIMPUAN BERSIH.
- "MEMBERI RUANG" kepada "KUASA-KUASA" dari LUAR NEGARA untuk "MEMBERI BANTUAN" dari PELBAGAI SUDUT kepada PENGANJURAN PERHIMPUAN BERSIH di sebabkan oleh KEKERASAN PENDIRIAN KERAJAAN yang di lihat TIDAK DEMOKRATIK.
- Dan AKHIR NYA, Corak PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 yang sepatutnya berjalan dengan AMAN akan BERTUKAR kepada KEKACAUAN POLITIK yang boleh MENUMPAHKAN DARAH RAKYAT UMUM
- Kerajaan pula akan Menuding Jari kepada Pihak Penganjur BERSIH sebagai Pihak yang BERTANGGUNG JAWAP dan di ambil Tindakkan melalui Peruntukkan ISA
- Dan SUDAH TENTU ini tidak akan MENYENANGKAN HATI Negara-Negara KUASA BESAR dan mereka akan pula "MENGATUR" pelbagai Tindakkan Balas seperti Sekatan Ekonomi dan Memaksa Kerajaan yang Memerintah untuk BERUNDUR atas Nama DEMOKRASI.
APA YANG SEHARUS NYA KERAJAAN LAKUKAN
DARI SUDUT KEPIMPINAN
- HENTIKAN semua KEMPEN PROVOKASI yang di lakukan terhadap 8 TUNTUTAN BERSIH
- Pihak KERAJAAN yang Memerintah HARUS KEMBALI kepada STRATEGI SELAMAT dengan membawa semua yang terlibat KE MEJA RUNDINGAN.
- KERAJAAN harus MENGETEPIKAN KEPENTINGAN POLITIK KEPARTIAN di dalam menangani ISU BERSIH ini dan KEMBALI sebagai KERAJAAN yang DI LANTIK RAKYAT untuk TADBIR-URUS NEGARA.
- KAJI 8 TUNTUTAN dan BERSEDIA untuk melakukan PERUBAHAN dengan PENDEKATAN yang BOLEH DI PERSETUJUI RAMAI.
- TANGANI ISU BERSIH secara ISU DALAMAN dan TIDAK PERLU di lakukan KEMPEN-KEMPEN yang berbentuk PROVOKASI terhadap 8 TUNTUTAN dan NASIHATKAN RAKYAT dengan MENEKANKAN bahawa KERAJAAN BERSEDIA BERUNDING DENGAN AMAN.
BENTUK MAJLIS KONSULTASI NEGARA
- Untuk MEMBINCANGKAN secara TELITI semua SARANAN BERSIH yang melibatkan semua yang terlibat secara PROFESIONAL.
- Letakkan ISU 8 TUNTUTAN ini sebagai MASAALAH NASIONAL dan harus di selesaikan dari SUDUT KENEGARAAN dan bukan dari SUDUT POLITIK KEPARTIAN.
- Dimana SEMUA ISU di bincangkan SECARA TELUS dan DI CARI TITIK PERSEFAHAMAN yang boleh di guna-pakai untuk KEPENTINGAN RAKYAT & NEGARA.
- Ini adalah kerana Kerajaan telah mewujudkan beberapa BADAN yang menangani beberapa ISU seperti RASUAH dengan mewujudkan Institute Intergirti Nasional (link: http://www.iim.com.my/v3/pin/bm/index.htm) dengan Suruhan Jaya Pencegah Rasuah (link:http://www.sprm.gov.my/), tetapi maseh memiliki RUANG untuk memperbaiki apa juga KELEMAHAN yang maseh KETARA.
KERANA KERAJAAN YANG IKHLAS, JUJUR DAN TELUS DI DALAM TADBIR-URUS NEGARA AKAN DI HORMATI DAN DI SOKONG OLEH SEMUA LAPISAN RAKYAT DARI PELBAGAI LAPISAN PENDIDIKAN, BANGSA, AGAMA DAN KEPARTIAN.
Editor's Note
EDISI KHAS ini adalah Pendapat dan Saranan Peribadi Editor TIPsNIAGA.COM dan tidak berkaitan dengan mana-mana Ideologi Parti-Parti Politik
Editor
TIPsNIAGA.COM
DrSoul Loren
No comments:
Post a Comment