Tuesday, August 02, 2011

EKONOMI DUNIA: BANYAK SYARIKAT KORPORAT KECILKAN OPERASI

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #360


EKONOMI DUNIA: BANYAK SYARIKAT KORPORAT KECILKAN OPERASI
BAHANA KEGAWATAN EKONOMI DUNIA YANG SEMAKIN TENAT


TERKINI
  • Melalui pelbagai LAPORAN EKONOMI seperti dari Jakarta Post, CNBC, Bloomberg, New-York Times dan dari pelbagai Sumber lain, di laporkan banyak Syarikat-Syarikat Korporat di Amerika Syarikat (US) mengambil Langkah Selamat di dalam mengharungi Ekonomi Dunia yang semakin Tenat dengan mengambil Pendekatan samaada MENGECILKAN OPERASI atau MENUTUP CAWANGAN untuk mengurangkan KOS OPERASI.
  • Dan ada Syarikat-Syarikat Korporat Terkemuka mengambil Langkah dengan MENJUAL beberapa Cawangan mereka kepada Syarikat-Syarikat lain di dalam Sektor yang sama.
APAKAH SYARIKAT KINI YANG TERJEJAS
Pertama:
  • HSBC - sebuah Syarikat Konglomerat British yang memiliki Perniagaan Perbankkan & Kewangan Antarabangsa telah mengumumkan untuk mengurangkan 30,000 orang pekerja di seluruh Dunia yang akan di lakukan sehingga Tahun 2013.
  • Seramai 5,000 Orang pekerja telah di berhentikan pada Tahun ini dan 25,000 orang lagi pekerja akan di buang menjelang Tahun 2013.
  • Dimana HSBC kini menggajikan lebih dari 296,000 orang pekerja di seluruh Dunia menerusi Cawangan-Cawangan Perbankkan mereka.
  • Dan HSBC juga di laporkan akan Menjual 195 Cawangan di Amerika Syarikat mereka kepada First Niagara Bank dengan nilai 1Billion USD.
Kedua:
  • Jumaat lalu (29-7-2011) Syarikat Merck telah mengumumkan untuk mengurangkan 13,000 Orang pekerja sehingga Tahun 2015.
  • Pada masa ini Syarikat Merck menggajikan seramai 91,000 Orang pekerja
Ketiga:
  • Sebuah Syarikat Border yang mengeluarkan dan menjual Buku-Buku telah menutup dan membuang semua pekerja
  • Dimana 10,700 Orang pekerja telah terlibat dengan Pembuangan Kerja dari semua Rangkaian kedai-kedai Buku mereka.
APAKAH FAKTOR KEJADIAN INI
PERTAMA
  • Kemelesetan Ekonomi yang melanda di seluruh Dunia telah menyebabkan banyak KUASA MEMBELI dari Para Pengguna Berkurangan atau Terhapus di sebabkan oleh Kenaikan Harga Barangan & Perkhidmatan Pengguna secara Am.
  • Dimana Kenaikan Harga Barangan adalah melebihi Kadar Kenaikan Gaji Tahunan Golongan Pekerja dan ini telah mengurangkan KUASA MEMBELI mereka
KEDUA
  • Kenaikan Harga Barangan Pengguna ini berlaku di sebabkan oleh Kos-Kos Operasi  semakin Tinggi yang di dorong oleh Kenaikan Harga Minyak Mentah
  • Dan Bahan Asas ini pula telah mendorong Kenaikan kepada Kos Operasi di Sektor Pembuatan & Pengilangan yang menyebabkan pula kenaikan kepada Nilai atau Harga Barangan & Perkhidmatan.
KETIGA
  • Apabila Pengguna Hilang KUASA MEMBELI maka akan banyak Barangan & Perkhidmatan yang di tawarkan oleh banyak Syarikat tidak AKTIF DI PERNIAGAKAN.
  • Dan ini tidak baik untuk Para Peniaga dan Usahawan yang berskala besar seperti Syarikat Korporat dan Konglomerat.
  • Dimana Pendapatan Tahunan mereka akan terjejas dengan teruk nya dan gejala ini mengakibatkan mereka terpaksa untuk mengecilkan Sais Operasi atau jika lebih teruk lagi mereka terpaksa menutup Operasi Perniagaan untuk mengelakkan Kerugian yang berlanjutan.
KEEMPAT
  • Dan di dalam Sektor Perbankkan & Kewangan pula (seperti HSBC) akan mengalami HUTANG LAPUK atau Hutang-Hutang yang tidak dapat di bayar oleh Para Peminjam di dalam Tempuh yang di tetapkan.
  • Dan Hutang-Hutang ini adalah dari pelbagai jenis Pinjaman Kewangan secara Peribadi, Kad Kredit, Pinjaman Perumahan, Pinjaman Perniagaan, Pinjaman Kenderaan dan yang sebagai nya.
  • Apabila banyak Pinjaman tidak dapat di perolehi di dalam Tempuh yang di tetapkan, maka Pihak Bank akan mengalami RENCATAN Pusingan Peruntukkan kerana Kehilangan DANA sebagai Penjana Keuntungan.
  • Oleh kerana itu, langkah yang terbaik ialah mengurangkan Kos-Kos Operasi atau menjual Perniagaan kepada Pihak lain yang berminat untuk mengambil-alih Perniagaan tersebut.
KESAN KEPADA NEGARA-NEGARA ASIA
  • Dengan apa yang berlaku di negara Amerika Syarikat sekarang, sedikit sebanyak Negara-negara ASIA yang bergantung kepada IMPORT Amerika Syarikat akan mengalami KEKURANGAN DAGANGAN
  • Dimana kebanyakan Pengeksport ASIA ke Amerika Syarikat adalah Syarikat-Syarikat Pengeluar & Pembuatan Barangan Pengguna.
  • Ini membawa maksud bahawa Sektor Pengeluaran & pembuatan di Negara-Negara ASIA terjejas dengan teruk kerana KUASA MEMBELI Negara Amerika Syarikat telah MENURUN.
  • Dan Syarikat-Syarikat di ASIA ini pula terpaksa mencari ALTERNATIF PASARAN yang lain untuk Mengimbangi kekurangan Permintaan dari Amerika Syarikat
  • Jika Syarikat-Syarikat ASIA yang terjejas ini tidak dapat mencari Alternatif Pasaran yang lain untuk membeli Barangan Keluaran mereka, maka Operasi Perniagaan mereka akan terpaksa di hentikan atau di tutup.
  • Akibat nya, akan ramai Pekerja akan kehilangan Pekerjaan dan Sumber Pendapatan dan Gejala ini akan memburukkan Ekonomi Keluarga dan Negara masing-masing.
MALAYSIA
  • Negara Malaysia adalah Rakan Eksport yang terbesar kepada Amerika Syarikat dan dengan perkembangan Ekonomi yang Buruk melanda Amerika Syarikat, sudah semesti nya Syarikat-Syarikat Pembekal di Malaysia turut terjejas.
  • Yang tidak di pastikan ialah JUMLAH sebenar Syarikat-Syarikat dari Malaysia yang terjejas teruk oleh KEGAWATAN Ekonomi Amerika.
  • Kerana setiap Laporan mengenai Syarikat-Syarikat yang terjejas Tidak Di Laporkan kepada Ramai oleh Kerajaan Malaysia secara Terbuka
  • Yang mengetahui nya ialah Pihak-Pihak Bank yang menjadi Rakan Sokongan Perniagaan kepada Syarikat-Syarikat yang terjejas.
  • Tetapi Pergerakan Kemerosotan & Kegawatan Ekonomi di Malaysia tetap bergerak dan berlaku dimana Ramai Rakyat Malaysia telah mula Kehilangan Pekerjaan dan Sumber Pendapatan.
  • Hanya Kementerian Sumber Manusia dan MITI mengetahui dengan Tepat Angka-Angka Pembuangan Pekerjaan yang di lakukan dalam Negara buat masa ini.
  • Kerana Hal-Hal yang berkaitan dengan Ekonomi Amerika Syarikat yang mendorong Kerajaan Malaysia untuk menumpukan Tumpuan PENJANAAN Ekonomi Negara ke dalam Sektor Pertanian, Pelancungan dan Petroliam, dimana Sektor-Sektor ini tidak memerlukan Amerika Syarikat sebagai Pembeli atau Pengguna.
  • Pendekatan oleh Kerajaan Malaysia ini bersamaan dengan kaedah INTERNAL SALES atau B2E - Business To Employee yang di amalkan oleh Syarikat untuk memastikan Produk mereka ada Pembeli WAJIB sebagai Langkah untuk menggerakkan Ekonomi Negara secara Dalaman.
Editor

Monday, August 01, 2011

PENIAGA RAMADHAN: BERMULA AKTIVITI PENIAGA MUSIMAN

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #359


PENIAGA RAMADHAN: BERMULA AKTIVITI PENIAGA MUSIMAN
KELUAR DARI PERSEMBUNYIAN DAN BERGIAT AKTIF


KEMUNCULAN BAZAAR
  • Apabila tiba Bulan RAMADHAN akan muncul lah pelbagai Aktiviti-Aktiviti Perniagaan yang di lakukan secara JUALAN BAZAAR di tempat dan lokasi Strategik di Seluruh Negara.
  • Kewujudan Bazar-Bazar seperti ini adalah sebagai memenuhi TUNTUTAN Para Pengguna / Pembeli yang akan menyambut Hari Raya Idil Fitri yang akan menjelang 30 hari kemudian.
  • Dimana kesibukan Pengguna / Pembeli Berbelanja adalah lebih AGRESIF daripada Bulan-Bulan sebelum nya, walaupun di dalam Bulan ini setiap Umat Islam sedang menjalani IBADAH PUASA iaitu Tiang ke-3 di dalam RUKUN ISLAM.
KEMUNCULAN PENIAGA MUSIMAN
  • Sepanjang Bulan RAMADHAN ini juga muncul Beribu-beribu PENIAGA MUSIMAN dari persembunyian, dimana di dalam bulan-bulan yang lain, kebanyakan daripada mereka TIDAK menjalankan Aktiviti Perniagaan langsung.
  • Golongan Peniaga Musiman ini hanya memilih untuk Berniaga di dalam Bulan RAMADHAN untuk selama 30 hari dan akan melakukan pelbagai jenis perniagaan yang mereka "Mahir" dan yang mereka "Biasa" lakukan.
  • Golongan ini selalu nya Bergerak dari "Rumah" atau "Menyewa" Gerai atau Tapak di dalam Bazar-Bazar yang menjadi Tumpuan Orang Ramai berbelanja.
SIAPA KAH GOLONGAN INI
  • Golongan Peniaga Musiman ini terdiri daripada pelbagai Lapisan Masyarakat dan Profesion Pekerjaan, Usia dan Jantina.
  • Mereka adalah Golongan Peniaga yang berada di dalam Kumpulan "Oportunis" atau "Pengambil Peluang Keemasan" di dalam Masa-Masa yang tertentu.
  • Mereka hanya memberikan Fokus atau Tumpuan di Bulan RAMADHAN kerana mereka TAHU bahawa di Bulan ini PELANGGAN akan LEBIH BERBELANJA daripada bulan-bulan yang lain.
  • Dan STATISTIK tersebut Tidak Pernah Berubah di sepanjang Bulan-Bulan RAMADHAN yang lalu, walaupun di lihat dari Rekod 30 atau 50 Tahun yang lalu.
  • TREND nya TETAP SAMA hingga kepada hari ini, walaupun Keturunan Pengguna / Pembeli tersebut telah melalui Perubahan Zaman, Ideologi dan Pendidikan.
  • Ini lah PUNCA UTAMA Perniagaan Bermusim di dalam Bulan RAMADHAN ini maseh menjadi PILIHAN UTAMA.
DARI SUDUT PELUANG
  • Berniaga secara BERMUSIM seperti di bulan-bulan RAMADHAN dan di hari-hari PERAYAAN yang lain sememang nya memberikan PULANGAN yang LUMAYAN jika seseorang PENIAGA itu Cerdik untuk memilih Jenis-Jenis produk & Perkhidmatan yang di kehendaki Ramai.
  • PERTAMA di sebabkan di dalam Musim-Musim tertentu, setiap Pengguna / Pembeli akan BERBELANJA secara WAJIB untuk memenuhi KEPERLUAN mereka di dalam menghadapi sesuatu PERAYAAN seperti Hari Raya Idil Fitri.
  • Dan Golongan atau Kumpulan Pengguna / Pembeli yang akan menyambut sesuatu PERAYAAN itu BERBELANJA di  dalam Jangka Waktu yang SAMA dan ini akan menyebabkan sesuatu PERMINTAAN untuk SEMUA jenis Barangan keperluan sesuatu Perayaan itu menjadi TINGGI dalam TEMPOH yang Singkat.
  • Para PENIAGA yang Cerdik & Bijak untuk memberikan NILAI JUALAN yang Kompetitif dengan Nilai yang baik akan BERJAYA Berniaga di Musim-Musim seperti ini.
  • Dan yang Kurang Cerdik & Bijak akan mengalami Kerugian teruk atau Tidak Untung Langsung dan sekadar mendapat kembali MODAL Permulaan.
APAKAH HOT ITEMS YANG DI CARI PEMBELI
PRODUK PAKAIAN & HIASAN
  • PAKAIAN & AKSESSORI
  • LANGSIR / SARUNG KUSYEN
  • HIASAN KECANTIKAN RUMAH
PRODUK MAKANAN SIAP
  • KUIH-KUIH RAYA
  • BISKUT / KREPEK
  • KEK
  • KETUPAT 
  • RENDANG
  • LONTONG
  • MINUMAN DALAM TIN & BOTOL
  • KURMA & BUAH-BUAHAN
PRODUK MASAKAN
  • DAGING AYAM, LEMBU, KAMBING, IKAN
  • MINYAK MEMASAK, GAS
  • SAYUR-SAYURAN
  • REMPAH RATUS
  • BAWANG-BAWANG, CILI, SERAI dan lain-lain
PRODUK BAHAN ASAS & KUIH
  • TEPUNG, GULA,SUSU
  • BERAS, PULUT
  • MARGERIN
  • MINYAK dan lain-lain
BERMODAL BESAR
  • Perniagaan MUSIMAN seperti yang di lakukan di dalam Bulan RAMADHAN ini memerlukan penggunaan yang Agak BESAR
  • Ini di sebabkan oleh keperluan seseorang Peniaga itu untuk Membeli STOK Produk dengan Jumlah yang Banyak untuk mendapatkan Harga BELIAN yang lebih Rendah
  • Dan untuk menyediakan BANYAK PILIHAN kepada Pengguna / Pembeli ketika berniaga di dalam Bazar yang di penuhi oleh Orang Ramai dan Para Pesaing Perniagaan.
  • Kerana sebab-sebab tersebut, MODAL BESAR di perlukan untuk memastikan perniagaan yang di jalankan sewaktu Musim Perayaan berjalan dengan lancar.
  • Dimana sekecil-kecil Modal yang di gunakan adalah di dalam lingkungan RM10,000 sehingga mencecah Ratusan Ribu Ringgit yang bergantung kepada kemampuan Kewangan seseorang Peniaga tersebut.
  • Dan Kebanyakan Peniaga Bermusim ini MENGGUNAKAN MODAL dari WANG SENDIRI yang di kumpul daripada Perniagaan di Musim-Musim yang lalu.
  • Hanya Segolongan kecil yang Berniaga secara KREDIT di sebabkan Kemampuan Kewangan mereka Terbatas dan mereka Bukan Tergolong di dalam Kategori Peniaga Musiman Profesional.
MUTU PRODUK
  • Pada kebiasaan nya MUTU sesuatu Produk yang di jual di Bazar-Bazar Musim RAMADHAN tidak banyak berbeza dengan MUTU Produk yang biasa di jual di Musim-Musim yang Biasa.
  • Malah MUTU Produk di Musim-Musim Perayaan adakala nya lebih Tinggi Mutu daripada hari-hari yang biasa di sebabkan oleh produk-Produk tersebut di buat atau di lakukan HANYA untuk Musim Perayaan.
  • Untuk Produk-Produk Pakaian dan Aksessori, agak sukar untuk mendapatkan Buatan yang Original atau Tulen dari Pembuat atau Pengeluar yang sebenar kerana di dalam PASARAN lebih daripada 70% Produk-Produk Berjenama di buat di dalam Negara secara Berkontrak dan ada juga yang di buat secara CIPLAK atau TIRUAN.
YANG PENTING
  • Semasa BERBELANJA di dalam Musim-Musim PERAYAAN, anda sebagai Pengguna / Pembeli HARUS BIJAK untuk menentukan Perbelanjaan anda.
  • Dimana PERBELANJAAN harus di dasarkan kepada BAJET yang harus pula di tetapkan atau di rancang lebih awal berdasarkan kepada Kemampuan Kewangan anda yang sebenar.
  • Dan jangan cepat TERPENGARUH atau TERGODA dengan pelbagai TAWARAN JUALAN MURAH yang di promosikan.
  • Juga harus MEMILIKI PRINSIP HIDUP TEGUH dan tidak Mudah Terpengaruh dengan RASA RENDAH DIRI atau MALU jika Kemampuan Kewangan tidak seperti Orang-Orang lain
  • BERBELANJA lah menurut kemampuan yang sediaada kerana Perbuatan ini akan MENYELAMATKAN diri anda daripada menjana HUTANG yang harus di bayar untuk 11 Bulan berikut nya.
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI
Editor